"Kamu ingat kamu belajar kos perubatan dah cukup pandai ke?"
"Mestilah pandai. Sebab kos ni kalau nak masuk kena dapat 4 flat time kat matriks. Kira student terpandai dan cemerlang dalam ko-ku je yang diterima masuk. Itupun masih kena bersaing dengan berpuluhan ribu student yang memohon. Pendek kata, bukan calang-calang oranglah yang masuk kos perubatan ni."
"Tahukah kamu ada perkara yang boleh menjadikan kamu cukup pandai walaupun bukan belajar di bidang perubatan?"
double klik untuk paparan lebih jelas |
Rasulullah SAW bersabda: “Bahawasanya tidak berlalu satu hari ke atas kubur melainkan kubur berkata (kepada manusia): Akulah rumah pengasingan, akulah rumah persendirian, akulah rumah tanah, akulah rumah yang penuh dengan ulat. Dan apabila dikuburkan orang yang bermaksiat dan orang yang kafir maka kubur berkata kepadanya: Tidak ada ucapan selamat datang bagimu, sesungguhnya engkau adalah orang yang paling kubenci yang berjalan di atasku. Pada hari ini segala urusanmu telah diserahkan kepadaku maka engkau akan lihat betapa aku akan membalas perbuatanmu. Lalu kubur itu menghimpitnya sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya.” (Hadis riwayat al-Tirmizi)
PEMIKIRAN FUTURISTIK
Seperti mana langit yang terletak di bahagian atas bumi dan berlapis-lapis, begitu juga akal yang terletak di bahagian atas hati dan juga berlapis-lapis. Orang yang berfikir panjang yakni berpandangan futiristik (berpandangan jauh) seperti Rasulullah SAW, dia mampu mencapai sesuatu lapisan yang lebih tinggi.
Pandangannya mula meluas dan jauh. Hidupnya bukan melihat setakat hidup di atas dunia, tetapi berfikir apakah akan berlaku kepada dirinya selepas mati.
Adakah logik Allah ciptakan manusia yang mempunyai keupayaan memerintah dunia ini setakat hidup di atas dunia?
Melihat kejadian diri kita sendiri, akal yang waras mampu memahami bahawa erti hidup kita ini amat bernilai. Bukan setakat makan-tidur, pergi kerja-balik kerja, berebut-rebut mencari harta dunia.
Ada matlamat yang lebih tinggi nilainya dari itu semua. Lainlah kalau kita berebut-rebut cari harta, kita boleh hidup kekal di atas dunia. Bukankah suatu tindakan yang sia-sia jika kita membiarkan hayat yang diberi dengan mengejar sesuatu yang bakal kita tinggalkan? Kenapa kita tidak kejar sesuatu yang bakal kita dapat (syurga)?
MENGANALISA CIPTAAN ALLAH
Mengapakah Allah SWT menyebut mati dahulu dan tidak memilih hidup dahulu baru mati?
Ini menunjukkan Allah SWT hendak tarik perhatian manusia supaya kita memandang perkara yang lebih besar "the big picture" yakni perkara mati, lebih daripada soal hidup.
Mengapa?
Sebab hidup di dunia hanya sementara. Hidup di Akhirat selama-lamanya kekal abadi. Hidup di dunia, sudahlah tidak lama, masa yang ada pun hanya sekejap sangat.
Cuba kita analisa tempoh hidup kita di dunia.
Kita tidak usah fikirlah masa dalam kandungan, bayi, kanak-kanak dan sebelum baligh, itu tidak ada erti apa-apa. Kehidupan seorang manusia itu sejak lahir sahaja hingga menjelang baligh, tidak ada erti apa-apa. Sebab masa itu manusia tidak ada kebebasan, hidupnya betul-betul bergantung pada ibu dan ayahnya. Sebahagian masa kita sedar, sebahagiannya tidak. Sejak waktu bayi sampai usia lima tahun kita tidak sedar. Dari lima tahun hingga baligh baru sedar, itupun tidak indah, keadaannya terkongkong oleh ibu dan ayah. Masa yang kita hendak ambil kira ialah sejak mula baligh, secara puratanya umur 12 tahun.
Kita akan kira dari umur kita 12 tahun. Paling lama berapa tahun manusia hidup? Katalah hidupnya 100 tahun. Jadi hidup prime time kita kira 100 kurang 12 tahun, iaitu 88 tahun. Tapi katalah dari umur 80 hingga 100 tahun sudah nyanyuk, jadi 20 tahun itu sudah tidak di kira. Kita tolak lagi 88 dengan 20, jadi tinggal 68 tahun sahaja. Hidup selama 68 tahun itu pun jarang dapat, mungkin dalam 1000 orang, seorang sahaja. Tapi pada umumnya, panjang masa manusia dapat hidup adalah sekitar 40 hingga 50 tahun sahaja masa primanya, setelah itu mati. Jadi kita hendak bahaskan masa yang 50 tahun
Di sini Allah SWT hendak mengambil perhatian kita supaya besarkan Akhirat.
Walaupun kita hidup istimewa, sejak lahir sahaja sudah berada dalam kekayaan, 50 tahun hidup dalam kekayaan. Nampak hebatlah, rumah besar, makan besar, pangkat besar dan di besar-besarkan orang sampai ke mati. Kalau dalam masa 50 tahun ini, kita tidak ikut disiplin Allah SWT, dalam masa itu diuji oleh Allah SWT 50 tahun hidup istimewa, lepas itu kena hidup dalam Neraka selama-lamanya. Bila kita gagal berhadapan dengan ujian Tuhan walaupun hidup istimewa, tapi kita akan berhadapan dengan 4 penderitaan.
FOKUS TUJUAN HIDUP
Jadilah orang yg bijak diatas muka bumi ini dgn sentiasa mengingati MATI dan bersedia untuknya. Kita ada permulaan tapi tiada pengakhiran.
Itulah dulunya MATI kemudian dihidupkan dan kekallah kamu selama lamanya dalam surga atau neraka ALLAH.Ini menjadi pilihan kita sendiri,Allah tidak mengubah NASIB sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yg mengubahnya.. iaitu lah NASIB kita ketika Sakaratul Maut, Alam Barzakh dan Padang Mahsyar (Samada Surga atau Neraka)
Dari itu janganlah kamu lalai dari tujuan asal kamu dijadikan yg sebelumnya kamu tiada.
“Tidak aku jadikan Jin dan Manusia melainkan untuk menyembah(beribadah) kepada Aku”
- Surah Az Zariyat ayat 56.
p/s :
1. Ini adalah pandangan peribadi ana yang terbatas ilmunya. Maaf atas sebarang kesalahan. Kenapa boleh jadi bijak memikirkan soal mati tiadalah hujah yang solid kenapa, bagaimana. Allah berfirman, memberikan hujah melalui ayat-ayatnya hanyalah untuk manusia berfikir dan mengkaji setiap ciptaaanNya.
2. Justeru, hanya mereka yang terpilih sahaja dapat berfikir hikmah di sebaliknya. Mereka pasti menangis memikirkannya, bersyukur dan sentiasa mendekatkan diri dengan Allah.
3. Pendek kata berfikir tentang keagungan Allah swt boleh meningkatkan iman dan taqwa bukan sahaja IQ manusia. Sebab itulah kadang-kadang jika dibandingkan daya hafalan budak tahfiz dengan budak medic bagai langit dengan bumi (ye ke?. bangkang. bangkang)
4. Tahfiz lebih kepada Akhirat. Medic lebih kepada dunia. kecuali! hanya mereka yang benar-benar menginsafi setiap ilmu yang dipelajarinya. Sebenarnya susah nak apply, tapi itu lah cabaran kepada mereka yang belajar ilmu medic mahupun ilmu-ilmu lain yang seumpama dengannya.
Wallahu'alam....
No comments:
Post a Comment
"Allahurobbi..Hakikatnya, sedikit kata-kata dan komen yang berterusan daripada pembaca dan sahabat sekalian sudah mampu memberi semangat dan dorongan kepada penulis yang sedang berperang dengan masa di 'daerah' ini."