TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKONGSI

SAKIT HATI


Badan terasa sangat letih. Penat berprogram semalaman belum habis lagi. Malam itu kuakhiri dengan kepedihan. Aku benar-benar sakit hati. Masih panas cuping telingaku mendengar "sumpahan" dan kata-kata pedas daripada mulut dia. Geram aku dibuatnya.

"PERKATAAN itu seperti UBAT, kalau sedikit bercakap memberi MANFAAT, tetapi kalau terlalu banyak sangat bercakap nescaya MEMBAWA PADAH"

"Sudah la junior, kurang ajar betul. Sedap mulut je marah kat aku. Cakap tu biar la berlapis sikit. Semua orang penat, semua orang tension. Baru buat satu program pun nak kecoh!" getus hatiku. Mukaku merah padam menahan kemarahan.

Ingin sahaja aku menghantar message kepada dia, tapi entah kenapa aku tak sampai hati. Aku mahu lepaskan api kemarahan yang meluap-luap ini, biar dia sedar, biar dia hormat aku, aku lebih senior daripada dia!

"Woi! Bahasa tak tahu nak jaga ke? Lain kali jangan mintak tolong aku la!"
"Terima kasih la. Ini kali terakhir aku tolong kau."
"Sedap mulut ko je marah aku. Ko ingat ko siapa hah? Bodoh!"
"Sudahlah! Ko ingat ko sorang je tahu marah?"

Berkali-kali aku taip message dan delete.

"Argggghhhhhhhhh!!!!!!! Tensionnyer aku!"

Aku mencampakkan handphone ke atas tilam. Mata aku tertumpu pada screen laptop. Apa aku nak buat ni? Aku meramas-ramas kunci motor dan menjeling jam di dinding.

Walaupun cikgu menyerahkan tanggungjawab sepenuhnya pada dia, kenapa harus aku tolong dia? Aku pun ada kerja yang perlu dibuat segera! Menyusahkan diri sendirilah!

Aku merenung kembali nota-nota yang ditampal di sebelah meja belajar. Terasa air mata yang dingin meronta-ronta untuk keluar dari "perigi"nya.

Tidak! Janganlah kau keluar sekarang ini! Kau mesti kuat! Kuattttt!!!

Ya Allah...Kenapa dengan aku ini?

Lemahnya aku. Baru kena marah sikit. Tapi kenapa aku tak balas balik? Adakah aku lembik? Adakah aku bodoh? Adakah aku pengecut? Hanya mampu terdiam, tunduk, menangis dan memberontak.

Akhirnya, aku membawa perasaan sedih ke jalan raya. Dengan kesesakan jalan raya, ditambah jalan yang licin selepas hujan, aku redah juga. Aku melepaskan ketidakpuasan hatiku di sini. Terbayang-bayang di kepala otakku bagaimana aku kemalangan dengan sadisnya beberapa bulan yang lalu.

Sedari itulah kehidupanku mula berubah. Aku seperti hilang self esteem, tidak cergas seperti dulu. Lebih senyap dan memencilkan diri daripada bergaul dengan classmate. Aku yang peramah dahulu sudah bertukar menjadi seorang yang pemalu dan banyak memendam rasa.

Ya Allah.......Hati aku benar-benar sakit.

"Hidup hanyalah sebuah perjalanan, pasti ada tarikh perhentiannya. Tiada siapa dapat menghalang, walau sehebat mana pun dia merancang. Dunia hanya ladang untuk menuai bekalan. Dataran menuju ke persada sebenar kehidupan. Dunia ini amat sementara, ada hari datang dan ada pula hari perginya."


***************************


Aku membuka laptop. Tanpa isyarat dari otak, hatiku mendesak jari telunjuk kanan untuk menekan windows media player yang telah aku save surah-surah Al Quran yang aku suka hafal di bangku sekolah dahulu. Malam itu aku akhiri dengan melayan ayat-ayat cinta dariNya. Mencari sebuah ketenangan walau secebis cuma.

"Rasakan kerendahan hatimu, ketika dahi mencecah ke tikar sejadah..di saat insan lain dibuai dengan mimpi yang indah, namun hatimu kembali semula kepada fitrah, erti seorang hamba kepada Allah....."
"Sesungguhnya ALLAH itu bersama-sama dengan orang yang bersabar". Orang yang kuat bukan pada badannya yang besar dan sasa, tetapi pada kekuatannya dalam menahan kemarahan.


Dan akhirnya aku menangis jua. Teresak-esak mengikut irama nan syahdu yang kesepian...
Aku menghalalkan kemarahan demi Allah SWT insyaAllah.....

“Ya Allah, aku berlinðung kepaðamu ðaripaða perasaan seðih ðan ðukacita, aku berlinðung kepaðamu ðaripaða lemah ðan malas, aku berlinðung kepaðamu ðaripaða bahkil ðan penakut ðan aku berlinðung kepaðamu ðaripaða beban hutang ðan tekanan perasaan.”

Gagahkan aku untuk harungi semua ini Ya Allah...

11 comments:

  1. Janganlah terlalu beremosi dalam menulis, kerana ianya boleh mnyebabkan orang hilang rasa hormat pada anda.

    Jika benar2 marah pada seseorang, terlebih dulu periksa ksalahan diri kita dulu. Buang Ego pada diri kita, kerana ksalahan sendiri memang kita sndiri pun tak tau. Orang mara pada kita pasti bersebab, maka ambillah pengajaran, bukan dengan melayan emosi marah.

    ReplyDelete
  2. adat berorganisasi pasti ade lidah tergigit, hati tercuit~ sebaiknya konflik yg timbul diurus dgn matang.. bykkan muhasabah dan ambil ibrah darinya.. cube selesaikan cara baik face-to-face.. post kat blog mungkin hanya menyalakan kembali bara amarah, tp xsampai solutionnye.. wallahualam

    ReplyDelete
  3. salam ukhwah~
    dalam bergerak kerja mmg akn ade naik turun, sakit hati, jiwa dn mcm2 lg.. itu lumrah dlm gerak kerja.. tp dlm bergerak kerja bersama2 lah kita akn lbh mengenal mne shbat dn mne kwn..
    biasanya dr gerak kerja itu kita akn dpt tau perangai sebenar kwn kita dn mgkn juga perangai kita sendiri.. secara xsengaja mmg sikap itu akn keluar sendiri dn dr situ kita dpt menilai sikap kwn kita dn sikap kita..
    muhasabah kembali.. mgkn silap dia marah2 kita tp silap kita?? bnda tu xkn jd mslh kalau xde 2 pihak..
    mksud sy, klo kmu xterasa dgn dia pn mgkn xkn ade mslh hati ni..
    apa yg boleh sy ckp, cuba pndg kwn itu sbg mad'u.. pndg dgn penuh kasih syg, syg kerana Allah..
    syg kerana Allah akn menghilangkan semua rasa sakit xkira jiwa atau hati..
    stiap apa yg dtg pd kita, itu ujian yg Allah turunkn pd kita utk menunjukkan betapa sygnya Allah pd kita.. Allah mahu kita jd yg lbh baik, lbh pndai menguruskan hati drpd mslh2 spt itu..
    stiap mslh dtg drpd Allah dn kembalikanlah mslh tu kpdNYA semula.. mintalah pertolongan drpd Allah supaya dpt memandang dia dgn penuh kasih syg kerana Allah dn doaka kwn itu juga..

    cara nk selesaikan mslh bukan dgn cara membenci dia tp cuba selesaikan.. kalau sy, sy xsuka post apa2 peristiwa buruk dgn org lain kerana ia juga menunjukkan peribadi kita.. cara sy selesaikan mslh adlh dgn memberitahu terus kpd dia.. mgkn dia xperasan dia ade terbuat slh dgn kita, dn kta juga perlu mengingatkan dia.. tp biarlah cara yg berhemah dn boleh diterima oleh dia.. itulah pntgnya knl kwn sbb kita akn tau cmner cara nk nasihat dia..
    kita sbg doktor kpd ummah bukan shja merawat jiwa ummah tetapi merawat jiwa kita juga..
    cuba husnuzon dgn kwn dn terima kata2 dia sbb mgkn ada silap kita smpai dia berbuat begitu..
    papepn, slamat menyelesaikan mslh..
    "Allah xkn membebani seseorang itu melainkan sesuai dgn sesanggupan hambaNYA"(al-baqarah)
    wallahualam~

    ReplyDelete
  4. jadikan setiap ujian/kegagalan itu sebagai indicator hubungan kita dengan Allah..
    -kata2 prof har-
    ~muhasabah diri~
    xelok mengaibkan masalah kita dalam laman2 sosial mcm ni..
    scara tdk langsung mgaibkn diri kita sndiri..
    cukuplah sekadar mengadu pada Allah..
    itulah ketenangan yang hakiki..
    sebarang masalah selesaikan dgn cara baik..
    insyaALLAH, sbgai manusia, sama2 prbaiki diri kita msing2..

    ReplyDelete
  5. anonymous=yup.. btol3..
    mengadu pd manusia xdpt pape, kdg2 bila mana dh mengaibkan org, lg dpt dosa.. tp bila mengadu pd Allah, Allah akn beri jwpn, ketenangan dn byk lg..

    tp xmengapa.. kta sentiasa mengalami proses pembelajaran.. tp hrp nya kita belajar ats apa yg berlaku..
    kdg2 byk bnda yg sama berlaku dlm hidup.. asek2 mslh yg sama.. mgkn Allah buat mcm tu sbb kita msih xblaja lg dgn apa yg Allah dh beri.. so, Allah bg lg supaya belajar lg.. sbb ilmu itu pntg utk mse akn dtg..
    wallahualam..

    ReplyDelete
  6. Salam Ukhuwah,
    Saya amat memahami perasaan orang yang sedang dalam bergerak kerja demi sebuah organisasi, berdasarkan pengalaman pesta konvo baru-baru ini juga menyedarkan saya erti sebenar sabar.

    Ibn 'Athaillah berkata | "yang dimaksudkan dengan sabar ialah apabila ditimpa musibah, penerimanya tetap di dalam keadaan baik (lantaran redhanya)."
    wallahualam.

    ReplyDelete
  7. (PENGUMUMAN) Sekali lagi, saya maklumkan. Cerpen ini takde kaitan antara yg hidup mahu pun yg telah mati. Malah tidak berlaku dan hanya rekaan semata2 mengikut daya imaginasi penulisan.

    hayatilah maksud isi tulisan ini sama ada yg tersurat atau pun tersirat.

    disebabkan cerpen ini agak KONTROVERSI pada yg susah nak memahami, saya dah beri explaination di sini

    http://muslimdoktor.blogspot.com/2011/11/marah-itu-sahabat-syaitan.html

    saya rasa, cerpen ini yg bertajuk "sakit hati" telah menyebabkan ramai "sakit hati" pula. adakah anda benar2 ada masalah hati?

    terpulang, penulis hanya menulis dan akan terus menulis biar pun orang tidak suka. itulah mehnah seorang penulis dakwah.

    ReplyDelete
  8. Allah maha mengetahui segala isi hati.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum wbt..

    Saya merasa pelik membaca comment2 diatas...
    Betullah apa yang ingin disampaikan oleh penulis..
    baca apa yang disampaikan dan ambil manfaat utk kita bersama.dan nak kaitkan dgn perasaan seseorang melalui tulisan tdk boleh jugak..
    mungkin isi tersiratnya adalah untuk kita mencegah sakit hati dan bukan men'claim' penulis yg sakit hati..

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum w.b.t..

    bila bce2 blk rse klakar pulak.. hihi.. tersalah phm dgn content cerpen tu.. sbb slalunye org tulis blog utk luahan perasaan.. xtau pulak ade yg menulis cerpen begini.. mgkn kt label tu bole labelkn sebagai cerpen kot.. supaya xsalah fhm.. hihi..

    btw, selamat bercerpen.. endahkan segala apa ckp org asalkan kita berada di landasan yg btol. =)

    ReplyDelete
  11. Personal Development: Self-help and personal development blogs offer guidance and support to individuals seeking to improve themselves in various aspects of life. They provide tips, strategies, and personal anecdotes to motivate and empower readers.

    ReplyDelete

"Allahurobbi..Hakikatnya, sedikit kata-kata dan komen yang berterusan daripada pembaca dan sahabat sekalian sudah mampu memberi semangat dan dorongan kepada penulis yang sedang berperang dengan masa di 'daerah' ini."

THE MOST POPULAR POST