TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKONGSI

APABILA SAKIT HATI DENGAN KAWAN



Memaafkan orang lain bererti memaafkan diri sendiri. Hidup terlalu singkat untuk membenci. Sucikanlah hati mencari redha Illahi.

Wahai diri, ingatlah, segala gerak laku makhluk adalah dengan izin Allah jua. Jika datang orang 'menghadiahkan' air mata, Allah sedang mendidik dan mentarbiyyahmu tentang sifat sabar.
Jangan dilihat manusia menjadi 'sebab', lihat dengan mata hati yang Allah jua menjadi 'musabbabil asbab'. Jika kau disakiti oleh dia, Dia sedang mengajarmu erti redha..

Redhalah atas ketentuan Allah. Lapangkan dada untuk menerima seadanya. Pasti akan ketemui hikmahnya.



MEMAAFKAN SEBELUM TIDUR

Adalah baik jika kita memaafkan seseorang sebelum tidur kerana dari situ kita akan terasa kelapangan dada. Memendam rasa memang sesuatu yang amat menyakitkan. Namun kita sendiri sedar bahawa memaafkan seseorang yang menyakitkan hati kita bukanlah sesuatu yang mudah kerana diri kita mempunyai ego.

Kita yang tidak bersalah belum tentu mudah untuk memaafkan kesalahan orang lain yang telah dilakukan kepada kita.

Ada sebuah kisah.

Oleh kerana itulah ada seorang sahabat Rasulullah saw yang mana Baginda telah menyebut-yebut namanya dihadapan sahabat-sahabat yang lain sebagai ahli syurga.
Hairan pada sahabat kerana Rasulullah menyebut namanya sebagai ahli syurga sebanyak 3 kali dihadapan mereka. Maka para sahabat mula menyiasat dan bertanya kepada sahabat tersebut :
“Tiada apa yang istimewa yang saya lakukan dalam hidup saya melainkan saya selalu memaafkan kesalahan orang lain terhadap saya sebelum tidur”

No comments:

Post a Comment

"Allahurobbi..Hakikatnya, sedikit kata-kata dan komen yang berterusan daripada pembaca dan sahabat sekalian sudah mampu memberi semangat dan dorongan kepada penulis yang sedang berperang dengan masa di 'daerah' ini."

THE MOST POPULAR POST