TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKONGSI

ZAHIRKAN POTENSI DIRI


Dunia kini memperlihatkan kepada kita kemajuan dalam teknologi. Di mana- mana sahaja kita mampu untuk berkongsi maklumat dan berhubung dengan cara yang mudah. Dengan adanya kemudahan mengakses internet, dunia seolah-olah menjadi semakin kecil. Semuanya mampu diketahui bak kata pepatah ‘dunia di hujung jari’.

Hanya dengan satu ke"clik"an di hujung jari maka terpaparlah segala maklumat di skrin komputer kita.

Malahan, dalam lapangan kerja menyebarkan Islam, ia menjadi semakin luas. Ini sangat membantu kita sebagai umat Islam di mana kita mempunyai pelbagai cara bagi menyentuh jiwa-jiwa sasaran dakwah (mad'u) kita. Maka, ramailah antara kita menggunakan laman-laman maya yang ada seperti yahoo, facebook dan twitter bagi menyampaikan fikrah, nasihat serta memberi contoh-contoh kehidupan seorang muslim.


Ya, memang ia sangat membantu. Tetapi, sedarkah kita kadang-kadang kita hanya bermadah, bermain bicara dan kata-kata sehingga akhirnya bukanlah seperti realitinya. Semakin banyak status-status yang baik, tetapi hanya untuk dikongsi tanpa dizahirkan. 


Menyedihkan bukan? Kita tidak tahu sejauh mana status-status di FB dizahirkan, dipraktik malah dihayati sepanjang amalan seharian. 







SATU KISAH

Seorang Arab Badwi, hanya berasal dari pedalaman dan tidak mempunyai ketinggian dalam ilmu, namun beliau memeluk Islam dengan segenap jiwa seraya berkata kepada Rasulullah SAW:


“aku akan berhijrah bersamamu”

Dalam Perang Khaibar, Nabi SAW memberikan harta ghanimah(rampasan perang) kepada beliau. Namun kemudiannya beliau membawa harta tersebut kepada Nabi SAW seraya berkata:


“bukan kerana itu(harta ghanimah) aku mengikutimu. Akan tetapi aku mengikutimu kerana aku ingin agar satu saat nanti aku terkena lemparan panah di sini(sambil menunjukkan kearah lehernya) sehingga aku terbunuh dan masuk syurga kerananya.”

Ternyata kemudiannya, beliau syahid dipanah di bahagian leher. Nabi SAW menghormati jenazah beliau dengan mengkafani beliau dengan baju besi kepunyaan baginda SAW sambil berdoa:

“Ya Allah, ini adalah hambaMU, dia keluar untuk berhijrah dijalanMU dan terbunuh sebagai syahid. Dan aku bersaksi atas perkara itu”
Inilah kata-kata tulus yang kita impi-impikan dari seorang muslim. Apa yang beliau kata dan impikan akhirnya beliau zahirkan. Ia adalah sebuah maya yang wujud pada realiti.

Surah as-Soff mengajarkan kita : Perhatikanlah setiap ayat-ayat dalam surah ini. Sungguh keras peringatan dan ancaman yang telah Allah ketengahkan kepada hambaNya yang hanya berkata-kata tanpa mengamalkannya.


2) Wahai orang-orang yang beriman! mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!

Dan Allah sangat membenci golongan seperti ini.

3) Amat besar kebenciannya di sisi Allah – kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.

Dan Allah telah menawarkan kita satu perniagaan yang sangat menguntungkan bagi hambaNya yang sanggup menyerahkan segala jiwa dan raganya untuk menegakkan agama Islam.

10) Wahai orang-orang yang beriman! mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? 


11) Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).





MARI BERAMAL

Berusahalah untuk menzahirkan keislaman kita. Islam itu sempurna, tetapi kita sebagai penganutnya mencerminkan kesempurnaanya. Sebarkanlah Islam dengan akhlak yang telah Rasulullah S.A.W. ajarkan. Dengan itu, masyarakat dunia akan terbuka mata untuk memahami Islam.

Jangan mengharapkan pada orang lain. Kita yang menentukan. Ganjaran Allah menanti. Jom beramal!!






p/s:

1.  Saya teringat satu kata-kata, ketika itu saya sedang memberi tunjuk ajar pengisian adobe photoshop kepada seorang sahabat bernama Amalina, mpp fst merangkap timb setiausaha PMUKM (taaruf habis). Kami sedang membuat header untuk bolanya. Saya meminta beliau untuk memikirkan kata-kata tusukan untuk diletak memandangkan terdapat sebiji bola pada header tersebut.

Hasilnya : "hikmah sebiji bola. semakin ditekan semakin tinggi lantunannya. Begitu juga diri ini, semakin ditekan semakin menyerlah potensinya".

2.  Saya mengangguk saja tanda setuju. Tapi dalam hati kurang setuju. (hehe..) Manusia bukan seperti brek untuk ditekan ditarik atau seperti barang boleh ditekan..ditekan dan ditekan.. Lama-lama bak kata orang Melaka pekat "mampuslah". Saya tak nafikan, pada peringkat permulaan memang memerlukan sesuatu untuk beri tekanan/push demi merangsang nafsu dalam bentuk "keghairahan" dan minat membuat sesuatu kerja atau tugasan yang diamanahkan.

3.  Saya bagi contoh, pada permulaannya saya tak nafikan saya paling benci bab-bab multimedia dan IT. Malangnya, saya menjadi pemantau kepada exco penerbitan dan multimedia. Anak bawah saya pula tak berapa  bergerak. Saya sudah push berapa kali namun begitu juga hasilnya, seperti ular diketuk baru berjalan.

4.  Saya mengambil keputusan untuk take over dan belajar sedikit demi sedikit walaupun terlalu sibuk. Alhamdulillah antara rela dan paksa. Mengikhlaskan niat di hati. Hasilnya perjuangan dalam bidang multimedia ini sangat dahsyat! Tak sangka diri sendiri ada kelebihan untuk buat blog, cantikkan blog, menulis dalm blog apatah lagi kelebihan membuat poster, video dan sebagainya.

5.  Sahabat-sahabat..sebenarnya di luar sana, masih banyak lagi, benar, masih banyak lagi hal-hal yang sangat mengujakan yang perlu kita belajar, yang perlu kita dalami. Subhanallah...ilmu Allah itu sangat luas.

No comments:

Post a Comment

"Allahurobbi..Hakikatnya, sedikit kata-kata dan komen yang berterusan daripada pembaca dan sahabat sekalian sudah mampu memberi semangat dan dorongan kepada penulis yang sedang berperang dengan masa di 'daerah' ini."

THE MOST POPULAR POST