Membelek-belek album perkahwinan begitu mengasyikkan. Bahagia yang teramat sangat. Alhamdulillah, akhirnya aku dan abang selamat disatukan. Masih segar lagi di kotak minda bagaimana abang mendidik, memandu dan membantu aku cara bercinta. Ya, cinta kerana Allah.
"Sayang, sayang masih ingat lagi tak kata-kata abang sebelum kita nikah?" dengan sekuntum senyuman yang manis, bicaranya sungguh lembut mencuit kewanitaanku.
"Hehe..mestilah sayang ingat lagi abang. Siap tulis dalam diari sayang lagi. Abang beritahu sayang waktu tu dengan air muka penuh penegasan :
“Aku mencintaimu kerana AGAMA yang ada padamu, Jika kau hilangkan AGAMA dalam dirimu, hilanglah CINTAku padamu..” (Imam Nawawi )
Sayang mengerti benar maksud abang. InsyaAllah abang, kita diikatkan kerana agama Islam. Hati kita ditautkan kerana mencari keredhaan Allah. Nafsu kita diikat bersama kerana takutnya kita kepada Allah. Iman kita saling diteguhkan kerana kita bermujahadah mencari cinta halal. Abang, kita saling jatuh cinta kerana jalan dakwah ini membawa cinta kita insyaAllah hingga ke istana syurga."
Suasana begitu sepi. Hanya kedengaran sayup-sayup dari luar bilik lagu nasyid "Lafaz Sakinah" yang dipopularkan oleh kumpulan nasyid Far east.
"Ya sayang...Di jalan dakwah ini abang menikahimu. Abang mahukan yang terbaik bagi kita. Cinta yang kita ukirkan perlu ada prinsip dan ketegasan agar tiada contengan fitnah di dahi seorang muslim seperti sabda Nabi SAW :
“Perempuan itu dinikahi karena empat faktor iaitu agama, martabat, harta dan kecantikannya. Pilihlah perempuan yang baik agamanya. Jika tidak, nescaya engkau akan menjadi orang yang rugi” (HR Bukhari dan Muslim).
Sayang, ayah abang sendiri juga berpesan untuk serius menjaga amanah dan kepercayaan ini. Berkali-kali dia mengingatkan abang, sayang :
"Siapa yang menikah kerana menginginkan kehormatan maka dia akan hina. Siapa yang menikah kerana harta maka dia akan menjadi miskin. Namun siapa yang menikah kerana agamanya maka Allah akan kumpulkan untuknya harta dan kehormatan di samping agama."
Sayang, wajah cantik dan sifat luaran tidaklah penting, yang paling penting adalah sebuah hati yang sungguh mencintai Allah dan memiliki keinginan untuk mendekati Allah. Abang tidak perlukan seorang isteri yang hanya mencintai abang dan menjadi teman hidup, tetapi dapat juga menasihati ketika abang berbuat kesalahan. Seorang isteri yang mencintai bukan kerana apa yang ada pada diri abang tetapi kerana hati abang.
Hati abang ini sayang sebenarnya sudah menduakanmu setelah lafaz akad nikah menjadi saksi kepada pengorbanan ini. Usahlah sayang terkejut. Abang percaya, kerana agama sayang sanggup dimadukan."
Sepi.
Diramasnya jari-jemariku dan dikucup berulang kali dengan penuh kasih sayang. Aduhai abang...betapa mulianya hatimu. Tiada yang lebih indah jika hidup bermadu abang.
"Sayang....sayang sudi melepaskan abang jika benar itu kehendak abang. Sayang percayakan abang."
Dengan tidak semena-mena air mata turun membanjiri pipiku. Teresak-esak aku menahan sendu. Sungguh, kau buat aku cair dan lemah dengan belaian cinta yang hadir ikhlas dari hatimu.
"Ish...kenapa menangis ni sayang? Kan dah tak comel gitu. Hehe...Sayang jangan salah faham pula ya. Abang menikahi sayang sebagai isteri kedua abang manakala isteri pertama abang adalah dakwah seperti kata-kata syeikh mustafa masyhur :
"Aku memiliki 2 isteri. Isteri pertamaku adalah dakwah. Isteri keduaku adalah isteriku sekarang. Jika bertembung antara keduanya, akan aku utamakan isteri pertamaku."
"Tidaklah sayang salah faham abang cuma sayang amat terharu dan bersyukur punya suami seperti abang. Kesetiaan abang kepada agama menambahkan kehangatan kebahagiaan baitul muslim kita. Sebagaimana abang berprinsip :
“Aku mencintaimu kerana AGAMA yang ada padamu, Jika kau hilangkan AGAMA dalam dirimu, hilanglah CINTAku padamu..” (Imam Nawawi )
Sayang juga redha abang.
Abang, kahwinilah sayang jika cinta abang kepada Allah melebihi cinta sayang. Tinggalkanlah sayang jika cinta abang kepada sayang melebihi cinta Allah."
"Sayang, abang sangat mencintai sayang kerana Allah. Abang amat menyayangi sayang kerana aqidahmu. Abang menghormati sayang kerana kesucian yang sayang pertahankan selama ini. Bantulah abang menjadi seorang imam yang lulus dalam ujian pengorbanan. Jadilah pemberi semangat, sehingga abang dapat mendukung amanah perjuangan setiap hari.
Emm...Malam makin larut sayang. Mari kita bersiap-siap dahulu sayang. Kita solat sunat berjemaah dahulu ya sebelum tidur. "
Dengan lirikan mata yang manja abang memimpin aku bangun untuk ke bilik wudhu'.
Betapa besarnya Allah SWT kerana Dia telah memberikan kepadaku seseorang yang dapat membuat hidupku menjadi lebih sempurna. Aku mengetahui bahawa Dia menginginkan kami bertemu di jalan dakwah dan membuat segala sesuatunya indah pada waktu yang telah Dia tentukan. Kerana sesungguhnya aku mencintai dirinya keranaMu Ya Allah.
“Ya Tuhan kami, jangan engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami rahmat di sisi engkau , kerana sesungguhnya engkaulah Maha Pemberi Kurniaan” (Ali Imran:8)
“Wahai Allah, aku meminta kepadaMu kecintaan kepadaMu. Kecintaan kepada orang yang mencintaimu. Serta aku meminta amalan yang dapat menghantarkan aku kepada cintaMu.”
Abang, aku mencintaimu bukan sekadar cinta. Ku bina mahligai cinta ini di atas tapak berasaskan dakwah.
ya Allah. sy berharap sy mndapat suami sprti suami akak. doakan sy ye., :)
ReplyDelete