"Kenapa saudari menulis blog?" suatu hari saya ditanya oleh penceramah dalam slot bengkel penulisan anjuran kerajaan Selangor. Penceramah tersebut ialah tauke besar syarikat iluvislam.com
"Saya ingin berdakwah," ringkas sahaja jawapan saya tidak mahu mengolah seperti biasa.
"Kepada siapa?" tanya si penceramah lagi.
"Kepada remaja, amnya kepada semua lapisan masyarakat"
"Saudari perlu mempunyai golongan target yang jelas," balas beliau. Saya faham maksud tersirat yang ingin disampaikan. Dakwah memang memerlukan strategi yang jelas, termasuklah golongan target agar cara penyampaian dan pendekatan lebih efektif dan praktikal.
"Berapa kerap saudari update blog?" tanya beliau lagi. Kali ini saya nampak muka beliau seperti wajah yang berharap.
"Tengoklah......kalau tak bz dalam satu hari boleh sampai 5 post", jawapan saya dibalas dengan suara-suara audiens yang terkejut dan kagum.
"Sebenarnya lebih daripada 10 post pun ada..." bisik hati saya.
KENAPA MENULIS BLOG?
Orang macam saya jangan disangka seperti malaikat.
Jangan disangka apa yang ditulis melambangkan peribadi penulis, mungkin jauh berbeza.
Jangan disangka saya tiada niat lain, mungkin ada kepentingan tersendiri.
Tak usah menjadi peminat blog saya. Tak usah meminati penulisan saya.
Dan paling penting, sikap dan mentaliti yang perlu ditegur, tak usah mengenali siapa si penulis.
Jika penulis seorang pencuri, pembunuh mahupun penipu biarkanlah dia menulis asalkan berfaedah.
Anda rasa bagaimana?
Saya percaya anda sudahpun membaca entri "HEBAT TAK BLOG SAYA" (klik) bahawa telah saya isytiharkan satu dunia bahawa tujuan saya melakar sejarah berdakwah dengan serangan poster adalah semata-mata mengetuk pintu hati manusia ke arah penghijrahan mencari hidayatullah.
Benar. Saya tidak tipu.
Tapi anda harus bersifat skeptikal!
Bukan semua perkara adalah percuma di zaman moden sekarang! Lebih-lebih lagi saya seorang pelajar perubatan yang sangat sibuk, mana mungkin saya sanggup melepak di sini dan menghabiskan masa berjam-jam untuk menulis dan membuat poster!
Mendebarkan bukan?
Yup. Menulis perlu strategik. Bukan mudah dan sangat mencabar.
MENULIS UNTUK MEMOTIVASI DIRI
Orang cakap ni ala "3 in 1". Menulis blog untuk berdakwah, muhasabah diri dan memotivasi diri.
Anda jangan fikir dunia yang sedang dialami oleh pelajar perubatan, ahli gerakan, pemimpin persatuan, naqibah, anak sulong mahupun aktivis punya masa untuk melayan dunia blog.
Dunianya penuh sesak lagi menyesakkan. Hampir tiada bantuan oksigen untuk ruang bernafas. Memikirkan itu dan ini. Mahu insomnia sepanjang malam. Namun, bagaimana digagahkan hatinya untuk keluar dari penjara penyeksaan tersebut?
Bagaimana dia istiqamah, itu soal utama.
Persoalan pengurusan masa masih menjadi isu panas.
Tetapi ada tips yang lebih menarik untuk dikongsikan bersama.
Entri atau idea berbisa? Jawapannya tahajjud.
Entri yang bersemangat? Jawapannya menulis dengan jiwa yang berkobar-kobar.
Poster menarik dan tertarik? Jawapannya hobi mengumpul gambar, kata-kata dan "font"
Idea melimpah? Jawapannya pengalaman.
MASALAH SAYA : LIMPAHAN IDEA
Pelik. Kebanyakkan para blogger menghadapi masalah kekeringan malah kekontangan idea, namun saya di sebaliknya. Maksud saya, apabila mahu menulis sesuatu entri, saya akan mengalami masalah menguruskan idea yang banyak.
Terlalu banyak yang boleh dihuraikan dan diolahkan menyebabkan entri tersebut menjadi panjang. Entri yang panjang tidak berapa efektif terutamanya bagi golongan remaja yang tidak gemar membaca. Entri yang bagus adalah padat dan ringkas tetapi sarat dengan pengajaran dan amat terkesan. Namun, bergantung juga pada perspektif pembaca yang berbeza.
Apakah puncanya? Langkah penyelesaian?
Soalan ini telah saya kemukakan kepada penceramah bengkel penulisan, namun hanya diri saya dan Tuhan yang mengenal siapa dan bagaimana diri saya. Jawapan penceramah tersebut kurang memuaskan hati saya.
Sebelum menguruskan blog ini, saya telah menjadi blogger tegar untuk blog diri sendiri yang telah di"delete" dan 2 blog persatuan yang telah diambil alih.
Cuba pembaca bayangkan dalam sesuatu masa anda harus mengendalikan 3 blog secara serentak. Satu blog persatuan tersebut berunsurkan siasah (politik) dan satu lagi berunsurkan agama.
Namun sepanjang proses mengendalikannya, blog politik paling mencabar dan sangat susah, lebih-lebih lagi jika baru setahun jagung dalam dunia siasah. Anda harus cepat mematangkan otak dengan "critical thinking", berfikir luar kotak, berfikiran futuristik (jauh ke depan), dan paling penting pandai mencipta dan bermain dengan isu. Tidak jemu "brainstorming" sesuatu yang baru.
Ini adalah pengetahuan am dan "added value" bagi mereka yang suka mencabar keselesaan diri. Menguruskan masa, emosi dan kesibukan bukan perkara yang mudah. Setiap hari blog persatuan tersebut perlu di"update" dengan entri yang menyelerakan buat seisi warga kampus dan punya mesej tertentu yang ingin disampaikan.
Contoh, siapa sangka dengan hanya satu post di dalam blog, mampu mengubah keputusan pilihanraya? Malah mampu mencipta sejarah setelah 6-7 tahun tidak menang.
Dan siapa sangka impian biah solehah mampu tertunai dengan ledakan informasi dakwah di segenap ceruk universiti. Hanya tanya pada diri, "anda mahu?"
Benar. Pengalaman banyak mengajar dan mentarbiyyah (mendidik) diri. Jangan biarkan pengalaman hanya secoret kenangan terindah di lembaran-lembaran kamus kehidupan, hidupkan ia semula dengan menguruskannya dengan kaedah tertentu.
Blog peribadi punya cabang olahan tajuk yang boleh menjangkau di segenap sudut kehidupan. Tapi biarlah ada sedikit perancangan dan mengaturnya agar tampak lebih sistematik.
SOAL HIDAYAH
Orang kata, jika kita ingin lihat "eksperimen" atau sesuatu usaha yang kita lakukan berhasil atau tidak, kita perlu lihat bagaimana hasilnya. Saya tidak boleh cek diri setiap pembaca untuk menilai keberhasilan setiap ilmu yang dikutip di dalam blog ini. Sudah tentu sahaja ini bukan eksperimen yang boleh dicuba jaya. Tentang soal tersebut, hanya Allah tempat berserah, Dialah yang paling layak untuk membentuk jiwa kita seperti yang Dia inginkan.
Kita sebagai seorang hamba hanya mampu menggarap dan menghadam hidayahNya yang bersepah-sepah di merata tempat. Cuma kita izinkan atau tak ilmu dan peringatan tersebut membentuk diri kita.
IZINKANLAH
Walaupun menulis untuk memotivasikan diri sendiri atau pun untuk membangkitkan semangat yang semakin patah dek dimamah rakus oleh sang dunia, namun.....
Izinkanlah penulisan biasa-biasa ini mengetuk pintu hati saudara saudari
Izinkanlah penulisan dari tangan yang penuh berdosa ini mampu menggoyangkan imanmu
Izinkanlah penulisan hambar ini membentuk diriku dan dirimu jua
Izinkanlah penulisan ini mengganggu kehidupan seharianmu, hadir dalam mimpimu sekaligus bertakhta dalam hatimu.
Izinkanlah....
Ana dah lama tak update blog. :(
ReplyDeleteLepas baca entry ni alhmadulillah rasa semangat balik nak menulis semula. :)
Jazakumullahu khayran atas perkongsian di atas.
Assalamu'alaikum.Ana juga merupakan salah seorang penulis blog.Tp mcm yg enti nytakan td; penulis blog yg mengalami mslh kekeringan idea utk menulis.Ana sgt2 suka membaca blog org lain.Untuk mencari inspirasi bg m'hasilkan artikel yg dpt mnyentuh hati pembaca.Ana nak ucapkn tahniah buat enti.Terus terang ana katakan ana sgt2 suka baca artikel di blog enti ni.Sgt menyentuh hati.Dan boleh dikatakan stp hari ana akn baca blog enti.Dan ana sentiasa t'nanti2kan artikel2 baru dr blog enti.Ana doakan semoga enti terus istiqamah dlm penulisan blog.Pedulikan apa org lain kata,asalkn niat kita jelas dan mtlamat kita utk cari reda Allah.InsyaAllah.Moga terus tsabat di jalanNya.Jazakillah :)
ReplyDelete-nur-