TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKONGSI

BERSALAM DENGAN NAFSU


BERSALAM TANPA NAFSU

Kadang-kadang kita sendiri pernah terasa betapa hilangnya nafsu ketika bersalam sesama sahabat sejemaah. Inikan pula ahli jemaah yang sama-sama mengimarahkan masjid. Mungkin kita ada tertanya mengapa perlu bersalam sesama kita? Mengapa perlu bersalam selepas solat jika adabnya tiada?

Kita tertanya.

Mengapa tapak tangan itu umpama kulit ikan yang telah mati?
Rasa genggamannya begitu longgar bagai acuh tidak acuh untuk bersalam?
Wajahnya umpama keldai yang tidak tahu senyum.
Mengapa ketika bersalam bagai tidak merasa apa-apa aura?

Tangan bersentuh sesaat cuma. Namun, apa yang ingin diberikan melalui jabatan tangan?
Mengapa wajah-wajah yang ingin dimesrai begitu kosong dan menghampakan?
Mengapa pandangan mata itu umpama mata ikan sepat yang amat cetek renungannya?
Mengapa tidak renungan mesra yang meresap ke dalam hati?

Jika begitu, apa gunanya bersusah-payah menyambut salam?
Dan mengapa ada yang bersusah-payah di dalam saf ini untuk menghulurkan tangan untuk merasai kulit ikan mati dan wajah keldai yang sedemikian?
Dan terkadang, hanya ada huluran tangan sedang mata dan wajah melilau ke arah lain.

Sedarkah?

Sedarkah bahawa tangan yang dihulur dengan genggaman tangan yang erat adalah dengan renungan menjalin ukhwah yang hadir dari hati yang penuh ikhlas? Tapi mengapa ukhwah itu bagai tiada nafsu hatta ahli sejemaah pun? Hatta kita solat berjemaah bersama-sama.

Tidakkah kita tahu bahawa ukhwah sesama ahli adalah antara kunci kekuatan jemaah kita? Bagaimana pula solat berjemaah itu mampu menyatukan umat islam jika tiada aliran cas-cas positif ukhwah untuk dikongsi bersama?

Mengapakah kita jadi begitu jauh dalam erti ukhwah?



ADAB BERUKHWAH

Tergabungnya kita dalam kelompok jemaah ini adalah mengharapkan sesuatu. Sesuatu itu dinamakan (sakinah) ketenangan dan kemanisan jemaah. Ikatan ukhwah mahabbah fillah hanya akan terbina apabila akhlak yang mulia terpamer. Justeru kita digesa agar benar-benar mengamalkan dan mentarbiyah diri dengan budaya ahklak yang mulia.

“Allah SWT mempunyai bejana bumi ini iaitu HATI. HATI yang paling Allah kasihi ialah hati yang paling lembut, paling bersih dan paling cekal. Paling cekal dalam agama, paling bersih dalam keyakinannya dan paling lembut kepada saudaranya” - Saidina Ali.

Adalah perlu kita sedari sejauh mana kejayaan kita sebagai manusia adalah bergantung kepada kejayaan kita membentuk akhlak yang mulia. Setinggi-tinggi pencapai yang kita kecapi akan gugur dan jatuh nilainya sekiranya tidak berpaksi berpasakkan kepada ketinggian akhlak dan budi. Dan tidak di lihat Allah SWT.

“Sesugguhnya semulia-mulia kamu kamu di pandangan Allah ialah orang paling bertaqwa di kalangan kamu”Al-Hujurat : 13"

Dan sebenarnya taqwa itu sendiri adalah pengukur akhlak yang paling tepat. Taqwa itulah yang membuahkan kemanisan berukhwah. Taqwa itulah yang mengajar adab berukwah sekalipun cara bersalam menurut islam.

Kita sama-sama bergerak kerja atas nama dakwah.
Kita sama-sama solat berjamaah, sama-sama mengaminkan doa untuk keselamatan semua muslimin dan muslimat, mengapa tidak kita akhiri detik ahkir keberadaan kita di masjid dengan salam perpisahan penuh kemesraan sebagai saudara seagama, saudara sejamaah?

Mungkin nampak mudah tetapi dari salam itulah bermulanya tautan hati. Cuba fikirkan kembali, mengapa Allah suruh kita bersalam seusai solat berjemaah. Mengapa Allah suruh kita berjabat tangan ketika bertemu dan berpisah?

Yahudi pernah bersumpah untuk menjatuhkan umat islam. Tapi bagaimana kita ingin menentang yahudi jika ukhwah kita tidak sekuat mana?

2 comments:

  1. Assalamualaikum wbt
    Asas hubungan sesama islam adalah dgn kalimah Allah SWT yang tidak akan putus2 selagi kita berpegang teguh padaNya. Surah AlBaqaraH:256 فَمَن يَكْفُرْ‌ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِن بِاللَّـهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْ‌وَةِ الْوُثْقَىٰ لَا انفِصَامَ لَهَا ۗ
    Dari persahabtan itulah kita perlukan kejujuran yang perlu dipupuk keimanan bersama. Hatta Rasullah saw sendiri memupuk persaudaraan sesama Islam (Muhajirin dan Ansar) sehingga tidak pernah kita dapati satu kaum pun didunia yang menyamainya. Surah AlMujadilah:21 لَّا تَجِدُ قَوْمًا يُؤْمِنُونَ بِاللَّـهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ‌ يُوَادُّونَ مَنْ حَادَّ اللَّـهَ وَرَ‌سُولَهُ وَلَوْ كَانُوا آبَاءَهُمْ أَوْ أَبْنَاءَهُمْ أَوْ إِخْوَانَهُمْ أَوْ عَشِيرَ‌تَهُمْ ۚ أُولَـٰئِكَ كَتَبَ فِي قُلُوبِهِمُ الْإِيمَانَ وَأَيَّدَهُم بِرُ‌وحٍ مِّنْهُ Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka, dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya;
    ubhanallah! Ketika kaum Muhajirin berhirah ke Madinah, kaum Ansar sanggup menyediakan tanah, rumah, pekerjaan, keperluan asas termasuk ada diantara ada diantaranya sanggup menceraikan salah satu isteri mereka lalu menghadiahkan kpd sahabat Muhajirin! Satu perkara yang tidak boleh cerita di masyarakat Melayu kita. Itu belum lagi cerita bab perang dimana anak bunuh bapak dan sebaliknya demi ukhwah persahabatan. Wallahualam

    ReplyDelete
  2. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    ReplyDelete

"Allahurobbi..Hakikatnya, sedikit kata-kata dan komen yang berterusan daripada pembaca dan sahabat sekalian sudah mampu memberi semangat dan dorongan kepada penulis yang sedang berperang dengan masa di 'daerah' ini."

THE MOST POPULAR POST