TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKONGSI

MOTIVASI DIRI : UJIAN YANG TIDAK DISANGKA-SANGKA


Aku tak pernah menyangka, aku diuji begini. Aku tak pernah menyangka, aku akan merasai perasaan ini
Dan aku tak pernah menyangka, aku dapat laluinya. Maha suci Allah, ku puji kebesaranMu.

Setelah kering air di mata, aku senyum kembali, aku ketawa kembali. Setelah luka di hati dijahit rapi, dengan tiba-tiba hati berdetik, "Maha Besar Allah, ku akui kekuatanMu".

Hati berkata "biarkan senyuman itu kaku. Biarkan ketawa itu tidak seriuh dahulu. Biarkan perbualan itu tidak sekecoh dahulu. Maha AgongMu ya Allah, ku seru namaMu. Harapan hanya satu, agar semua orang tahu aku masih seperti dahulu. Walaupun hakikatnya, aku mahu mereka memandangku tanpa pandangan sayu mahupun simpati. Maha halusMu ya Allah, ku damba pengertianMu".

Kesibukan disini hampir meruntuhkan tembok rindu. Namun tak sesekali akan dibiarkan tembok rindu ini runtuh. Tak akan sesekali dibiarkan ia terhapus. Ku berdoa agar rindu ini terus subur dalam hati, tidak pudar oleh masa dan tidak hilang dimamah usia. Maha agungMu ya ALLAH, ku pohon kasihMu.

Kerana apa?

Kerana rindu ini menyemai kalimah cinta, mengiringi rantai-rantaian doa dan diusuli zikir memuji Allah untuk ku hadiahkan buat Dia yang tersayang, Dia yang dirindui. Dia yang bernama Allah Tuhanku. Maha pengasihMu ya Allah, ku rayu kepadaMu.

Aku tahu belum sempurna diri ini, belum layak diri ini, belum matang diri ini untuk dinamakan seorang hamba solehah. Jauh perjalanan bakal disusuri, yang pasti aku tak sesekali melupakan janji. Janji antara seorang hamba dengan penciptaNya. Maha Esa Mu ya Allah, ku harap keredhaanMu.

Ku tahu dalam doa penuh cinta ini, aku tak akan bersendirian. Tabahkanlah hati, kuatkanlah semangat, sematkanlah azam Allah adalah penolong kita.

"Allah does not burden you beyond your means, and when Allah tests you, He loves you. Test, trials, calamities, hardships, they are all package of having Faith in Allah, putting your trust in Allah:.

Bacalah surah al-ikhlas ini berkali-kali, pasti akan ketemui hikmah ke"tauhid"an Allah :
"Katakanlah(Muhammad),' Dialah Allah yang Maha Esa. Allah tempat meminta segala sesuatu. (Allah) tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Dan tiada sesuatu yang setara denganNya." (Al-Ikhlas:1-4)

No comments:

Post a Comment

"Allahurobbi..Hakikatnya, sedikit kata-kata dan komen yang berterusan daripada pembaca dan sahabat sekalian sudah mampu memberi semangat dan dorongan kepada penulis yang sedang berperang dengan masa di 'daerah' ini."

THE MOST POPULAR POST