TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKONGSI
SENTUHAN JIWA : CINTA REMAJA
Biarkan hati bermadah. Kerana di situ akan kau temui kata-kata hatimu yang sebenar, yang mana selama ini dipijak-pijak oleh egois nafsumu. Disebalik madah hati pasti ada iringan air mata hati, jatuh berderai-derai meraikan ke"madah"an pemilik hatinya. Ia adalah sentuhan jiwa yang sangat jiwang berkonsepkan ketuhanan.
Kalaulah sudah takdir hilang mentari di hujung langit, terbayarkah harga sekeping hati yang tidak mahu redha? Sedangkan ia tetap pergi jua. Cinta ditinggalkan, mencari cinta baru. Namun, dimanakah kepastiannya?
Dengarlah duhai Kekasih...
Bisikan hatiku yang bergelora...
Tatkala pencarian dihempas badai...
Dimana cinta yang suci hakiki?
Cinta tanpa belaian nafsu...
Yang membunuh keimanan pada Raja Segala Raja...
Cinta yang mekar mengharum...
Dibajai keyakinan pada KekuasaanNya...
Dimanakah cinta itu...
Yang berada di dalam diri seorang hamba...
Diri yang suci tidak pernah dicemari...
Tidak tunduk pada kehinaan dunia dan godaannya...
Kurniakan aku jasad suci itu...
Yang hatinya juga suci dari segalanya...
Suci dari tujuan selain Tuhan...
Penghambaan sejati pada Kekasih Sejati...
Namun...
Kau sucikan dulu diri ini...
Jauhkan aku dari bayangan ini...
Yang menghijabkan mata hatiku...
Dari cahaya di atas cahaya...
Berikan aku sayap yang megah...
Supaya aku bisa terbang bersamanya...
Di ketinggian cinta melangkaui dunia...
Kerana pipit sepertiku bukan untuk enggang...
p/s : teringat entri pidato yang selalu saya gunakan pada masa dahulu dengan lenggok intonasi suara dan bahasa badan. "Pipit sama pipit. Enggang sama enggang". Ada maksud tersirat, mungkin?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
THE MOST POPULAR POST
-
TERLALU EGO Imam Syafie pernah berkata "aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti akan kalah berhujah denga...
-
Saban hari, para doktor dan pelajar perubatan seringkali ditayangkan adegan "malaikat izrael mencabut nyawa" pesakit di hadapan...
-
Jangan disangka blog, FB dan penulisan tidak mampu menyindir pedas! Sindiran pedas.... Walau hanya dengan SATU sindiran, walau tidak s...
-
Kadang-kadang aku jengah ke FB, membaca dan melihat status berulang kali tanpa jemu. Kadang-kadang aku menatap gambar, hampir tidak sedar...
-
Hati memberontak! Fikiran meracau-racau. Jiwa benar-benar kacau, tidak keruan otak menafsirkan saat beperang dengan emosi. Terasa kegersang...
-
"Arghhh!!! Assignment lagi, bosanlah belajar! Masuk ni, dah 5 assignment pensyarah bagi. Mane satu aku nak siapkan dulu ni? Stress be...
-
Hanya kerana cinta yang tidak pasti, malu dan takut kepada Allah sudah tidak lagi bertakhta di hati “Bermula dengan ruang chatting ...
-
Mendengarkan ceramah "Ustaz Cinta", Ustaz Emran Ahmad dengan kata-kata : "Kadang-kadang kerana mengelak daripada dosa kec...
-
Assalamualaikum sahabat-sahabat. Teringin sangat untuk sama saya kongsikan artikel cinta sejati yang sangat sedih ini. Walaupun artikel in...
salam....akak x der artikel psal pergaulan pompuan ngan laki...specifically, pompuan n laki yg bershbt baek...
ReplyDeletewassalam..owh. takde lagi. tapi boleh aku tuliskan :)
ReplyDelete