Tawaran terhebat! Peluang untuk melancong seumur hidup secara percuma! Anda berminat? Teruskan membaca.
Berikut adalah garis panduan yang perlu dipenuhi dan wajib dipatuhi. Sila baca baik-baik.
1. penerbangan bukannya melalui Air Asia atau AirJordan, tetapi Al-Jenazah.
2. bekalan kita bukan lagi beg seberat 23 kg, tetapi amalan yang tiada caj lebihan berat, atau tiada caj lebihan berat ianya atas kesudianPencipta kita.
3. bajunya bukan Pierre Cardin, Dunhill atau setaraf dengannya tetapi kain putih cotton.
4. pewanginya bukan Channel atau Polo,tetapi air mawar dan cendana.
5. pasport kita bukan Malaysia , British atau American, tetapi Al-Islam.
6. visa kita bukan lagi sekadar 6 bulan, tetapi 'Lailaillah'.
7. pelayannya bukan pramugari jelita, tetapi Izrail dan lain-lain.
8. layanannya dalamnya bukan lagi kelas business atau ekonomi, tetapi sekadar kain yang diwangikan.
9. destinasi mendarat bukannya KLIA, Heathrow Airport atau Jeddah International, tetapi tanah perkuburan.
10. ruang menunggunya bukan lagi bilik air-cond dan permaidani, tetapi bilik 6 kaki dalam gelap gelita.
11.pegawai imegresen bukanlah pihak Kastam, tetapi adalah Munkar dan Nakir. Mereka hanya memeriksa samada kita layak ke destinasi yang diidamkan bukan Disneyland , Paris atau London tetapi samada Syurga atau Neraka.
12. tidak perlu pegawai kastam dan alat pengesan.
13. lapangan terbang transit adalah Al-Barzakh.
14.destinasi terakhir samada Syurga yang mengalir sungai di bawahnya atau Neraka Jahannam.
15.Penerbangan ini tidak dinyatakan nilainya.. Ianya percuma, jadi simpanan (savings) anda tidak akan dihabiskan.
16.Penerbangan ini tidak akan dirampas, oleh itu tidak perlu bimbang. Sebarang sajian tidak akan disediakan, oleh itu tak perlu risaukan masalah alergi atau halal-haram makanan.
17.Jangan risaukan delay, penerbangan ini sentiasa tepat waktunya, ia berangkat dan tiba tepat pada masanya.
18.Jangan fikirkan tentang hiburan dalam penerbangan, anda telah hilang selera bersuka-ria.
19.Jangan bimbang tentang tempahan, ianya telah siap ditempah sejak anda disenyawakan di dalam rahim ibu anda lagi.
Ya! Berita Baik!!
1. Jangan bimbangkan siapa yang duduk di sebelah anda. Anda adalah satu-satunya penumpang penerbangan ini Oleh itu bergembiralah selagi boleh! 'sekiranya' anda boleh!
2. Hanya ingat!! Penerbangan ini datang tanpa 'amaran' Cuma perlu ingat! Nama anda telah ditempah untuk penerbangan
ADAKAH KITA TELAH BERSEDIA UNTUK BERANGKAT???
Anda takut?
Bila kita akan berangkat dari alam ini (Dunia) ianya ibarat penerbangan ke sebuah negara lain iaitu Kubur dan Akhirat. Maklumat tentangnya tidak terdapat dalam sebarang brosur penerbangan, tetapi melalui Al-Quran dan Al-Hadith.
Apabila kematian menimpa sahabat kita, kita akan tersedar sejenak dan ia memberi kesedaran kepada kita yang dunia ini hanya sementara. Semakin kita kejar, semakin dunia melarikan dari kita. Akhirat yang abadi.
Malangnya, kemudian kita terleka kembali dengan dunia.
Tersebut di dalam Unbar (Hadis) 5 perkara racun yang membunuh dan 5 perkara penawar sebagai ubatnya:
1. Dunia itu racunnya dan zahid itu ubatnya.
2. Harta itu racunnya dan zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racunnya dan zikir Allah itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racunnya dan taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racunnya dan Ramadan itu ubatnya.
Sabda Nabi S.A.W.:
Akan datang kasih mereka 5 perkara dan lupa mereka 5 perkara:
1. Kasih mereka kepada hidup — lupa mereka kepada mati.
2. Kasih mereka kepada harta — lupa mereka kepada hisab.
3. Kasih mereka kepada mahligai — lupa mereka kepada kubur.
4. Kasih mereka kepada dunia — lupa mereka kepada akhirat.
5. Kasih mereka kepada makhluk — lupa mereka kepada Allah.
Apabila hampir mati seseorang hamba Allah maka terbahagilah dia kepada 5 bahagian
1. hartanya untuk warisnya.
2. nyawanya untuk Malaikal Maut.
3. dagingnya untuk ulat-ulat.
4. tulangnya untuk tanah.
5. amalan dan kebajikannya untuk orang yang dianayainya.
Apabila bercerailah nyawa dari badan maka terdengarlah seruan dari langit tiga kali:
1. Hai anak Adam, adakah engkau tinggal dunia atau dunia tinggalkan engkau?
2. Hai anak Adam, adakah engkau himpun dunia atau dunia himpunkan engkau?
3. Hai anak Adam, adakah engkau bunuh dunia atau dunia bunuhkan engkau?
Apabila dihantar ke tempat mandi berserulah suara dari langit tiga kali:
1. Hai anak Adam, di manakah badan engkau yang kuat mengapa jadi lemah?
2. Hai anak Adam, di manakah lidah engkau yang pitah bercakap mengapa diam?
3. hai anak adam di manakah kekasih engkau mengapakah jadi mulia rakan engkau?
Apabila dibawa ke atas kain kapan maka menyerjah suara dari langit tiga kali:
1. Hai anak Adam, engkau herjalan kepada perjalan yang jauh dengan tidak berbekal?
2. Hai anak Adam, engkau keluar dari rumah tiada akan engkau kembali selama-lamanya?
3. Hai anak Adam, engkau tinggal segala kenderaan maka tiada engkau kenderai selama-lamanya? dan engkau berpindah kepada negeri yang huru hara!
Apabila manyat dibawa di atas perusung (keranda) maka menyerulah suara dari langit tiga kali:
1. Hai anak Adam amat beruntunglah (bahagialah) kamu jika kamu menjadi seorang yang bertaubat.
2. Hai anak Adam amat beruntunglah (bahagialah) kamu jika amal mu baik.
3. Hai anak Adam amat beruntuglah (bahagialah) kamu jika sahabat mu dalam keredaan Allah — dan amat rugilah (celakalah) kamu jika sahabat mu orang yang dimurkai Allah.
Apabila mayat diletakkan untuk disembahyangkan maka menyerulah suara dari langit tiga kali:
1. Wahai anak Adam segala amal mu yang telah kamu lakukan akan kamu lihat.
2. Wahai anak Adam, jika amal mu itu baik kamu akan lihat baik.
3. Wahai anak Adam, jika amal mu itu buruk maka kamu kan lihat buruk.
Imam Annas bin Malik Radziyallah Anhu berkata, bahawa bumi setiap hari berkata:
1. Wahai anak Adam, kamu berjalan di atas ku, kamu akan kembali ke dalam perut ku (kubur).
2. Hai anak Adam, kamu berbuat maksiat dan dosa di atas ku, dan kamu akan disiksa di dalam perut ku (kubur).
3. Kamu bergurau di atas ku, dan kamu akan menangis di dalam perut ku (kubur).
"Janji Allah pada manusia bahawa mati itu benar, alam barzakh itu benar,
dibangkitkan di padang masyhar itu benar".
p/s :
1. Saban hari, hampir 10 post di FB mengkhabarkan tentang kematian si fulan bin fulan. Soalnya,
- adakah kita terasa dengan pengkhabaran tersebut?
- bagaimana dengan penerimaan hati kita?
- adakah setakat menyedekahkan surah al-fatehah?
- cukupkah amalan kita selama ini?
Sebenarnya, kita TAK TAKUT MATI tapi TAKUT PROSES KEMATIAN. Jika amalan baik lebih tinggi daripada amalan buruk, maka senanglah proses nyawa dicabut. Berserilah wajah ketika dimandikan.
tetapi, jika di sebaliknya? itu yang kita risaukan, disebabkan statistik kemorosotan amalan semakin merundum saban tahun, saban bulan, saban hari.
"susurilah kehidupan, dunia sekarang sudah semakin 'jahat' lantaran tangan-tangan yg mengingkari perintah Allah..yang salah dikatakan betul, yang betul dikatakan salah..cukuplah Al-qur'an dan hadis sebagai jawapan dan sebagai perisai keimanan seorang hamba. Moga hati ini tidak mati".
No comments:
Post a Comment
"Allahurobbi..Hakikatnya, sedikit kata-kata dan komen yang berterusan daripada pembaca dan sahabat sekalian sudah mampu memberi semangat dan dorongan kepada penulis yang sedang berperang dengan masa di 'daerah' ini."