TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKONGSI

TAKKAN ISLAM HILANG DI DUNIA



Tidak mengapa kalau jadi "melayu mudah lupa",
Kerana mungkin hanya membawa kepada kelupaan kemelayuannya.

Tapi jangan jadi "muslim mudah lupa",
Kerana bimbang ia akan membawa kepada kelupaaan keislamannya.

Berpindah bangsa tidak mengapa,
Kerana masih berbumbungkan agama yang sama,
Asalkan jangan berpindah agama.

Di akhirat nanti, Allah tidak tanya kita bangsa apa,
Yang ditanyakan adalah tentang agama yang kita anuti.



"Istilah ketuanan Melayu adalah berbeza dengan hak keistimewaan Melayu kerana bukan semua yang dapat keistimewaan itu lebih mulia atau tinggi dari orang lain" - mantan mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Mungkin seseorang diberikan keistimewaan disebabkan faktor kekurangannya ataupun kelebihannya. Maka, perkataan ‘keistimewaan’ tidak boleh disamakan dengan ketuanan.

Jika seseorang menganggap dirinya lebih mulia disebabkan faktor keturunan atau bangsanya semata-mata, atau orang lain lebih rendah dari dirinya kerana tidak berbangsa sepertinya, maka itu adalah iktikad yang salah dan menyanggahi ajaran Islam.



BANGSA TERPILIH

Jika itu berlaku, ia boleh menyamai dakwaan Yahudi bahawa mereka ‘bangsa terpilih’ (chosen race). Kebanggaan yang seperti ini ditolak oleh Islam.

Sememangnya istilah ketuanan Melayu adalah istilah yang kabur yang tidak mempunyai pentakrifan khusus.

Jika merujuk kepada perkataan ‘ketuanan Melayu’, ia adalah dari akar perkataan ‘tuan’ kepada ketuanan dan digabungkan dengan ‘Melayu’. Ini, katanya membawa bermaksud orang Melayu berada dalam status ‘tuan’ atau dalam bahasa Arab disebut siyadah (supremacy).

Dari sudut bahasa pula bererti orang Melayu sentiasa berada di atas, lebih tinggi dan mulia kedudukannya dibandingkan dengan orang bukan Melayu. Jika hendak ditakrifkan maka bererti kedudukan orang Melayu sebagai bangsa yang lebih tinggi dan mulia”, katanya.

Justeru, adalah pelik untuk mana-mana pihak cuba mempertahankan ungkapan yang kabur dan tidak tentu maksudnya ini.




DIPANDANG MULIA

Sesuatu bangsa jika mahu dipandang mulia, hendaklah membuktikan kemuliaan itu dalam realiti kehidupan mereka. Melayu, atau selain Melayu boleh menjadi mulia dengan usaha ke arah kemuliaan, bukan sekadar bergantung kepada keturunan atau atas nama bangsa semata.

Memetik Surah al-Hujurat : ayat 13, menjelaskan bahawa kemuliaan insan adalah disebabkan nilai keperibadiannya ; iaitu iman dan akhlak yang mulia yang diistilahkan sebagai taqwa.

Prinsip Islam dalam menilai manusia, bukan berdasarkan warna kulit dan keturunan, tetapi berasaskan nilai kebaikan yang ada pada seseorang insan.

Memetik hadis Nabi Muhammad SAW: “Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas ‘ajam (yang bukan arab), atau ‘ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai Hasan oleh al-Albani)”.

Lantaran itu, hujah bahawa ketuanan Melayu adalah tidak relevan berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW :

“Sekalipun jika memerintah kamu seorang hamba habsyi, jika dia memimpin kamu dengan Kitab Allah, maka dengar dan taatlah (Riwayat Muslim)”.



Sumber : malaysiakini

1 comment:

  1. 'Takkan Melayu Hilang Di Dunia' itu kata sayang Hang Tuah. Akan tetapi, Tuan-tuan kat 'Ketuanan Melayu' tu dah salahguna 'Melayu' untuk keuntungan peribadi. Kalau rakan-rakan tidak bangun and membantah ideologi 'Ketuanan Melayu' menmang Melayu akan Hilang Di Dunia satu hari. Melayu itu baik, Islam pun Allah sayang. Tapi, 'Ketuanan' Melayu itu.. mesti kita semua membantah. Penumpang Kristian Cina ini perpendapatan sedimikian kat blog https://katasayang.wordpress.com/2012/07/29/takkan-melayu-hilang-di-dunia-topsy-turvy/ . Sila komen.

    ReplyDelete

"Allahurobbi..Hakikatnya, sedikit kata-kata dan komen yang berterusan daripada pembaca dan sahabat sekalian sudah mampu memberi semangat dan dorongan kepada penulis yang sedang berperang dengan masa di 'daerah' ini."

THE MOST POPULAR POST