TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKONGSI

TERINGIN MEMPUNYAI BAYI


Siapa tidak suka akan bayi? Naluri seorang wanita pasti mudah terpaut dengan esakan dan suara manja seorang bayi kecil. Lebih-lebih lagi bayi kecil yang comel. Dididik dan diasuh menjadi anak soleh dan solehah. Penyejuk mata ibu bapa bukan sahaja di dunia bahkan doa anak yang soleh solehah boleh dibawa sebagai bekalan di alam barzakh nanti. Begitulah juga perasaan ibubapa kita.

“Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa.” (QS AN-Nisaa’: 36

Menghantar anak-anak ke sekolah sehinggalah ke universiti bukan hanya untuk belajar dan terus belajar,tetapi tanpa menengenepikan soal kerohanian, pembangunan spiritual dan tanggungjawab sosial kepada masyarakat, si anak dapat dibentu menjadi insan yang berjaya dunia akhirat. Harapan ibu bapa, keluarga, masyarakat, agama dan juga negara.

Sabda nabi saw, “Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukul.”

Bagi si anak tanggungjawab melaksanakan kebaktian kepada ibu bapa dalam kerangka mencari keredhaan Allah SWT ialah dengan mentaati perintah ibu bapa, kecuali dalam perkara-perkara maksiat. Selain itu, si anak perlu berbicara dengan ibu bapa dengan lembut dan sopan ; berdiri menghormati ibu bapa semasa mereka menghampiri anak-anak ; mencium tangan ibu bapa setiap kali bersalaman dengan mereka ; memuliakan ibu bapa dengan memenuhi hajat dan permintaan mereka yang tidak bercanggah dengan syarak.

Dalam sebuah hadis dijelaskan, Rasulullah SAW bersabda: Dari Abdullah bin Amr, ia berkata: seorang lelaki datang kepada Rasulullah, lalu berkata: "Wahai Rasulullah, aku datang untuk berjihad bersama baginda kerana aku ingin mencari redha Allah dan hari akhirat. Tetapi aku datang kesini dengan meninggalkan ibu bapaku dalam keadaan menangis". Lalu sabda baginda: "Pulanglah kepada mereka. Jadikanlah mereka tertawa seperti tadi engkau jadikan mereka menangis". (Riwayat Ibnu Majah)

Jadi perintah ibu atau bapa yang bukan bersifat maksiat atau mempersekutukan Allah, maka kita wajib mentaatinya. Namun jika perintah nya bersifat melawan kehendak dan hukum agama, maka tolaklah dengan cara yang baik.




REALITI ANAK MALAYSIA

1. Seronok tengok rancangan dan program realiti TV di ASTRO

Kadar purata pelanggan Astro yang paling ramai ialah Melayu :
melayu 1.7 juta
cina 600 ribu
india 300 ribu

Kalau pasaran hiburan serahkan sahaja kepada orang melayu, daripada kecil sampai umur hujung nyawa Melayulah juaranya. Cuba bayangkan berapa bilion melayu bazirkan melanggan dan membuat "pelaburan" untuk Astro setiap tahun. Mungkin kita selalu merungut orang melayu lemah ekonomi, bagaimana tidak lemah jika duit banyak di"derma"kan kepada barangan yahudi, duit kita habis beli rokok, beli aksesori sukan, berhibur dengan karaoke, membeli vcd dan produk makanan yahudi seperti KFC dan McDonald. Alangkah baiknya kita dermakan, infaqkan sedikit daripada gaji atau biasiswa kita ke tabung surau dan pengajian pondok. Mengapa tidak kita menyokong produk makanan Islam seperti RFC berbanding KFC?


2. Sibuk melahirkan penemuan "eksperimen" yang berjaya : anak luar nikah

Jumlah anak Haram di Msia mencecah 257,411 by Feb 2009.

"Jumlah anak tanpa bapa di Malaysia mencecah 257,411 orang sekarang, sama hebat dengan ancaman penyakit selsema burung atau aedes" kata Senator Muntaz Mohd Nawi.

Beliau ketika merasmikan program Hi-Tea anjuran Dewan Muslimat Bayan Baru di Dewan Orang Ramai Sungai Ara semalam juga membidas dasar kerajaan yang tidak serius menangani permasalah tersebut berbanding ancaman penyakit lain termasuk chikugunya.

Ujarnya, beliau juga turut kesal ada pandangan segelintir golongan yang mengatakan bilangan anak yang tidak berbapa hanya sedikit dan belum padah seperti negara barat".

Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika dikira, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!

Cuba mencari data, kebanyakan kementerian tak update. Kebanyakannya, setakat 2008 last update website

3. Diabaikan oleh kerajaan Malaysia

Kerajaan lepas tangan dengan gejala sosial ciptaan mereka. :

Dr Siti Mariah Mahmud menegaskan sewaktu kerajaan sibuk memperkasakan kedudukan ekonomi bangsa Melayu dan menyediakan pelbagai pelan tindakan untuk menjadikan Malaysia negara maju, krisis akhlak yang sedang meruncing gagal ditangani dengan berkesan.

Beliau menekankan krisis akhlak inilah yang menimbulkan segala masalah sosial yang sedang disaksikan masyarakat hari ini.

“Sungguh menyayat hati apabila majoriti yang terjebak di dalam krisis akhlak ini adalah orang Melayu beragama Islam. Sekali gus telah memberi satu imej yang amat negatif kepada agama Islam
dan bangsa Melayu.

“Walaupun kerajaan BN akan menafikan yang polisi kerajaan di antara sebab-sebab kenapa kita menghadapi krisis akhlak ini, namun hakikatnya adalah kerajaan tidak boleh lari daripada turut bertanggungjawab di atas masalah yang kita hadapi.”

http://www.facebook.com/pages/Harakah/113825452016240

No comments:

Post a Comment

"Allahurobbi..Hakikatnya, sedikit kata-kata dan komen yang berterusan daripada pembaca dan sahabat sekalian sudah mampu memberi semangat dan dorongan kepada penulis yang sedang berperang dengan masa di 'daerah' ini."

THE MOST POPULAR POST