TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKONGSI

TERPEROSOK DALAM LUBANG NAJIS


Dalam sehari 5 kali kita sembahyang fardhu. Itupun entah khusyuk entah tidak. Sudahlah solat sunat dan amalan sunat malas untuk dikerjakan. Alasannya penat, sibuk dan tiada motivasi. Dalam kita meneruskan kehidupan kita berharap agar Allah menunjukkan kita jalan yang benar dan istiqomah serta thabat dalam perjuangan menentang hawa nafsu.

Iman kita tidak sekuat mana jika dibandingkan golongan abid. Apatah lagi Nabi Adam dan Siti Hawa. Hidup mereka sentiasa dipenuhi dengan beribadah dan mengingati Allah siang dan malam. Kita? Kita tidak mampu. Andaikata syaitan berjaya memerangkap Nabi Adam dengan hanya satu godaan, bagaimana pula kita. Iman kita mudah tergoyah. Dihembus angin sempoi, maka bergoyanglah seluruh tubuhnya.

Syaitan telah menyesatkan Adam dan Hawa :
“Maka syaitan membisikkan pikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya apa yang tertutup dari mereka yaitu auratnya dan syaitan berkata: “Tuhan kamu tidak melarangmu dan mendekati pohon ini, melainkan supaya kamu berdua tidak menjadi malaikat atau tidak menjadi orang-orang yang kekal (dalam surga)”. Dan dia (syaitan) bersumpah kepada keduanya. “Sesungguhnya saya adalah termasuk orang yang memberi nasehat kepada kamu berdua.”" (QS. Al-A’raf: 20-21)

Mungkin kita sudah pernah baca dan mendengar bermacma kisah bagaimana seorang abid yang tekun beribadah gugur layu di tangan syaitan apabila disogok dengan arak, wanita, seks dan segala macam maksiat. Dan mungkin kita perlu membaca dan menghayati kisah ini semula sebabnya manusia itu mudah lupa dan perlu berulangkali diingatkan seperti yang telah termaktub dalam surah al-asr

Ingatlah syaitan sudah bersumpah untuk menyesatkan anak Adam. Syaitan awal-awal lagi sudah memasang strategi untuk mengkaderkan "ahli kelab penyokong syaitan" dengan menggali lubang-lubang najis syaitan untuk diisi dan dipenuhi oleh hamba yang gemar menjauhi diri daripada Allah.






KISAH ABID DITIPU SYAITAN


Terdapat seorang abid (ahli ibadah), dia merupakan seorang yang alim dan warak. Mempunyai berpuluh ribu orang murid. Syaitan sangat iri hati dengannya, lalu bermulalah strategi syaitan untuk memperdayakannya. Mula-mula, syaitan ini menyamar sebagai seorang musafir yang ingin menumpang di rumahnya. Lalu diizinkanlah oleh si abid ini. Dari hari ke hari, abid ini memerhatikan si musafir ini beribadat tak kenal penat, sentiasa beribadat.

Bahkan ketika berpuasa, musafir ini juga turut berpuasa dan tidak berbuka. Maka si abid ini pun takjublah dengan amal ibadat si musafir ini kerana melihatkan ibadatnya yang lebih hebat daripadanya dan luar biasa. Maka bertanyalah si abid ini kepada musafir , "wahai si fulan,ku melihat engkau beibadat tanpa henti. Bagaimana engkau melakukannya? Bolehkah engkau tolong ajarkan kepadaku supaya aku boleh beribadat seperti mu.."

Maka jawab si syaitan yang menyamar sebagai musafir ini,"engkau boleh jadi sepertiku dengan syarat kau kena minum air arak ini dahulu. Dek kerana kurangnya ilmu, maka si abid ini pun minumlah air itu kerana dia ingin sangat menjadi hebat seperti syaitan tadi. Setelah mabuk,syaitan terus meneruskan tipu dayanya yang seterusnya. Syaitan telah menghembuskan penyakit kepada seorang puteri raja, lalu syaitan telah menyuruh si abid ini pergi mengubati puteri itu.

Dengan izin Allah penyakit si puteri pun sembuh, lalu puteri ini jatuh cinta kepada si abid ini. Syaitan mula menghasut si abid ini untuk melakukan zina dengan puteri itu, puteri itu pun mengandunglah. Maka takutlah si abid ini, dia bimbang rahsianya terbongkar dan dia akan dibunuh oleh raja. Si abid meminta nasihat syaitan untuk melepaskan dirinya. Syaitan pun menyuruh dia membunuh puteri itu, dengan alasan jika rahsianya dibongkarkan oleh puteri itu, maka rosaklah imejnya sebagai seorang ahli abid dan seorang guru yang masyhur.

Si abid tanpa berfikir panjang telah membunuh puteri itu, mayatnya ditanam berdekatan rumahnya, bimbang diketahui oleh orang lain. Tersebarlah misteri kehilangan puteri raja itu. Setelah disiasat, terbongkarlah rahsia si abid tadi, si abid ini dihukum bunuh oleh raja. Sebelum dihukum,si abid ini terasa menyesal akan dosanya, dia takut akan dosanya. Lalu dia meminta nasihat syaitan lagi, lalu syaitan pun berkata, “untuk selamat, kau mengakulah bahawa akulah tuhanmu”. Si abid yang pun mengakui kebenaran kata-kata itu, maka matilah dia dalam kekafiran.

Astaghfirullahal’azim...Nauzubillahiminzalik,.




p/s : ini versi lain, biasa yang ana baca masa kecik-kecik dulu. syaitan tu cakap rahsia dia beribadah tanpa henti adalah pengalaman dia pernah rasai maksiat dan bertaubat nasuha daripada melakukannya. Abid yang tidak pernah melakukan dosa tersebut berfikir panjang, mungkin setelah dia berbuat maksiat baru dia rasai erti taubat dan menjadi seperti bayi yang baru dilahirkan daripada dosa-dosa.

Di akhir cerita pula si abid bermusafir untuk mencari hidayah Allah. dipertengahn jalan abid meninggal dan malaikat "bergaduh" untuk menetapkan sama ada syurga atau neraka.

No comments:

Post a Comment

"Allahurobbi..Hakikatnya, sedikit kata-kata dan komen yang berterusan daripada pembaca dan sahabat sekalian sudah mampu memberi semangat dan dorongan kepada penulis yang sedang berperang dengan masa di 'daerah' ini."

THE MOST POPULAR POST