TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKONGSI

SANGGUP MATI MACAM NI TAK?

Ya Allah kami bercita-cita syahid di jalan Mu. Kami ingin menjadi ummat Nabi Muhammad SAW yang mengamal sunnahnya dan mengikut segala perintahMu serta menjauhi laranganMu. Kami sayang pada Nabi Kau ketemukanlah kami di sana. Moga kami mendapat syafaatnya di akhirat sana. 





SAYANGNYA PARA SAHABAT KEPADA NABI. KITA?

Pada hari terakhir hayat baginda iaitu pada subuh hari Isnin, sakit baginda semakin tenat. Bilal yang selesai mengazankan subuh datang ke rumah Rasulullah kerana beginda tidak hadir mengimamkan solat subuh tersebut. Rasulullah menyuruh Bilal memberitahu Abu Bakar supaya mengimami solat Subuh tersebut menggantikan baginda. Pada masa itu semua tahu bahawa hayat Rasul tercinta kekasih Allah ini semakin hampir kepada kewafatannya. Ramai sahabat-sahabat nabi menangis dengan keras dan bersedih hingga ada yang jatuh pengsan.

Ali r.a antara orang yang berada di sisi Rasulullah sebelum wafatnya melihat Rasulullah menggerakkan bibirnya dua kali. Beliau merapatkan telinganya untuk mendengar apa yang diperkatakan baginda. Ali r.a mendengar Rasulullah berkata “Ummati Ummati” yang bermaksud “Umatku, Umatku”. Bukan keluarga, isteri, sahabat ataupun harta yang dirisaukan. Betapa Rasulullah menyintai kita semua hingga akhir hayat baginda.

Bilal bin Rabah tidak pernah azan selama beberapa bulan sebab terlalu sedih dengan kewafatan baginda. Ramai para sahabat merayu dan memintanya supaya melaungkan azan semula. Akhirnya pada satu subuh yang hening suara bilal memecah kesunyian pagi. Suaranya sayu dan terputus-putus sebab menangis ketika melaungkan azan. Hampir semua penduduk terkejut dan ada yang menyangka Rasulullah hidup kembali ketika itu. Begitu rindunya mereka terhadap Rasulullah ;’(

Ramai yang tahu hari ini adalah hari Jumaat, penghulu segala hari. Tetapi berapa ramai yang sentiasa mengingati kekasih Allah ini. Walaupun bukan hari jumaat, sekadar kita banyakkan selawat, mengikut sunnah-sunnah Nabi SAW serta mengingati perjuangan baginda tercinta ia mungkin dapat memberikan kita kesedaran dan keinsafan bahawa kitalah yang Rasululullah sebut dalam detik terakhir nyawa Muhammad Rasulullah sebelum baginda meninggalkan kita selama-lamanya.







Saya nak putar balik adegan sadis dan paling pilu pada permulaan kewafatan Nabi. Kawan-kawan hayati betul betul bagaimana aksi dan ucapan Rasulullah kita


SAYANGNYA NABI KEPADA KITA. KITA?

Kemudian Malaikat Jibrail turun dan bersama Rsululah,Rasulullah bertanya,"Ya jibrail,kenapa kamu tidak bersama ku di saat kematian ku?" kemudian Jibrail menjawan "ya Rasulullah,aku tidak mampu utk melihat saat kematianmu"

Rasulullah kemudian bertanya "sakitkah mati itu ya Jibrail?"Jibrail menjawab,"Ya Rasulullah,mati itu sakit ya Rasulullah"Nabi kemudian bertanya,"Ya jibrail,bukankah aku ini nabi Allah,wali Allah,habibullah,sakit juga kah?"
Jibrail kemudian menjawab,"Ya Rasulullah,aku tahu kamu nabi Allah Habibullah,tetapi,mati itu sakit ya Rasulullah"


Lihat kawan kawan,ini nabi pun sakit untuk menghadapi mati,inikan pula kita sebagai umatnya yang sering melakukan dosa..tidak kah kita takut kawan kawan?

Kemudian nabi berkata,"Ya Izrael, kau ambil lah nyawa ku,tapi sebelum itu,beritahu aku,apa yang akan ku perolehi kelak".
Izrael menjawab "Ya Rasulullah,kau yang pertama masuk syurga tanpa hisab dan malaikat akan tunggu roh kamu dari langit dunia sampai ke sidratul muntaha".
Lalu Rasulullah bertanya pula" Apa pula yang umat ku dapat??"


Tengok disini kawan-kawan, Rasulullah SAW bertanya tentang kita,sayangnya nabi pada kita..Tapi kita?

Malaikat kemudian menjawab "umat mu ada diantara mereka yang masuk syurga tanpa hisab,kemudian diberitahu satu persatu kebaikan umat nabi sehinggalah nabi berpuas hati..."
Kemudian nabi berkata, "Ambillah nyawaku...."
Dengan lemah lembut,dengan cermat roh nabi dicabut dari kaki ,dan sehingga sampai ke lutut,nabi yang merupakannabi Allah,habibullah menjerit!
"Alllllllllah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Ya Izrael,adakah tiada yang lebih mudah dari ini untuk menghadapi kematian?"


tengok kawan-kawan, Nabi pun menjerit kesakitan..Kita sebagai umat yang sentiasa lalai,bikin maksiat..apatah lagi?

Izrael mejawab "Ya Rasulullah,inilah sakit yang paling ringan sekali Ya Rasullah untuk para nabi dan orang orang soleh.Lalu nabi berkata "kau ambillah nyawaku Ya Izrael"
Ditarik kembali nyawa nabi dari lutut nabi hingga ke pusatnya,lalu Nabi menjerit sekali lagi "Alllah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!,Ya Izrael,tiadakah yang lebih mudah untuk mencabut nyawaku?"
Lalu Izrael mengulang kembali "Ya Rasullah,inilah sakit yang paling ringan,untuk para nabi dan orang-orang soleh"
Sekali lagi nabi berkata, "Engkau tariklah nyawaku Ya Izrael"

Lalu ditarik sekali lagin yawa nabi dari pusat,hingga ke dada nabi lalu sekali lagi nabi menjerit "Ya Allah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Ya Izrael,tiadakah yang lebih mudah pada ini,aku kekasih Allah,Nabi Allah"
Lalu Izrael menjawab sekali lagi, "Ya Rasulullah,aku tahu engkau kekasih Allah,tapi inilah sakit kematian para nabi,ini yang paling ringan Rasulullah"
Kemudian nabi berkata, "Ya Izrael, jika aku sebagai kekasih Allah menanggung azab kematian yang begitu pedih, bagaimana dengan UMATKU?"

Kawan kawan tengok...di saat kematian Rasulullah, Nabi fikir pada kita lagi....sampai akhir kawan kawan,nabi sayang kat kita...

Kemudian nabi berkata lagi,"Ya Izrael,kalau begitu,ENGKAU KUMPULLAH SEGALA SAKIT MENGHADAPI KEMATIAN UMATKU,DARI PARA SAHABAT,HINGGALAH KEAKHIR ZAMAN,ENGKAU LETAKLAH KEPADA KU SUPAYA AKU YANG SAKIT,UMATKU TIDAK SAKIT"


Cuba kawan-kawan tengok sayangnya nabi pada kita,tapi kita ni umat nabi Muhammad,tak sayang nabi.

Lalu malaikat menjawab ,"Umatmu bergantung kepada amalannya,kamu tidak boleh tolong Ya Rasullah"
Lalu nabi berkata," Engkau ambilah nyawaku sekarang "
Lalu nyawa nabi ditarik,dari dadanya,hingga ke halkumnya, lalu Nabi berkata di saat akhirnya hidup nabi, tika nyawa nabi dah sampai ke penghabisan,di saat sakit yang teramat sangat,nabi berkata

"Ummati..ummati..ummati"
Umatku..umatku..umatku..

Nabi sebut kita kawan kawan..umat beginda..kita la tu..
Apa pesanan terakhir Nabi , kita ulang kembali..

"Ummati...ummati...ummati,solah...solah..solat"
Maksudnya,wahai umatku,umat ku...umat ku..sembahyang lah kamu...sembahyang...sembahyang"

Ingat...Nabi sebut kita sebelum wafat..Nabi sayang kita..
Tapi kita?
Sayang tak pada Nabi?
Pernah menangis kerana cinta pada Nabi?


"Ya Allah..ampunkanlah dosa hamba hambamu ini yang sering lupa dan lalai kepadamu,dan lupa pada cinta nabi kepada kamu. Ameen....".

1 comment:

"Allahurobbi..Hakikatnya, sedikit kata-kata dan komen yang berterusan daripada pembaca dan sahabat sekalian sudah mampu memberi semangat dan dorongan kepada penulis yang sedang berperang dengan masa di 'daerah' ini."

THE MOST POPULAR POST