Sedih bila memikirkan benarkah kita belajar dan berusaha untuk mengenal Allah swt?
Benarkah pergantungan kita hanya pada Allah swt semata-mata?
Mampukah kita bertawadhuk dan berhubung erat dengan Allah swt setiap masa?
Atau belajar dan berpenat lelah untuk dunia tetapi di akhirat tiada nilai langsung di sisi Allah?
Bolehkah kita dapat memegang dua-duanya, dunia dan akhirat dengan apa yang kita buat sekarang ini?
Atau dapat dunia sahaja tetapi akhirat tercicir?
Ataupun kita tidak dapat kedua-duanya sekali?
Bagi pelajar perubatan, kita sebenarnya bertuah dipilih Allah SWT mempelajari satu bidang yang amat besar faedah dan manfaatnya buat manusia dan dunia. Apapun yang mendorong kita membuat keputusan menjadikan bidang ini pilihan, kita sudah sampai di sini!
Namun, yang paling utama adalah akhlak kita, ia menjadi pembeza utama antara pengamal perubatan yang mulia dan doktor yang angkuh. Untuk itu, selagi mana penggantungan kita hanyalah kepada Allah SEMATA-MATA, kita akan sentiasa diredhai oleh Allah SWT .
"Pastikan diri kita menjadi pengamal perubatan yang TAWADHUK dan sentiasa
berHUBUNG ERAT DENGAN RAB di dalam setiap perkara yang kita lakukan.."
Apapun kesulitan, masalah dan ksempitan di dalam mengharungi perjuangan menuntut ilmu, itu akan mnyedarkan kita betapa kerdilnya diri sebagai hamba, sekaligus menyedarkn diri akan keagungan dan kekuasaan ALLAH.
''Orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu, mereka akan berkata : Sesungguhnya kami kepunyaan Allah SWT dan kepadaNyalah kami kembali.''
Salam,
ReplyDeleteGambar kat atas yang tudung pink tu Alia Suzana. betul kan? :)