TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKONGSI

DAKWAH MELALUI POSTER


Sekadar perkongsian dan lebih sesuai menggunakan bahasa "aku". Jangan terkejut plak.

Dah lama aku simpan poster ni. Hampir 2 bulan lamanya. Semuanya gara-gara exam dan accident, kerja jadi tertangguh. Tak jadilah aku mengaktifkan serangan pemikiran ini. Terbantut habis idea yang menggunung.

Aku buat poster ini under PMUKM Fakulti Perubatan, saudara Mohd Idrul bin Daud. Tapi aku bukanlah exco penerbitan, publisiti, multimedia atau seumpama dengannya. Hanya seorang pemikir, suka berfikir sesuka hati dan menyorok di belakang. Jadi orang belakang je lah.

Alkisahnya, aku ada sedikit tertekan dengan keghairahan dunia dakwah oleh pelbagai badan NGO. Kalau nak tahu, aku ni seorang STALKER! Dah lama pun. Haha...Akhirnya, terbongkar jua.

Aku suka mengayau-ngayau ke blog, fb, dll kerana dahagakan setitik tazkirah dan mencari suapan tarbiyyah buat jiwa yang lapar. Bila aku melihat dan merasai getaran roh semangat dakwah oleh pelbagai NGO dan orang persendirian, aku mula mengusutkan kepala : cara apa yang paling sesuai untuk berdakwah?



Tapi dalam masa yang sama , aku dilema jugai....

"Na'imah, nape ko tak mohon jawatan dalam organisasi surau kolej? Dulu kan ko pernah pegang S/U BADAR time Tahun 2".

"Takpe lah. Nak bagi peluang kat orang lain plak merasa. Aku jadi orang belakang la ".




JAWATAN UNTUK BERDAKWAH

Sepanjang aku memimpin badan persatuan, aku menilai sejauh mana keberkesanan dakwah itu sampai kepada warga kampus. Aku faham konsep amar makruf nahi mungkar, tapi setakat buat program-program islamik, yang datang muka yang sama sahaja.

Yang tak datang tu?
Yang tak dok kolej dalam tu?
Yang hanyut dengan dunia?

Aku pernah cadangkan agar buat nahi mungkar secara praktikal, caranya ala-ala tabligh ckit. Menziarahi seorang demi seorang. Mencegah sesuatu sebelum membarah. Bukankah mencegah itu lebih baik dari merawat?

Sebagai contoh, situasi orang tengah berdating. Pergi kat orang tu/suspek yang dikenal pasti dan kita berbual dengan dia. Secara indirectly, kita berdakwah dengan dia dalam bahasa percakapan yang halus.

Sebelum aku dok pandai cakap je, mestilah aku pernah dan mesti buat. Memang mula-mula rasa takut dan tak yakin. Tapi untuk first time kenalah berteman dan perlu ada sifu bagi contoh yang terbaik. Alhamdulillah...berkesan. Cuma untuk penerimaan bagi pihak mad'u, Allah sahaja yang tahu.

Aku praktik kat Kampus UKM KL je lah, bila dah pindah tahun klinikal kat Hospital UKM, takde praktis pun. Jangan jadi macam aku!





DAIE PERLU CARI MAD'U

Aku menolak jawatan bukan kerana tak larat atau lari dari tanggungjawab. Personally, aku ingin cuba sesuatu yang lain. Tapi dalam masa yang sama, masih menjadi tulang belakang atau pemikir bagi sesuatu organisasi. Dulu, mungkin aku sedikit mentah dan masih berhingusan dalam dunia dakwah. Dalam ruang masa yang suntuk, aku perlu perkasakan soft skill diri dan juga masyarakat kampus.



Seorang daie perlu flexible dan versatile dalam segenap perkara. Semua benda boleh dibuat dan tidak boleh bergantung kepada orang lain. Jadi, kalau nak buat sesuatu program tak perlulah tercari-cari orang yang pandai buat video/poster.

Antara soft skill yang perlu digilap :

- pemikiran : kritikal, analitik, futuristik
- pengucapan awam : pidato, bahas, ceramah, tazkirah
- multimedia skill : buat poster, video, blogging
- memandu
- memasak, dll

Doktor aku selalu bising jadilah kamu doktor yang versatile, ala-ala 5 star doktor. Yang jadi isunya, kebanyakan doktor seorang ulat buku dan jarang kita lihat doktor berjiwa rakyat seperti Prof Harlina atau Prof Mohaya.

Apabila seorang daie sudah cukup 'menghiasi' dirinya, barulah mudah mendekati mad'u. Itu sebagai kredit sahaja, jangan terlalu memfokus pula sampai hilang visi dan misi dakwah. 

Aku kata begitu sebab mad'u sekarang berorientasikan teknologi. Lebih suka lepak depan laptop daripada lepak kat surau. Lebih suka tengok video daripada tengok korang bagi tazkirah atau ustaz-ustaz bagi ceramah. Lebih suka tatap gambar-gambar cun daripada tatap Al-quran

Khutbah jumaat pun kena ber-LCD, kalau takde, alamatnya ramailah tidur lena didodoi suara merdu khatib.




p/s :

1. Korang masih ingat lagi? Mengenai fakta yang mengejutkan dunia. Aku suka bab ingat benda ni. Kartun Upin Ipin pernah menjadi fenomena unggul di Indonesia. Yang mana ramai (aku tak ingat berapa juta) anak-anak kecil di Indonesia berpuasa penuh di bulan Ramadhan selepas menonton Kartun Upin Ipin.

Itulah kuasa media! Itulah kuasa teknologi canggih. Yang menjadi pelik, kenapa Malaysia tak macam Indonesia? Sedangkan Kartun Upin Ipin adalah buatan Malaysia.

2. Untuk poster soft skill tu, aku tak tahu nak buat camne. Masih belum boleh publish secara rasmi untuk serang pemikiran anak muda khususnya daie. Ada yang kena ubah.

Yang paling mustahak : "soft skill" tu kena ubah, takleh letak dalam BI. Macam rojak. Tapi tak kan nak letak kemahiran kendiri, tak smart la.

Kedua, apa KPI yang boleh diletakkan untuk kempen ni?

Ketiga, misi, visi dan objektif kempen.

Ada idea? Tolong....

No comments:

Post a Comment

"Allahurobbi..Hakikatnya, sedikit kata-kata dan komen yang berterusan daripada pembaca dan sahabat sekalian sudah mampu memberi semangat dan dorongan kepada penulis yang sedang berperang dengan masa di 'daerah' ini."

THE MOST POPULAR POST