TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKONGSI

TAQWA : dimana, bila dan bagaimana?


Ittaqullah..
Peringatan untuk diri sendiri. Apabila perasaan takut kepda ALLAH itu telah pudar, maka akan terserlahlah kelemahan hamba ALLAH itu sendiri…..

TAQWA :  dimana, bila dan bagaimana?

“Bertaqwalah kepada Allah..” sudah jelas ianya adalah satu ayat perintah. Sama seperti ayat yang menyuruh kita untuk tidak melanggar undang-undang dan lain-lain. Bukan satu arahan yang main-main seperti:

“Kalau senang ,bertaqwalah ye…”

“Nanti kalau kamu ada masa,kamu bertaqwalah..”

Tidak.

Taqwa ini adalah satu suruhan oleh Allah dan Rasul . Ianya adalah satu urusan yang perlu di bina setiap waktu.Yang perlu diperhalusi.Yang perlu dicantikkan. Yang perlu dikuatkan.

Maka , mahu atau tidak, taqwa ini perlu kita bina.

Tetapi sebelum kita pergi lebih jauh dan semakin saya buat anda lebih tidak faham apa yang saya cuba katakan, baik kita kupas apa maksud taqwa.

Taqwa berasal dari perkataan waqa–yaqi–wiqoyah yang ertinya memelihara. Di sekolah kita diajar taqwa ini adalah takut kepada Allah.Takut cumalah sifat yang ada dalam taqwa. Dengan bawak erti pelihara,taqwa ini akan beri makna yang lebih besar.

Contoh,

seorang lelaki takut untuk bermesra dengan seorang wanita bukan muhrimnya.Takut nya itu datang ketika itu sahaj ketika dia diuji.

Tetapi ,jika seorang lelaki itu memelihara dirinya dari bermesra dengan wanita bukan muhrimnya, dia cuba untuk menjaga dirinya setiap masa.

Dan ketika dia diuji, perasaan takut tadi itu lahir daripada usahanya memelihara dirinya.

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu memelihara diri kamu dan keluarga kamu dari api Neraka.” (At Tahrim: 6)

Maka , jika taqwa adalah memelihara, boleh kita mudahkan yang taqwa ini semacam “mine detector”. Ala,yang kesan bom bawah tanah tu.

Taqwa ini memberikan kita amaran bahaya. “Teet..Teet… Ha!! Tajul. Jangan jalan dekat depan.Belok kanan.Dekat depan ada syaitan dan nafsu…”

Tapi dengan degilnya diri ini cuba juga untuk melawan kata-kata dari taqwa itu tadi.

Maka bila berdepan dengan bahaya tadi, taqwa ini bertukar menjadi baju perisai. Sebagaimana sepatutnya ia menjadi pemelihara.

Dan sebagaimana kalimah Allah tertinggi :

Hai anak Adam, sesungguhnya kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang terbaik. (Al-A’raaf: 26).

Maka patut jelas kepada kita yang taqwa itu adalah pemelihara. Pengawal. Ketika kita menjadikan taqwa itu sebagai kubu atau benteng kita,kita telah meletakkan Allah dihadapan kita. Kita meletakkan Allah sebaga benteng kita. Kita meletakkan rasa hamba sebagai panduan. Kita meletakkan keinginan Allah dihadapan berbanding keinginan kita.

Di tempat di mana pun engkau berada engkau pasti bertaqwa. Engkau tidak hanya bertakwa kepada Allah di tempat yang di sana orang-orang melihatmu saja. Dan tidak hanya bertakwa kepadaNya di tempat-tempat yang engkau tidak dilihat oleh seorang pun, kerana Allah senantiasa melihatmu, di tempat manapun engkau berada. Oleh kerana itu, bertakwalah di mana pun engkau berada.

No comments:

Post a Comment

"Allahurobbi..Hakikatnya, sedikit kata-kata dan komen yang berterusan daripada pembaca dan sahabat sekalian sudah mampu memberi semangat dan dorongan kepada penulis yang sedang berperang dengan masa di 'daerah' ini."

THE MOST POPULAR POST