TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKONGSI

SEMBAH KAABAH atau ALLAH?

"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"

"Tengok perlawanan bola la.."

"Di mana?"

"Dalam tv la.."

"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."

"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."

"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."

"So..?"

"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"

solat di atas padang bola menghadap arah kiblat
"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melalui tv tu.."

"Peliknya.."


"Sebab apa pulak pelik?"

"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa..
yang ada hanya wayar je berselirat.."

"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola
dalamnya.."

"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"

"Ya.. tak pelik.."

"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam
Kaabah tak ada Allah.."


"Erk.. kau betul.."

sila sila la share~~ :)

p/s :

1.  bahaya kalau tak faham bab akidah ni. boleh terbatal syahadah.
2.  Allah swt tidak berada di dalam Kaabah, atau di atas langit atau di dalam hati. Allah berada di mana-mana? Tidak!

ikuti penulisan ana berikutnya :
http://muslimdoktor.blogspot.com/2011/06/allah-sedekat-urat-leher-kita_04.html

No comments:

Post a Comment

"Allahurobbi..Hakikatnya, sedikit kata-kata dan komen yang berterusan daripada pembaca dan sahabat sekalian sudah mampu memberi semangat dan dorongan kepada penulis yang sedang berperang dengan masa di 'daerah' ini."

THE MOST POPULAR POST