TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKONGSI

NIKAH GANTUNG : PENCERAHAN

Situasi 1 :

"ustaz, saya sebenarnya sudah terlalu rapat dengan bf saya. kemana sahaja pasti kami berdua. Sudah serius ustaz. Jadi, kitaorang amek keputusan untuk nikah gantung sebab kami masih studi and tak cukup duit nak buat kenduri"

Situasi 2 :

"ustaz, saya suke-suke je kawan ngan dia. Selagi dia melayan saya dengan baiklah. Ataupun saya dah muak dengan dia, saya cari yang lain pulak ler. Lagipun belambak awek-awek cun kat luar sane. muke encem macam saya nie petik jari ja.  hahaha...tak payah kot nikah gantung nie".

Situasi 3 :

"ustaz, nikah gantung? nikah sebab tak tahan ke? nikah nafsu? kahwin muda? kenduri lepas setahun dua tahun? dah bunting ke? miskin sangat ke? macam keji je nikah gantung nie ustaz".




PENCETUS NIKAH GANTUNG 

Segan sebenarnya saya nak tulis tentang bab-bab kahwin dan cintan ni. Saya tiada pengalaman dan kurang berilmu. huhu...tolong pandu saya jika tersasar.

Di pagi hari sedang dalam perjalanan meneruskan misi menggempur Kuala Selangor,  tertatap wajah Sinar Harian yang mana terpampang gambar kacak ustaz nasya besar gedabak. Terus minta izin pak cik driver empunya akhbar. Membacanya dengan lahap sekali.

Nikah gantung takde dalam Islam. Dah nikah sahlah hubungan suami isteri. Tak perlu gantung-gantung.
Kawan saya kata ingatkan bernikah sambil bergantung atas para. Saya balas robohlah para tu.


 baca tulisan ust nasrudin di sini. jangan malas ye. Kalau baca dengan iman mungkin dah faham 
pasal nikah gantung nie. tak perlulah baca tulisan kerdil saya. 

Yup! double klik untuk paparan gergasi.

Saya rasa bersemangat nak menulis sebab.......



Prof Dr Harlina, Timbalan Presiden JIM merangkap OnG (Obstetric and gynaecolocy) specialist - pakar sakit puan yang dok ajar kami pasal subjek PPD (Personal and Profesional Development) pun turut sama merancakkan pesta Nikah Gantung.



NIKAH GANTUNG atau GANTUNG NIKAH

Saya suka situasi 1. Berterus terang dan ingin kembali setelah sedar akan kesilapan. Sesungguhnya beruntunglah mereka yang Allah swt berikan hidayah. Namun perlu diingat hidayah Allah perlu dicari dengan berusaha bersungguh-sungguh. Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang.

Halalnya nikah gantung (sebut nikah) kerna mengikut rukun dan syarat nikah yang digariskan dalam Islam walaupun terpisah sementara atas urusan. Walaupun kenduri ditangguhkan. Walaupun zahir tidak mampu. Segala hubungan rasmi suami isteri halal mengikut fitrah perkahwinan.

Indahnya Islam bukan? Semiskin mana pun, Nabi SAW tetap mahu umatnya berkahwin walaupun sebentuk cincin besi sebagai nilaian mas kahwin.

Khatam balik rukun nikah.

1. sighah (lafaz ijab kabul)
2. perempuan yang akan dinikahi
3. lelaki yang akan dinikahi
4. wali
5. dua orang saksi



Nikah gantung hanyalah adat Melayu. Peliknya nikah gantung mengikut adat dan perspektif masyarakat Melayu kerna DITANGGUHKAN atau TIDAK DIBENARKAN tinggal bersama selepas akad nikah sehingga hari persandingan.

Payah bukan?  Jadi, mengapa terus berdegil untuk tidak mengamalkan dan mengangkat hukum Islam? Rakyat tak perlukan Orphan Care, sekolah hamil, dll. Ketepikan soal adat, budaya dan maruah. Ikutlah aturan yang Allah swt berikan sesuai dengan fitrah insani. Dia yang mencipta, jadi Dia tahu apakah keinginan yang diciptanya.

Ingatlah sahabat, agama Islam menggalakkan umatnya bernikah dan tidak menyukai amalan-amalan yang menyukarkan umatnya bernikah dan hidup seperti adam dan hawa. Apatah lagi jika amalan seperti kenduri besar-besar dan hantaran yang mahal, tidak mempunyai maslahat yang diakui oleh syara'. Malah menjadi sahabat kepada syaitan atas sifat pembaziran.

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmatNya, bahawa ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang BERFIKIR! (ar-rum ayat 21) 


NIKAH GANTUNG : MENGARUT! 

Yup! Nikah gantung memang benda yang mengarut bagi mereka yang berada di situasi 2. Keremajaan dan kecantikan dijadikan bahan keseronokan dan pameran seks. Kita tak boleh menyalahkan ibubapa dalam hal ini. Hal ini kerana, walaupun alimnya ibubapa cukup perfect mengajar dan mendidik anak-anak di rumah, tetapi langkah pertama anak keluar dari rumah adalah langkah penguatkuasa atau pemerintah. 

Psycology remaja inginkan hiburan, sifat ingin tahu dan berani mencuba, memberahikan meraka untuk berpakaian sarung nangka dan berpeleseran merempit di muka bumi Allah. Hidangan konsert dan fesyen tak pernah ditegah dan diminimakan dengan beralasan mengambil semangat 1 Malaysia, walhal negara Malaysia adalah negara islam dan agama rasminya adalah agama islam.


SYARIAH JALAN TERBAIK!

Situasi 3 hanya persepsi-persepsi buruk yang dicipta oleh masyarakat. Usah katakan nikah gantung, nikah bermaharkan hantaran kurang daripada RM1000 sudah menjadi bualan ketupat dosa orang kampung. 

Kita perlu berubah! Islam sudah ada formulanya. 

Ketegasan TG Nik Aziz biarpun berseteru dengan rakan PR yang lain, supaya mengambil langkah yang paling selamat iaitu kembali kepada hukum yang tercatat di dalam Al-quran, seperti hudud dan qisas perlu dihormati dan bukan dianggap politik murahan. Hanya yang berfikir mampu menilai. Terpulanglah. 

Namun di sini, kekuatan ummat Islam amat perlu untuk menerangkan betapa mulianya syariat Islam bukan semata-mata menghukum malah meliputi (syumuliah) pendidikan, kawalan, pencegahan dan sebagainya kepada non-muslim. Non-muslim mempunyai pilihan sama ada mahu mengikut atau tidak. Terserah. 

Kesalnya yang menghasut katakan TIDAK kepada hudud adalah mereka yang beragama islam  dengan pelbagai format alasan. Hudud tidak relevan di zaman canggih. Ini 1 Malaysia. Hudud kejam dan zalim. Hudud macam binatang tiada sense of humanbeing.

Siapakah pembuat hudud? Zalimkah Dia? Kejamkah Dia? Gilakah Dia? Tidak relevankah ciptaanNya? Kerana terlalu canggihlah dunia ini perlu kembali mengangkat hukum Islam untuk kebahagiaan sejagat. Syariat itu ditentukan oleh Allah swt dengan menetapkan beberapa tuntutan yang akan menghasilkan sesuatu sesuai dengan tujuan penciptaannya.




Utusan Meloya, 24 Ogos, muka 17 - Suasana tegang penunjuk perasaan. Penentang rancangan pembinaan masjid di Pusat Islam New York mengangkat sepanduk "SHARIA" dengan tulisan berdarah, menggambarkan undang-undang syariah Islam yang menjadi pengangan ummat islam adalah kejam dan zalim. Di satu sudut lain terpampang sepanduk gambar mangsa diseksa, dipukul dan direjam.


Kumpulan penyokong pembinaan masjid melaungkan "Islam dialu-alukan di sini!" dan "Kami katakan tidak kepada kebimbangan perkauman".


Apakah beza di antara mereka? tampak sama berpakaian pendek dan tidak menutup aurat. Bezanya ialah PENDIDIKAN. Pihak penyokong sedia terdidik dan faham apakah nilaian baik dalam Islam dan hukum syariatnya. 

Siapa yang bertanggungjawab dalam hal ini? Kita! 



SEMPENA KEMERDEKAAN

Jika benarlah pihak pemerintah tidak berupaya untuk menukar sistem sekular Barat yang telah lama ditinggalkan oleh penjajah buat 53 tahun lamanya, makanya berikanlah peluang kepada pihak lain yang sedia berjuang untuk mengembalikan daulah islamiyyah. Tolak soal kepentingan politik asalkan hukum syariat Islam dimartabatkan dan dipraktiskan. Kita tidak mahu Islam hanya pada nama dan menjadi budaya ikutan. 

Kita masih lagi terjajah
Kita masih lagi belum merdeka
Kita masih lagi belum bebas
Selagi Islam tidak dijulang 

Jasad kita merdeka
Pemikiran kita terjajah
Tiada nilai kemerdekaan yang hakiki

Globalisasi dan dunia tanpa sempadan bukan alasan terjajah akidah dan nilai manusiawi. 
Tugas kita , menakhluk ilmu kifayah dalam bidang kritikal duniawi menjadi kewajipan ummah untuk berjaya dunia akhirat.


Imam Malik meriwayatkan, daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah telah bersabda yang bermaksud :
 “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selagi kamu berpegang teguh dengan kedua-duanya ; Kitab Allah (al-Quran) dan Sunnah Rasulnya. Sekiranya seseorang muslim itu tidak menjadikan al-Quran dan Sunnah sebagai panduan dalam kehidupan, bermakna dia belum lagi merdeka dari sudut yang sebenarnya.

"Islam is a complete way of life!" 

READ MORE

SELAMAT DENGAN DAKAPAN

Perhatikan gambar di sebelah dengan teliti. Nyatakan ciri-ciri atau faktor-faktor keselamatan yang telah diambil kira oleh si penunggang motor.

1. baju berwarna cerah
2. jaket berlambang
3. cermin mata gelap
4. helmet putih


BERUSAHA UNTUK SELAMAT

Si penunggang motor mengambil sikap berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan nyawanya terjamin dalam tempoh perjalanannya ke destinasi yang dituju.

1. Memakai baju berwarna cerah memudahkan pengguna jalan raya yang lain melihatnya. Jadi ia mungkin memudahkan proses "memotong" kenderaan lain bagi si penunggang motor.

2. Jaket berlambang juga amat membantu melicinkan perjalanan si penunggang kerana sudah 2 kali terlepas daripada pemeriksaan polis tanpa memberhentikan motor dan mengeluarkan sebarang dokumen. (alhamdulillah...) . Selain itu, untuk mengelakkan tudung terbang menutup pandangan mata si penunggang dalam pecutan laju.

3. Cermin mata gelap berfungsi untuk meminimakan capaian sinaran UV light yang sangat kuat ke eyeball si penunggang. Hal ini kerana si penunggang mengalami sedikit masalah mata, iaitu silau cahaya.

4. Helmet putih pula untuk men"cover" warna hitam motor. jadi di situ tampak perbedaan yang ketara.



KAITAN SELAMAT AKHIRAT

Saya menggunakan analogi mudah bagaimana seseorang berusaha untuk selamat. Tapi, bagaimana mahu selamat dunia akhirat? Fasa 2 Ramadhan ada jawapannya sahabat.

Saya mahu mengambil konsep memahami tarbiyyah unggul Ramadhan sebagai huraian, yang mana manusia saling berkejaran untuk bersiap siaga menempuh medan pencarian keampunan Allah.

Satu falsafah besar perlu dipasakkan dalam diri untuk mendakap Ramadhan seerat-eratnya dengan ilmu kefahaman. Namun, berapa ramai antara kita yang menyambut Ramadhan dengan sambutan yang hangat? Terhangatkah Ramadhan kita berbanding Syawal kita?

Tidakkah kita terasa, mahu mendakap Ramadhan dengan seeratnya atas kasih kerana Allah. Seperti sahabat tercinta bertemu semula, itulah Ramadhan. Andai sahabat itu, kita dakap erat dan cium pipinya kerana kasih, bagaimana pula dengan Ramadhan? Siapakah antara kita, bercita-cita untuk mendakap Ramadhan kali ini dengan dakapan yang lebih hangat dan erat dari tahun sebelumnya?

Peluang yang Allah swt beri dalam Ramadhan ibarat durian runtuh untuk mentarbiyyah hambaNya. Kita berfikir, mengapa siangnya kita berpuasa menahan kehendak nafsu (makan, seks, dll) , tetapi malamnya dibebaskan nafsu? Mengapa tidak seharian suntuk kita berpuasa? Untuk apakah sebenarnya tarbiyyah (latihan) seperti ini?

Iftar itu bukan berbuka puasa untuk melempiaskan nafsu. Ia adalah masa untuk mengukur sejauh mana pencapaian kembali kepada fitrah dengan latihan puasa pada siangnya. Dalam kata lain, nafsu jasad itu, walaupun dibebaskan sesudah terbenam matahari bukan bermakna keberadaan kita di bawah pengaruh nafsu.




TARBIYYAH RAMADHAN

Setiap hari kita memujuk diri agar sentiasa kuat dalam beribadah kepada Allah. Kita mengukur tahap taqwa, penyerah diri secara total kepada Allah swt. Sayangnya, kita tidak mencapai tahap taqwa yang dijanjikanNya. Kerana apa? kerana kita ridak pernah memahami bentuk latihan yang disediakan Allah. Kita tidak tahu apa yang perlu kita ukur, lihat dan capai.

We are lost! especially me.....

Malam hari seolah-olah malam pesta sempena menyambut pembebasan nafsu bukan pesta tarawih. Kita tidak cuba menyedari di malam harinya sebagai ujian untuk mempertahankan kesucian rohani agar tetap tetap sedar kepada Allah.

Kita takut akan mati kerana tiada persiapan. Kita mahu selamat dunia akhirat walhal kita tidak bersungguh-sungguh berusaha untuk mencari keampunan Allah. Ingatlah, Jibrail AS telah datang bertemu Rasulullah SAW dan berkata :

"wahai Muhammad, barangsiapa yang melalui Ramadhan, tetapi tidak diampunkan dosanya, maka dia dijauhkan dari Allah. Katakanlah amin"

Dan Rasulullah SAW mengaminkannya. Ya Allah, ini adalah satu kecelakaan. Siapa yang tidak diampunkan dosanya di dalam Ramadhan, maka dia dijauhkan daripada Allah swt.

Kenapa?

Kenapa Allah menjauhkan diriNya dari orang-orang yang tidak diampunkanNya di dalam Ramadhan?
Hal ini kerana, jika manusia keluar dari Ramadhan tanpa diampunkan, ternyata ketika dia melalui Ramadhan, dia tidak bersungguh-sungguh berusaha mendapatkan keampunan Allah swt.

Bayangkan sahabat, jika Ramadhan yang setiap detik di dalamnya adalah waktu-waktu pembukaan pintu taubat seluasnya, tetapi dosa-dosa tidak diampunkan juga. Apakah natijahnya? Sebab itulah siapa yang keluar dari bulan ini. tidak mendapat keampunan wzlaupun sudah diberi peluang besar ini, maka dia adalah CELAKA. naudzubillahi minzalik...astaghfirullahal'azim........

Kerana dia tidak menghargai dan tidak bersyukur dengan peluang yang Allah sediakan untuknya.



NOTA KAKI TERBAIK!


Maka, saya ingin mengingatkan kepada tuan empunya diri dan sahabat-sahabat,

Ayuhlah! Isikanlah Ramadhan dengan pengisian yang penuh keimanan dan kesungguhan. Usahlah persiakan.

Dakaplah Ramadhan ini seerat-eratnya. Layanlah Ramadhan ini sebaik-baiknya. Usahlah kita menganggap hari-hari dalam Ramadhan seperti hari-hari biasa. Janganlah persiakan umur kita yang Allah panjangkan untuk ketemu Ramadhan ini, Ambillah segala apa yang Allah sediakan untuk kita dalam Ramadhan ini.




Ya Allah, kurniakan kami rezeki, untuk menghidupkan Ramadhan kali ini dengan ketaatan, penuh keimanan dan kesungguhan. Ya Allah, kurniakan kami rezeki, untuk menggadakan amal kami dalam mencari redha dan keampunanMu. Ya Allah, bantulah kami, sisihkanlah kami dari maksiat, dan perkara-perkara yag melalaikan kami dari mencari rahmat-Mu dalam bulan yang Kau hadiahkan kepada kami ini. Ya Allah, jadikanlah hari-hari kami selepas ini hari-hari yang terbaik. Bantulah kami ya Allah. Sesungguhnya kami hanya mampu beramal jika Kau izinkan. 
Wahai pembaca, katakanlah ameen....

READ MORE

DEBU TANGISAN SYAHDU


Cuma.. tinggal malam yang syahdu 
ada tangisan yang pilu 
mengapa rasa itu berakhir sebegini... 
ku persilakan debu menghuni ruang mengajak sepi menemani keusangan.. 
bermonolog keseorangan memikirkan si Dia yang kian aku hipokritkan... 
Yah! akulah si hamba yang hipokrit!






Bismillahirrahmanirrahim..........
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Ya Allah, sampaikan selawat kepada Rasulullah SAW dan keluarganya

Wahai, Zat yang bila hamba-Nya meminta la memberi


yang bila ia memohonkan apa yang di sisi-Nya
Dia menyampaikan keinginan-Nya……..


yang bila ia datang kepada-Nya
Dia menghampirinya dan mendekatinya………..


yang bila ia menampakkan durhaka-Nya
Dia menutup dan membungkus dosanya……


yang bila ia bersandar pada-Nya

Dia mencukup keperluannya…..


ILAHI…
Siapa gerangan yang datang mencari sambutan-Mu tidak kau sambut…..


Siapa gerangan yang beristirahat pada pintu-Mu mengharapkan
panggilan-Mu tidak Kau terima…..


Apakah sebaiknya aku kembali dari pintu-Mu dengan tangan hampa???
Padahal tidak kuketahui selain-Mu ada Mawla  yang berhati mulia…


Apakah mungkin aku mencari selain-Mu???
Kebaikan seluruhnya di tangan-Mu….


Apakah mungkin aku mengharapkan selain-Mu???
Ciptaan yang fisik dan yang non-fisik milik-Mu….


Apakah mungkin aku berputus asa dari-Mu???
Apakah Engkau akan memberiku kurnia-Mu yang tidak kuminta yang sepertiku???
Aku berpegang teguh pads tali-Mu…




Wahai
yang kerana rahmat-Nya beruntung orang-orang yang berharap
yang kerana nikmat-Nya tidak sia-sia orang-orang yang memohon ampunan……….


Mana mungkin aku melupakan-Mu
padahal tidak henti-hentinya Engkau kenangku
Mana mungkin aku melalaikan-Mu
padahal Engkau selalu menyertaiku………….


ILAHI…..

di bawah kemurahan-Mu aku tadahkan tangan yang kotor ini!
untuk menggapai anugerah-Mu aku ulurkan keinginanku
Murnikan aku dengan kemurnian tauhid-Mu
Jadikan aku yang terpilih dari hamba-Mu


Wahai Zat yang kepada-Nya berlari setiap pencari perlindungan dan kepada-Nya pencari kurnia berharap…


Wahai sebaik-baiknya Yang Diharap
Wahai semulia-mulianya Yang Diseru
Wahai Zat Yang tidak menolak pemohon, tidak mengusir pendamba


Wahai Yang pintu-Nya terbuka bagi penyeru-Nya
Yang hijab-Nya terangkat dari pengharap-Nya…


Aku bermohon dengan kemurahan-Mu

Kurniakan padaku anugerah-Mu yang membahagiakan hatiku
Kurniakan padaku anugerah-Mu yang menenteramkan jiwaku
Berikan padaku keyakinan yang meringankan segala musibat dunia
dan tersingkap dari mata hatiku tirai kebutaan dengan rahmat-Mu
Wahai Yang Maha Pengasih dari segala yang mengasihi……






Aku adalah manusia yang hipokrit Ya Allah!

Sedarku dalam lena......
jari-jemari terus menghayun kaki-kaki keyboard
merenung....memuhasabah
perjalanan hidup si manusia hipokrit ini
yang terkesan jejak usang
memorinya tercicir di hujung telapak
lalu merintih sepi dalam dendang kenangan.

Tinjaukan rencana kehidupan
yang tersirat teka teki
di balik tabir takdir kita berwirid sendiri
apakah mentari esok
indahnya akan dinikmati?
atau
tangisnya airmata
bakal disapu di hujung jemari.

Sambut lah cerah ceria hari ini
dengan syukur pada Illahi
kerana hari ini kau depani satu kenyataan
Kelmarin tinggal kenangan
biar menjadi pengajaran
semoga Esok bakal menjanjikan
seribu  satu harapan....

...Izinkan aku menangis,,,dan terus menangis..kerna Mu

- puisi pertama di malam pertama di tanjung karang-

READ MORE

BIDANG TERJUN KU!



Alhamdulillah......siap juga akhirnya! simple...maaf sangat. Hari ini ku tempuh dgn 1001 getaran (fine tremor) dan debaran (palpitation) bagai tercabut jantung lagaknya.

1. Hari posting JKM (Jabatan Kesihatan Masyarakat) yang pertama
2. Jumpa TDA (timb dekan akademik), Prof Za.
3. Settlekan paperwork dan surat-menyurat

Seronok tapi mencabar! Berdiskusi dengan TDA dan bertukar fikiran bukannya kerja mudah. Aku perlu lontarkan pelbagai pendapat supaya beliau dapat merespon pro and cons untuk aku cari idea dan methadologi yang terbaik dalam  program dakwah ini dan seterusnya. aku mahukan idea yang masak dan matang, mahukan kelainan dalam setiap gerak kerja

Pakaian, buku-buku dan barang-barang belum packing lagi untuk bermaustatin 2 bulan di bumi Tanjung Karang rabu ini, 18hb. Posting JKM perlu banyak masuk kampung tak seperti posting yang lain terceruk di hospital sahaja. feeling excited?

Bisakah motor akan ku bawa sekali? 2 jam lebih perjalanan ke PPUKM dengan selekoh yang tajam ditambah kurang pencahayaan lampu. Gentarkah?

wait n see......

READ MORE

GMUKM : POLITIK BERDAKWAH?


Sejauh mana slogan kebenaran mengatakan GMUKM atau dikenali sebagai Pro-Mahasiswa menggunakan politik untuk berdakwah?


Bertanding pilihanraya kampus dan memenangi kerusi, mendapat kuasa adakah itu dakwah?


Mengapa politik berdakwah?


DAKWAH BERPOLITIK atau POLITIK BERDAKWAH?

Bismillah. Ana bukanlah orang yang paling layak untuk bercakap tentang persoalan asas sebegini, tetapi ana cuba berkongsi pandangan dan kefahaman moga-moga ada insan yang dapat menegur ana jika ana tersilap.

Dakwah berpolitik adalah menggunakan pentas dakwah untuk berpolitik. Dakwah untuk politik.

Manakala politik berdakwah adalah menggunakan pentas politik untuk berdakwah. Politik untuk dakwah.

Pening kepala? Jangan terperangkap dengan kata-kata ana sebelum memahami firman Allah swt yang bermaksud :

“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu.” ( Al-Baqarah: 208)

Syumuliah atau kesempurnaan dimensi-dimensi Islam menunjukkan bahawa Islam adalah sebuah sistem dan pedoman hidup (minhajul hayah) yang sempurna. Dakwah islam tidak dapat dipisahkan dengan politik dan begitu juga sebaliknya (faslu din anil hayah)

Abu Sa’id Al-Khudri RA berkata , aku mendengar Rosulullah SAW bersabda: 

“Barang siapa di antara kalian melihat suatu kemungkaran hendaklah ia mengubah dengan tangannya; jika tidak mampu, maka dengan lisannya; jika ia masih tidak mampu, maka dengan hatinya dan itu adalah selemah-lemahnya iman.” (HR. Muslim)

Ayat ini menjadi salah satu hujah kepada semangat pengintegrasian antara dakwah dan politik. Lantas terbukti dakwah dan politik tidak dapat dan tidak boleh dipisahkan.

Sheikh Mustafa Sabri Afendi seorang yang lantang mengkritik gerakan sekular pimpinan Mustafa Kamal Attaturk pernah berkata, 
“memisahkan agama dengan politik, adalah jalan paling mudah untuk menjadi KAFIR !!!”.

Justeru, dapat kita simpulkan politik mempunyai nilai "advantage" dalam islam. Islam tidak sesekali memisahkan soal keagamaan dan keduniaan dengan politik. Malah politik dilabel sebagai wasilah untuk mencapai matlamat. bukan politik itu sendiri matlamat. tetapi matlamat yang sejati untuk memartabatkan Agama Allah. 
Bagi ana, kita adalah da’ie (pendakwah) sebelum sesuatu. Oleh kerananya, kita berdakwah JUGA berpolitik. Jadi jangan pernah terjebak dengan statement, dakwah untuk politik DAN/ATAU politik untuk dakwah.

Namun, secara praktikalnya, memasuki pentas pilihanraya bermakna menggunakan medan siasah (politik) untuk berdakwah kepada masyarakat. Wajib kepada ummat islam berjuang dan menggantikan politik sekular Barat yang dikotori najis rasuah dan gila kuasa dengan politik Islam (siasah syar’iyyah) yang bersih dan benar.

Maaf jika ana tersilap dalam perkiraan lemah ana.
  
keluarga besar GMUKM 


GMUKM MEDAN DAKWAH

GMUKM adalah satu proksi atau parti yang dipergunakan oleh sekelompok mahasiswa tegar dengan ideologi pembawaannya yang bertunjangkan idealisme keislaman dan kebajikan mahasiswa. Walaupun GMUKM terbuka kepada non-muslim namun tetap berbaur perjuangan Islam.

Secara simulasilnya, kita menyoal bagaimana GMUKM berdakwah?

Sekali lagi, ana bukanlah orang yang paling layak berkata soal asas sebegini malah tidak pernah diiktiraf sebagai golongan berilmu tinggi dan mempunyai pandangan luas. Walhal hujah ana cuma cebisan dan agak terbatas dari segi kepelbagaian. Namun, dari sudut perkongsian ilmu ana akan cuba memberi yang terbaik.

3 Persoalan utama dapat kita gariskan di bawah kata kunci GMUKM berdakwah.

  1. What? - dasar penubuhan
  2. Who? - pendokong dan penyokong
  3. How? - program dan aktivitas


1. Dasar penubuhan GMUKM masih lagi dalam kerangka 3K - Kebajikan, keintelektualan dan kefalsafahan universiti. Dari segi sudut tujuan penubuhan GMUKM, ana tidak bercadang mengupas lebih lanjut. Sorotan sejarah turun bangunnya GMUKM bolehlah dicari di helaian-helaian buku lama di kedai buku ataupun senior. Teapi, secara zahirnya pendekatan dakwah islam menjadi tunjang mati hidupnya GMUKM.


2. Soal manifestasi para pendokong dan penyokong GMUKM berdakwah boleh berlandaskan norma-norma akhlak, pemakaian, soft skill, kepimpinan, kebolehpasaran dan sebagainya, secara majoriti bukan MINORITI. Keseluruhannya, dari sudut kualiti masih lagi sekitar beralaskan norma islamiah walaupun dicoret sedikit arang dek fitrah alam tiada manusia seperfect Allah swt dan Nabi-Nya.

Mereka berdakwah melalui akhlak islamiah. Mereka berdakwah melalui pemakaian menutup aurat. Mereka berdakwah melalui menjaga (ikhtilat) batasan pergaulan lelaki dan perempuan, tidak berdua-duaan sekalipun kerna urusan rasmi. Mereka berdakwah melalui bahasa percakapan dan budi bahasa yang baik. dsb

Mereka menjadi maskot GMUKM. Idola, lambang atau simbolik kepada pembawaan ideologi GMUKM. Cerminan kepada masyarakat kampus siapakah GMUKM. Batang-batang tubuh mereka dijilat dan diratah oleh setiap mereka yang "hypersensitivity" dengan sesuatu yang asing dari yang normal. Tidak suka kepada suara-suara sumbang yang menegur dan mengkritik.



3. Program atau aktiviti GMUKM seperti berhimpun dan berforum seringkali dianggap mengacau ketenteraman awam, menyakitkan mata yang melihat dan melanggar peraturan universiti. 

Sila senaraikan program GMUKM yang melanggar peraturan Allah, Ana bercakap tentang ruang lingkup yang lebih besar, mengapa perlu takut peraturan manusia selagi tidak melanggar hukum Allah. Mana satu yang perlu ditakuti? Mahu menjadi hamba kepada manusia atau hamba kepada Allah?

Dan juga adakah GMUKM berhimpun untuk mengajak mahasiswa bermaksiat seperti karaoke, konsert hiburan, program kebudayaan bersifat tidak islamik di kolej dan universiti? Adakah poster-poster GMUKM akan dicop JAKSA? Paperwork GMUKM diluluskan? Bolehkah GMUKM didaftarkan? Antum ada jawapannya sendiri. Melabel GMUKM persatuan haram seolah-olah melabel pihak berwajib juga haram. 



GMUKM BUKAN PEMBANGKANG

Izinkan ana melencong sedikit dari tajuk.......Melihat kepada isu PEMBANGKANG dan KERAJAAN.

MAHASISWA adalah ANAK. biarpun mereka menangis, meraung, meronta-ronta dan melawan mereka tetap anak. 
PENTADBIR adalah IBUBAPA. biarpun mereka pasif mahupun aktif atau agresif dalam melayan karenah anak-anak.

Ibubapa perlu melayan karenah anak mereka sesuai dengan fitrah mereka dengan penuh kesabaran dan menerapkan nilai kebaikan dalam mendidik. Bersikap profesional biarpun anak mereka nakal melawan ibubapa. Kenapa? Kerana ibubapalah yang bertanggungjawab mencorakkan kain putih (anak) dalam proses mereka mematangkan pemikiran. 

Adilkah ibubapa bersikap double standard kepada anak-anak dengan melabel "oh! yang ini anak nakal (GMUKM) bagi rotan. oh! yang itu anak yang baik (ASPIRASI) bagi gula"

Perlukah ibubapa menghukum anak-anak nakal dengan AUKU dan Akta Universiti demi menyekat kebangkitan suara anak-anak? Perlu baca dulu sejarah dan tujuan AUKU

Di mana rasionalnya jika ibubapa membantai anak-anak yang mereka tidak sukai dengan sekatan-sekatan, pak guard, felo, polis dan FRU? 

Siapakah yang patut dipersalahkan jika anak terbantut dan terencat pembesarannya dek kerana sikap ibubapa? Maksud  ana dari segi potensi diri, kebolehpasaran dan soft skill.

Antum sendiri boleh bezakan anak yang manja dengan anak yang nakal.

Ibubapa perlu sedar anak-anak melawan bukan kerana mereka benci dan tidak suka kepada ibubapa. Mungkin mereka bercanggah dan berselisih pendapat. Tidak semestinya,di dalam buaian (kampus) mereka melawan d,i luar buaian mereka melawan juga. Dalam kata lain, dalam kampus sokong GMUKM luar kampus sokong PAS. Tidak semestinya terjamin 100%.

Soal demonstrasi dan tunjuk perasaan. Mengapa benda ini berlaku? Adakah ibubapa melayan tuntutan anak secara baik? Salahkan apa yang anak tuntut? Mengapa mesti menjemput FRU datang memukul batin anak? Jahat sangatkah anak-anakmu?

kebebasan bersuara!

Ibubapa harus bijak melayan dan tidak beremosi sekalipun anak beremosi dalam melawan. Jika anak menegur tetapi dengan cara salah ibubapa tidak harus bersikap agresif  dan membuang mereka ke daerah hitam. Keperluan memahami sikap dan tuntutan si anak memainkan peranan penting malah dalam masa yang sama melatih si ibubapa menjadi ibubapa terbaik!

Ketepikan soal ideologi ibubapa. Ketepikan soal periuk nasi ibubapa. Ketepikan soal maruah ibubapa. Ketepikan soal kepentingan-kepentingan ibubapa. Takkan ibubapa PAS, anak  UMNO pun salah? 


Juga jangan samakan politik kampus dan politik luar baik di peringkat ibubapa dan anak-anak. Politik kampus tiada istilah PEMBANGKANG atau kerajaan. Kampus adalah tempat anak-anak belajar mengenal dunia politik sebelum mereka ke luar.

Sayangnya yang melakukan perkara-perkara tidak sihat ini seperti halnya rasuah dan pembelian pangkat turut menjerumuskan ibubapa bertaraf golongan akademik, profesor, ustaz, doktor dan sebagainya. Mereka sepatutnya lebih profesional bukannya lebih isi dari kuah. Maksudnya bukan lebih PAS dari PAS sebagai contoh. 

Mari kita raikan kepelbagaian ideologi dan pendapat secara berhikmah SELARI aturan Islam. Ingat bukan acuan sekular dan hedonisme.

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu jadikan bapak-bapak dan saudara-saudaramu pemimpin-pemimpinmu, jika mereka lebih mengutamakan kekafiran atas keimanan dan siapa di antara kamu yang menjadikan mereka pemimpin-pemimpinmu, maka mereka itulah orang-orang yang lalim. (QS. 9:23)


READ MORE

MPP PMUKM SEBAGAI ALAT DAKWAH

10 Ogos, Isnin - Siri jelajah MPP GMUKM kali ke-2 di Pusat Perubatan UKM setelah sirinya yang pertama pada 5 Feb 2010 menyambut Tahun Baru Cina (lihat di sini)  bersama mahasiswa di PPUKM dan Tanjung Karang. 


Bersempena dengan Bulan Ramadhan Al-Mubarak, MPP Umum saudara Muhamad Faiz merangkap Pengerusi MPP Mahasiswa turun padang bersama saudari Alia Suzana (MPP Umum) dan saudari Farih Najihah (MPP Fakulti Perubatan) mengedarkan risalah Ramadhan dan buah kurma.


Risalah Ramdhan yang diselitkan bersama berupa ilmu perubatan dalam pandangan perspektif Islam secara fiqh perubatan, iaitu mengenai :
  1. cara pesakit berpuasa
  2. cara pesakit kencing manis berpuasa
  3. langkah yang perlu diambil jika pesakit berpuasa

 sesi briefing tugasan dan objektif

dakwah itu perlu!

Student Cina juga perlu berperanan memberi galakan kepada sakit untuk berpuasa.


Kurma yang diberikan oleh Saudara Muhamad Faiz, Pengerusi MPP Mahasiswa merangkap MPP Umum



Objektif kali ini bertemakan "Jom Puasa Penuh!" diadakan 2 hari sebelum bulan Ramadhan bermula untuk memberikan suntikan semangat dan galakan membuat persiapan menghadapi universiti tarbiah Ramadhan.

Sasaran kali ini ialah pesakit di ward target seperti ward medicine, surgery dan orthopaedic. Dan juga staff UKM serta mahasiswa perubatan sebagai satu mekanisme dalam membantu menggalakkan pesakit menunaikan ibadah suci ini.


Sebelum beroperasi, kebenaran dipinta dari Ketua Jururawat sambil berkongsi maklumat

Saudara Faiz dan MPP Fakulti Perubatan, saudari Farih sedang beramah mesra dengan pesakit

MPP Farih berkongsi maklumat kasihatan

Jururawat juga mendapat cenderamata ikhlas dari MPP

                            
MPP Umum, saudari Alia Suzana juga turun padang mendekati pesakit. Sibuk tapi sanggup berkorban.

 Skill komunikasi sangat penting dalam mendekati hati pesakit dan mengetahui masalah mereka.


Terus menzahirkan pendekatan berhikmah

Penerangan melalui risalah kepada pesakit terutamanya yang menghidapi kencing manis

  
Di ward medicine, MPP Faiz dan Farih terus berkhidmat
                              
Berkongsi rasa bersama penjaga pesakit. Maaf gambar pesakit tidak dipaparkan atas rasional peribadi.

Bagaimana cara berpuasa jika sakit? 

Terus mengedarkan risalah Ramdhan dan buah kurma


Akhir sekali, terima kasih di atas kerjasama yang sangat baik daripada pihak staff kakitangan UKM, pesakit dan MPP yang sanggup meluangkan masa. Sibuk tidak bermakna tiada masa. InsyaAllah, semoga usaha kecil ini mampu memberi bantuan maklumat dan penyuntik semangat kepada para pesakit agar dapat menunaikan ibadah berpuasa ini. Satu lonjakan paradigma dalam dunia kesihatan ke arah keberkatan Illahi.

Berpuasa baik untuk kesihatan. "JOM PUASA PENUH!"



Berikut adalah risalah yang kami gunakan untuk memberi peranganan cara berpuasa kepada pesakit. Jika ada tambahan dan kesilapan, mohon berkongsi maklumat dan pandangan. "sharing is caring"







READ MORE

THE MOST POPULAR POST