TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKONGSI

SYAWAL : PERKARA SELALU BUAT DAN LUPA

PERKARA YANG SELALU KITA BUAT MASA RAYA

1. Kahwin - Mengahwin
Salah satu event yang mesti ada bila tiba bulan Syawal.


2. Eksiden
Khususnya kemalangan jalan raya. Mangsa mercun buatan sendiri, dan juga mercun import ramai berguling kat spital masa raya ni.

- Terbaca paper Sinar Harian, 5 Sept 2010 (ahad) muka hadapan “NYAWA KITA MURAH!”,
bilangan kematian akibat kemalangan jalan raya di Malaysia lebih banyak berbanding maut akibat perang di Gaza!!

- adakah mematuhi peraturan jalan raya sukar atau mencabar ego? Jika benar, mengapa negara lain boleh lakukannya sedangkan infrastruktur jalan raya kita lebih canggih berbanding mereka?



3. Open House dan House Opening
Open house - aktiviti popular yang kita selalu hadiri semasa bulan Syawal. House Opening merujuk kepada perbuatan pecah rumah disebabkan pemiliknya balik kampung lama sangat. Oleh itu, beringatlah ketika planning nak balik kampung.






PERKARA YANG TAK SELALU KITA BUAT MASA RAYA

1. Solat Jemaah
Solat Isyak contohnya, kalau Ramadhan dulu boleh la dapat sampai 3, 4 saf..lepas bulan puasa, tinggal imam dan bilal je yang gi mesjid..



2. Ulangkaji Pelajaran
Khusus untuk Budak U dan PMR serta SPM. Syok raya sampai tak ingat diri tu ada exam lepas raya. Assignment menimbun yang ditinggalkan, sudah tentunya setia menanti anda ketika pulang ke kolej pasni...

3. Puasa Enam
Kalau kita boleh puasa sebulan, takkan puasa 6 hari masa bulan Syawal, kita tak leh buat?
Besar fadhilatnya Puasa 6 ni, dan semua orang dah tau dah..

“Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama satu tahun.” – Hadith Riwayat Muslim



Dari segi perubatan mengikut pemahaman ana selama pengajian, puasa 6 boleh menyihatkan sistem pencernaan manusia.

Bayangkan selama 1 bulan Ramadhan sistem pencernaan kita berehat pada waktu siang, datangnya Syawal memberi KEJUTAN kepada si perut. Tambahan pula kita melahap dengan pelbagai jenis juadah dalam pelbagai jenis majlis. Hydrocloric acid terpaksa dirembeskan dengan high level untuk mendigestkan makanan yang kita makan. Sebab tu pagi esoknya ramai mengadu sakit perut ke tandas. (pernah experienced?)

Jadi, puasa 6 memberi peluang kepada sistem pencernaan kita untuk berehat dan dapat bertugas secara BERANSUR-ANSUR.




p/s :

Di kesempatan ini, ana ingin mintak maaf, atas segala kesalahan ana yang tak sempurna ni..

termengumpat
termengata
terbenci
termeluat
terbuat korang meluat
terkasar bahasa
tersombong
dan lain - lain kesalahan yang ana lakukan kepada antum semua

khas ditujukan kepada :
- sahabat2 seusrah HUKM-PAPISMA
- adik2 usrah Quranic PERSIAP Team
- ex-pimpinan BADAR 09/10
- ex-pimpinan MISA 09/10
- anak beghanok Melaka Mysoff
- adik2 dan sahabat2 KTSN
- para pengunjung blog yang setia
- rakan2 FB
- sahabat handai, teman perjuangan, kawan2


Selamat Hari Raya Eidulfitri,
Maaf Zahir Batin!
Minal 'Aid Wal Faidzin, Kullu 'Am Wa Antum




1 comment:

  1. betul. selain tu, masa raya juga masa untuk kunjung mengunjungi sesama saudara mara. kadang2 ada yang lama tak jumpa.

    ReplyDelete

"Allahurobbi..Hakikatnya, sedikit kata-kata dan komen yang berterusan daripada pembaca dan sahabat sekalian sudah mampu memberi semangat dan dorongan kepada penulis yang sedang berperang dengan masa di 'daerah' ini."

THE MOST POPULAR POST