TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKONGSI

RELAX BRO, DOSA KECIK JE

"FRAGILE DAIE"


Apabila tiba-tiba tergerak nak buat sesuatu dosa [mengumpat, tengok video lagha, lepak kosong, lambatkan solat, usha awek], kadang-kadang bisikan hati kita berbalah.

Bisikan pertama:
"jangan pegang tangan dia bro, berdosa! Dah-dah,lekas-lekas istighfar."
Bisikan kedua:
"relax laa. dosa kecik je. lepas ni kau solat sunat taubat laa. Allah kan Maha Pengampun".

Bisikan manakah yang akan kita ikut?

Berikut adalah kata Bilal bin Sa'd
Do not think about how small the sin is, but think about who you have just disobeyed
Jangan berfikir tentang betapa kecilnya dosa,  tetapi fikirkan pada siapa telah kamu derhaka.

Dosa tidak kira kecil atau besar, itu tanda kita telah derhaka pada Allah. Nama pun dosa,kan.
Seorang hamba yang sedar akan nikmat dan kebesaran Allah, tidak akan sanggup melakukan dosa.

Seperti seorang anak kepada ibunya. Seorang anak tidak akan  sanggup melukai hati ibunya oleh kerana mengenangkan ibunya yang bersusah payah melahirkan, membesarkan dan menjaganya dengan sangat baik. Tidak sesekali melukai hati apatah lagi menderhakai perintah ibunya.

Bagaiman pula sikap seorang hamba yang lemah kepada Tuhannya?

Firman Allah:
"...Ketahuilah bahawa kehidupan dunia itu hanyalah senda gurau, perhiasan dan saling berbangga di antara kamu serta berlomba dalam kekayaan dan anak keturunan, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani, kemudian (tanaman) itu menjadi kering dan kamu melihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur..." (Al-hadid : 20)

Hitunglah kesyukuranmu, bukan kesukaranmu....agar kau mengerti ketakutan melakukan dosa

No comments:

Post a Comment

"Allahurobbi..Hakikatnya, sedikit kata-kata dan komen yang berterusan daripada pembaca dan sahabat sekalian sudah mampu memberi semangat dan dorongan kepada penulis yang sedang berperang dengan masa di 'daerah' ini."

THE MOST POPULAR POST