TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKONGSI

BERUZLAH SEBENTAR







PESANAN NABI S.A.W.

"Sesiapa menempuh satu perjalanan untuk mencari suatu ilmu, Allah akan memudahkan untuknya
jalan ke syurga"
(Hadis riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

READ MORE

POSTING JKM : BERFOGGING

kali ini, biarlah gambar berbicara...........


















READ MORE

MENGGAPAI CITA-CITA

Bercita-citalah! Bukan hanya untuk duniamu, tapi juga untuk akhiratmu. Pancangkan cita-citamu setinggi mungkin. Iringi ia dengan kesungguhan, perjuangan dan pengorbanan untuk menngapainya. Semoga Allah SWT merahmatimu dengan memperkenankan cita-cita itu terwujud.



Rasulullah bersabda, "Dan jika kalian meminta kepada Allah, maka mintalah surga firdaus, sebab dia adalah surga yang paling tinggi." (HR. Bukahri). 


Tahukah engkau wahai diri apa cita-cita seorang Rabiah bin Kaab? Cita-citanya adalah, menemani Rasulullah di syurga! Ingatlah, impianmu adalah titik mula gerak langkahmu, kesungguhan dan keyakinanmu bakal mentukan titik akhirnya 



APAKAH CITA-CITA SAYA?

Pokok cita-cita saya adalah untuk mendapatkan keredhaan ALLAH SWT. Dalam hal ini, saya akan berusaha mempertingkatkan diri, lagi dan lagi.

“ kita ini, perlu berusaha mencapai tingkat yang tertinggi di sisi ALLAH. Kita tidak boleh hanya berpuas hati dengan keadaan kita hari ini. Perlu tingkatkan diri lagi”

Dan sememangnya, matlamat kehidupan insan adalah untuk itu:

“ Dan tidak AKU ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah” Surah Adz-Dzariyat ayat 56.

Dari cita-cita ini, berbuahlah cita-cita yang lain.

ALLAH SWT berfirman bahawa manusia yang terbaik adalah yang mengajak orang lain kembali kepada ALLAH, dan beramal soleh.

“ Dan siapakah kata-katanya lebih baik dari mereka yang menyeru(untuk kembali) kepada ALLAH dan berbuat amal kebaikan?” Surah Fussilat ayat 33.

Maka, cita-cita saya seterusnya adalah untuk berusaha mengajak semua manusia kembali kepada ALLAH SWT, hidup dalam ketaatan kepadaNya, hidup dalam menjauhi apa yang telah dilarang olehNya.

Dari cita-cita kedua inilah saya bercita-cita menjadi seorang yang mampu memberikan qudwah hasanah kepada orang lain. Saya belajar memahami pelbagai jenis masyarakat dan pergerakan. Saya belajar merendah diri dan hati. Saya usaha memperbaiki kesilapan saya itu dan ini.

Dari cita-cita menjadi qudwah itulah munculnya cita-cita hendakkan keluarga yang sakinah, bayt muslim yang terbaik, menyebabkan saya berusaha semenjak awal saya mempunyai cita-cita ini.

Dari kefahaman cita-cita inilah, munculnya pelbagai lagi cita-cita saya.

Saya hendak menjadi seorang penulis blog sekurang-kurangnya penulisan saya mampu menyentuh hati manusia, saya hendak menjadi seorang yang berjaya dalam pelajaran yang mana kebijaksanaan saya mampu memberikan sumbangan kepada usaha membawa manusia pulang kepada ALLAH, saya mahu membuka hospital berkonsepkan islam, saya mahu mengkaderkan pelapis-pelapis generasi Al-quran, dan ada banyak lagi cita-cita, yang berbuah dari cita-cita yang pertama iaitu redha Allah.

“ Wahai orang yanng beriman, mahukah kamu AKU tunjukkan satu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? Iaitu kamu beriman kepada ALLAH dan rasulNya, dan berjuang di atas jalan ALLAH dengan harta dan jiwamu. Maka itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui. Nescaya ALLAH akan mengammpuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan ke tempat-tempat tinggal yang baik di dalam syurga ‘adn, maka itulah kemenangan yang agung”
Surah As-Sof ayat 10-12.



Ya, cita-cita saya, saya mahu menceburi ‘perniagaan’ yang ditawarkan di atas, dan mendapatkan ‘ganjaran’Nya.

Saban waktu, saya berfikir akan hal cita-cita saya ini. Saya fikir itu dan ini. Saya hendak capai itu dan ini.

Tapi…

Saya hanya seorang manusia biasa.

90% kemungkinan, saya akan mati sebelum semua cita-cita itu saya capai.




CITA-CITA SAYA TERLALU SUKAR!

Tapi, cita-cita saya bukan mustahil!

Tambah bukan mustahil kalau saya tidak keseorangan. Kalau saya punya ramai orang yang berkongsi visi, cita-cita, misi seperti saya ini, orang-orang yang ikhlas, yang sanggup bersama susah dan senang, yang faham dan nampak akan apa yang hendak dicapai, maka cita-cita saya tidak mustahil sama sekali.

Persoalannya, siapakah yang hendak bersama-sama saya merealisasikan semua cita-cita ini?

Sebab itu hari ini saya berkongsi cita-cita saya yang sukar ini. Saya tidak mahu, bila saya mati, semua cita-cita ini terbengkalai, terhenti setakat saya. Saya hendakkan agar cita-cita ini terus berjalan di dalam hati-hati manusia, terus menerus agar dunia ini mampu terbina di atas dasar hati-hati yang beriman kepada ALLAH SWT, dan meyakini janji-janjiNya.

Bagaimana?

Anda hendak bersama dengan saya kah?

Namun, perlu diingat……..

Memang bagus mempunyai cita-cita. Namun cita-cita perlu mengambil kira pelbagai perkara. Jangan kita sibuk bercita-cita sampai lupa pada keperluan disekeliling. Jangan gila mengejar cita-cita sampai sanggup melakukan apa sahaja.

Dan juga benar……..

Benar, perlu berani bercita-cita. Perlu tahu apa yang dicita-citakan.

Mengapa dan mengapa?

Adakah untuk kepuasan diri semata-mata, atau kita sudah ambil kira pelbagai perkara. Bimbang andai hanya memikirkan tentang diri, nanti cita-cita yang dikejar membuatkan kita meninggalkan jauh di belakang tentang perkara-perkara yang lain.

Muhasabah dan melihat priority. Tidak semua yang kita impikan akan kita dapat dalam dunia ini. Itulah pengorbanan yang harus dibayar.

” Mengapa kamu tolak pinangan orang kaya itu nak? Jika tidak engkau pasti sudah hidup bahagia dan kaya”, tanya seorang ibu kepada anaknya.
“Cita-cita aku bukan menjadi isteri orang kaya. Cita-cita aku seorang guru. Dan ibu langsung tidak mempercayai bahawa aku boleh menjadi seorang guru”, jawab anaknya.

Ianya tentang cita-cita. Biar apa pun cita-cita kalian. Kejar sampai ke hujung dunia. Berbekalkan iman dan taqwa. Moga sabar dan ikhlas dalam berusaha.



READ MORE

MOTIVASI SEORANG DOKTOR

Sibuk...sibuk....sibuk!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Kesibukan ana tak tertanding dengan sibuknya Rasulullah SAW. 
Apalah sangat.............
Itulah pujukan kepada diri ini sendiri apabila terbeban dengan banyak kerja 
dan merasakan diri sangat sibuk

Tapi sangat seronok dengan kesibukan sebenarnya
Biarlah kita sibuk dengan belajar, bekerja dan bergerak kerja
Asal hati tidak lalai dan leka






Nukilan buat anak-anak bergelar pelajar perubatan (dan ibu bapa mereka juga!)

Salam Syawal,
Khusus buat:
Anak-anak yang bergelar pelajar perubatan ( di mana jua anda berada)
Ibu dan ayah kepada anak-anak di atas
Sedikit pesanan ini dinukilkan oleh seorang yang pernah menjadi pelajar perubatan ( 1986-1991), sudah bergelar doktor selama lebih 19 tahun, menjadi pakar O&G dan pendidik kepada ribuan pelajar perubatan selama 13 tahun. Namun belum berpeluang menjadi ibu kepada seorang pelajar perubatan lagi setakat ini.

Anak-anakku,
Kalian sebenarnya bertuah dipilih Allah SWT mempelajari satu bidang yang amat besar faedah dan manfaatnya buat manusia dan dunia. Apapun yang mendorong kalian membuat keputusan menjadikan bidang ini pilihan, kalian sudah sampai di sini! Betapa ramai rakan kalian yang mengidamkan kerusi yang kalian duduki sekarang ini.
Harapnya, dorongan itu bukanlah semata-mata mahu mencuba nasib, memenuhi hajat dan hasrat kedua ibu bapa dan keluarga yang mahu seorang bergelar `Doktor’ dalam salasilah keturunan, ataupun ingin sentiasa bersama dgn rakan karib lain yang kebetulan juga mendapat tawaran yang sama!
Melihat betapa berlumba-lumba kalian merebut tempat di sekolah perubatan, rasanya seperti ada kempen ` Satu Keluarga Seorang Doktor’ lagaknya.
Jangan kalian terkejut nanti – dengan realiti pengorbanan yang mesti kalian lalui. Perubatan adalah satu lapangan yang perlukan komitmen pembelajaran sepanjang hayat. Kalian sendiri yang perlu mencetus keghairahan mahu menuntut ilmu, bukannya hanya berharap dan bergantung sepenuhnya kepada tenaga pendidik yang menunjuk ajar.

Kalian akan mulai mendengar perkataan ` self-directed learning- SDL’, student-centred education, life-long learning, community-based learning, inter-professional learning dll.
Pengajar kalian bukan hanya professor dan pensyarah perubatan, malahan yang bergelar pesakit itulah yang paling banyak mengajar dan memberi tunjuk ajar. Para jururawat adalah mentor yang paling berpengalaman dan perlu diberi penghormatan.
Yang paling utama, akhlak kalian – menjadi pembeza utama antara pengamal perubatan yang mulia dan doktor yang angkuh. Bertuahlah bagi kalian yang sememangnya sudah berbekal dgn didikan sempurna, penuh budi bahasa, tata tertib dan sopan santun yang tinggi semenjak dari rumah lagi. Malanglah kalian yang serba kekurangan dalam aspek ini, sekalipun kalian begitu cerdas mengumpul deretan `A+’ dalam transkrip keputusan peperiksaan saban semester.

Untuk para ibu dan ayah kepada anak-anak yang bergelar pelajar perubatan,
Mohon dipastikan kalian sudah menyediakan anak-anak kalian dengan baik dan sempurna – terutamanya dalam aspek rohaniah dan akhlaqiah mereka. Mereka akan menjadi doktor perubatan – bukan calang-calang profesyen! Pastikan mereka menjadi pengamal perubatan yang tawadhuk dan sentiasa berhubung erat dengn Rabb.. Selitkan doa yang tidak pernah kunjung padam setiap masa dan ketika, moga Allah SWT memberi bimbinganNya buat anak-anak ini.
Sekiranya kalianlah menjadi SEBAB utama anak-anak berada di sekolah perubatan hari ini, sedangkan itu bukan keinginan dan minat mereka sendiri, bersedialah untuk meminta maaf kepada mereka – terutamanya jika mereka akan berhadapan dgn kesukaran dan keperitan memenuhi hajat dan cita-cita kalian itu.

 Sokong dan dokonglah mereka sehingga ke akhir nanti – kerana cubaan dan dugaan yang perlu anak-anak ini hadapi bukanlah setakat semasa dalam latihan sahaja, malahan yang lebih mencabar adalah ketika terpikul di bahu mereka tanggungjawab dan amanah yang berat apabila bergelar doktor nanti!
InsyaAllah, kalian akan sentiasa dilindungi Allah SWT dari segala bencana selagi mana penggantungan hanyalah kepada Allah semata-mata.
-Dr.Har








Membaca dan menghayati dengan mata hati. Ana bersetuju dengan sahabat-sahabat perubatan yang lain…..
"kalian akan sentiasa dilindungi Allah SWT dari segala bencana selagi mana penggantungan hanyalah kepada Allah SEMATA-MATA" dan "Pastikan mereka menjadi pengamal perubatan yang TAWDHUK dan sentiasa berHUBUNG ERAT DENGAN RAB.."

Sedih bila memikirkan benarkah kita belajar dan berusaha untuk mengenal Allah swt?

Benarkah pergantungan kita hanya pada Allah swt semata-mata?

Mampukah kita bertawadhuk dan berhubung erat dengan Allah swt setiap masa?

atau belajar dan berpenat lelah untuk dunia tetapi di akhirat tiada nilai langsung di sisi Allah. 

Bolehkah kita dapat memegang dua-duanya, dunia dan akhirat dgan apa yang kita buat sekarang ini?

atau dapat dunia sahaja tetapi akhirat tercicir?

ataupun kita tidak dapat kedua-duanya skali?

Apabila berfikir dan terus berfikir terlalu banyak lagi kelemahan yang perlu diperbaiki

Kita dengan senang masuk persatuan itu dan ini, jemaah itu dan ini, tetapi adakah sesenang itu kita boleh masuk syurga Allah???



READ MORE

HATI INI TIDAK KUAT



Ya Allah tetapkanlah kami dalam jalan istiqamah dan lindungi kami di dunia ini daripada perkara yang mengakibatkan penyesalan kami pada Hari Kiamat. “Ya Allah, ringankanlah bebanan dosa kami di akhirat dan kurniakanlah kami kehidupan hambamu yang baik- baik.

“Ya Allah, jauhkanlah kami daripada segala kejahatan orang- orang yang jahat.
Ya Allah, lepaskanlah leher kami ini dan leher ibu bapa kami dan seluruh saudara kami yang lelaki mahupun perempuan daripada belenggu api neraka.


“Semuanya itu dengan berkat rahmat-Mu yang Maha Mulia, Yang Maha Mengampuni, Maha Pemurah, Maha Menutup Keaiban Orang Lain dan Tuhan yang Maha Mengetahui lagi Maha Perkasa.

“Ya Allah, Tuhan yang Maha Pengasih dan Tuhan yang merupakan segala permulaan daripada segala permulaan dan yang kemudian daripada segala yang kemudian.

“Wahai Tuhan yang mempunyai kekuatan yang sangat kukuh dan Tuhan yang Mengasihi orang- orang yang miskin dan Tuhan yang terlebih kasih sayang daripada orang yang berkasih sayang. Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan-Mu.”

 Aku tahu terlalu banyak keegoan dalam diri ini. Apabila berdamping dengan orang soleh aku mempersia-siakan mereka. Tetapi apabila berjauhan dengan mereka baru ku tahu rasa kepahitannya. Hipokritnya aku...

Hati bermaksiat apabila tidak mengendahkan kemaksiatan berlaku di hadapan mata. Kau jua terkena fitnahnya. Tempias dosa kerananya. Sebab apa? Sebab mata hati sudah terbiasa-biasa dengan pemandangan maksiat, tidak pernah cuba untuk bersama mengingatkan. Hati sudah mati? 

nauzubillah......

Sudah hampir sebulan posting Jabatan Kesihatan Masyarakat di teratak Tanjung Karang. Masih ada sebulan lagi. Semoga Allah gagahkan hati-hati kami di sini......



READ MORE

CERPEN : SEMANGAT II



Pagi itu berlalu dengan penuh kesunyian. Seolah-olah meminta para penghuninya bangun malam bertahajjud. Sejadah dicapai melepaskan kerinduan Ramadhan padaNya. Adik-adik dikejutkan  bagi memeriahkan lagi pesta kehambaan.

Seusai bersalaman zahir dan batin bersama ahli keluarga, hati luluh. Rasa rindu kepada dia semakin membuak-buak. Perasaan beransur-ansur mengkecamukkan pemikiran waras.

"Kak, adik rindukan abang", si kecil menarik baju sambil mememekkan muka seposen. 

Terkelu lidah melihat reaksi si adik yang masih tidak mengenal erti kehidupan alam barzakh. Hati terusik dengan gemersikan rindu terasa hangat dan luar biasa. Mengingati wajahmu, merindui sentuhan, suara dan gelak ketawamu....



KHAS UNTUKMU

Ringan  kaki melangkah namun berat hati merenung dalam 2 batu nisan terpacak di atas kubur insan yang sangat disayangi. Insan yang pernah berkelahi dan bergaduh setiap hari. Bermain, belajar, dirotan, dimarah, makan minum dan tidur bersama. Zaman hingusan yang mana dibazirkan dengan kenakalan dan keseronokan bersama si dia. Menjaga adiknya dengan penuh kasih sayang dan memberi contoh tauladan yang baik.

Saat-saat susah senang dia tidak pernah merungut. Pergi balik sekolah memimpin tangan agar keselamatanku terjamin. Duit belanja sekolah yang hanya RM0.50 dan selalunya RM 0.20 diberi padaku supaya aku tidak lapar pada sesi sekolah agama. Apabila dirotan ayah, abang selalu memujuk. Melapkan air mata dan menyapukan minyak.

Walaupun aku lebih sikit cerdik dan cerdas daripada abang, namun dialah yang selalu memberi semangat dan galakan. Walaupun aku berpangkat tinggi dalam kepimpinan pengawas, namun dialah pengawas yang paling membanggakan aku. Walaupun aku sering mendapat anugerah di setiap minggu perhimpunan sekolah, namun dialah anugerah terbaik buatku. Walaupun aku dimanjakan ummi, namun dialah yang paling memanjakan aku.

Ya.....dialah abangku yang bernama Muhammad Naim bin Amarudin. Dilahirkan 2 tahun sebelumku. Dan tarikh kelahirannya kali ke-12 disambut syukur dengan anugerah Allah, adik bongsu kami, Farah dilahirkan. Ia seolah-olah sebagai isyarat penggantinya.




BERTEMU SEMULA

Masa berlalu pergi dengan pantas sekali, sudah 8 tahun abang pergi. Syawal kedua membawa 1001 kejutan besar. Abang Miqdad yang pernah membesar bersamaku satu masa dahulu tak disangka-sangka bertandang ke rumah. Bertambah terkejutnya pula, datang bersama isteri dan 2 orang anak, berumur setahun lebih dan seorang lagi masih dalam kandungan 5 bulan.

"Ima, Abang Miqdad awak dah kahwin ke belum?" tanya Mak Cik Masturah jiran sebelah rumah beberapa hari yang lalu di tapak ceramah Pas Bukit Katil. Sudah lama aku tidak dengar nama tersebut dan memanggil memori kembali terjah dalam ruang legar otak. 
Dengan penuh yakin aku menjawab, "oh..Abang Miqdad ye. Entah. Belum kot mak cik". Aku menyedapkan hati. "Takkan lah abang dah kahwin. Mustahil. Mustahil. Berita pun tak pernah dengar".

Walaupun kami seibu, berlainan bapa, bekas sentuhan kasih sayang yang pernah didambakan daripada seorang abang satu ketika dahulu menggamit semula. Satu perasaan cinta bertandang merajai segenap hati. Hati bernyanyi riang....berbunga-bunga......rasa syukur yang tidak terhingga.




"Perpisahan dan pertemuan yang tak diundang. Bertahun kita melangkah bersama. 
Sela cita-cita buat bekalan ke sana... 
Senyum mu ukiran terindah. Tiap perilaku dan budimu. Tiap kata-kata dan nasihat berguna... 
Bertemu dan berpisahnya kita kerana Allah, pasti akan mengecapi bahagia suatu hari nanti..."
- khas untuk Abang Miqdad-



Entah mengapa terlalu aneh perasaan itu. Mungkin terlalu lama merindui insan yang bernama "abang". Tittle anak sulong yang telah aku pikul sepemergian abang tanpa rela dan paksa, terlalu berat amanah itu. Aku pernah lelah, kehausan kasih dan kata-kata semangat daripada seorang abang di persimpangan jalan kehidupan. Syukur Alhamdulillah...Allah masih gagahkan diri ini menjaga keluarga dan mendidik adik-adik yang semakin membesar.


Abangku seorang DJ RTM...Abangku seorang photographer....abangku seorang usahawan....

Lama aku berbual dengannya. Mengaguminya sebagai seorang anak yang tabah dan berjiwa besar. Membesar keseorangan bersama keluarga angkat menyebabkan mulut aku tak lekang untuk mengorek sedalam mana kepahitan hidup yang dilaluinya. Masakan kepahitannya menjadi obor-obor pembakar semangatku untuk maju dalam hidup.

Aduhai abang betapa diri ini sangat bersyukur dengan kehadiranmu dalam mewarnai kisah-kisah hidupku.



CABARAN

Dua hal saja yang buat aku rasa "teristimewa" mengenai dirinya dengan ruang legar sekitarku.

HAL 1

Sedang rancak berbual serkap jarang aku mengena, bercakap mengenai politik dan isu semasa adalah makanan kegemaran aku. Lebih-lebih lagi abang tinggal di bandar Ipoh Perak, semestinya trauma rampasan Kerajaan Perak Pakatan Rakyat amat bahang. Cumanya...

"Kurang ajar betul budak-budak tu"
"Budak-budak mana abang?"
"Budak-budak Pas lah. Buat kacau time nak bersidang"

Ops! hehe...tersengih kami adik beradik. Hati aku berbisik, "abang tak tengok lagi adik-adik dia berdemonstrasi. Lagi dahsyat!"

Adik aku kata selepas daripada itu, "kak, abang tak nampak ke jam dinding Pas tu, siap ada gambar besar-besar Tok Guru Nik Aziz lagi". Senyum......


HAL 2

a) Isterinya seorang PA kepada isteri Menteri Besar Kerajaan Perak Katak Lompat.
b) Pak Long aku bakal calon Ahli Parlimen Bukit Katil atas tiket "buley"

Dahsyat and complicated bukan? hardcore-hardcore nieh...Aku?



KESIMPULAN

Benar orang-orang tua selalu kata cinta itu buta. Bila kita cintakan seseorang, kita tidak kisah warna kulitnya, warna rambutnya hatta warna ideologinya.

Aku sebagai insan kamil meraikan kepelbagaian ideologi selagi TIDAK bercanggah dengan Al-quran dan sunnah. Sejauh mana hardcorenye ke-umno-an dan ke-pas-an setiap ahli keluarga dan saudara-saudaraku mengajak aku berfikir sematang dan seprofesional yang mungkin. Menganalisis dan bersikap kritikal.

Sama ada mereka memilih bulu biru atau hijau tak perlu dirisaukan sangat, yang perlu risau sejauh mana penghayatan norma-norma ajaran islam dalam praktikal seharian mereka.

MasyaAllah...Indahnya ciptaan Allah.......




READ MORE

PASCA SYAWAL : BAGAIMANA?




1. Tarawih terakhir semalam berakhir dengan adegan bersalaman dalam sendu tangisan. sayu dan hiba. Namun, yang menjadi persolaannya, sudahkah kita mencapai ke tahap TAQWA itu setiap kali datang dan berakhirnya Ramadan? 





bagaimana pula nasib pasukan iman pasca syawal? 
(gambar kredit for ust syaari..klik)



2. Rasa sayu pula mengenangkan hari ni last day kita semua berpuasa. Esok dah nak raya, berat sungguh rasanya nak berpisah dengan bulan yang sangat mulia ni. Barangkali Ramadhan tahun ni adalah yang terakhir bagi kita. Siapa tahu kita tidak akan berjumpa lagi dengan Ramadhan yang akan datang?

Dalam sebuah kisah, diceritakan ada seorang sahabat yang sedang menangis di saat hari raya Idul Fitri tiba. Kemudian Rasulullah bertanya kepada sahabat tersebut, "Wahai sahabatku, mengapa engkau tidak bergembira dengan berakhirnya Ramadhan dan datangnya hari kemenangan?" 


Sahabat Rasul itu menjawab, "Ya Rasulullah, saya menangis bukan karena saya tidak dapat bertemu dengan keluarga, tetapi saya menangis karena saya takut tidak dapat dipertemukan kembali dengan Bulan Suci Ramadhan di tahun yang akan datang". 


3. Yang pasti, hati terasa sedih dengan berakhirnya ramadhan..betulkah diri ini benar2 telah memanfaatkan ramadhan kali ini? sudahkah mendapat keampunan dariNya? mampukah untuk dipraktikkan latihan sebulan ini untuk bulan2 berikutnya? Masihkah ada kesempatan untuk temui ramadhan berikutnya?


4. RAMADHAN PERGI, MASJID MENANGIS!

Barang siapa menyembah bulan Ramadhan maka sesungguhnya ia telah berlalu. Dan barang siapa menyembah Allah maka sesungguhnya Allah akan selalu hidup dan tak pernah mati 


5. Dilema istiqamah pasca Ramadhan. Memang betullah sesungguhnya untuk terus beristiqamah selepas berakhirnya Ramadhan amat berat kalau tak disertakan dengan kesungguhan. Istaqamah lah sesuatu perkara walaupun sedikit. Rasulullah SAW juga ada mengatakan perkara yang sama. Jgn berlebih-lebihan/mudarat kepada kita. 

Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami sentiasa menzalimi diri kami ini, maka ampunkan dosa-dosa kami dan rahmatilah kami. Sekiranya tidak, maka kami tergolong dalam golongan orang-orang yang rugi..
”al-istiqomah khoiru min alfun karomah”








6. Moga pasca Ramadhan tidak melakukan SPEKULASI iman dengan bergabung dengan mereka yang menggampangkan agama, menghipokritkan agama baik dalam ucapan mahupun perbuatan. Allah SWT sudah memberi solusi agar kita tetap berada dalam lingkungan yang kondusif untuk menjaga iman. 

Salam lebaran dan bermujahadah.....

BEWARE! SOMEBODY IS COMING BACK!




READ MORE

SYAWAL : BUAT dan LUPA

(usrah atau entri kali ini bersifat sempoi n santai)


PERKARA YANG SELALU KITA BUAT MASA RAYA
1. Kahwin - Mengahwin
Salah satu event yang mesti ada bila tiba bulan Syawal.



2. Eksiden
Khususnya kemalangan jalan raya. Mangsa mercun buatan sendiri, dan juga mercun import ramai berguling kat spital masa raya ni.

 Ana baca paper Sinar Harian, 5 Sept 2010 (ahad) bertajuk besar “NYAWA KITA MURAH!”
- bilangan kematian akibat kemalangan jalan raya di Malaysia lebih banyak berbanding maut akibat perang di Gaza!!

- adakah mematuhi peraturan jalan raya sukar atau mencabar ego? Jika benar, mengapa negara lain boleh lakukannya sedangkan struktur jalan raya kita lebih canggih daripada jalan raya mereka?



3. Open House dan House Opening
Open house - aktiviti popular yang kita selalu hadiri semasa bulan Syawal.House Opening merujuk kepada perbuatan pecah rumah disebabkan pemiliknya balik kampung lama sangat. Oleh itu, beringatlah ketika planning nak balik kampung.




PERKARA YANG TAK SELALU KITA BUAT MASA RAYA
1. Solat Jemaah
Solat Isyak contohnya, kalau Ramadhan dulu boleh la dapat sampai 3, 4 saf..lepas bulan puasa, tinggal imam dan bilal je yang gi mesjid..



2. Ulangkaji Pelajaran
Khusus untuk Budak U dan PMR serta SPM. Syok raya sampai tak ingat diri tu ada exam lepas raya. Assignment menimbun yang ditinggalkan, sudah tentunya setia menanti anda ketika pulang ke kolej pasni...



3. Puasa Enam
Kalau kita boleh puasa sebulan, takkan puasa 6 hari masa bulan Syawal, kita tak leh buat?
Besar fadhilatnya Puasa 6 ni, dan ana yakin semua dah tau dah..

“Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama satu tahun.” – Hadith Riwayat Muslim



Dari segi perubatan, puasa 6 boleh menyihatkan sistem pencernaan manusia.

Bayangkan selama 1 bulan Ramadhan sistem pencernaan kita berehat pada waktu siang, datangnya Syawal memberi KEJUTAN kepada si perut. Tambahan pula kita melahap dengan pelbagai jenis juadah dalam pelbagai jenis majlis. Hydrocloric acid terpaksa dirembeskan dengan high level untuk mendigestkan makanan yang kita makan. Sebab tu pagi esoknya ramai mengadu sakit perut ke tandas.
(kisah benar dalam family ana)

Tuntasnya, puasa 6 memberi peluang kepada sistem pencernaan kita untuk berehat dan dapat bertugas secara BERANSUR-ANSUR. 




Dikesempatan ini, ana ingin mintak maaf,
 atas segala kesalahan ana yang tak sempurna ni..

termengumpat
termengata
terbenci
termeluat
terbuat korang meluat
terkasar bahasa
tersombong
terpukul

dan lain - lain kesalahan yang ana lakukan kepada antum semua..
especially untuk sahabat2 seusrah HUKM-PAPISMA, ex-pimpinan BADAR 09/10, pimpinan MISA 09/10 dan anak beghanok Melaka Mysoff, adik2 dan sahabat2 KTSN

Selamat Hari Raya Eidulfitri,
Maaf Zahir Batin!

Minal 'Aid Wal Faidzin, Kullu 'Am Wa Antum

READ MORE

MENYEMBAH ALLAH atau LAILATULQADAR?



TIDAK PERLU memikirkan bilakah malam Lailatul Qadar yang dijanjikan Allah SWT itu. Yang penting teruskan ibadah sebaiknya dengan penuh KEIKHLASAN dan KECINTAAN kepada Allah setiap siang dan malam dan di”upgrade”kan lagi di malam2 terakhir Ramadhan ini.Semoga kita mendapat redha dan keampunan Allah swt



“Aku rasa lailatulqadar  malam tadi lah”
“Ish, mana ada. Takkan malam  tadi”
“A’ah la, tak ada pun tanda-tandanya”


DURIAN RUNTUH?

 “Sesungguhnya Kami menurunkannya di dalam malam Al-Qadr, dan adakah kau tahu apa itu Malam Al-Qadr? Malam Al-Qadr itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turunlah para malaikat, dan Ruh(Jibril) dengan izin Tuhan mereka untuk segala urusan. Sejahteralah malam itu sehingga terbitnya fajar” (Al-qadr, ayat 1-5)



Ramai orang mencari-cari malam Al-Qadr ini. Mahu ibadahnya dikira seperti beribadah lebih dari 1000 bulan seperti yang diumumkan oleh Allah swt. Maka bermacamlah caranya orang berusaha mendapatkan malam ini.
Ada yang pada 10 malam terakhir ini, dia bersungguh-sungguh buat ibadah tanpa henti, mengisi waktunya dengan sebenar-benar pengisian. Tak kurang juga yang hanya pilih malam ganjil sahaja, malam genap dia tak sungguh-sungguh. Ada pula yang hebat dalam kira-kira, membuat pengiraan matematik, menjangka bila datangnya Malam Al-Qadr untuk tahun ini dan tahun mendatang.
Macam-macam. Mungkin kita daripada sebahagian dari yang banyak-banyak berusaha itu.
Jadi, setakat hari ini. Sahabat dah jumpa Lailatulqadar? Atau hanya menanti sahaja?



PERSEPSI NEGATIF
 “Betul la. Semalam lailatul qadar. Aku dapat rasa. Tak caya tanya mamat”
“Yelah, aku dapat rasa "sesuatu". Tak sama dengan hari biasa”
“eh, ko ni merepek. tak kan lah!”

Satu pihak menidakkan. Satu pihak lagi mengiyakan.
Menidakkan kerana pada malam itu tidak bangkit, tidak bersungguh-sungguh beribadah pada malam  itu.
Mengiyakan kerana pada malam itu terbangkit tetapi berkemungkinan hari lain tidak bangkit. Jadi hari yang terbangkit, itulah lailatulqadar. Hari yang tak bangkit, itu bukan lailatulqadar.


MENCARI atau MENANTI?
“Menyesal aku makan banyak sangat time berbuke. Tu yang liat sangat bangun malam. ”
“Adoi...kenapalah aku tak kunci jam ni”
“Mah!  Nape ko tak kejutkan aku bangun sahur ha?”
“Gile...macam mane aku leh terlajak suboh gajah nie?”

Macam-macam  Mungkin akan terlintas dalam hati kita yang terlepas lailatulqadar kan?
Sebenarnya, lailatulqadar bukan  kita perlu  tunggu-tunggu atau menanti. Maksudnya, kita tidak sepatutnya menunggu dan mencari-cari tandanya, barulah beribadah.  Jika begitu lagaknya, yang kita sembah adalah lailatulqadar, bukan Allah swt.
Berfikir. Tentu ada hikmah kenapa Allah tidak nyatakan secara spesifik bila dan masa malam yang penuh barakah ini. Yakni, dalam hal lain, sama sepertinya mengapa Allah tidak memberitahu bilakah kita akan mati.


Sebabnya....


 “…Untuk melihat, siapakah antara kamu yang terbaik amalannya…” (Al-Mulk ayat 2)


LAILATULQADAR: LUCKYDRAW
“Loh. Lailatulqadar ni macam luck je. Kalo dapat, dapat. Kalo tak dapat, sudah le”
“Eh. Bukan rezeki Allah nak bagi mana yang Dia suke ke?”
Sebenarnya, lailatulqadar adalah salah satu daripada rezeki-rezeki Allah swt kepada hambaNya yang TERPILIH.
Terpilih bukan bermakna good luck
Tidak terpilih bukan bermakna bad luck

Tetapi terpilih kerana kesungguhnnya, terpilih kerana mungkin ada amalnya yang terangkat di sisi Allah, terpilih kerana dia memang meminta kepada Allah swt dengan penuh KEIKHLASAN dan KECINTAAN.

Agak-agak, adakah gandaan pahala, gandaan amal yang lebih baik dari 1000 bulan itu, Allah akan bagi pada kita, dalam keadaan kita ini lalai kepada-Nya? Dalam keadaan kita ini jauh daripada-Nya? Dalam keadaan kita ini tidak bersungguh-sungguh langsung mendekati-Nya?


SALAH BERDOA 
Siapakah antara kita yang berdoa:
 “Ya Allah, berikanlah aku rezeki dapat beribadah pada malam lailatul qadar”
“Ya Allah, Kau temukanlah aku pada malam lailatul qadar pada Ramadhan kali ini”
Sekadar berjumpa, memang semua kita akan berjumpa dengan lailatul qadar. InsyaAllah tak akan miss punya, melainkan kita tidur dari lepas asar sampai pukul 7.00 pagi esoknya, setiap hari, pada 10 malam terakhir.
Tapi masalahnya, siapa yang diizinkan Allah, dipilih oleh Allah SWT untuk beribadah, memohon apa yang ingin dipohon, pada malam yang mulia ini?
Inilah ruginya orang yang tidak bersungguh-sungguh sejak dari awal Ramadhan lagi. Yang dia tahu, menunggu 10 malam terakhir. Tapi bila tiba 10 malam terakhir, dia tetap tidak mampu bersungguh-sungguh. Kenapa? Kerana dia telah lemah selama 20 hari. Mustahil orang yang tidak pernah makan nasi, boleh makan nasi sebanyak 10 pinggan dalam masa sejam!




MENYEMBAH LAILATULQADAR
 “Ala, kalau sungguh-sungguh daripada awal, tapi kalau malam lailatul qadar tu tertido , sia-sia jugak”
Mungkin?
Tak mengapa. Terlepas pun tak mengapa kalau kita dah sungguh-sungguh dari awal. Bukankah orang yang bersungguh-sungguh dari awal, dia nampak dan faham, terang jelas dan nyata,  kenapa dia beribadah, kenapa dia bersungguh-sungguh.
Dia menyembah Allah, mengharap redha Allah. Bukannya dia menyembah lailatul qadar, mengharap redha malam itu kepadanya.

Dan jangan kita pandang rendah rahmat Allah swt kepada orang yang berusaha mendekatiNya dengan bersungguh-sungguh. Percayalah, bahawa Allah swt tidak akan dan tidak pernah sesekali mensia-siakan hambaNya yang bersungguh-sungguh. Orang yang bersungguh-sungguh, pastinya hanya Allah akan berikan yang terbaik untukNya.

Kalau tak dapat lailatul qadar, tapi dapat redha Allah, dapat pengampunan Allah, bukankah itu sudah dikira cukup bagus? Cukup bernilai?
Kalau dapat lailatul qadar, malam-malam berikutnya tidak bangun qiam. Apa nilainya? Kualiti ibadah pula semakin surut dek teruja sudah mendapat pahala 1000 beribadah.
Padahal bukanlah lailatul qadar itu yang memberikan pahala. Bahkan Allah jualah yang memberikan pahala kepada kita.

Kita masih ada sisa berbaki Ramadhan. Masih sempat perbaiki niat, perbaiki matlamat untuk kita raih redha dan pengampunan Allah swt dalam Ramadhan ini. Mungkin kita terlepas lailatul qadr pada malam 21 atau 23. Tapi pengampunan dan redha Allah itu masih terbuka.
Mari kita bersungguh-sungguh, mendekatiNya, meminta agar Dia membenarkan kita menjadi hambaNya yang terbaik! Yang soleh dan solehah! Bersungguh dan bersemangat dalam beribadah untuk mencapai cinta Allah swt



READ MORE

THE MOST POPULAR POST