TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKONGSI

ANAK MUDA : PENGGEGAR DUNIA

Sahabatku, biarlah KEBIJAKSANAAN yang memimpin dan menuntun kita. Kita adalah pemegang AMANAH Allah. Nabi Muhammad SAW pernah berpesan kepada Khalid al-Walid, "sedangkan orang yang BIJAK, sekali-kali tidak akan meninggalkan Islam."

Bermuhasabahlah sahabat-sahabatku, untuk terus memilih KEBIJAKSANAAN
 - MAHASISWA dan KEBIJAKSANAAN


As Syahid Imam Hasan,
tuturnya memautkan hati,
sahsiahnya terdidik sejak kecil lagi,
dan keilmuannya setinggi kemulian tawadhuknya kepada kami.
-Pejuang Ikhwan

Jika kita masyarakat sekarang asyik dibuai fana cinta sementara, leka membina imaginasi sendiri mengenai masa hadapan yang jauh, Imam Hasan al Banna tampil dengan contoh keperibadian Muslim sejati. Sewaktu As Syahid berumur lebih muda dari saya sendiri, sekitar As Syahid berusia 8 tahun, beliau tidak pula memenuhkan masanya berpeleseran di jalanan. Tidak juga terperosok di rumah semata menghitung hari cuti atau terbongkang lena dibuai mimpi, sebaliknya kisah di zaman mudanya amat berbeza sekali dan wajar diteladani.

Seperti mana kita semua sedia maklum, Mahmudiyyah menjadi lokasi bersejarah tatkala lahirnya anak muda ini. Terletak 90 batu dari barat laut Kaherah, di persekitaran ummat yang masih terjaga, dikelilingai keluarga yang berlatarbelakangkan pendidikan agama yang tinggi, As syahid diasuh bapanya Sheikh Ahmad Abdul Rahman al Banna yang merupakan lepasan Al Azhar juga seangkatan dengan Sheikh Muhammad Abduh.




Pengasuhan Berhikmah

Anak muda ini diasuh sejak kecil akan selok belok adab dan tatasusila akhlak Islam. Tidak ketinggalan, ilmu ilmu asas Islam diajar seawal mungkin. Ini mungkin berbeza dengan anak anak kita yang lebih dahulu diajar menulis dan membaca tulisan rumi lalu diperkenalkan dengan ayam, itik, kerbau dan sebagainya. lalu, bagaimana bentuk pengajian As Syahid? Cuba kita bandingkan jadual asas pengajian anak anak muda zaman kita dengan pengajian As Syahid dikala awal remajanya dahulu.


Rutin harian As Syahid bersama Ayahandanya


5.00 - 6.00 pagi - Pengajian Quran dan Hafazan
6.00 - 7.00 pagi - Pengajian Syarah Hadis
7.00 - 8.00 pagi - Pengajian Fiqh dan Usul Fiqh
8.30 - Zohor - Pengajian Fiqh Hanafi, Maliki

Pada peringkat awal inilah juga, As Syahid diasuh membaca kitab kitab besar yang antara lain dikarang oleh al-Qastallani, as-Sayaukani, al-Ghazali, dan Zamakhsyari. Malah, diperingkat usia ini juga, ayahandanya dan Sheikh Muhammad Zahran berperanan besar dalam pembentukan jiwa dan pemikiran si anak muda ini yang akhirnya menjadi 'Penggegar Dunia'.

Sungguh jiwa suci inilah yang apabila besar nanti mampu mengumpul tenaga dan menguasai fikrah manusia untuk membina daulah.




Buat pemuda yang dikasihi,

Dirimu tidaklah sebanding peribadi insan ini, dirimu tidak didedahkan dengan penguasaan ilmu ilmu agama seawal usia ini. Dirimu juga tidak dididik secara khusus oleh para 'alim ulama'. Malah dirimu juga tidak mendalami jutaan kitab dan hasil karya mereka. Sekalipun demikian, ingatlah, Allah tidak pernah akan mengecewakan hambanya yang berusaha. Walau sekecil mana usahamu, walau seringan mana pengorbananmu, dirimu masih berhak merebut Syurga Allah. kerana Sang pencipta Maha Penyayang.

Ya Allah..
jadikah diri kami antara pewaris para Nabi..ameen.~

No comments:

Post a Comment

"Allahurobbi..Hakikatnya, sedikit kata-kata dan komen yang berterusan daripada pembaca dan sahabat sekalian sudah mampu memberi semangat dan dorongan kepada penulis yang sedang berperang dengan masa di 'daerah' ini."

THE MOST POPULAR POST