TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKONGSI

ARGHH! SUSAHNYA!


Ketahuilah, sesungguhnya,,,

Kesulitan itu akan mampu membuka kejernihan telinga dan mata, serta menajamkan pikiran.
Kesulitan bisa memberi hikmah dan pelajaran.
Kesulitan mengajarkan kemampuan untuk memikul beban dan bertahan.
Kesulitan menghapuskan dosa.


KESULITAN DALAM BERMUJAHADAH

Dalam hidup ini, manusia akan berhadapan dengan dua perkara.

Pertama, perkara yang perlu dilakukan.
Kedua, perkara yang suka dilakukan.

Dan sudah menjadi sunnatullah, kedua-dua perkara itu saling bertindak bertentangan. Biasanya perkara yang perlu kita lakukanadalah perkara yang tidak suka kita lakukan. Dan perkara yang kita suka lakukan adalah perkara yang tidak perlu kita lakukan.

Contohnya, solat subuh. Bila hampir masuknya waktu subuh, perkara yang perlu kita lakukan ialah bingkas bangun, membersihkan diri, bersuci dan terus berwuduk. Itulah perkara-perkara yang perlu kita lakukan.

Namun, apakah perkara yang kita suka lakukan?

Ya, diikutkan rasa, kita suka untuk terus tidur dan bersenang-senang. Subuh itu sejuk, gelap, nyaman… waktu yang paling enak untuk menyambung tidur. Bangun subuh ialah perkara yang perlu, manakala terus tidur ialah perkara yang kita suka buat.

Yang mana satu lebih baik? 
Tentulah sembahyang itu lebih baik daripada tidur. 
Tapi apa yang nafsu inginkan? 
Jawabnya, tidur!

Jadi lawanlah nafsu. Tidak ada jalan pintas, tidak ada jalan singkat. Tidak ada keajaiban melainkan perlu menempuh jalan susah. Lawan nafsu dan bingkas bangun.

Ingat selalu, untuk berjaya dalam hidup, kita mesti lakukan perkara yang perlu kita buat walaupun kita tak suka. Tidak ada pilihan, paksa diri untuk melakukannya! Lawan godaan dan ransangan yang menggamit hati kita untuk melakukan perkara yang suka dilakukan tetapi akan membawa kepada kegagalan.

Untuk melakukan perkara yang perlu dibuat walaupun kita tidak suka membuatnya, menagih ketabahan, keberanian dan istiqamah [konsisten].

Untuk berjaya, mujahadah itu perlu. Bermujahadah ertinya berperang dengan diri sendiri untuk melakukan sesuatu yang sangat dibenci oleh hawa nafsu. Hawa nafsu yang hanya inginkan kejahatan, kelalaian dan keseronokan. Sebaliknya, ia sangat bencikan kebaikan, peringatan dan ketaatan.

Manusia berasa terlalu sulit, payah dan susah dalam bermujahadah di jalan Allah. Namun, ingatlah mujahadah itu pahit, kerana syurga itu manis.

Sesungguhnya, jalan mujahadah itu adalah jalan kita. Di jalan itu, sering berlaku dialog dalam diri. Apabila susah melanda, kita merintih. Apabila godaan mendatang, kita cuba bertahan. Apabila nikmat menjelma, kita lega tetapi tidak lama, sukar pun datang mencabar, kita cuba sabar

No comments:

Post a Comment

"Allahurobbi..Hakikatnya, sedikit kata-kata dan komen yang berterusan daripada pembaca dan sahabat sekalian sudah mampu memberi semangat dan dorongan kepada penulis yang sedang berperang dengan masa di 'daerah' ini."

THE MOST POPULAR POST