Tunjukkilah aku jalan yang benar Ya Rabb |
Tak Tahu Arah
Mengapa aku di sini?
Apakah aku hebat?
Tidak, aku hanya seorang anak
Seorang anak yang ada di jalan
Jalan yang besar
Hanya untuk mengetahui arah hidupku
Kadang, arah hidupku ke kiri
ataupun ke kanan
Seperti sebuah teksi yang tidak tahu mahu ke mana
Aku mahu bertanya
Aku harus ke mana?
Aku harus ke mana?
Haruskah aku ke gunung atau laut
Aku tak tahu
Tetapi, aku percaya
Kalau aku diperhati oleh yang Maha Kuasa
Aku tidak akan pernah tersesat ataupun bingung
Kerana ia selalu memberikan yang terbaik
Aku tetap ingin pergi jauh
belayar dalam bahtera kehidupan
dengan sarat muatan TAQWA serta IMAN
tak akan sesekali menjatuhkan sauhnya sehingga
sakaratulmaut memanggilku
Walau badai dan taufan melanda
walau nafsu dan godaan syaitan menerjah
akan ku kuatkan hati dan kentalkan semangat
menuju puncak redha Illahi
-sajak ini dinukilkan tepat pukul 1.42 pagi dalam keadaan separa lapar
No comments:
Post a Comment
"Allahurobbi..Hakikatnya, sedikit kata-kata dan komen yang berterusan daripada pembaca dan sahabat sekalian sudah mampu memberi semangat dan dorongan kepada penulis yang sedang berperang dengan masa di 'daerah' ini."