TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKONGSI

SEPERTI "autumn in my heart"





Ibnu Abbas berkata, saya mendengar Rasulullah SAW berkata:

”DUA MATA yang tidak bisa disentuh api Neraka adalah mata yang menangis di keheningan malam kerana takut kepada Allah, dan mata yang berjaga di malam hari kerana membela agama Allah.” (HR Tarmidzi dan Abu Na’im)

Nikmat paling manis, apabila Allah mentarbiyyah kita dengan pelbagai ujian. Namun, tautan ukhwah mampu berhadapan dengan sejuta kesulitan, yang memberi semangat perjuangan. Alirkan halawatul ukhwah, kesungguhan dalam berjuang melalui rabithah (ikatan) hati. Semoga Allah memelihara diri ini dan ukhwah kami




MENANGISLAH WAHAI SAHABAT

Biasanya kita melihat dan membaca artikel atau entri blog "Sahabatku, usah bersedih"
Berbeza dengan saya kali ini, saya ingin mengajak sahabat-sahabat yang disayangi untuk menangis.

Menangislah kerana Allah.
Menangislah untuk kesekian kalinya.
Menangislah dengan memanggil-manggil nama Tuhanmu..Allah...Allah...Allah
Menangislah di sepertiga malam

Menangislah, supaya kau tahu ada bezanya,
antara air mata meratapi dunia,
dan tangisan memanggil Yang Esa......


Sahabat yang disayangi,
Ada masanya kita perlu menangis agar kita tahu dunia ini bukan hanya untuk ketawa, agar kita tahu betapa bernilainya setitis airmata. Ada masa kita perlu seorang sahabat agar kita tidak kesunyian di perjalan hidup, dan ada masa kesunyian membuatkan kita tidak akan pernah lupa betapa bernilainya seorang sahabat.

Tangisan itu untuk menginsafi segala kesalahan dan dosa-dosa yang telah kita lakukan. Demi menjahit semula sejadah iman yang telah kita koyakkan dengan rakusnya. Kita terlalu keduniaan dan sanggup melalaikan Allah. Kita sudah melampaui batas-batas seorang hamab kepada Tuhannya.




Begitu mengkhayalkan tatkala kesepian di tengah malam. mencuit kegoyahan iman untuk menangis semahu-mahunya. air mata melukis Tuhan di dalam hati dengan doa keinsafan penuh menyesak dada.
Kau buat hambaMu muhasabah diri dengan keindahan alam fatamorgana. Ya Allah pemilik jiwa ini, biar rebah hamba dalam pembaringanmu beralaskan sejadah iman, ampunkan dosa hamba, Ya Allah.


Sahabat,
Tatkala bersedih katakanlah,
"Ya Allah..
aku sedang menangis..bersedih hati..
bila ku bersedih..aku teringat padaMu
terima kasih kerana Kau berikan kesedihan ini....
Kau masih punya rasa sayang kepadaku,
walaupun aku berbuat dosa kepadaMu

Sungguh Ya Allah..
Aku bukan milikku..
Aku milikMu ya Rabb..
Sesungguhnya segalanya milikMu..
Oleh itu, aku mohon kepadaMu segala kebaikan
dan kekuatan untukku meneruskan kehidupan ini..
Aku sandarkan segalanya padaMu..
kerana Engkau pemilik segalanya..
Sedang aku tak punya apa-apa..
Tanpa bantuanMu, aku tak mampu berbuat apa...

astaghfirullah al 'azim..(3x)

Ya Allah,
aku mohon keampunan dariMu...
kerana sering lalai terhadapMu....
peliharalah aku ya Rabb..
lindungi aku dari segala perkara
yang Engkau murkai..

Sesungguhnya SOLATku, IBADAHku, HIDUPku,
dan MATIku hanya untuk Mu..

daripada Allah segala kekuatan,
dengan Allah kuyakini kehidupan,
kepada Allah akan kukembali..





BUAT YANG SUSAH UNTUK MENANGIS

IZINKAN AKU MENANGIS YA ALLAH!!
Ditengah malam yang gelap gelita aku membelah kegelapan,
Mengharap ampunan Mu Ya Allah dengan menumpahkan semua air mata semahunya,
Tersungkur dalam sujud rebah tak bermaya,

Ya Allah , biarkan aku menangis Kepada Mu Ya Robb, Ya Khaliq,
Sebelum datang Nya hari yang penuh tangisan dan sesalan,
Dimana hari itu hanya naungan Mu yang Berkuasa ,
Sebelum terbakar semua tulang belulang hambaMu ini Ya Robb
Dan sebelum datang malaikat maut yang tidak pernah mengingkari perintahMu.

Janganlah Kau keraskan hatiku dengan segala noda dan dosa hitam,
Aku sudah cukup hina dan terbuang di fana ini,
Apakan dayaku aku malu denganMu atas semua perbuatanku,
Oh..pilunya hati ini Ya Allah.........

benar-benar terasa pilu...luka di hati berdarah semula :'(



p/s :
1.  Sebenarnya ana nak buat entri "usah bersedih lagi", tapi dapat ilham baru. selalu orang tulis macam tu je. nak buat lain dari yang lain plak. nak "sakat" hati pembaca agar menangis sama. lagu tu cukup menginsafkan, hayatilah baik-baik.

2.  Pernah tak jumpa manusia pelik yang kuat menangis? Ana lah tu :) Tak tahu kenapa. Mungkin satu syndrome? Ataupun orang-orang tua selalu kata, pantang ibu yang sedang mengandung buat benda-banda pelik. Mungkin ummi ana kuat menangis ketika kandungkan ana. Mungkin?

3.  Memang ada sesuatu yang sangat pelik berlaku di rumah ana terutamanya kalau tengok cerita sedih. Lebih-lebih lagi waktu sekolah rendah 24 jam depan TV, dalam banyak-banyak cerita, cerita hindustan yang paling sedih dan menyayat hati. Kalau tengok sekeluarga memang confirm ana dan ummi  je menangis sampai bengkak-bengkak mata, adik beradik lain pula mengejek. Sikit-sikit tengok muka kami, mengganggu konsentrasi untuk menangis je. Malu lah, tapi apa nak buat. Natural. Nasib baik ada ayah yang memahami

4.  Bila dah masuk asrama, kurang tengok TV. Tapi terlalu cepat menjiwai sesuatu perkara atau situasi yang berlaku. Air mata ni jadi macam murahan. Kalau tengok orang lain menangis, mata ini pun sibuk nak tumpang menangis. Alhamdulillah, air mata ni akhirnya disalurkan ke tempat yang betul. Bila dah pegang jawatan bahagian surau, jadi air mata tu tak sia-sia. Kalau slot muhasabah tu, selalunya ana yang menjuarai. Dah jadi senior, ana yang conduct, adik-adik ni menangis bukan sebab kata-kata ana tapi mendengar tangisan sebak ana yang mendayu-dayu. Alahai.. Memang di asrama selalu pasang nasyid guna speaker terutamanya pukul 6-7 pagi isnin-jumaat dan 6-12 tengahari sabtu-ahad. Lirik-lirik nasyid ni banyak memotivasi diri dan selalu mengajak berkhayal bercinta dengan Allah. Adik-adik peminat (secret admirer) ana selalu hadiahkan nasyid-nasyid yang menginsafkan, ana sayang sangat mereka walaupun tak pernah declare.

5.   Sebab itu lah ana tak suka mana-mana pihak memperlekeh nasyid walaupun jiwang macam mana pun. Kalau letak kejiwangan pada yang hak, maka hati tidak sesekali akan terleka dari cinta Allah. Ana suka je semua lagu cintan cintun UNIC, In team, saujana, brothers, mestica, dll. Lumrah la, kumpulan-kumpulan nasyid ni semuanya remaja, muka pun baik-baik. Kalau sandarkan nasyid tu best pada rupa paras dan umur penasyid memang akan timbulkan fitnah pada diri sendiri.

6.  Memanglah nasyid bukan segalanya, lebih baik tadabbur Al-quran daripada nasyid. Ana tak nafikan itulah yang sepatutnya. Al-quran nombor satu, menjadi kewajipan setiap hari untuk membacanya. Tapi untuk menghiburkan atau mengisi kekosongan hati dalam cara atau kaedah yang lebih mudah dan senang difahami iaitu dalam bahasa sendiri, nasyid boleh menjadi alternatif.

7.  Mungkin disebabkan telah diberi suntikan dose yang tinggi terhadap nasyid, ana dah menjadi allergic mendengar lagu-lagu lagha. Contoh kalau naik kereta, adik lelaki ana pasang hot.fm, era, atau pun seumpama dengannya, hati terasa memberontak. Dasyat juga. Kalau naik kereta dengan ayah, ana terus tekan ikim.fm dengan volume yang tinggi, automatiknya semua orang dalam kereta akan jadi insaf dan sangat baik bila mendengar ayat suci Al-quran dan tazkirah pagi. Benar-benar sejuk hati melihat perubahan mendadak begitu.

8.  Begitulah kepelikannya adakala menyusahkan. Tingkatan satu minggu pertama malam pertama sudah menangis nak balik sebab homesick. Keesokannya, beratur panjang-panjang nak telefon ayah. Kelakar juga, bila kawan yang sedang bergayut menangis, kami secara berjemaahnya menangis beramai-ramai. Ada keunikan melodi tersendiri. Senior tengok menggelang kepala. Sepanjang seminggu setiap hari ummi ayah datang dari jauh semata-mata risaukan ana anak pertama berada jauh di sekolah agama. Hampir setahun ana menangis apabila ummi ayah datang melawat setiap minggu. Tak tahu kenapa. Automatik. Ayah ambil keputusan pindahkan ana kalau ana dapat no satu @ dua dalam kelas. Alhamdulillah...

9.   Bila dah berada di universiti, tersangatlah jarang tengok cerita melainkan berita. Once, bila tengok je cerita sedih tak kiralah korea ke, tak sampai seminit semua jenis air kat muka mengalir. Kecuali air liur. Serius memang tak boleh tahan. Menangis bukan sikit-sikit. Menangis sampai merah bengkak mata. Kalau ada sesiapa pernah tengok cerita "autumn in my heart", lagi teruk, first time menangis dari awal cerita sampai ke akhirnya. Bangun tidur bengkak-bengkak mata.

9.   Nampaknya dah masuk sesi kaunseling, Sepatutnya boleh buat satu entri yang baru. Ana memang ada syndrome "kuat menangis". Doktor, camne nak ubatkan?

3 comments:

  1. saya amat berminat dgn entry awk
    mohon share!!
    jazakallah

    ReplyDelete
  2. he..he..saya pun touching dengan penangan citer korea autumn in my heart..but if kenang diri balik atas kelalaian silam..lagi rasa sedih..Ya Allah ampuni dosa hamba2 mu.

    ReplyDelete

"Allahurobbi..Hakikatnya, sedikit kata-kata dan komen yang berterusan daripada pembaca dan sahabat sekalian sudah mampu memberi semangat dan dorongan kepada penulis yang sedang berperang dengan masa di 'daerah' ini."

THE MOST POPULAR POST