Mungkin berkat syaitan yang dirantai, maka ramai manusia berwajah iman. Topeng syaitan ditinggalkan seketika. Apabila mereka berwajahkan iman sepanjang Ramadhan, maka apa yang terjadi ialah IBADAH MENGEJUT
Tiba-tiba ibadah digandakan,
Tiba-tiba bangun qiamullail,
Tiba-tiba tahap kesabaran meningkat,
Tiba-tiba segala yang lagha (tidak berfaedah) itu semua ditinggalkan
Dan macam-macam lagi
Baik, tidak mengapa seandainya ibadah sepanjang bulan Ramadhan dilakukan dengan mengejut. Tidak mengapa jika malaikat Raqib sibuk sedikit dan Atid pula tidak disibukkan untuk merekodkan amalan buruk seseorang. Alamdulillah jika itu yang berlaku sepanjang Ramadhan.
Namun, jangan ulangi kejutan berupa “tiba-tiba” itu seawal hari pertama “graduate” dari madrasah Ramadhan.
Tiba-tiba makan banyak
Tiba-tiba mendedakan aurat semula
Tiba-tiba terlupa di mana Al-quran
Tiba-tiba meninggalkan amalan solat-solat sunat yang sepanjang Ramadhan dikerjakan seolah-olah wajib.
Tiba-tiba memulakan kembali semula agenda lagha.
Apakah semua ini?
Adakah ini satu perbuatan MEMBALAS DENDAM?
Balas dendam kepada siapa pula ini?
Ramadhan? Allah?
Tidak mengapa jika tiba-tiba mengerjakan ibadah seolah-olah esok sudah tiada. Namun adalah sesuatu yang tidak patut jika tiba-tiba “bertanduk” sebaik takbir Syawal bergema.
Koreksilah diri.
Apa niat utama kita berpuasa sebulan?
Adakah sekadar ingin berpuasa dan fokus kepada ibadah hanya dalam tempoh sebulan sahaja?
Apakah ibadah sepanjang bulan Ramadhan dapat menebus semua kealpaan kita daripada mengingati Allah selama 11 bulan berlalu?
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud “ jika bulan Ramadhan tiba, pintu-pintu syurga dibuka, sedangkan pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan pun dibelenggu” (riwayat al-bukhari dan muslim)
No comments:
Post a Comment
"Allahurobbi..Hakikatnya, sedikit kata-kata dan komen yang berterusan daripada pembaca dan sahabat sekalian sudah mampu memberi semangat dan dorongan kepada penulis yang sedang berperang dengan masa di 'daerah' ini."