salah satu cara melepaskan rindu pada si Dia |
Pernah tak hati terasa rindu dengan seseorang?
Terasa rindu sampai boleh menitis air mata
Rindu yang tidak boleh digambarkan
dan hanya boleh dilakarkan dengan bermadah
Ada suatu cerita...
Pada suatu hari, berlaku perbualan antara Abu Bakar As Siddiq dengan Rasullulah s.a.w dan ketika itu terdapat sahabat-sahabat yang lain bersama dengan mereka. Rasullulah s.a.w berkata kepada Abu Bakar As Siddiq:" wahai Abu Bakar, aku begitu merindui kepada saudara-saudaraku (ikhwan)."
Jawab Abu Bakar:" wahai Rasullulah, bukankah kami ini adalah teman-temanmu ?"
Baginda s.a.w. pun menjawab:" Bukan , kamu adalah sahabat-sahabatku. ikhwan adalah mereka yang tetep beriman kepadaku walaupun mereka tidak pernah bertemu denganku, mereka mencintaiku lebih dari mencintai diri mereka sendiri walaupun tidak pernah bersua denganku."
"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.
"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu. Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.
Ya Allah....
Hancur luluh hati menghayati kata-kata Rasulullah SAW, apatah lagi mendengarnya!
Tak tahu kenapa air mata mengalir laju tanpa disedari bila membaca ungkapan indah Rasulullah SAW
Begitu besar kerinduan Rasulullah terhadap kita, sehinggakan apabila Baginda hampir wafat masih mengingati ummatnya...
ummati...ummati..ummati...
begitu besar kasih sayang Rasulullah terhadap kita..tapi kita?
Apakah rindu kita pada Rasulullah seperti rindunya Rasulullah kepada kita?
Rasanya hanya rindu bayangan. Hilang bayang, hilanglah rindu.
Astaghfirullah... betapa kerdilnya aku. Betapa kerdilnya kita sebagai hamba Allah
Hati ini berdoa Ya Allah
Semuga dianugerahkan perasaan rindu itu kepadaMu Ya Allah dan kepada kekasihMu dengan sebenar-benar rindu, bukan rindu kepada manusia yang masih tidak halal bagi kami.
Sahabat,
Kitalah ikhwan yang dimaksudkan oleh Rasullulah SAW, sebelum kita sempat mengenal dunia lagi Baginda telah lama merindui diri kita. Kita bukanlah sahabat yang bersama dengan Baginda dahulu, namun kita adalah IKHWAN yang dirindui Rasullulah SAW
Apakah kita merinduinya?
Ya Allah, mudah-mudahan kami semua tergolong dalam golongan bertqwa.
Ameen...
Cuba hayati lirik lagu ini. Pertama kali aku dengar dalam lap top adik memang menyentap jantung yang berdegup normal. Nak nangis je bila dengar...Syahdu lagi kalau dengar tengah-tengah malam
Pada tangisan atau jua pada air mataHadir rasa yang tak bisa ku lari dari nyaLukisan rindu yang terlakar di wajah kuHadir dari hati yang di himpit perasaanDirimu ku rindu oh kekasih AllahWalau kita tak pernah bersuaMengalir mutiara suci di pipi kuSambil di bibirku berselawat mengingati muKerinduan bertamu tak bisa lagi ku bendungHanya bisa ku luah dengan kata bermadahKu harapkan rahmat AllahKu harapkan syafaat muAgar bisaku bersama muOh Rasulullah..Ku baca sirah muKu hayati kata-kata muBetapa indah akhlak muBetapa erat ukhuwwah mu dan sahabatKu andaikan dirikuBerada disisi muNamun ku langsung terpanaBetapa hinanya aku disamping muAku yang banyak berdosaMengharap maghfirah AllahAku malu pada muDuhai RasulullahLukisan rindu pada muPenuh berwarnaYa Rasulullah…..Ya Allah…..
Tajuk Nasyid : Lukisan RinduArtis : Are-BuddyAlbum : Kalimah Warisan
BAGAIMANA MENCINTAI RASULULLAH LEBIH DARIPADA IBU BAPA?
1. Jika ada terasa rindu pada Rasalullah saw maka berbanyakkanlah selawat keatasnya setiap hari terutamanya hari jumaat
2. Dan selawat yang makbul ketika menyahut azan semasa ucapan Asyhadu anna MuhammadarRasulillah, maka mengadah tangan sambil menyahut sambungan kalimah tadi dengan ayat;
Marhaban Ya Habibi Ya Qurratul'ain Ya Rasulullah .
Kemudian tiup dan hembuskan di telapak tangan kemudian disapukan kedua mata. Insya Allah jika Allah izinkan nescaya kita dapat berjumpa Rasulillah SAW di dalam mimpi kita dan membaca selawat setelah azan. Sebab Syaitan tidak boleh menyerupai rupa Rasulillah SAW.
Alangkah bahagianya orang yang dapat bertemu kekasih hatinya Rasulillah saw..Doanya selalu bertawassul dengan Baginda yang mulia. Tetapi dengan syarat hati kita mesti selalu dibersihkan dengan berbanyak baik sangka, mulut dan lidah selaLu di basahi dengan Zikrullah, serta ayat-ayat Allah swt selalu menjadi peringatan dan ajaran yang membimbingnya ke jalan yang benar
Ilmu bermenfaat untuk dirinya dan bermanfaat kepada orang lain jua. Dihiasi dengan akhlaq dan budi pekerti mulia yang sama seperti Baginda Rasulillah saw. Masya Allah.
3. Mengamalkan sunnah-sunnah Nabi SAW, iaitu sumber kedua selepas Al-quran. Ada 7 yang utama :
(sumber)
(1) Tahajjud : kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
(2) Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari: Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.
(3) Solat berjemaah terutama di waktu suboh : Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkatan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
(4) Jaga shalat Dhuha : kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
(5) Jaga sedekah setiap hari : Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.
(6) Jaga wudhu terus menerus : kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu.
Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.
(7) Amalkan istighfar setiap saat : Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan.
Zikir, kata Arifin Ilham, adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya.
“Zikir merupakan makanan rohani yang paling bergizi,” katanya, dan dengan zikir berbagai kejahatan dan maksiat hati dapat dijauhi.
Mengenal Rasulullah, adalah kekayaan yang tak ternilai harganya bagi kita. Rasulullah dicipta oleh Allah untuk menjadi tauladan. Diamnya, pembicaraannya, tindakan-tindakannya, dari ujung rambut sampai pangkal kakinya, semuanya adalah pelajaran dan menjadi ikutan ummat sepanjang zaman. Keseluruhannya adalah amat berharga dan pembawa jalan keselamatan bagi yang mengikutinya.
Demi Allah yang jiwaku berada di tangan-Nya, seseorang tidak beriman hingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri - Nabi Muhammad SAW
Moga-moga dapat berjumpa Rasulullah S.A.W walau di dalam mimpi dan insyaAllah di akhirat sana kita semua mendapat syafaatnya.
terimakasih untuk informasinya
ReplyDelete