TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKONGSI

CARA KEKAL BERMOTIVASI



Dan apabila cinta menggamit kalbu, rindupun mula menggebu-gebu
Dahulu diri tidak pernah merasai perasaan rindu begitu.
Dahulu diri sering juga mendengar bicara orang tentang cinta :

"Cinta manusia tidak sempurna. Cintailah Dia yang Maha Sempurna.."
"Cinta manusia mudah pudar, sandarkan cinta pada Ilahi, ianya kekal membawa ke syurga.."


Dan pelbagai lagi retorik dan slogan indah yang menyebut tentang cinta yang satu itu. Diri hanya mengangguk setuju, tetapi tidak pernah merasa sendiri perasaan cinta dan rindu itu. Namun kini, Alhamdulillah…

Jika ini satu rezeki, diri cukup bertuah. Bertuah untuk merasa Cinta Tuhan. Cinta dan rasa rindu yang menggebu penuh perasaan. Cinta seorang hamba untuk Tuhannya. Ia bukan cinta biasa cinta omongan. Ianya perasaan cinta, rasa setepu perasaan yang menjadikan diri ini lebih kuat. Kuat bukan pada magik, tetapi kuat kepada kepercayaan yang benar dalam hati tanpa melihat dengan mata. Kuat yang percaya dengan iman.

Sekarang diri mampu untuk mengungkapkan rasa syukur penuh sedar hingga mengalir air mata, betapa rindunya pada Rasulullah SAW dan Tuhan Pencipta. Teresak-esak gembira kerana Allah memberikan nikmat paling besar berada Islam dan Iman. Kerana nikmat ini adalah syarat pertama untuk hisab ke syurga Firdaus sana.

"Justeru, nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?" (ar-rahman)

Rindu dan cinta bisa hilang jika tidak disemai dan dijaga. Saat diri merasakan tiada tempat bergantung dan mengadu, diri benar-benar gembira kerana masih ada sesuatu yang mampu dilakukan. Berbicara dengan Tuhan dalam bait-bait doa atau membaca cerita dan peringatan tentang akhirat di dalam Al-Quran.

Diperingatkan bahawa Allah sentiasa dekat di sisi. Hati menjadi kembali segar dan lebih berani menghadapi dunia yang serba kekurangan ini. Sering mengingatkan diri apabila terasa kalah dalam menempuh hari :

"Cukuplah Allah sebagai Pembela…""Cukuplah Allah sebagai Pelindung.."

Alangkah bahagia diri dan tenangnya hati mengetahui yang Allah sangat dekat memerhati. Hati ini begitu merindui Ilahi. Cinta yang tidak pernah terfikir akan merasainya. Kini setiap getaran hati dan lintasan kecil begitu dijaga. Agar hati sentiasa bersih dan tetap terpelihara. Sering mengingatkan andai diri berada di Mekah atau di rumah Allah, lintasan kecil juga akan sekelip mata termakbul, lantas hati kecil itu perlu lebih berhati-hati dalam mengungkap rasa.

"usah berburuk sangka dengan orang lain"
jangan mudah terasa dan berkecil hati dengan kawan"

Diri mahu amal yang ikhlas bak hamba merdeka. Sedang menekan keyboard juga hati boleh sebak tiba-tiba mengingati Tuhan yang Maha Esa. Membelek-belek risalah ad-dien juga boleh terasa sayu. Melihat akhlak manusia sambil memandu atau berjalan di pusat membeli-belah, terus terkenang akhlak Al-Quran Rasulullah SAW. Sungguh mulia dan menyebabkan diri ini berasa sungguh rendah diri.

Di antara ketakutan sama ada dosa diampun Tuhan dengan pengharapan agar taubat diterima dalam keyakinan yang Allah itu sungguh luas kurniaNya. Rahmat yang lebih dekat daripada murkaNya.

Terima kasih Tuhan untuk nikmat cinta dan rindu ini. Rasulullah, terima kasih kerana sentiasa menyayangi umatmu. Memang benar prikata: "Tidak kenal maka tidak cinta". 

Kenalilah Tuhan dan Rasul junjungan. Mudah-mudahan rasa rindu dan cinta itu bercambah dan merendang. Semoga kita tergolong dalam golongan kanan dan terawal nanti. Ameen..


p/s : andai apa yang ditulis benar-benar berlaku, persoalannya masih menjadi harapan walaupun kadangkala sahaja menjadi realiti. Saat ditimpa masalah bukan senang untuk meredakan ke"tension"an dengan melayan irama lagu cinta dan rindu dari langit.

No comments:

Post a Comment

"Allahurobbi..Hakikatnya, sedikit kata-kata dan komen yang berterusan daripada pembaca dan sahabat sekalian sudah mampu memberi semangat dan dorongan kepada penulis yang sedang berperang dengan masa di 'daerah' ini."

THE MOST POPULAR POST