TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKONGSI

HANYA KERANA CINTA


Kasihan kepada remaja hari ini, belum pun mereka menerima didikan yang cukup, mereka telah dirangsang dan ditarik pergi jauh daripada ibu bapa mereka dan ajaran islam, kemudian mereka didedahkan dan dirangsang oleh media seperti tv3, tv2, rtm1, rtm2, tv8, tv8, suratkhabar dan majalah supaya melakukan perkara perkara yang dilarang, kemudian ada pula orang yang menyalahkan remaja-remaja ini.

Mereka telah diperkotak katikkan pada usia yang terlalu muda. Tak hairan, mereka menjadi keliru dan bertindak seperti orang yang keliru.




MASYARAKAT PENTINGKAN DIRI

Masyarakat Malaysia hari ini cukup terganggu secara fizikal, mental, emosi dan spiritual dengan pelbagai kegiatan jenayah yang berlaku hampir setiap hari. Kebanyakannya memfokuskan kepada remaja dan masalah sosial itu tiada hentinya untuk dibicarakan. Remaja mengandung luar nikah semakin mengancam keharmonian masyarakat, semakin banyak ditegur, dipapar dan disiarkan gambar-gambar bayi yang dibuang macam sampah oleh pelaku tidak bermoral itu, semakin bertambah pula bilangan bayi-bayi yang dibuang.

Mengapa anak-anak remaja kita semakin runtuh akhlaknya dan hilang sikap malu dan adab sopan sebagai manusia?

Tiada siapa mampu memberi jawapannya kerana yang pasti akhlak remaja semakin rosak dan liar.

Apabila kita renung kembali dengan ikhlas sebagai ahli masyarakat, ibu bapa dan juga pemimpin, mengapa masalah sosial ini terus berlaku?

Ini kerana kita terlupa atau buat-buat lupa tentang punca kepada akar umbi masalah sosial tersebut. Asbab utama berlakunya kerosakan dan keruntuhan akhlak remaja iaitu ISLAM!

Masyarakat Malaysia baik pemimpin negara mahupun rakyat jelata hanya mementingkan diri mengejar keduniaan sehingga norma-norma penghayatan islam hanya diserahkan kepada golongan ustaz dan ulamak.




"GURU KENCING BERDIRI, MURID KENCING BERLARI"

Anak-anak kita belajar dari apa yang dipandang dan dilihat. Dunia tanpa sempadan mempercepatkan lagi anak-anak memahami teladan yang dipaparkan kepada mereka. Tak hairanlah kenapa remaja kita rosak sebab kita orang dewasa yang dah rosak.

Agama dipinggirkan kerana mengejar status dan kemajuan negara maju. Al quran sekadar hiasan rumah dan pertandingan tilawah Al quran setahun sekali untuk menggambarkan sebagai negara islam. Hukum-hakam dan panduan dalam Al quran di simpan kemas di dalam almari.

Ajaran Al quran yang asas sahaja diajar sekadar untuk mengenal tulisan, bukan untuk diambil menjadi pegangan. Tidak hairanlah hari ini pelajar di IPT tak reti nak baca Al quran, solat pun ikut-ikut saja pada hari jumaat seminggu sekali. Masjid sekadar lambang kemegahan dan kekayaan negeri. Orang yang pakai kopiah pun dicaci dihina. Tok Guru Nik Aziz yang dah jadi MB kelantan lebih 20 tahun dihina kononnya tak pandai memerintah kerana pakai jubah dan berserban. Jumud dan kuno katanya.

Kalau begini corak pemikiran pemimpin dan masyarakat pada hari ini tidak hairanlah dua tiga tahun lagi, masyarakat kita akan hanyut dalam dunia tanpa sempadan, maruah digadai demi keseronokan, kekayaan negara dibazirkan untuk mengejar hiburan. Al quran dipinggirkan kononnya ketinggalan zaman. Tunggulah pasti negara akan hancur kerana kejahilan.

Orang dewasa perlu menjadi teladan, anak-anak mesti diberikan panduan Al quran, pelajaran di sekolah dimartabatkan, nilai-nilan insan perlu dipraktikkan sedari awal usia. Hiburan yang melalaikan (lagha) diminimakan. Pelajaran agama diutamakan. Pasti Generasi mendatang jadi kebanggaan ummah!


hakikatnya bukan salah keluarga, tetapi kesalahan besar pihak penguatkuasa yang menghidangkan bermacam hidangan menyerupai dan mendekati seks serta zina!


Kepada remaja perempuan, ingatlah mengenai sehelai kain baru. Apabila terkena walau setitis kopi, anda akan menganggap kain itu telah 'spoilt' atau rosak dan tidak baru lagi. Oleh itu, jagalah kehormatan diri anda supaya anda tidak rosak, sebab, bila rosak, anda tidak boleh menyalahkan orang lain jika mereka menganggap anda telah rosak, kerana anda sendiri mempunyai anggapan yang sama pada sehelai kain baru. Jangan hanya kerana cinta yang tidak pasti bernilai, maruah yang pasti bernilai sanggup digadaikan.

Kepada remaja lelaki, ketahuilah bahawa remaja perempuan itu kaum yang lemah, walaupun mereka sendiri menafikannya. Oleh itu, walaupun anda telah dihidangkan dengan sekatil daging mereka, tak perlulah anda mengambil kesempatan ke atasnya, walaupun mereka menyatakan ia adalah BUKTI CINTA mereka. Remaja lelaki adalah penjaga bagi remaja perempuan.

2 comments:

  1. salam, semua artikel dalam ni(blog) tulis sendiri ke?bgslah...tahniah ye

    ReplyDelete
  2. assalam...suka artikel dlm blog ni..congrats dengan penulisan yang bermanfaat ini..

    mohon share article dlm blog ni ye untuk memanfaatkan diri.:)

    ReplyDelete

"Allahurobbi..Hakikatnya, sedikit kata-kata dan komen yang berterusan daripada pembaca dan sahabat sekalian sudah mampu memberi semangat dan dorongan kepada penulis yang sedang berperang dengan masa di 'daerah' ini."

THE MOST POPULAR POST