TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKONGSI

UMAT ISLAM TIDAK PERNAH KALAH


Bumi palestin. Sesungguhnya Palestin bukanlah milik orang-orang Palestin sahaja, Baitul Maqdis bukanlah tempat suci mereka sahaja dan Masjidil Aqsa bukanlah milik mereka sahaja tetapi milik kaum muslimin dari timur sampai ke barat.


KISAH PALESTIN DI RUMAH

Mengimbau satu kisah pada zaman kebudakan.

Saya dan adik-beradik sering bermain dengan beg-beg plastik yang dicucuk di hujung ranting kayu. Kadang-kala ranting durian, kadang-kala ranting rambutan. Bahkan pelepah daun betikpun pernah digunakan. Beg plastik itu kemudiannya akan dicucuh dengan api.

Sementara ia terbakar, ia akan mencair. Kami akan memusing-musingkan ranting kayu itu supaya beg palstik itu membentuk satu tombol berapi dihujungnya. Cairan plastik yang berapi itu akan menitis-nitis dari hujung kayu. Selalunya akan dititis-titiskan atas bahan mudah bakar seperti longgokan sampah, longgokan rumput, daun atau kayu kering, hingga habis terbakar semuanya.

Selalunya perkara ini akan dibuat bilamana longgokan sampah di belakang rumah sudah menimbun. Jika abah sesekali memesin rumput, dia akan menyuruh kami menggunakan cakar rumput dan membuat himpunan-himpunan rumput. Begitu juga kalau daun-daun kering sudah terlalu banyak di bawah pokok, kami akan disuruh mengaut daun-daun itu ke longgokan sampah untuk dibakar.

Sebelum memulakan ‘upacara’ pembakaran itu, kami adik beradik akan berimaginasi dahulu, bahawa longgokan sampah itu sebenarnya adalah satu markaz tentera Yahudi. Kadang-kala ia adalah markas tentera USA, atau UK atau Rusia. Kemudian, ranting kayu dengan plastik berapi di hujungnya itu akan diisytiharkan sebagai tentera udara Palestin yang datang hendak menghancurkan markas-markas tentera yang jahat itu. 

Pendek kata semua regim yang dikira jahat semua pernah di serang oleh tentera udara Palestin yang tidak pernah kalah, tidak pernah menerima serangan balas dan sentiasa hebat di dalam imaginasi kami itu.

Abah tidak pernah komen apa-apa tentang kelakuan kami dan riuh-rendah kami menyerang markas-markas musuh itu. Imaginasi itu daripada kami adik-beradik. Sukar ditentukan siapa yang telah memulakannya di antara kami.

Kalau sahajalah tentera-tentera udara Palestin yang invincible itu benar-benar ada!




UMAT ISLAM TIDAK PERNAH GENTAR!

Ya Allah berilah kemenangan kepada pejuang-pejuang Islam di palestin dan negara -negara Islam yang sedang ditindas oleh mereka yang tidak pernah merasai keperimanusian dalam diri mereka.

Kepada negara-negara Islam yang lebih berkuasa, jangan terus lali dengan hasutan oleh negara Amerika Syarikat amnya. Jangan berkata ia mereka adalah pengganas yang menyerang negara mu wahai amerika. Sungguh keji pemimpin Islam seperti ini. Pemimpin seperti mesti dnyahkkan keluar daripada pemerintah beliau.




RAMADHAN dan PALESTIN

Ramadhan tiba mengingatkan lagi saudara-saudara kita di sana. Bagaimana mereka bersahur, berbuka, bekerja pada siang hari dan beribadah pada malam hari?


Bagaimana pula usaha kita untuk terus membantu saudara palestin kita?
Adakah kita terus menerus berdoa untuk ketabahan mereka?
Adakah kita terus memboikot produk-produk Zionis Israel dan sekutu dengannya?
Adakah kita pernah bersedekah dan menginfaqkan harta kita untuk mereka?

Di bulan yang mulia ini, marilah kita mengambil ruang dan peluang yang telah disediakan khas oleh Allah dengan banyak bersedekah. Bersihkan hati bersihkan harta.

Amalan bersedekah yang amat dianjurkan Islam dan akan mendapat ganjaran pahala yang besar di sisi Allah SWT. Rasulullah SAW sentiasa menunjukkan teladan kepada umatnya dalam perbuatan bersedekah.

Sabda Rasulullah yang bermaksud : "Jagalah kalian dari neraka, meskipun hanya dengan separuh kurma". (Hadis Bukhari)

Di sini jelas kepada kita bahawa Islam sangat menekankan kepada amalan bersedekah dan nilai sedekah itu tidaklah hanya tertakluk kepada banyaknya yang dihulurkan seseorang, akan tetapi terletak pada nilai keikhlasan niat di hati.

Sesungguhnya, harta yang kita infaqkan kepada saudara kita sedikit sebanyak membantu perjuangan mereka dalam survival mempertahankan bumi palestin daripada kebinatangan rejim zionis!

No comments:

Post a Comment

"Allahurobbi..Hakikatnya, sedikit kata-kata dan komen yang berterusan daripada pembaca dan sahabat sekalian sudah mampu memberi semangat dan dorongan kepada penulis yang sedang berperang dengan masa di 'daerah' ini."

THE MOST POPULAR POST