TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKONGSI

MAUT : JANGAN PERNAH LUPA


Mati menjemput tuannya pada bila-bila masa tanpa mengerti apa yang sedang kita lakukan.
Pernahkan anda melihat mati saat bermain bola? Mati saat solat? berceramah?

Bertentangan dengan persepi umum, maut bukanlah peringkat terakhir kepada turutan peristiwa. Apabila tibanya masa, Allah akan menghantar malaikat kepada mereka yang telah ditakdirkan mati pada masa berkenaan dan mengambil roh orang itu secara tiba-tiba, pada masa yang tidak dijangka. 

Ia mungkin terjadi tepat pada saat ini, sebelum kita sempat bangun daripada kerusi kita, malaikat maut akan muncul di hadapan kita secara tiba-tiba. Kita mungkin dikelilingi oleh kawan-kawan atau ahli keluarga, tetapi mereka tidak dapat merubah kemungkinan ini; mereka tidak boleh dengan apa cara sekali pun menghalang kita daripada maut.

Oleh itu, jangan sesekali lupa, setiap roh akan diambil oleh Malaikat Maut yang diutuskan oleh Allah untuk melakukan tugas itu dan akan kembali kepada Allah

Kejadian di Arab Saudi, di kala pemain sepak bola, dicabut nyawanya dan sakratul maut di tengah padang bola. (klik)

Semua perkara yang kita lihat di sekeliling kita, kawan-kawan kita, saudara-mara, dan semua benda hidup di dunia ini akan pasti suatu hari nanti mati, sebagaimana berjuta-juta manusia yang hidup sebelum kita.

Fakta ini dinyatakan di dalam ayat al-Qur'an yang berbunyi, “Setiap manusia akan merasai mati...” (surah al-Anbiya': 35). Melupai kepastian ini menandakan kurangnya kesedaran. Manusia tidak dapat lari daripada maut dan pastinya akan mati kerana sebab-sebab tertentu pada satu masa dan tempat yang tidak diketahuinya.

Sahabat,
Maut adalah pemutus segala kelazatan duniawi, dia adalah pemisah sahabat dan pengeruh kenyamanan hidup orang-orang yang lalai. Ia adalah kenescayaan. Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, kendatipun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kokoh, begitu firman Allah dalam QS. an-Nisâ 4:78.

Ia akan datang kepada kita, kendati kita berusaha lari menghindar darinya.

Katakanlah: Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang gaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan (QS. al-Jumuah 62:8).

"Meninggal dalam keadaan berdakwah" (klik)

Khusnul khotimah perlu kita dapatkan. Dalam keadaan macam mana cara pun kita akan meninggalkan dunia ini, carilah bekalan akhirat sebelum dihisab. Sama-sama kita doakan semoga kita sama-sama diberi petunjuk dan hidayah Allah swt agar di beri keimanan yang tinggi untuk melakukan amar ma`aruf nahi mungkar

No comments:

Post a Comment

"Allahurobbi..Hakikatnya, sedikit kata-kata dan komen yang berterusan daripada pembaca dan sahabat sekalian sudah mampu memberi semangat dan dorongan kepada penulis yang sedang berperang dengan masa di 'daerah' ini."

THE MOST POPULAR POST