TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKONGSI

SEWAKTU MENJALANI HIDUP INI


Dalam meniti kehidupan, tiada yang terindah melainkan keimanan kepada Allah dan berbaik sesama manusia. Perjalanan hidup dilalui dengan baik dan lancar andai kita menjaga "hablum minallah wa hablum minannas", iaitu menjaga baik hubungan dengan Allah dan hubungan di antara manusia. Satu tajuk pidato bahasa Arab yang pernah dihafal ketika bertanding di Tingkatan 1 dahulu.

Sesungguhnya, kehidupan ini sesuatu yang indah jika dapat kita tafsirkan dalam sebuah lukisan yang beraneka corak dan warna. Lihatlah gambar pemandangan di atas. Subhanallah. Sungguh menarik dari bentuk liku-liku lukisan alam memaknakan perjalanan yang tidak pernah berhenti. Satu dari padanya ialah bentuk kebahagiaan yang mana termasuk dalam carta dan pola pusingan yang berlainan.

PELBAGAI TAFSIRAN 

Kehidupan yang indah tidak semestinya kita tinggal di istana. Ada sesetengah orang tinggal di ceruk kampung masih merasakan keindahan kehidupan. Meski pun mereka tinggal di sebalik jeriji besi (penjara) mereka masih boleh melayangkan pengelihatan ke arah matahari yang bersinar untuk membayangan kepanasan hawa matahari itu. Mereka tetap bersyukur dapat menjiwai keindahan kehidupan.

Ini bererti kehidupan yang indah bukanlah semata-mata dari suasana yang mewah tetapi dari hati yang senang, fikiran yang tenang, iman yang kuat, sahabat yang soleh dan menyenagkan hati serta suasana yang aman dami. Kehidupan yang baik adalah sesuatu takrifan dari kebahagiaan yang selama lamanya berkekalan, insyallah!





BICARA KEHIDUPAN

Suatu hari Iman Al-Ghazali bertanya dengan murid-muridnya dengan sebuah teka-teki yang berbunyi: “Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?”

Ada yang menjawab : Orang tua, Guru, Teman dan Kaum Kerabat. Imam Ghazali menjawab: “Semua jawapan itu benar, tetapi yang paling dekat dengan kita adalah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah:Ali-Imran:185)

Soalan kedua Iman Gazali berbunyi begini: “Apakah yang paling jauh dari kita di dunia?” jawapan anak muridnya: Negeri China, Bulan, Matahari dan Bintang.

Sekali lagi Imam Ghazali menerangkan jawapannya. “Semua jwapan itu benar akan tetapi MASA LALU adalah jawapan yang paling benar kerana kita tidak akan dapat kembali ke masa itu, Oleh itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama".

"Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki atau perempuan sedang dia beriman maka sesungguhnya akan kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan kami berikan balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan" (An-Nahl:97)

Jika kehidupan ini tidak dilalui dengan ulitan keimanan,  kita pasti tidak merasakan kebesaran Allah. Tiada terbit rasa cinta dan kasih kepada Pencipta dan makhlukNya.

No comments:

Post a Comment

"Allahurobbi..Hakikatnya, sedikit kata-kata dan komen yang berterusan daripada pembaca dan sahabat sekalian sudah mampu memberi semangat dan dorongan kepada penulis yang sedang berperang dengan masa di 'daerah' ini."

THE MOST POPULAR POST