TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKONGSI

KATA-KATA SEMANGAT SAYA

1.  Saya tidak TAKUT melalui lorong-lorong gelap ke surau ar razi , HUKM. tetapi saya SEGAN solat suboh berseorangan di saf muslimat sedangkan ia berjemaah.


2.  Saya bukan seorang yang super-bz seperti Rasulullah SAW, Jadi tiada alasan solid untuk tidak berdakwah terutamanya meng-update blog.

3.  Jika orang lain menghadapi masalah KERING idea untuk mengupdate blog, saya pula MELIMPAH idea hingga tidak terurus untuk menulis yang mana satu dahulu.

4.  Terasa diri kosong dan tidak berguna apabila tidak memegang amanah dalam tanzim secara zahir, walaupun dengan rela hati dan suka citanya memberi laluan kepada orang lain. Tetapi sedang berusaha mengisi kelopongan-kelopongan idea dan usaha oleh generasi baru. Itulah dilema seorang pemikir yang tidak diiktiraf dan tidak bertauliah!

5.  Sedang belajar untuk berkongsi "semangat" dan me-recharge "semangat" agar sesekali tidak berasa lemah dan lemas dalam dakapan nafsu membuas juga bisikan syaitan yang jahannam!


- coretan ditulis pada Selasa, 21 JUN 2011 bersamaan 19 Rejab 1432 Masihi, pukul 6.32 pagi

p/s : Untuk entri ini TIADA poster yang paling sesuai dengan "semangat" saya apatah lagi menggambarkannya.


No comments:

Post a Comment

"Allahurobbi..Hakikatnya, sedikit kata-kata dan komen yang berterusan daripada pembaca dan sahabat sekalian sudah mampu memberi semangat dan dorongan kepada penulis yang sedang berperang dengan masa di 'daerah' ini."

THE MOST POPULAR POST