TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKONGSI

MEMBENTUK PEMIKIRAN ANAK MUDA




Membentuk Kader Ulama Muda Otak Faqih Jiwa Daie

“Generasi ulama yang dicita-citakan adalah generasi yang mampu menguasai perbendaharaan ilmu Islam semantap mungkin dan pada masa yang sama mengembangkan ufuk pemikirannya (horizontol) dengan ilmu-ilmu sains kemasyarakatan seperti sosiologi, antropologi, ekonomi, fundamental science dan sebagainya, agar sentiasa mampu menghurai segala kemusykilan hukum semasa dengan jawapan-jawapan yang tepat dengan maqasid syariah itu sendiri.

Inilah golongan ulamak yang mampu menguasai fiqh dakwah kontemporari yang cocok dengan susuk masyarakat majmu’ budaya dan agama, bagi menyampaikan risalah Islam yang serasi dengan pemikiran saintifik masyarakat zaman moden hari ini. Inilah golongan ulama muda yang memiliki landasan dan disiplin yang jelas dalam berfikir dan bertindak, memahami perkara-perkara yang tetap dan tekal (ath-thawabit) dan perkara-perkara yang fleksibel (al-mutaghayyirat) dalam kehidupan dan perjuangan.

Mereka inilah golongan yang mahir dengan methodologi penyelidikan (research) syariah itu sendiri iaitu Usul al-Fiqh dan pantas juga menekuni perubahan persekitaran melalui kaedah penyelidikan sains sosial. Landasan pemikiran yang teguh dan kekuatan dalam bidang penyelidikan ini akan melahirkan ijtihad, fatwa dan pandangan berwibawa dan dihormati.”

– Petikan Ucapan Dasar Muhd Ramadhan Fitri bin Ellias, Presiden PMIUM dan MPMUM 2004/2005




APAKAH yang membentuk pemikiran generasi muda masa kini?

Ini adalah sebuah deklarasi kemerdekaan untuk generasi ku...

Sudah tiba masa untuk kita generasi muda yang sudah lama rasa bosan, terpinggir, terkongkong dan terasing dengan budaya politik dan sistem pemikiran generasi lama yang berkiblatkan Barat. Kita perlu bangun "memberontak" ke arah membentuk satu gerakan counterculture baru anak muda yang akan membawa revolusi politik, sosial, ekonomi, kebudayaan dan pemikiran yang lebih releven dengan idealisme generasi muda bagi merealisasikan impian kita untuk mencapai kemerdekaan sebenar yang akan mengembalikan kuasa kepada rakyat!

No comments:

Post a Comment

"Allahurobbi..Hakikatnya, sedikit kata-kata dan komen yang berterusan daripada pembaca dan sahabat sekalian sudah mampu memberi semangat dan dorongan kepada penulis yang sedang berperang dengan masa di 'daerah' ini."

THE MOST POPULAR POST