Bersatulah di dalam perkara yang boleh bersatu dan berlapang dadalah di dalam perkara khilaf.Dan model untuk bersatu bukanlah melihat kepada manusia, tetapi lihatlah kepada apa yang Allah ajarkan kepada kita.
Jika kita mempunyai sesuatu pandangan terhadap sesuatu, dan kita yakin ia benar, teruskanlah. Tetapi tetap kita kena sentiasa memohon agar Allah membimbing dan hidayahkan kita.
Ini kerana, kesilapan itu ada banyak, ada yang nampak dan ada yang tersembunyi. Mungkin kita benar kala ini, tapi mungkin pandangan kita itu salah dari sudut yang lain.
Kemudian, jika perkara yang boleh kita berlapang dada, kita binalah ukhwah. Yang tidak boleh, nak buat macam mana. Dah tak boleh….
Ada yang berkata :
“Siapa kita nak satukan orang?”
Kita bukan nak satukan orang dan kita tidak mampu, Ini kerana, yang ada kuasa untuk satukan hati adalah Allah.
Kita hanyalah menyampaikan agar manusia bersatu. Kerana Allah jugalah yang menyuruh untuk kita saling berpesan-pesan ke arah kebenaran dan kesabaran.
Jika mereka tak mahu, itu hal mereka masing-masing, tapi kita telah berusaha untuk sampaikan.
Ada yang bertanya :
“Siapa nak mulakan, dari mana nak bermula?”
Ia perlu bermula dari diri kita. Biarkan pun kita keseorangan di dalam seruan ini, kita tetap akan sampaikannya.
Jika tidak ada kesan di dalam masa kita hidup sekalipun, kita harapkan ajakan ini akan disambut oleh anak cucu kita. Tidak di zaman kita orang Islam akan bersatu sekalipun, kita harapkan zaman anak cucu kita nanti.
Tapi seruan ke arah itu perlulah dimulakan.
Bersatulah di dalam perkara yang kita dapat bersatu dan berlapang dadalah di dalam perkara khilaf. Kalau memang dah tak boleh, bertegaslah, tapi tetap kita harapkan agar Allah bimbing kita.
Hari ini, persatuan, masjid, keluarga, parti dan sebagainya hanyalah wadah untuk kita mendapatkan keredhaan Allah. Ia sebagai ladang amalan untuk mendapat cinta Allah.
Kita mati, kita tak bawa persatuan masuk ke kubur, kita hanyalah membawa amalan kita. Amat malang orang yang mati, lupa untuk membuat pahala dari apa yang dia lakukan.
Marilah, binalah kesatuan pada hal-hal yang boleh kita bersatu.
p/s : Bersatu bukan bermakna bersatu dalam kebatilan dan kemaksiatan.
No comments:
Post a Comment
"Allahurobbi..Hakikatnya, sedikit kata-kata dan komen yang berterusan daripada pembaca dan sahabat sekalian sudah mampu memberi semangat dan dorongan kepada penulis yang sedang berperang dengan masa di 'daerah' ini."