TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKONGSI

MENGGAPAI CITA-CITA

Bercita-citalah! Bukan hanya untuk duniamu, tapi juga untuk akhiratmu. Pancangkan cita-citamu setinggi mungkin. Iringi ia dengan kesungguhan, perjuangan dan pengorbanan untuk menngapainya. Semoga Allah SWT merahmatimu dengan memperkenankan cita-cita itu terwujud.



Rasulullah bersabda, "Dan jika kalian meminta kepada Allah, maka mintalah surga firdaus, sebab dia adalah surga yang paling tinggi." (HR. Bukahri). 


Tahukah engkau wahai diri apa cita-cita seorang Rabiah bin Kaab? Cita-citanya adalah, menemani Rasulullah di syurga! Ingatlah, impianmu adalah titik mula gerak langkahmu, kesungguhan dan keyakinanmu bakal mentukan titik akhirnya 



APAKAH CITA-CITA SAYA?

Pokok cita-cita saya adalah untuk mendapatkan keredhaan ALLAH SWT. Dalam hal ini, saya akan berusaha mempertingkatkan diri, lagi dan lagi.

“ kita ini, perlu berusaha mencapai tingkat yang tertinggi di sisi ALLAH. Kita tidak boleh hanya berpuas hati dengan keadaan kita hari ini. Perlu tingkatkan diri lagi”

Dan sememangnya, matlamat kehidupan insan adalah untuk itu:

“ Dan tidak AKU ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah” Surah Adz-Dzariyat ayat 56.

Dari cita-cita ini, berbuahlah cita-cita yang lain.

ALLAH SWT berfirman bahawa manusia yang terbaik adalah yang mengajak orang lain kembali kepada ALLAH, dan beramal soleh.

“ Dan siapakah kata-katanya lebih baik dari mereka yang menyeru(untuk kembali) kepada ALLAH dan berbuat amal kebaikan?” Surah Fussilat ayat 33.

Maka, cita-cita saya seterusnya adalah untuk berusaha mengajak semua manusia kembali kepada ALLAH SWT, hidup dalam ketaatan kepadaNya, hidup dalam menjauhi apa yang telah dilarang olehNya.

Dari cita-cita kedua inilah saya bercita-cita menjadi seorang yang mampu memberikan qudwah hasanah kepada orang lain. Saya belajar memahami pelbagai jenis masyarakat dan pergerakan. Saya belajar merendah diri dan hati. Saya usaha memperbaiki kesilapan saya itu dan ini.

Dari cita-cita menjadi qudwah itulah munculnya cita-cita hendakkan keluarga yang sakinah, bayt muslim yang terbaik, menyebabkan saya berusaha semenjak awal saya mempunyai cita-cita ini.

Dari kefahaman cita-cita inilah, munculnya pelbagai lagi cita-cita saya.

Saya hendak menjadi seorang penulis blog sekurang-kurangnya penulisan saya mampu menyentuh hati manusia, saya hendak menjadi seorang yang berjaya dalam pelajaran yang mana kebijaksanaan saya mampu memberikan sumbangan kepada usaha membawa manusia pulang kepada ALLAH, saya mahu membuka hospital berkonsepkan islam, saya mahu mengkaderkan pelapis-pelapis generasi Al-quran, dan ada banyak lagi cita-cita, yang berbuah dari cita-cita yang pertama iaitu redha Allah.

“ Wahai orang yanng beriman, mahukah kamu AKU tunjukkan satu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? Iaitu kamu beriman kepada ALLAH dan rasulNya, dan berjuang di atas jalan ALLAH dengan harta dan jiwamu. Maka itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui. Nescaya ALLAH akan mengammpuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan ke tempat-tempat tinggal yang baik di dalam syurga ‘adn, maka itulah kemenangan yang agung”
Surah As-Sof ayat 10-12.



Ya, cita-cita saya, saya mahu menceburi ‘perniagaan’ yang ditawarkan di atas, dan mendapatkan ‘ganjaran’Nya.

Saban waktu, saya berfikir akan hal cita-cita saya ini. Saya fikir itu dan ini. Saya hendak capai itu dan ini.

Tapi…

Saya hanya seorang manusia biasa.

90% kemungkinan, saya akan mati sebelum semua cita-cita itu saya capai.




CITA-CITA SAYA TERLALU SUKAR!

Tapi, cita-cita saya bukan mustahil!

Tambah bukan mustahil kalau saya tidak keseorangan. Kalau saya punya ramai orang yang berkongsi visi, cita-cita, misi seperti saya ini, orang-orang yang ikhlas, yang sanggup bersama susah dan senang, yang faham dan nampak akan apa yang hendak dicapai, maka cita-cita saya tidak mustahil sama sekali.

Persoalannya, siapakah yang hendak bersama-sama saya merealisasikan semua cita-cita ini?

Sebab itu hari ini saya berkongsi cita-cita saya yang sukar ini. Saya tidak mahu, bila saya mati, semua cita-cita ini terbengkalai, terhenti setakat saya. Saya hendakkan agar cita-cita ini terus berjalan di dalam hati-hati manusia, terus menerus agar dunia ini mampu terbina di atas dasar hati-hati yang beriman kepada ALLAH SWT, dan meyakini janji-janjiNya.

Bagaimana?

Anda hendak bersama dengan saya kah?

Namun, perlu diingat……..

Memang bagus mempunyai cita-cita. Namun cita-cita perlu mengambil kira pelbagai perkara. Jangan kita sibuk bercita-cita sampai lupa pada keperluan disekeliling. Jangan gila mengejar cita-cita sampai sanggup melakukan apa sahaja.

Dan juga benar……..

Benar, perlu berani bercita-cita. Perlu tahu apa yang dicita-citakan.

Mengapa dan mengapa?

Adakah untuk kepuasan diri semata-mata, atau kita sudah ambil kira pelbagai perkara. Bimbang andai hanya memikirkan tentang diri, nanti cita-cita yang dikejar membuatkan kita meninggalkan jauh di belakang tentang perkara-perkara yang lain.

Muhasabah dan melihat priority. Tidak semua yang kita impikan akan kita dapat dalam dunia ini. Itulah pengorbanan yang harus dibayar.

” Mengapa kamu tolak pinangan orang kaya itu nak? Jika tidak engkau pasti sudah hidup bahagia dan kaya”, tanya seorang ibu kepada anaknya.
“Cita-cita aku bukan menjadi isteri orang kaya. Cita-cita aku seorang guru. Dan ibu langsung tidak mempercayai bahawa aku boleh menjadi seorang guru”, jawab anaknya.

Ianya tentang cita-cita. Biar apa pun cita-cita kalian. Kejar sampai ke hujung dunia. Berbekalkan iman dan taqwa. Moga sabar dan ikhlas dalam berusaha.


No comments:

Post a Comment

"Allahurobbi..Hakikatnya, sedikit kata-kata dan komen yang berterusan daripada pembaca dan sahabat sekalian sudah mampu memberi semangat dan dorongan kepada penulis yang sedang berperang dengan masa di 'daerah' ini."

THE MOST POPULAR POST