TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKONGSI

HADIRNYA HIDAYAHMU

Cubalah renungkan seandainya otak tersebut tidak memperolehi oksigen secukupnya, akibatnya akan sel otak mati. Kemampuan otak akan menurun, daya fikir menjadi lemah. Begitu pula daya ingatan menurun drastik dan kita menjadi cepat lupa. Akhirnya urat saraf menjadi rosak dan mati!

Tiada kata yang dapat dibicarakan. Melainkan hati dan perasaan yang merasa. Kuasa Allah SWT tiada siapa yang menduga. Hadirnya hidayah pengubat jiwa yang bergelora. Kerana hidayah itu milik Allah dan Dia lah yang memegang hati setiap kita.

Sungguh, tatkala manusia tersujud, baru dia tahu langit itu tinggi atau rendah. Baru dia kenal siapa pencipta siapa hamba abdi. Kisahnya sudah menjadi realiti, "Keajaiban sujud – Islamnya Dr. Fidelma". Beliau bukannya calang-calang orang, seorang pakar saraf (neurologist) di Amerika yang banyak membuat kajian mengenai sains di dalam Al-quran. Setiap pertanyaan dari segi logik akal pasti ada jawapannya di dalam Al Quran dan hadis.

Allah SWT tidak mensyariatkan sesuatu tanpa kebaikan dan manfaat kepada hambaNya, sebagaimana Dia tidak menciptakan sesuatu dengan main-main dan dengan cara yang batil. Firman Allah, "... (Iaitu) orang yang mengingati Allah sambil berdiri dan duduk dan dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari seksaan api neraka." - (Ali-Imran: 191)



1. BAWA DARAH KE OTAK, BAGAIMANA?

Timbulnya penyakit pada umumnya disebabkan kerana peredaran darah yang tidak lancar. Pembuluh darah yang menyempit adalah salah satu penyebabnya. Olahraga dan sukan adalah salah satu jalan untuk meningkatkan kerja jantung yang optimal.

Sebab apa?

Jantung akan mengepam darah dengan kuat sehingga oksigen boleh disalurkan keseluruh bahagian tubuh. Aliran darah dapat diibaratkan sebagai aliran sungai. Jika sungai tersebut mengalir dengan lancar, maka air itu pun akan bersih, bening, tidak kotor dan bau.


Air yang kotor dan bau merupakan tanda-tanda rendahnya kandungan oksigen didalamnya. Ikan pun susah untuk hidup dengan normal, bahkan lebih banyak mati. Berbeza pula dengan air yang mengalir, banyak kehidupan di dalamnya.

Pelbagai ikan dan haiwan akan tumbuh dan berkembang dengan baik. Termasuk juga tumbuh-tumbuhan akan hidup dengan menghijau dan subur. Begitulah dengan darah yang mengalir lancar, akan memberikan kehidupan yang baik bagi tubuh manusia. Sel-sel badan akan berkembang, dan sel yang mati akan segera dibuang bersama dengan pengaliran darah.

Itulah salah satu manfaat peredaran darah.
Tetapi tahukah anda bahwa ada bahagian saraf yang berada dalam otak tidak boleh dialiri oleh darah?!

Kecuali?
Dalam keadaan sujud atau solat.

Kenapa? Bagaimana?

Posisi jantung yang letaknya berada di kiri dada tidak cukup kuat mengepam darah untuk sampai keseluruh bahagian otak. Otak berada di atas sedangkan jantung berada di bawah. (Bagi saya ini bertepatan dalam logik fizik dalam hukum graviti)

Posisi sujud yang menempatkan kepala berada di bawah dan jantung berada di atas, membuat darah mengalir dengan deras keseluruh bahagian otak. Seperti kereta yang bergerak pada jalan yang menurun, akan melaju dengan cepat walaupun minyak tidak diperah.






ALLAHUAKHBAR! HEBATNYA SUJUD!

Begitu pula dengan darah.

Mengalir cepat dengan membawa oksigen yang diperlukan oleh seluruh bahagian tubuh manusia. Inilah salah satu manfaat sujud!

Ternyata Allah memerintahkan solat bukan hanya sekadar beribadah semata, melainkan untuk kemaslahatan hidup manusia itu sendiri.

Menurut Prof Hembing, jantung hanya mampu mengepam darah sebanyak 20% kebahagian otak, sedangkan 80% lainnaya hanya dapat dilakukan pada waktu sujud atau solat.

Dengan demikian sewajibnya kita bersyukur kepada Allah SWT, kerana diperintahkan untuk solat. Bukan sebaliknya, bermalasan untuk solat, bahkan sebahagian kaum muslimin ada meninggalkannya sama sekali.

Cubalah renungkan seandainya otak tersebut tidak memperolehi oksigen secukupnya, akibatnya akan mati. Kemampuan otak akan menurun, daya fikir menjadi lemah. Begitu pula daya ingatan menurun drastik dan kita menjadi cepat lupa. Akhirnya urat saraf menjadi rosak dan mati!








ISLAM BUKAN HANYA IBADAH SEMATA

Seperti yang telah disebutkan sebelumnya, bahawa ada sebahagian saraf yang berada di dalam otak tidak pernah dialiri oleh darah yang membawa oksigen kecuali saat orang tersebut dalam posisi sujud. Hal ini sama dengan hasil penelitian Dr. Fidelma, seorang pakar saraf dari Amerika yang beragama Kristian!

Doktor tersebut sangat kagum terhadap hasil penyelidikannya. Aliran darah hanya dapat tersebar keseluruh bahagian otak hanya dalam keadaan sujud. Penyelidikan tersebut akhirnya membuka hatinya untuk mendapat hidayah, iaitu mengakui ketinggian dan kebenaran ajaran Islam. Penyelidikan tersebut mempengaruhinya untuk berhijrah ke agama Islam!

Inilah salah satu bukti kebesaran dan keagungan Allah melalui ajaran Islam yang mulia!

Seluruh ajaran atau syariat Allah selain dilakukan sebagai bentuk ibadah, ia juga merupakan berkat dan rahmat untuk kemaslahatan hidup manusia. Solat yang diperintahkan merupakan anugerah yang amat besar yang harus disyukuri, bukan ditolak dengan meninggalkanya!

Sesungguhnya, solat menjadikan seseorang menjadi sihat dan segar. Solat menjadikan otak manusia menjadi luar biasa, cerdas dan kuat. Orang meninggalkan solat bererti telah merosakkan fizikalnya sendiri. Orang yang meninggalkan solat bererti telah menzalimi diri sendiri.

Kerana apa?

Kerana akan menyebabkan kerosakan dengan tanda-tanda seperti cepat pusing, sakit kepala, cepat marah dan timbulnya stress. Semoga kita dijadikan sebagai hamba Allah yang mendirikan solat dengan sabar dan syukur. InsyaAllah.

Wahai Tuhan ku...

"Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekalian alam. Tidak ada sekutu bagi-Nya dan dengan itu (apabila) aku disuruh dan aku adalah tergolong dari golongan Islam"


READ MORE

"I LUV U" : BILA SUKA KATA SUKA



Wan : Sorang je, awek mana?
Roy : Awek? Haha...Aku solo lagilah bro.
Wan : Aik?? Takde awek? Pelik aku, muka macho, poket penuh...ape cite?
Roy : Enjoy dulu la bro. Apa barang awek-awek ni?
Wan : Ha..! Ni mesti kes kau jual mahal lagi kan?
Roy : Hahaha...Mane ade, aku segan la bro. Awek tu baik sangat macam malaikat. Aku ni dah ler macam hantu. Bagai langit dengan bumi bro.
Wan : Pulak dah. Bro, kalau dah suka kata suka. Kalau melepas..telan air liur je lah alamatnye. Haha...Meh aku nyanyi kat kau sikit. "Jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama diambil orang". Hahaha...


Roy : Rilex la bro. Aku taknak lah nampak macam terhegeh-hegeh.
Wan : Ah! Kau tak abes-abes bagi alasan. Jantanlah sikit. Esok aku teman kau, apemacam?
Roy : Aku tak bersedia lagilah. Lagipun semalam kau tak dengar ke Bro Zaki cakap ape?
Wan : Baitul Muslim ke? Haha...aku semalam kat planet plutolah. Penat la..Hehe..
Roy : Kau ni memang, bab agama tangkap lentok, bab awek cepat kau reaktif. Baitul Muslim tu maksudnya kita gunakan orang tengah untuk approach orang yang kita sukalah. Tapi orang tengah tu sebolehnya sudah berkahwin, boleh dipercayai, alim dan arif dalam bidangnya.

Wan : Nape susah-susah nak guna orang tengah, kan bagus straightforward je kat minah tu?
Roy : Bagi aku bro, aku hargai cinta aku pada dia. Aku ingin hormati dia sebagai seorang perempuan walaupun belum tentu dia terima aku. Aku nak perasaan aku terhadap dia halal dan paling penting diberkati Allah. Aku tak mahu hubungan yang bakal aku bina bersama dengan dia disaluti dengan hawa nafsu dan bisikan syaitan.

Wan : Tapi bro, bukan ke cinta itu fitrah? Perasaan semulajadi yang Allah titipkan ke hati semua manusia? Salah ke nak ucap "I luv U" je?
Roy : Yup bro! Cinta itu fitrah, kita bebas nak bercinta dengan sesiapa dan bagaimana. Tapi bro, bebas jangan sampai terbabas. Sebab itu agama islam indah, kita boleh tengok sirah Nabi SAW sendiri. Siti Khadijah RA yang mula jatuh cinta kepada Rasulullah SAW lantas menyuarakan keinginannya melalui orang tengah yang dipercayai iaitu Nafisah binti Manbah agar merisik Rasulullah SAW untuk dirinya.

Rasulullah SAW pun menyambut baik tawaran itu dan memberitahu kepada bapa-bapa saudaranya. Akhirnya melalui bapa saudara baginda yang bernama Amru bin Asad, Rasulullah meminang Khadijah RA. Jika direnung kembali, bukankah peristiwa ini sungguh memberikan erti yang cukup relevan untuk penyelesaian masalah pengurusan cinta yang "terlarang"?
Sunnah itu telah ditunjukkan oleh Allah dengan jalan terbaik yang dilakukan oleh baginda, maka bukankah sewajarnya kita perlu mengikuti sesuatu yang terbaik dari Rasulullah SAW sendiri?


Wan : Panjang kau ceramah bro. Haha..Walaupun aku seorang yang percaya dengan keajaiban doa, tapi aku juga percaya dengan konsep usaha. Mana ada awan tanpa adanya proses kondensasi, dan mana ada bunga tanpa adanya proses pendebungaan. Semuanya memerlukan proses, Allah pun takkan ubah nasib kita melainkan kita sendiri yang akan ubah nasib kita sendiri. (Surah Ar-Ra'd, ayat 11) Betul tak bro?

Roy : Betul tu bro. Kita tak boleh biarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum berkahwin dengan ‘si dia’. Dan bercinta dengan sederhana sahaja. Kelak mungkin ‘si dia’ bukan jodoh untuk kita. Jika kita ingin berbahagia seumur hidup, kita kenalah tahan diri untuk berbahagia sebelum 'si dia' halal untuk kita. Jika kita sudah menyintainya, kita perlu bina asas perkahwinan dengan tidak melanggar syariatNya. Kebahagiaan yang kita lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikatnya adalah selepas diijabkabulkan.

Lagipun jika kita inginkan pasangan hidup yang terbaik untuk kita, maka kitalah yang patut menjadi yang terbaik dahulu. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara berdating, cukuplah sekadar kita tahu apa yang perlu kita tahu. Bercinta dengan manusia untuk mencapai cintaNya. Usah biarkan nafsu terliur dengan cinta yang tidak diterima di sisi Allah, kelak Allah akan tarik kebahagiaan daripada kita.

Wan : Selamat bercinta sampai ke syurga bro! Banyak yang aku tak tahu pasal cinta. Aku kira aku sudah banyak tersimpang jauh dengan awek aku. Tapi aku harap aku tidak terlambat untuk aku perbetulkan segalanya. Hubungan aku dan dia tampak indah tapi...

Roy : Dan siapakah yang membawa kita melihat semua ini indah bro?
“Aku dapati raja perempuan itu dan kaumnya sujud kepada matahari dengan meninggalkan ibadat menyembah Allah, dan Syaitan pula memperelokkan pada pandangan mereka perbuatan (syirik) mereka, lalu menghalangi mereka dari jalan (yang benar); oleh itu mereka tidak beroleh petunjuk,” (Surah An-Naml ayat 24).
Itulah dia syaitan yang telah menghiasi semua kemungkaran itu dengan keindahan, agar kita tertarik untuk melakukannya. InsyaAllah Allah SWT itu Maha Adil, kita masih punya waktu untuk kembali semula kepadaNya, bro.

"Jika mereka sibuk mencari CINTA, biarlah kita sibuk mencari IMAN. Jika mereka sibuk mencari PASANGAN, biarlah kita sibuk mencari KEREDHAAN. Jika mereka menangis kerana kecewa BERCINTA, biarlah kita menangis kerana DOSA-DOSA semalam. Jika mereka cintakan HAMBANYA, biarlah kita cintakan TUHANnya. Jika mereka mendambakan kehidupan DUNIAWI, biarlah kita dambakan dunia UKHRAWI."

READ MORE

ISU : SIAPA YANG TIDAK BERADAB?

Bersikap adillah dalam semua perkara seperti mana kita mahu orang bersikap adil dengan kita. 

Isu, provokasi, propaganda hatta hanya kenyataan atau artikel biasa adalah benda yang sama. Cara kita melihat dan menilai sahaja yang berlainan. Akhirnya, terpulang pada individu tersebut untuk menilai dan menerima. Sama ada agresif, pasif atau "mati". Memang, kita tidak dapat tidak, tidak boleh lari dari "sumpahan" ini jika tidak diurus dengan betul berlandaskan Al-quran dan sunnah.



Sekali pun kita punya pangkat dan jawatan tertinggi, seorang presiden, "ameer", pengarah, doktor, ahli politik atau pun hanya seorang ahli biasa, kita perlu menjaga etika displin mahu pun adab sebagai seorang pembaca.
Bagaimana proses dalam kita menerima sesuatu maklumat?

"Selidik jika tidak kau akan salah faham dan sakit hati!"

Selidik, teliti dan fahamilah sesuatu maklumat dahulu sebelum kita terus menjunam ke arah kefasikan.  Ringankan mulut untuk bertanya, ringankan tangan untuk menaip message. Menuduh individu tersebut dan melabelnya mengikut kepuasan nafsu kita - inilah budaya orang kita, suka sangat melabel dan terus menghukum orang dengan penuh prasangka. Usah salahkan mad'u lari dan jauh daripada islam, jika da'ie masih tidak betul dan tidak mahu berubah.


Firman Allah SWT yang bermaksud: "Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebahnya tuduhan-tuduhan buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan ingatlah Allah mengetahui segala perkara sedang kamu tidak mengetahui yang demikian." (al-Nur: 19)

Tanyalah kepada diri kita sendiri.
Inikah sikap seorang muslim? Dan lebih malu lagi, inikah sikap ahli gerakan yang dibanggakan?




Sebelum kita meminta orang lain hormat kepada kita, fikir dahulu, layakkah diri kita untuk dihormati? Berakhlakkah kita? Beradabkah kita dengan orang tersebut?

Sebagai contoh, dengan melulu, tanpa usul periksa dan pertanyaan, kita terus memberi komen. Bahkan, bahana daripada komen kita itu telah merangsang fitnah dan tanggapan negatif kepada individu terbabit. Maka, berlakulah rantaian dosa baik dari segi pihak pengomen mahu pun para pembaca.  

Adakah kita tidak fikir impak kepada apa yang kita telah lakukan dari sudut kaca mata tersurat apatah lagi tersirat bermanfaat kepada orang lain dan organisasi? Kita sama sekali tidak bersungguh untuk mencari kebenaran tetapi sangat rajin untuk terus mengeluarkan kata-kata menuduh. Ingat, lebih baik menyesal kerana tidak berkata-kata, dari kita menyesal kerana telah berkata-kata. 



Bersangka baik dan berlapang dada adalah suatu perkara yang sangat sukar bila mentaliti sempit, pemikiran skeptikal dan suka menghukum menjadi makanan "ruji" bagi kita. Sikap berdiplomasi dan berdemokrasi ditolak ke tepi untuk menegakkan "benang yang basah" dan perkara yang masih samar-samar.

Tidak kisahlah dalam isu mana pun, baik dalam kampus, luar kampus, atau isu dunia. Semua ini memerlukan peranan masing-masing dalam berhujah menegakkan kebenaran. Siapa pun kita, rendahkan diri ke bumi, berfikir tentang hak orang lain. Mungkin kita tidak cukup berpengalaman dan kurang ilmu untuk menafsirkan sesuatu perkara tetapi yang paling penting jaga adab kita dahulu jika mahu berbeza pendapat. 

Sekali lagi, selidiklah dahulu tuan badannya. Jangan fikir kita tahu semua benda.

"Hai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu adalah DOSA, dan janganlah kamu MENCARI-CARI kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu MENGUMPAT sebahagian yang lain. sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah MATI? Maka tentulah kamu merasa JIJIK kepadanya. Dan berTAQWAlah kamu kepada Allah. Sesunguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang".  (Al-hujuraat, 49:12)







JIKA MAHU MUHASABAH DIRI 




Menyentuh isu wala' dan taat pula, sila bezakan wala' buta tuli dan wala' bertempat. Ingatlah, seorang pemimpin tidak akan suruh ahli wala' kepada dia, jika diri dia sendiri benar-benar layak untuk diwala'kan. Adalah sesuatu perkara yang melucukan tatkala berbeza pandangan dengan pimpinan, "nta kena wala' syeikh, nta jemaah mana?"

Dan ada pula yang lebih memalukan jika pimpinan tersebut tersilap dalam perkiraan. Pandangannya tersasar dek sikap tidak berhati-hati dan tidak menyiasat dalam memberi sesuatu penilaian.

Jika benarlah ini berlaku, maka benarlah apa yang di"ideologi"kan, budaya mengongkong pemikiran, jumud dan statik dalam gerakan. Tidak berubah dan langsung tidak mahu berubah. Sesungguhnya, pimpinan tersebut sedang menzalimi hak bersuara dan kebajikan ahlinya. Tersemput nafas dan hilang selera dalam mengharungi hari-hari bergelar ahli gerakan kampus.



Mengkritik dan dikritik. Kita sedap mengkritik orang, tapi bila diri sendiri dikritik? Bila orang lain tidak sependapat dengan kita? Bila kebenaran disingkap, apa lagi terus cepat melatah dan melabel sesuka hati. Mewujudkan suasana beremosi, tegang dan cukup menyakitkan hati siapa yang membaca. Benar, jangan dijolok sarang tebuan. Tiada pasal, saja-saja mencari pasal. 

Adab mengkritik di dalam islam juga perlulah dihadam di setiap peringkat. Apa yang dikritik? Peribadi atau hujahnya? Tidak matang lagaknya dan kelihatan "bodoh" bila mengkritik hujah diselangselikan dengan agenda menyerang peribadi. Sungguh tampak hodoh jika apa yang dikritik adalah tidak benar sama sekali, malah benda itu tidak wujud pun. 

Kritik bukanlah sebuah tujuan, dan tidak harus menjadi tujuan. Agar kritik bersifat membangun, terlebih dahulu harus ada satu langkah penting, iaitu : tabayyun (mencari titik terang), istidhah ar-ru'yah (meminta penjelasan tentang sebuah cara pandang), at-ta'arruf 'ala mulabasat ittikhadz al-qarar mahall an-naqdi wa bawa'itsihi wa asbabihi (berupaya untuk mengetahui pelbagai situasi dan kondisi keluarnya sebuah keputusan yang menjadi sasaran kritik, motivasi dan sebab-sebabnya).




Seperti yang telah dinyatakan tadi, sebelum menulis atau memberi komen sesuatu perkara, selidiklah dahulu. Bertanyalah kepada tuan badan, banyakkan mendengar daripada bercakap. Mungkin individu tersebut punya asbab tertentu dan buah pemikiran yang berbeza dengan kita. Jangan fikir hujah kita sahaja yang betul dan usah pula menjadikan jawatan kita sebagai lesen untuk mensabitkan segala pandangan kita sahaja yang betul.

Bila kita menjadi pemimpin, kita mahu semua ahli menyokong dan memberi sepenuh wala'nya kepada kita. Tetapi bila kita menjadi ahli, baru kita tahu langit itu tinggi atau rendah. Azabnya ahli untuk menjaga adab mengkritik pimpinan tetapi adab pimpinan kepada ahli? Seperti biasa, jenayah mengugut, menggertak dan menakut-nakutkan ahli tidak wala' adalah suatu yang halal untuk dipraktiskan.




Sifat munafik biasanya tidak nampak di mata, bahkan terbukti ramai yang tidak dapat menghidunya. Mereka kadangkala menggunakan "objek" untuk menutup kesalahan mereka sendiri. Disebabkan mereka lebih senior, ada nama dan jawatan, perkataan "minta maaf" seperti amat "maksum" bagi mereka. Sungguh jelek perangai orang munafik ini, dia hanya tahu mahu menang dalam setiap perkara walaupun terbukti dia sudah salah dalam perkiraannya. 

Berterus-terusan dan berusaha gigih dalam nafsu sengketanya menjatuhkan pihak "lawan" menunjukkan betapa hipokritnya manusia ini. Mereka yang memerhati pasti loya dan jengkel dengan kempen halus "mari bersengketa" ini. 

Dalam ayat 58, Surah At Taubah dijelaskan bahawa tabiat orang munafik yang sentiasa mengumpat dan menghebahkan keburukan orang-orang yang berjuang menegakkan kebenaran dengan tujuan untuk mengaibkan mereka .Golongan munafik ini akan mencari apa juga kelemahan dan kecacatan pejuang Islam untuk difitnah dan diburukkan.


Tidak perlu menyalahkan orang lain, salahkan diri sendiri dahulu. Adakah kita punya masalah hati dengan orang tersebut? Rasa tidak puas hati yang disimpan kemas bak dendam kesumat menunggu untuk diletuskan? Stigma bodoh dan prasangka jahat menenggelamkan kita untuk bersikap adil dengan saudara kita?

Usah wujudkan pertembungan pada matlamat yang satu. Tinggalkan pembaziran masa pada khilaf dan benci yang menusuk jiwa. Jika diri rasa tidak tenteram, tahu diri bersalah, bersegeralah memohon maaf.

Orang tersebut bahagia dan gembira dengan kehidupannya, kita? Mereka laju melangkah dalam gerak kerjanya biarpun masih ada mata-mata yang tidak puas hati mengekori, kita pula?

Seolah-olah seperti seorang pengintip, tiba-tiba menjadi "stalker" setia, mencari lubang untuk meng"up"kan rasa kebencian kita dan mencari kesalahan individu tersebut. Istiqamah sungguh mencari idea untuk memburukkan dan menjatuhkan orang. Kalau tidak ada idea, masing-masing "brainstorming" apabila berjumpa dan meng"update" cerita mengumpat keburukan orang. Itulah kita.

"Kebanyakan organisasi yang tenat telah membentuk satu keupayaan untuk menjadi BUTA kepada kepincangan mereka sendiri. Mereka MENDERITA bukan disebabkan mereka tidak mampu menyelesaikan masalah mereka, tetapi kerana mereka tidak dapat melihat MASALAH SEBENAR mereka." - John Gardner




Rasulullah SAW bersabda, “Angin itu sebahagian daripada rahmat Allah SWT. Kadang-kadang angin membawa rahmat dan di lain kesempatan mendatangkan bencana. Jika kalian melihat angin, maka jangan mencelanya. Mintalah Allah kebaikan angin itu dan berlindunglah kepada Allah dari keburukannya.” ( HR.Abu Dawud )

Berlapanglah dada dan mohonlah maaf, orang dakwah tidak bertembung sesama mereka. Kerja kita menyampaikan, kalau individu itu tidak mahu, tinggalkan sahaja. Kerana kerja hidayah ini kerja Allah. Banyak lagi kerja yang kita perlu buat.

Sayap iman itu ada dua, syukur dan sabar. Jadikan sayap-sayap itu sebagai sayap jiwamu. Sehingga dengan itu, kau bebas terbang ke mana sahaja, dan dengannya pula kau akan sampai ke muara. Dalam maksud ayat ini untuk menyimpulkan artikel yang ditulis, harap boleh dihayati dan dimuhasabah bersama. Bersikap adillah dalam semua perkara seperti mana kita mahu orang adil dengan kita. 

READ MORE

PENDAKWAH YANG "COOL"

1. Bob Lokman mampu tarik budak-budak muda yang 'nakal' ke arah mendekati Islam.
2. Ustaz Azhar Idrus mampu tarik ramai muda mudi dan orang tua kampung serta bandar ke arah mendekati agama dengan tahap penerangan tersendiri.
3. Dr Asri pula mampu menarik golongan yang berfikiran intelek dan terpelajar dengan hujahnya.
4. Ustaz Akhil Khay mampu menjinakkan budak-budak rockers dan mat lepak.

Cuma ada persamaan di antara mereka......


TIDAK DIBENARKAN BERCERAMAH KERANA TIADA TAULIAH. Tetapi mereka seorang pendakwah yang tetap "cool" walaupun dikeji, disekat, dihukum, dilabel dan dipandang serong oleh masyarakat.




"Saya tidak kira soal larangan dari Jais atau sebarang pihak untuk saya berceramah. Jika larangan itu bukanlah yang patut saya ikut, saya tak akan ikut," kata Bob Lokman ketika ditangkap oleh pihak JAIS berhubung isu tauliah.

"Tauliah itu bukanlah satu perkara yang penting. Perkara yang penting bagi saya adalah melakukan pekerjaan yang baik iaitu kerja-kerja Islam.

"Jadi, kenapa mesti ada SEKATAN ke atas saya dan kenapa pula saya mesti patuhi sekatan-sekatan itu, sedangkan yang saya sampaikan kepada orang ramai itu adalah perkara yang BETUL!," katanya.


Dari Abu Sa’id Al-Khudri RA dia berkata : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda :
“Barang siapa di antara kalian melihat suatu kemungkaran hendaklah ia mengubah dengan tangannya; jika tidak mampu, maka dengan lisannya; jika ia masih tidak mampu, maka dengan hatinya dan itu adalah selemah-lemahnya iman.” (HR. Muslim)




Buang pemikiran :

"Budak bajet alim"
"Berlagak dengan ilmu agama"
"Konon boleh masuk syurgalah tu"

Buang!

Lempar jauh-jauh semua pemikiran sedemikian. Kesempurnaan bukanlah syarat kelayakan dalam berdakwah dan mengajak orang lain menjadi manusia yang baik. Hakikatnya, tidak akan ada manusia yang sempurna peribadinya seperti Rasulullah SAW. Jika kita terus menunggu kesempurnaan, Islam itu tidak akan tersebar ke mana-mana.

Berdakwah bukan bermaksud kita bajet bagus atau bajet budak alim, tetapi kita manusia yang mengimpikan peribadi yang soleh. Mengimpikan redha Ilahi dalam setiap amalan dan perbuatan. Secara tidak langsung, kita juga akan terhindar daripada melakukan perkara yang dimurkai Allah. Sebagai contoh, berblog bukanlah medan kita berdakwah kepada orang lain, tetapi berdakwah kepada diri sendiri juga kepada orang lain dalam meraih mardhotillah bersama-sama.





Dunia ini hanya sebentar. Satu persinggahan untuk mencari bekalan. Selagi kita bernafas, ujian demi ujian akan sentiasa mendatang. Ujian yang datang tanpa mengenal waktu dan keadaan. Datang tanpa henti kepada para pejuang agamaNya untuk menguji dan menaikkan darjatnya. Sungguh, Allah SWT sayang kepada kita!

Biar! Biar apa pun sekatan, hinaan dan kejian yang dilemparkan, kita tidak perlu goyah! Tidak perlu rasa takut! Kita tahu dan yakin apa yang kita buat adalah betul. Maka yang hanya perlu ditakuti adalah Allah SWT sahaja. Kerana Dia yang menciptakan kita, Dia Maha Tahu apa isi hati kita. Siapa mereka untuk menghukum dan melabel diri kita?

Indahnya sikap seorang yang sentiasa bersangka baik dengan Allah dan makhluk ciptaanNya : “Sangat mengagumkan keadaan seorang mukmin, sebab segala keadaannya untuk ia sangat baik, dan tidak mungkin terjadi demikian kecuali bagi seorang mukmin : jika mendapat nikmat ia bersyukur, maka syukur itu sangat baik baginya dan bila menderita kesusahan ia bersabar, maka sabar itu lebih baik baginya.” (Hadis riwayat Muslim)

"Aku melaksanakan amanah bukan disebabkan ARAHAN manusia bahkan bukan kerna ingin DIHARGAI atau pun DIPUJI, tetapi kerana BA'IAH, sumpah taat setiaku yang telah aku lafazkan di hadapan Allah dan tanda SYUKUR menjadi penganut islam, Allah PILIH aku untuk berada dalam kesakitan dunia ini untuk perolehi keNIKMATan akhirat!"

Memulakan langkah memang perit. Bertatih, jatuh dan bangun semula. Kadang tangan menghulur tanpa bantuan. Terasa diri kembara sendirian. Mimpikan syurga idaman. Sedangkan diri tak tahan ujian. Sungguh Engkau berkuasa atas segalanya.

READ MORE

MARAH ITU SAHABAT SYAITAN!



Keadaan di dalam klinik sangat menyesakkan. Hari ini banyak pula pesakit. Kelihatan doktor sangat sibuk melayan pesakit. Kadang-kadang pula terdengar suara menjerit, si doktor sedang memarahi medical student yang sedang present case kepada dia. Hingar bingar jadinya, tapi itulah realiti dan kepayahan yang perlu ditelan bagi diri seorang pelajar perubatan. Bila dimarah, hati yang sedia sakit bertambah sakit!

Seorang suami keletihan pulang dari kerja. Perutnya yang kelaparan meratah setiap sudut rumahnya. Melihatkan keadaan rumah yang bersepah dan anak-anak kecil menangis, darahnya menyirap. Isterinya terbongkang tidur sambil membiarkan TV terbuka dengan volume yang amat kuat sekali. Sepantas kilat, dengan nafsu amarahnya, dia membaling remote control ke arah isterinya dan menendang sekuat hati di kepalanya seperti bola sepak. Anak-anak kecil ditampar berkali-kali supaya diam. Akhirnya, satu pergaduhan besar berlaku, si isteri meminta cerai dan si suami menjatuhkan talak!





MARAH, SAKIT HATI DAN TERASA HATI

Ketiga-tiga perasaan tersebut adalah fitrah manusia yang Allah SWT ciptakan. Seperti biasa, fitrah jika tidak dikawal pasti terbabas. Maka berlakulah adegan-adegan buruk perangai seperti memarahi orang lain, melempiaskan tekanan dan masalah diri kepada orang lain. Sehinggalah menyebabkan orang tersebut sakit hati dan seterusnya terasa hati. Mengajuk, membawa diri dan memendam rasa.

Di dalam situasi macam mana pun, kita perlu mengawal tahap emosi agar setiap perkataan yang keluar dari mulut tidak melukakan dan menggores perasaan orang lain. Ya, mungkin orang tersebut juga bersalah, tetapi adakah kita memberi ruang yang cukup untuk si dia membela diri? Dan adakah kita pernah menyelami perasaan sekali pun bertanyakan masalah yang dihadapinya juga?

Bahkan!

Jangan tidak percaya, kita sudah menzalimi hak saudara kita dan menindas golongan lemah ini daripada bersuara gara-gara?

1. Emosi stress tidak terkawal
2. Jawatan yang "dibanggakan"
3. Senioriti
4. Orang yang dimarah seorang yang berhati lembut/tak reti marah balik
5. Suka bersangka buruk
6. Pemikiran skeptikal


Jika di dalam pekerjaan, misalnya hubungan antara doktor dan pesakit, kita boleh bersikap profesional, tetapi kita seringkali lupa untuk bersikap profesional bila berhubungan dengan manusia lain, terutamanya Allah SWT.

Mungkin dari salah faham yang sekelumit cuma menjadi nanah busuk dek sikap su'udzon (bersangka buruk) dan pemikiran skeptikal yang menguasai tindak tanduk diri seseorang.





MARAH ITU SAHABAT SYAITAN!

Marah adalah api. Syaitan laknatullah juga diperbuat daripada api. Maka orang yang pemarah sama sahaja seperti sahabat syaitan, seperti sabda Rasulullah SAW "Kemarahan itu daripada syaitan, sedangkan syaitan tercipta daripada api, api hanya dapat padam dengan air, maka kalau kalian marah berwuduklah" (H.R. Abud Dawud).

Tahukah kita beza sifat orang pemarah dengan orang dapat menahan kemarahannya?

Bezanya adalah iman. Sifat ketaqwaan dan beringat kepada Allah SWT adalah tembok pembeza antara hamba yang berfikir berlandaskan iman dengan nafsu.

Abu Umamah Albahili RA berkata Nabi Muhammad SAW bersabda : "Siapa yang dapat menahan marah padahal ia dapat (kuasa) untuk memuaskan (nafsu) amarahnya itu, tetapi tidak dipuaskan bahkan tetap ditahan/disabarkan, maka Allah SWT mengisi hatinya dengan keredhaan pada hari kiamat."

Nah! Di sinilah ramai di kalangan kita tewas!

Sama ada kita adalah seorang dai'e, pemimpin, budak jemaah, suami, isteri, abang, kakak, sahabat, kawan, teman, doktor, pesakit, guru, anak murid dan sebagainya kita tewas dengan perasaan marah. Kita sukar mengurus perasaan amarah ini.

Cuba cek diri kita semula, bila kita sakit hati, tak suka dengan seseorang adakah kita terus memarahinya?  Meng-condem-nya? Berburuk sangka dengannya? Menjauhinya? Membencinya? Menggunakan ayat keras, pedas, dan tegang untuk sengaja melukakan hatinya? Melabelnya dengan bukan-bukan, dengan labelan yang tidak disukainya?

Adakah kononnya diri kita adalah seorang yang dihormati, disegani atau pun diri kita seorang pemimpin sudah mampu layak diberi "lesen mengumpat" dengan menghebahkan keburukan-keburukan orang tersebut kepada orang lain?

Adakah keburukan-keburukan tersebut benar? Adakah orang tersebut akan suka dan bahagia bila dapat tahu tentang perbuatan kita tersebut?

Sesungguhnya, manusia yang zalim adalah tatkala meletakkan sesuatu/perkara bukan pada tempatnya.
"Dan peliharalah dirimu dari siksaan yang tidak khusus menimpa orang-orang yang zalim saja di antara kamu dan ketahuilah bahwa Allah amat keras siksaan-Nya." (Al-Anfaal 8:25).

Dan, yang paling teruk sekali apabila kita memarahi perjuangan, memarahi  Allah SWT di atas kesusahan dan masalah yang menimpa diri.





MENGURUS KEMARAHAN

Manusia yang pendek akal akan menuruti nafsu amarahnya. Manusia yang beriman akan berusaha melawan nafsu amarahnya. Di sinilah pertarungan antara iman dan nafsu berlaku. Bila nafsu menang dan menguasai diri, ada hati yang perlu dikorbankan. Tapi bila iman mengawal nafsu dan akal, ada air mata keinsafan yang perlu diratapi. 

Yang pedih menanggung adalah orang yang dimarah. Walauapapun alasannya, walauapapun kesalahannya, marah yang tidak terurus bakal mungundang bencana. Di sini berlakulah perkara-perkara yang tidak diingini seperti retaknya sesuatu perhubungan dan tidak mustahil kelak proses menimbang amalannya menjadi terbantut kerana ada "hutang" yang perlu dibayar!

Remaja yang sifatnya suka memberontak dan tidak suka berfikir panjang, lebih suka memilih jalan hitam sebagai protes ketidakpuasan hatinya. Jalan raya menjadi medan merempit dan menghiburkan diri. Perempuan dan muzik menjadi candu kepada nafsu dan hati yang lara.

Bagi insan biasa, yang masih punya iman di jiwa, nafsu amarahnya cuba dikawal dan digagahinya untuk tidak diserang mana-mana hati atau pun objek. Meskipun pelbagai tekanan dalam dan luar termasuklah bisikan-bisikan syaitan, dia rela menguncikan dirinya di dalam hanyutan kesabaran. Marah yang ditahan-tahan menuntutnya agar sentiasa mengingati Allah dan berzikir kepadaNya.

Akhirnya, kedamaian dan ketenangan yang dicari mengkhayalkan nafsu amarah tadi. Rasa tawadhu' dan air mata yang bercucuran menunjukkan simbolik betapa seorang insan yang lemah itu berusaha menundukkan nafsunya kerana Allah SWT. Biarpun di luar sana, banyak mulut yang sedang mengata tentang dirinya. Dia terus bangkit tanpa menoleh ke belakang meneruskan perjalanan kehidupannya bertemankan sangkabaiknya dengan Allah SWT.

Inilah mujahadah sebenar bagi hamba yang sejati!

Jiwanya bertambah kuat dengan mujahadah sebesar ini. Dia benar-benar sedang merebut janjiNya di dalam sabda Nabi SAW :

"Siapa yang menahan dari kehormatan kaum muslimin, maka Allah SWT memaafkan kesalahan-kesalahannya pada hari kiamat, dan siapa yang menahan marahnya, maka Allah SWT akan menghindarkan dari murkaNya pada hari kiamat."

READ MORE

SAKIT HATI


Badan terasa sangat letih. Penat berprogram semalaman belum habis lagi. Malam itu kuakhiri dengan kepedihan. Aku benar-benar sakit hati. Masih panas cuping telingaku mendengar "sumpahan" dan kata-kata pedas daripada mulut dia. Geram aku dibuatnya.

"PERKATAAN itu seperti UBAT, kalau sedikit bercakap memberi MANFAAT, tetapi kalau terlalu banyak sangat bercakap nescaya MEMBAWA PADAH"

"Sudah la junior, kurang ajar betul. Sedap mulut je marah kat aku. Cakap tu biar la berlapis sikit. Semua orang penat, semua orang tension. Baru buat satu program pun nak kecoh!" getus hatiku. Mukaku merah padam menahan kemarahan.

Ingin sahaja aku menghantar message kepada dia, tapi entah kenapa aku tak sampai hati. Aku mahu lepaskan api kemarahan yang meluap-luap ini, biar dia sedar, biar dia hormat aku, aku lebih senior daripada dia!

"Woi! Bahasa tak tahu nak jaga ke? Lain kali jangan mintak tolong aku la!"
"Terima kasih la. Ini kali terakhir aku tolong kau."
"Sedap mulut ko je marah aku. Ko ingat ko siapa hah? Bodoh!"
"Sudahlah! Ko ingat ko sorang je tahu marah?"

Berkali-kali aku taip message dan delete.

"Argggghhhhhhhhh!!!!!!! Tensionnyer aku!"

Aku mencampakkan handphone ke atas tilam. Mata aku tertumpu pada screen laptop. Apa aku nak buat ni? Aku meramas-ramas kunci motor dan menjeling jam di dinding.

Walaupun cikgu menyerahkan tanggungjawab sepenuhnya pada dia, kenapa harus aku tolong dia? Aku pun ada kerja yang perlu dibuat segera! Menyusahkan diri sendirilah!

Aku merenung kembali nota-nota yang ditampal di sebelah meja belajar. Terasa air mata yang dingin meronta-ronta untuk keluar dari "perigi"nya.

Tidak! Janganlah kau keluar sekarang ini! Kau mesti kuat! Kuattttt!!!

Ya Allah...Kenapa dengan aku ini?

Lemahnya aku. Baru kena marah sikit. Tapi kenapa aku tak balas balik? Adakah aku lembik? Adakah aku bodoh? Adakah aku pengecut? Hanya mampu terdiam, tunduk, menangis dan memberontak.

Akhirnya, aku membawa perasaan sedih ke jalan raya. Dengan kesesakan jalan raya, ditambah jalan yang licin selepas hujan, aku redah juga. Aku melepaskan ketidakpuasan hatiku di sini. Terbayang-bayang di kepala otakku bagaimana aku kemalangan dengan sadisnya beberapa bulan yang lalu.

Sedari itulah kehidupanku mula berubah. Aku seperti hilang self esteem, tidak cergas seperti dulu. Lebih senyap dan memencilkan diri daripada bergaul dengan classmate. Aku yang peramah dahulu sudah bertukar menjadi seorang yang pemalu dan banyak memendam rasa.

Ya Allah.......Hati aku benar-benar sakit.

"Hidup hanyalah sebuah perjalanan, pasti ada tarikh perhentiannya. Tiada siapa dapat menghalang, walau sehebat mana pun dia merancang. Dunia hanya ladang untuk menuai bekalan. Dataran menuju ke persada sebenar kehidupan. Dunia ini amat sementara, ada hari datang dan ada pula hari perginya."


***************************


Aku membuka laptop. Tanpa isyarat dari otak, hatiku mendesak jari telunjuk kanan untuk menekan windows media player yang telah aku save surah-surah Al Quran yang aku suka hafal di bangku sekolah dahulu. Malam itu aku akhiri dengan melayan ayat-ayat cinta dariNya. Mencari sebuah ketenangan walau secebis cuma.

"Rasakan kerendahan hatimu, ketika dahi mencecah ke tikar sejadah..di saat insan lain dibuai dengan mimpi yang indah, namun hatimu kembali semula kepada fitrah, erti seorang hamba kepada Allah....."
"Sesungguhnya ALLAH itu bersama-sama dengan orang yang bersabar". Orang yang kuat bukan pada badannya yang besar dan sasa, tetapi pada kekuatannya dalam menahan kemarahan.


Dan akhirnya aku menangis jua. Teresak-esak mengikut irama nan syahdu yang kesepian...
Aku menghalalkan kemarahan demi Allah SWT insyaAllah.....

“Ya Allah, aku berlinðung kepaðamu ðaripaða perasaan seðih ðan ðukacita, aku berlinðung kepaðamu ðaripaða lemah ðan malas, aku berlinðung kepaðamu ðaripaða bahkil ðan penakut ðan aku berlinðung kepaðamu ðaripaða beban hutang ðan tekanan perasaan.”

Gagahkan aku untuk harungi semua ini Ya Allah...

READ MORE

“Jangan henti dakwah… hingga kamu mati.”

”Dari sisi dakwah, kekuatan internet sangat potensial untuk dimanfaatkan”


Cuba tanya semua orang :

1. Dalam 1 minggu, berapa kali buka internet?
2. Dalam 1 hari pula?
3. Apa benda yang dibukanya?
4. Berapa banyak status atau post yang dibaca berunsurkan dakwah?
5. Sedikit atau banyak?



IKLAN : MENCARI KEUNTUNGAN DALAM BERDAKWAH?



"Assalamualaikum.......Disini saya ingin menjemput saudara-saudari untuk menyertai satu lagi cara untuk berdakwah atau menimba ilmu!!!! Tanpa bayaran tambahan.

Dengan cara ini saudara-saudari dapat menyampaikan dakwah dengan lebih berkesan kerana saudara-saudari akan berdakwah melalui lisan!!! Secara chat biasa juga ada. Ia akan kedengaran di seluruh pelusok dunia!

Subhanallah...

Jadi dakwah saudara-saudari dapat disampaikan dengan lebih berkesan. Ingat tiada bil tambahan dikenakan!
Anda hanya perlu downloads Program "faham, ikhlas dan istiqamah dalam berdakwah" yang bersaiz 328 KB sahaja! yang mengambil masa tidak sampai 5 minit!! Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi admin di laman tersebut sila hantar biodata anda kepada Allah SWT. Kepada yang mempunyai latarbelakang agama islam dan berfikrah islami sahaja yang berpeluang menjadi admin dan menyelenggara laman ini.

Para pembaca dijemput memohon admin. Sebarang idea untuk memajukan lagi laman ini boleh disertakan bersama. Contohnya: cara istiqamah menulis. Sesiapa yang sedia memberi sedikit ilmu sila post kepada laman ini. Antaranya :

1. Facebook
2. Twitter
3. Blog
4. Tumblr
5. dll

Segala kerjasama saya dahului dengan syukran jazilan.





DILEMA PENULIS BLOGGER?

Untuk menulis blog, ramai yang buat. Untuk istiqamah menulis blog, kadang-kadang terabai. Untuk istiqamah menulis blog dengan jujur, matlamat jelas, jarang-jarang orang boleh lakukan. 

Untuk menulis blog yang menarik, kreatif dan yang pentingnya bersabar dengan pembaca, pengomen dan memastikan orang-orang yang membaca blog boleh mendapat manfaat, bukan memprovokasi, bukan buang masa dan mendapat pahala dari Allah SWT, mungkin menjadi lebih sukar sekali.




PENDAPAT PENULIS

Metadologi dakwah melalui internet adalah termasuk jenis dakwah Dakwah bit-Tadwim iaitu pola dakwah (dakwah melalui tulisan) yang baik dengan menerbitkan buku, majalah, internet dan tulisan-tulisan yang mengandungi pesan dakwah yang sangat penting dan efektif. Keuntungan lain dari dakwah model ini tidak menjadi musnah meskipun sang da'ie, atau penulisnya sudah mati. Menyangkut dakwah bit-Tadwim ini Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya tinta para ulama adalah lebih baik dari darahnya para syuhada”.


Bagi pihak penulis, blog yang tiada protokol adalah blog yang terbaik. Justeru, sedari awal lagi, penulis sudah pun memberi notis bahawa :

"Sebarang artikel, gambar terutamanya poster boleh diambil secara bersungguh dan konsisten! Kerana penulis men"ciplak"nya dari yang Maha Muthlak. Dialah Allah pemilik segala makluk." 

SYUKRAN JAZILAN buat semua sahabat dan pembaca. Blog penulis tiadalah protokol yang rasmi, niat saya ikhlas, selepas ni tak perlulah sahabat-sahabat minta izin lagi untuk copy. Ilmu yang baik, perkongsian yang bermanfaat, dakwah yang efektif, tak perlu diprotokolkan bagi penulis. Sahabat-sahabat boleh share, ambil apa sahaja untuk disebarkan ilmu Allah ini.

Sesungguhnya, jari-jemari yang berlari-lari anak di papan keyboard ini juga milik dan pinjaman sementara daripada Allah SWT. Penulis cuma menciplak idea yang telah diilhamkan. Ingat, tak perlu minta izin selepas ini.

Mohon dihalalkan segalanya. Tidak mahu berhutang dan tidak ingin proses menghisab  di"road block" kerana urusan mulia ini. 

READ MORE

BIBIR MUDAH BERKATA-KATA TAPI...


Bibir mudah mengucapkan SABAR,
Namun hatilah yang remuk menderita,
Tiada siapa mengetahui melainkan Allah SWT.
Dan tiada siapa yang meminta ujian bertamu.

Allah SWT pernah berfirman "Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad diantaramu dan belum nyata orang-orang yang sabar (Ali-imran :142)
Dipujuknya kita lagi dengan ayat 9-11 surah Al-Mukminun :

"Dan orang-orang yang memelihara solatnya, mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi syurga firdaus, mereka kekal di dalamnya"


Maka sabarlah duhai hati.
Apabila telah kau rasakan manisnya ujian dari sang Pencipta,
maka tak perlu lagi kau kejar habuan duniawi yang rata-ratanya berlandaskan nafsu semata.

Bila telah kau tetapkan hati untuk meraih redha Tuhan sekalian alam, maka itulah sebenar-benarnya hasil kejiwaan yang sejati.

Dan dalam perjalanan menelusuri denai kehidupan terhadap-Nya yang sudah pasti disaluti onak dan duri,
akan didatangkan syaitan yang turut sama menggodamu dalam mendekatiNya.

Sebagai ujian dan yang akan menyempurnakan sebahagian daripada imanmu.
Yang padanya ada ketenangan dan kebahagiaan berpaksikan Tuhan yang Maha Satu jika kau bersangka baik

Maka sabarlah duhai hati.






MUHASABAH DIRI

"Sekuat-kuat ikatan IMAN adalah bercinta dan berkasih sayang kerana ALLAH dan marahnya juga kerana ALLAH" (Riwayat Ahmad)

Sungguh...!
Para pejuangNya tidak akan rugi. Air matanya tanda ketundukan. Keringat dan darahnya adalah demi perjuangan. Ikhtiarnya bernilai pahala. Bahkan gugurnya berbalas syurga.

Dan siapakah yang lebih baik agamanya daripada orang yang IKHLAS menyerahkan dirinya kepada Allah? (QS. 4:125)

Perjuangan menegakkan Islam merupakan satu perjuangan yang berat. Perjuangan Islam merupakan kepunyaan Allah SWT yang akan kita persembahkan nanti diakhirat kepada Allah SWT. Andainya perjuangan kita benar mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Allah SWT dan yang telah diwahyukan kepada Rasulullah SAW, maka Allah SWT akan menerimanya.

Andainya salah maka segala penat lelah kita akan ditolak. Oleh itu, sudah pastinya perjuangan yang kita ikuti mesti benar dan tidak bercanggah dengan kehendak Allah SWT. Kita sebenarnya harus bersyukur kerana terpilih sebagai pejuang Islam, masih ramai lagi yang tidak dipilih oleh Allah SWT di dalam menyampaikan risalah Islam.

Mereka yang telah dipilih sebagai pejuang atau hawariyyun merupakan insan yang mulia, pada pandangan sisi manusia mungkin berbeza akan tetapi pada sisi Allah SWT ganjaran yang diberikan amat bernilai daripada segala isi dunia yang fana ini.

“Wahai orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.”- (Surah Muhammad,  Ayat 7)

Moga terus istiqamah berada di kalangan PEJUANG. Baik pejuang di medan dakwah, jihad, mahu pun di medan menuntut ilmu.

READ MORE

UNTUK MU SAHABAT


Betapa aku hargai anugerah syurga di dunia, doa kudus aku panjatkan semoga dirahmati. Telahpun ku syukuri di dalam hidup ini, cinta suci kurniaan Ilahi.




Day 1 post-road tour PMUKM : Yang Indah Itu Pertemuan. Yang Manis Itu Kemesraan. Yang Pahit Itu Perpisahan.Yang Tinggal Hanya Kenangan.

SHUKRAN JAZILAN buat sahabat-sahabat ana UKM Bangi. Mungkinkah kita akan bertemu setelah kalian berada di alam kerjaya? Atau pun di lain masa?

Walaupun masa cukup mencemburui kita menyelam rasa, bertegur sapa apatah lagi berbual sakan. Namun pandangan, wajah dan kehadiranmu sendiri sahabat sudah mampu menerbitkan bibit-bibit kasih dalam ukhwahfillah kita.



HANYA DOA MAMPUKU UKIRKAN 

Sahabat ini sudah lama "pergi", sahabat yang sekarang bakal "pergi" jua

Persahabatan yang sejati akan membawa kepada kerinduan yang abadi, orang yang rugi ialah orang yang tidak memperolehi sahabat dan yang paling rugi ialah ditinggalkan sahabat. Sesungguhnya hubungan persahabatan itu lebih unggul daripada percintaan. Tanpa persahabatan percintaan akan berakhir, tetapi tanpa percintaan sahabat boleh kekal.

Oleh itu hargailah persahabatan yang terjalin, kerana sahabat mewakili sesuatu kekuatan. Sahabat yang paling baik adalah dengan melihatnya sahaja kita sudah bersemangat untuk menunaikan amanah dan menggalas "beban" dakwah.

Bergaullah dengan manusia sebaiknya sehingga kalau kamu mati mereka tanggisi dan kalau hidup mereka selalu merindu.



Walaupun "ungu" dianggap asing, istiqamahlah. 

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda :
"Islam awalnya asing dan kelak akan kembali menjadi asing sebagaimana awalnya maka beruntunglah bagi al-Ghuraba' (orang-orang yang asing)." - H/R Muslim, no. 145.

Siapakah golongan yang digelar al-ghuraba' itu?

Tatkala warna "ungu" itu kiranya mampu menyatukan hati-hati kita untuk terus menegakkan kebenaran, berani  berhujah demi kebebasan akademik sejajar tuntutan islam dan aktif berdakwah, maka istiqamahlah. Istiqamahlah wahai sahabat di mana jua kamu berada, di mana sahaja kita bakal dicampakkan.

Walaupun "ungu" itu, diri kamu dan peganganmu tampak asing.


Tahniah semua!

Imam Adz-dzahabi berkata dlm bukunya Siyar Alam al Nubala : "Sesungguhnya sehari dalam kehidupan seorang pemimpin itu jauh lebih baik dari seluruh umur seorang manusia", maka janganlah takut menjadi pemimpin.

READ MORE

AKU KECEWA TERAMAT SANGAT

biarkan aku sendirian
Kecewa.

Kecewa.

Kecewa.

Hati ini benar-benar kecewa dengan mu. Sudahlah, pergi sahaja tanpa menoleh ke belakang. Aku juga tidak akan berpaling lagi. Aku tekad dengan keputusanku. Biarlah aku keseorangan sendirian menghitung penantianku.

Jika dahulu aku bagaikan "habis madu sepah dibuang", kini diriku bagaikan bergantung tidak bertali. Sungguh! Itu lebih menyeksakan.

Sakitnya hati ini.

Allah.........


kecewa yang teramat sangat

Dulu pernah dikecewakan. Sekarang masih juga dikecewakan. Sampai bila harus dikecewakan? Mengapa harus ada yang dikecewakan?

Jika dulu aku mentah, tapi sekarang aku sudah matang. Jika dulu aku seorang pemimpin, tapi sekarang aku adalah tulang belakang. Aku telah terlatih sebegini sejak tahun 1, bagaimana harus untuk aku ubah supaya risiko dikecewakan tidak berulang kembali?

Haruskah aku berhenti? 

Mustahil. Darah daging sudah sebati dengan kesibukan. Tak sibuk sengaja menyibuk.

Sebenarnya aku kecewa dengan siapa?

Jika kau adalah manusia, berlalulah kau seketika dari pandanganku sehingga aku reda.
Jika kau adalah sahabat sejemaah, sudah! Ketepikan soal hati yang membantutkan gerak kerja!!
Jika kau adalah bisikan nafsuku, berambuslah dikau!
Jika kau adalah hasutan syaitan terlaknat, pergi jahannamlah kau!
Jika kau adalah perjuangan, maafkan aku, beri aku masa untuk pulih. Tak sepatutnya aku salahkan kau.
Jika kau adalah takdir, doakan aku agar tabah menerima kehadiran kau.
Jika Kau adalah Allah, kuatkan hati ini Ya Allah......





Kita buat je kerja...
Kita buat je kerja...
Kita buat je kerja...

Walaupun kita keseorangan, kita buat je kerja.
Walaupun aku keseorangan, buat je kerja.

Jangan tengok orang lain, buat je kerja.
Jangan banyak mengomel, buat je kerja.
Jangan banyak merungut, buat je kerja.

Kalau kita tak kerja, siapa lagi nak kerja?
Walaupun orang kata syok sendiri, ada kisah?
Walaupun orang kata aku syok sendiri, ada aku kisah?

Sebenarnya, iman ni sama je lebih kurang dengan semangat. Kadang-kadang naik kadang-kadang turun. Andaikata, sekarang ni iman tengah tinggi, semangat mebuak-buak, buat je banyak kerja.  Buat je apa yang mampu dan paling penting, jangan lupa berdoa agar satu hari nanti apabila semangat kita lemah akan ada orang lain yang menggantikan tempat kita bekerja. 

Kerja dakwah ni mana ada yang senang yang manis. Yang manis itu hanya syurga. Kalau nak syurga kenalah rasa kepahitan dikecewakan.

Nabi SAW bersabda:"Sesungguhnya Allah memberikan dunia kepada siapa yang dicintai-Nya dan siapa yang tidak dicintai-Nya, tetapi Allah tidak memberikan iman kecuali kepada siapa yang dicintai-Nya.

Bertabahlah! Kecewa dan dikecewakan, itulah namanya kehidupan.

READ MORE

USRAH? PROGRAM? MAAF ANA SIBUK



Tit..tit...tiiiit....dengar bunyi message masuk :

"Salam. InsyaAllah usrah kita bertajuk "Islam Penyelamat Ummah", akan diadakan pada hari isnin, pukul 6 petang di surau asrama. Harap boleh respon kehadiran sebelum hari Ahad. Jazakillah"

"(URGENT) Program Dakwah Kampus memerlukan tenaga antum sebagai fasilitator. Boleh beri nama pada Kak Ain. ASAP".

"(GAMIS) Dijemput menghadiri satu forum "Mahasiswa : Pemimpin Masa Depan" di Dewan Az-Zubair, Melaka pada hari 23 Jun 2010, pukul 8 malam. Jamuan dan pengangkutan disediakan."




KESIBUKAN : ALASAN?

"Ya Allah. Sibuknya...", keluh diri. Sahabat yang mendengar rungutan tersebut menggeleng kepala.
"Maaf Kak Ain. Ana tak dapat turun usrah esok dan pergi program hujung minggu ini. Saya ada keje kena siapkan"

SIBUK. Satu daripada 1001 macam alasan lagi yang sering diterima ketika seseorang diajak untuk ke program-program tarbiyyah dan dakwah. Alasan sibuk memang terdengarnya relevan. Tetapi sungguh tidak rasional bagi mereka yang mahu menggunakan otak mereka untuk berfikir.

Mengapa?




SIBUK : KEALPAAN DIRI


Sesibuk manapun kita, kita sentiasa punya 24 jam sehari untuk dihabiskan. Namun yang berbezanya adalah bagaimana cara ianya dihabiskan. Ada yang biasa tidur 6 jam sehari di waktu malam. Bahkan ada yang tidur lebih lagi hingga 8 ke 9 jam sehari dicampur dengan tidur siang dan tidur dalam dewan kuliah.

Ada pula yang bersembang kosong, melepak, melayari internet, facebook dan keluar jalan-jalan hingga tanpa sedar, 3 jam berlalu dengan sia-sia.

"Manusia ini, kalau tidak disibukkan dengan hal-hal dakwah, mereka tetap akan sibuk dengan hal-hal keduniaan."

Dan untuk hal-hal keduniaan, apatahlagi untuk hal-hal yang disukai oleh hawa nafsu, tidak pernah ada masalah atau alasan yang dikemukakan. Hanya untuk hal-hal yang berbau keislaman sahaja yang akan menjadi masalah. Semuanya dek kerana bisikan nafsu dan pengaruh syaitan ke atas kealpaan diri sendiri.

Syaitan menjanjikan (menakut-nakuti) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (kikir); sedang Allah menjadikan untukmu ampunan daripadaNya dan kurnia. Dan Allah Maha Luas (kurniaNya) lagi Maha Mengatahui. - (Al-Baqarah, ayat 268)

Untuk urusan islam, terasa rugi meluangkan masa.
Cuba kalau tiba-tiba kawan ajak main game atau tengok movie kat laptop?
Sukar sekali untuk ditolak. Walaupun esok ada assignment!





TAZKIYATUN NAFSI : AMANAH DARI ALLAH

"Imah tahu tak hari ni ada usrah?"
"Tahu. Tapi tak tahu kat mana," aku menjawab dengan penuh rasa bersalah.

Sungguh lalai diri ini. Bagaimana pula aku boleh membiarkan insan lain menjemputku untuk menghadiri majlis tazkiyatun nafsi (penyucian jiwa) seperti ini. Bukankah ini tanggungjawabku terhadap rohani dan spiritualku. Maka akulah yang patut berusaha untuk mencari taman-taman syurga itu. Astaghfirullahal'azim. Bertuah aku kerana masih ada yang perihatin tentangku lantas tidak membiarkan aku menyalahgunakan waktu yang ada.


Amanah ini datang dari Allah. Amanah ini datang dari bahu Rasulullah SAW ke atas diri. Cuba bandingkan kesibukan kita dengan kesibukan Baginda.

"Astagfirullahal'azim...Kesibukan ana tak tertanding dengan sibuknya Rasulullah SAW. Apalah sangat.............Itulah pujukan kepada diri ini apabila terbeban dengan banyak kerja dan merasakan diri sangat sibuk"

Jika seorang pelajar perubatan yang sering menyangka dirinya sering sibuk mengalahkan Perdana Menteri malah menewaskan kesibukan Rasulullah SAW, maka malulah anda pada diri sendiri! Anda tidak layak digelar sebagai ummat Nabi Muhammad SAW, anda terlalu kedekut masa, tenaga dan wang untuk meneruskan perjuangan dakwah Baginda!

Jika anda masih mementingkan diri sendiri, usah bermimpi di siang hari untuk mendapatkan syafaat Baginda di akhirat kelak! Usah berangan-angan untuk bersua dengan Baginda dengan kebusukan dan kekotoran hati anda.




BERUBAH : “SAYA SIBUK” kepada “SAYA SIBUK DEMI ISLAM”.

Mengapa seorang doktor masih boleh bersama keluarga walau sesibuk manapun dirinya? Kerana dia merasakan keluarga itu prioriti dan meninggalkannya suatu masalah.

Mengapa orang yang sedia ada sibuk boleh menyiapkan tugasannya walau ditambah-tambah, tetapi orang pemalas jika diberi walaupun satu tugasan masih belum mampu mampu menyiapkannya? Kerana orang sibuk sedia maklum dia sibuk lalu cermat dalam menguruskan masanya, manakala orang pemalas mempunyai tabiat suka bertangguh-tangguh.

Sama juga dengan "Dakwah dan Tarbiyyah". Jika dijadikan sebagai prioriti hidup, nak atau taknak, kita tetap akan melapangkan masa. Jika kita mahu, semuanya boleh berlaku. Namun jika hati berat, begitu payah dan memang tak mahu, tiada siapapun yang boleh membantu. Semuanya terserah pada diri sendiri.

Kesibukan sudah pasti bukan alasan. Ia hanya perkataan "glamour" yang digunakan untuk skip diri daripada mengikuti program atau usrah. Dakwah dan tarbiyyah begitu leceh baginya.

Ingatlah wahai diri! Dakwah bukanlah HOBI, yang dilakukan hanya pada waktu lapang. Tetapi dakwah dilakukan dengan kita sendiri melapangkan waktu tersebut. Fahami dan menjiwailah kata-kata ini.

Hakikatnya, kehidupan di dunia dan akhirat adalah milik Allah semata. Apabila manusia mengutamakan jadual dunia selain Allah, maka Allah dapat berbuat segala sesuatu kepada umat manusia di muka bumi. Firman Allah yang bermaksud :

“Jika penduduk negeri beriman dan bertakwa, Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat Kami) itu, maka Kami seksa mereka disebabkan perbuatannya. Apakah penduduk negeri itu rasa aman daripada kedatangan seksaan Kami kepada mereka di malam hari pada waktu mereka sedang tidur? Atau apakah penduduk negeri itu rasa aman daripada kedatangan seksaan Kami kepada mereka pada waktu matahari naik ketika mereka sedang bermain? Maka apakah mereka rasa aman daripada azab Allah (yang tidak terduga). Tiada yang rasa aman daripada azab Allah kecuali orang yang merugi.” (Surah al-A’raf: 96-99)

Peringatan daripada Allah ini menjadikan orang beriman dan soleh lebih mengutamakan jadual Allah, daripada jadual dunia. Mereka lebih mencintai Allah daripada yang lain.

" Apabila kita tidak disibukkan dengan KEBAIKAN, maka kita akan disibukkan dengan KEBURUKAN"" Sesungguhnya rehat bagi seorang mukmin itu setelah kakinya menginjak ke SYURGA"

READ MORE

ILHAMKAN KAMI HIDAYAH YANG DITERIMA



Kuasa luar biasa ayat 164 Surah al-baqarah mampu menggoyahkan ketidakpercayaan seorang hamba kepada Allah SWT. Begitu subhanallahnya setiap kejadian Allah menjadikan saya tergerak untuk berkongsi cerpen "Bukalah Matamu" bersama pembaca. Hayatilah dan menangislah dengan kuasa "kun fayukun!" Allah.

Aku tidak faham. Mereka berdiri, tunduk separuh tubuh, kemudian bangun kembali, kemudian bersujud. Mereka mengulang-ulang perbuatan itu dengan mengangkat tangan, terkumat-kamit seakan membaca mantera. Di akhir dengan menoleh kiri dan kanan, seakan-akan baru keluar dari alam lain.

Lama aku menjenguk mereka ini. Aku tidak faham.
Apa sebenarnya mereka lakukan. Tidakkah letih. 5 kali sehari, setiap hari tanpa ada keringanan?

Tetapi, tidak langsung pada wajah mereka riak kepenatan. Jauh sekali kebosanan.
Apa sebenarnya mereka ini?

Seakan-akan makhluk lain yang wujud di alam semesta hari ini.
Aku terus memerhati. Sambil mencari makna yang tersembunyi.
Di dalam kehidupan sekelompok manusia bergelar Muslim.

*****

“Hoi terroris.”
Dia tidak menoleh.

Aku memanggilnya sekali lagi. “Hoi terroris”
Dia tetap tidak menoleh. Jauh sekali mengendahkan. Seakan-akan itu bukan panggilan yang layak untuknya. Aku jadi sedikit geram. Lantas bergerak menarik bahunya.

“Aku memanggilmu tadi. Apakah kau tidak mendengar” Suaraku sedikit tinggi.
Kali ini dia menoleh. “Namaku Mursyid. Seorang muslim, bukannya terroris” Lembut dia memperkenalkan diri, tetapi terserlah ketegasan yang tinggi dalam nada suara. Tanda dia punya rasa kehormatan yang tinggi.

“Bukankah orang Islam yang menghidupkan keganasan, meruntuhkan bangunan, membunuh orang tua, perempuan dan anak-anak kecil?” Provokasi ku keluarkan. Sengaja ku simbah petrol pada api yang ku wujudkan.

Mursyid tersenyum. “Mari duduk saudaraku” Tangannya menarikku dengan lembut. Bangku kayu berdekatan menjadi tempat landasan punggung.

Dari sini, aku dapat melihat ramai muslim yang keluar dari masjid. Selesai solat waktu petang mereka. Di tengah keterasingan suasana kehidupan, memandangkan ini tanah airku, bukan negara orang-orang Islam.

“Islam agama kami bermaksud kesejahteraan.” Suara Mursyid tenang. Seakan-akan mengusap lembut jiwaku. Ditambah pula senyumannya yang manis itu.

“Dan kami tidak akan membawa apa-apa melainkan kesejahteraan”

“Bohong! Bukankah orang-orang dari agamamu yang menyalakan api kekacauan? Meruntuhkan World Trade Centre dan mengancam kedamaian ummat?” Aku tidak berpuas hati.

Mursyid menggeleng. “Kalau kami perlu berperang sekalipun, perang kami adalah yang membawa kesejahteraan”

Aku terdiam. Adakah wujud peperangan yang membuahkan kesejahteraan?

“Adakah kamu meneliti Sirah Rasulullah SAW?”
“Muhammad bin Abdullah yang gila seks dan dahagakan darah itu?”

Terkoyak senyuman Mursyid. “Nyata kamu tidak mengenalinya. Kamu sekadar membaca tulisan orang-orang kamu, kemudian kamu menilainya dengan penilaian kamu. Bukankah itu tidak adil?”

Ya. Jujurnya, tidak adil. Aku mengetahui itu. Sekarang aku seakan terperangkap.

“Baginda Rasulullah SAW, berpesan kepada kami agar tidak memotong rumput dan kayu sebarangan jika berperang, tidak menganggu rumah ibadah, dan tidak memperapa-apakan perempuan dan anak kecil”

Aku terdiam. Begitukah?

“Dan kalau kamu ingin tahu, baginda Rasulullah SAW memaafkan semua kaum yang menyeksanya dahulu, ketika baginda telah berjaya menguasai kembali Makkah”

Aku terdiam sekali lagi.

“Bagaimana kamu boleh nyatakan bahawa baginda dahagakan darah?”

“Habis, kenapa ummat Islam hari ini mengganas? Membunuh orang, dan merosakkan kedamaian kehidupan masyarakat? Lihat apa terjadi pada negaraku hari ini. Kacau bilau dan ketakutan disebabkan orang Islam”

Mursyid kulihat tidak berubah wajah. Tetap tenang dan menyenangkan. Aku yang melihatnya juga, secara tidak langsung seakan tersapa dengan ketenangannya. Seakan-akan dia menghidupkan jiwaku yang selama ini kacau.

“Ketahuilah saudaraku…” Mursyid mengurut lembut bahuku. “Aku tidak percaya itu dilakukan oleh orang Islam yang betul-betul beriman kepada Allah SWT dan taat kepada rasulNya. Dan jika benar sekalipun orang Islam yang melakukan, maka itu bukan anjuran Islam. Dia telah terkeluar dari jalan Islam yang sebenar”

Aku tidak mampu berkata apa-apa. Jika aku hendak menyalahkan agamanya kerana tindakan penganut, maka pastinya aku akan tertimpa dengan serangan ke atas agamaku pula. Bukan sedikit paderi-paderi yang terdedah melakukan hubungan seks dengan remaja bawah umur. Itu belum dikira dengan kempen menentang keganasan yang membuahkan lebih banyak kerosakan.

Kulihat Mursyid tersenyum. “Saudaraku, kami ini adalah yang berusaha untuk menonjolkan imej Islam yang bersih, agar kamu semua melihat kasih sayang Allah terhadap kamu. Rasulullah itu, datang dengan Islam, dan Islam itu membawa kesejahteraan pada seluruh ummat. Kami, sedang membuktikan itu”

Aku tunduk. Tujuan utama untuk memprovokasi umat Islam di kediamanku terpatah begitu sahaja.

“Jemput datang ke rumahku?”
“Eh?” Aku terkejut. Mursyid tetap dengan wajah yang berseri.

“Mari. Agar kamu berkenalan dengan keluargaku. Siapakah namamu wahai saudaraku?” Mursyid menghulurkan salam.
“Ru.. Ruben” Aku secara automatik menjabat. Seakan-akan ada kuasa ghaib menggerakkan tanganku.

“Ruben, mari.” Dia menarik tanganku lembut.
Seakan membawa jiwaku bersama dengannya.

*****

“Islam dengan orang Islam itu adalah dua perkara yang berbeza. Islam daripada Allah SWT, maka peraturannya solid dan sempurna. Tetapi pada masa yang sama, orang Islam adalah manusia yang mempunyai kelemahan. Ada yang berjaya memanifestasikan Islam, ada yang tidak berjaya. Tetapi masih lagi, jika kita mengambil Islam sebagai cara hidup, ketenangan akan muncul dalam jiwa kita”

Itu kata-kata Mursyid ketika aku menziarahi rumahnya.

Rumahnya sangat bersih. Walaupun kecil, tetap membahagiakan. Entah kenapa, aku seakan terserap ke dalam syurga. Anak-anaknya baik dan beradab. Isterinya juga amat menjaga diri dan tidak terlalu bergaul denganku. Berbanding isteriku yang terdedah pada lelaki-lelaki lain dan anak-anakku yang langsung tidak beradab ketika berbicara denganku, aku terasa segan dengan Mursyid.

“Islam ini, pada mereka yang faham, adalah 24 jam, sepanjang 7 hari. Yakni setiap masa. Tiada rehat dalam menjadi hamba Allah SWT. Maka, setiap masa perlu kekal terikat dengan peraturan Islam”

“Adakah kamu semua tidak penat?”

“Apakah kebahagiaan itu satu kepenatan? Di dalam Islam ini, peraturannya, membuatkan kami bahagia” Mursyid mengusap kepala anaknya yang comel itu, sambil memandangku.

Aku tersengih bila mengingati bicaranya itu. Agamaku, hanya wujud di hari ahad. Malah, bila melakukan dosa, boleh pula diampunkan hanya dengan membayar wang. Dari satu sudut, aku melihat itu satu manipulasi gereja untuk mereka yang berdosa. Bagaimana manusia yang berdosa, yang tidak sempurna, boleh mengampunkan manusia lain?

“Kamu mempercayai Allah. Justeru, di mana Allah?” Soalan yang aku tertanya-tanya selama ini. Hairan dengan orang Islam yang mampu taat, sedangkan tuhan mereka tidak kelihatan.


“Kamu hidup selama ini dengan menyatakan wujudnya nyawa. Justeru, di manakah nyawa?” Mursyid menjawab soalanku dengan soalan.

Mataku membesar. Jiwaku rasa tertusuk. Perasaan apakah ini?

“Allah itu amat dekat dengan kita wahai Ruben. Dia adalah Pencipta kita. Yang paling memahami kita. Yang memenuhi hak-hak kita”

“Bagaimana dia boleh membahagikan masa pada ramai manusia di atas muka bumi ini? Aku tidak nampak logiknya” Aku masih ragu-ragu.

“Adakah Tuhan perlukan logik manusia? Dia itu Tuhan Ruben. Tuhan. Dia tidak terikat dengan hukum-hukum yang mengikat manusia serta makhluk-mahkluk lain”

Dia itu Tuhan Ruben… Dia itu Tuhan… Tuhan…

Aku rasa tertampar-tampar. Ya, apakah jika benda yang dipahat oleh manusia, boleh dikatakan sebagai Tuhan? Apakah yang memerlukan orang lain, boleh menjadi tuhan?

“Keistimewaan Islam, kami ada rasa hubungan yang dekat dengan Allah SWT. Dia ghaib, tapi kami beriman dengannya. Tanpa ragu. Menyebabkan kami sentiasa berjaga-jaga sepanjang masa dan waktu dalam memenuhi amanahNya, dan meninggalkan laranganNya. Ini juga membuatkan kami tidak takut, tidak mudah berputus asa, dan tidak merasa lemah”

Aku tersengih sendirian.

Perbualan-perbualan dengan Mursyid, membuatkan aku banyak berfikir.
Adakah kepercayaan, hubungan dengan tuhan ini, menyebabkan mereka seperti apa yang aku nampak?
Tenang, kuat, mempunyai maruah dan setiasa berkeyakinan?

“Tidakkah Islam ini ideologi Muhammad bin Abdullah sahaja?”

Mursyid menggeleng. “Islam itu adalah daripada Allah SWT. Rahmat pada sekalian alam. Rasulullah SAW hanyalah manusia yang dihantar untuk menyampaikannya, dalam keadaan baginda menjadi contoh hidup sebagai bukti bahawa Islam itu mampu diimplementasikan manusia”

Hatiku bergetar.

Islam…

Allah…



******


Aku mengkaji dan mengkaji Al-Quran selepas perbualan dengan Mursyid tempoh hari. Mursyid yang menghadiahkanku Al-Quran terjemahan ke bahasa ibundaku sebagai hadiah semasa aku berpapasan dengannya.

“Di dalam Al-Quran ini, ada petunjuk”

“Aku bukan orang Islam”

“Tidak semestinya orang Islam sahaja yang perlu membaca Al-Quran”

Dan aku mula mengkaji. Perbincangan dan perbahasan dengan Mursyid tempoh hari membuatkan aku dahagakan kebenaran. Aku mula melihat betapa Islam ini adalah satu sistem hidup yang patut dijadikan panduan.

Aku yang awalnya mengkaji Al-Quran untuk mencari kelemahannya, kini tidak mampu lagi menahan perasaan hati yang akan bergetar hebat setiap kali membaca ayat-ayat yang dikatakan kalam tuhan itu.

Pertama kali mengkhatamkan terjemahannya, aku berkata di dalam jiwa:

“Ini bukan kalam manusia”

Semestinya. Aku tidak silap akan itu. Tiada kecacatan, malah pemilihan perkataan yang digunakan, adalah yang paling sesuai pada tempat yang hendak dinyatakan. Tiada percanggahan antara satu bahagian dengan bahagian yang lain. Jika ada kekeliruan, sentiasa ada penjelasannya. Malah, satu sistem hidup yang cantik dapat dilihat daripada Al-Quran ini.

Aku jadi rasa tidak cukup, lantas aku mengkaji kehidupan Muhammad bin Abdullah. Aku selak hadith-hadithnya. Aku teliti perjalanan kehidupannya. Akhirnya aku tidak menjumpai apa yang dinamakan kecacatan.

Yang selama ini membuat tohmahan daripada kaumku, aku dapat merasakan mereka mempunyai niat yang busuk. Mereka sekadar memotong-motong juzu’ hidup Muhammad bin Abdullah ini, tanpa mengungkit pula bahagian lain yang mengimbangi tindakannya pada bahagian yang disebutkan tadi.

Yang ada hanya kebenaran.
Jiwaku seakan meronta-ronta.

Aku inginkan kebenaran!
Tuhan, apakah Kau membenarkan?
Sekarang aku mahu bukti yang terus daripada Tuhan yang bernama Allah ini.

Ya, aku ingin mencabarnya. Buktikan bahawa Dia benar. Aku tidak mahu mendengar kata orang lain. Aku tidak mahu bergantung pada buku. Aku sudah puas mengkaji. Sekarang, aku ingin Dia sendiri keluar membuktikannya kepadaku.


******


Aku duduk dikelilingi lilin. Sengaja kututup lampu bilikku, dan membiarkan tingkap terbuka. Angin sepoi-sepoi bahasa membuatkan lilin itu meliang liuk. Aku membina satu medan yang dinamakan sebagai medan spiritual.

Aku percaya bahawa Allah itu ada di dimensi lain. Dan hendak memanggilNya keluar, aku kira perlu menggunakan cara ini.

Aku memegang Al-Quran, membaca-bacanya dalam bahasa arab mengikut ajaran Mursyid selama ini. Aku sudah boleh membaca Al-Quran dalam bahasa aslinya. Lebih menusuk, lebih memberikan kesan.

Sampai ke satu muka surat, aku berhenti. Aku mengambil nafas. Aku rasa sudah bersedia untuk memerhatikan tanda, keajaiban secara langsung daripada Allah SWT.

“Ya Allah!” Aku menjerit.
“Jika Engkau benar, maka berikan aku tanda!” Launganku keluar menerobos tingkap.

“Aku lihat Islam adalah agama yang baik, tetapi aku masih tidak cukup yakin. Sekarang, berikan aku tanda yang boleh membuatkan aku masuk ke dalam agamaMu ini!”

Sunyi. Sepi. Aku sendiri dan tiada apa-apa berlaku. Di dalam kepalaku, aku mengharapkan lilin-lilin tadi menjadi api marak menjulang, atau rumah ini bergegar, atau dinding roboh secara tiba-tiba, atau ada makhluk datang memberitahu aku itu dan ini.

Tetapi tetap tiada apa yang berlaku.

“Allah, ini peluang kau. Kalau tak, aku tak akan menerima Islam ini” Aku mengugut.
Aku hendak Allah muncul sendiri, atau paling kurang menunjukkan tanda.

“Bukankah Kau sangat berkuasa Ya Allah. Tunjukkan kekuasaan-Mu itu sekarang!”
Masih sunyi sepi. Yang menemaniku hanya desiran angin yang mask melalui tingkap.

Aku menggeleng. Mungkin Allah sibuk. Itu fikiranku.

“Tak mengapa. Aku masih memberikan Kau peluang. Aku akan tunggu petanda Kau di sini, dan Aku tidak akan berganjak!” Aku bersemangat dan bertegas.

Maka, aku memilih untuk menyambung pembacaan Al-Quranku tadi.
Kuselak muka surat sebelah untuk menyambung pembacaan.

Ayat itu kubaca.

“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.” Surah Al-Baqarah ayat 164.

Dunia seakan menjadi terlalu sunyi. Aku seakan terserap ke dalam alam lain. Bulu romaku meremang naik. Tubuhku bergetar hebat. Pada pemikiranku mula muncul awan tanpa tali, bumi yang berputar pada paksi tetapi tiada yang menjadi paksinya, planet-planet yang bergerak dengan kemas di dalam orbit tanpa berlanggaran, kitaran hidup haiwan dan tumbuhan, kitaran air, kadar udara yang sangat-sangat sempurna, peredaran darah di dalam tubuh manusia, dan 1001 lagi kejadian yang menakjubkan yang berlaku dalam kehidupan manusia.

Air mataku mencucur.

Allahuakbar!

Allahuakbar!

Allahuakbar!

Aku sujud.

“Sesungguhnya aku naik saksi, tiada tuhan melainkan Allah, dan Muhammad itu Utusan Allah”

Bulu romaku meremang. Air mataku turun tidak henti-henti. Allahhhhhhhhhh!!!!!!!!!!



******



Aku mengangkat kedua belah tanganku separas telinga, kemudian aku terkumat-kamit membaca Al-Fatihah dan ayat Al-Quran, kemudian aku mengangkat lagi kedua tanganku dan tunduk separuh tubuh, kemudian bangun semula dan sebentaar kemudian turun sujud. Kuulang semua itu sebanyak empat pusingan, kemudian kututup dengan menoleh kanan dan kiri sambil memberi salam.

Aku bertahmid, bertasbih dan bertakbir perlahan.

Tiba-tiba pehaku ditepuk lembut. Aku menoleh. Mursyid dengan senyuman manis. Aku membalas senyumannya.

“Mari ziarah ke rumahku petang ini” Mursyid mengajak.

Aku mengangguk. “Biar aku berdoa dahulu?”

“Baiklah” Mursyid kembali ke posisi duduk antara dua sujud.

Aku mengangkat tangan.

“Ya Allah, aku bersyukur dengan nikmat iman dan Islam yang telah Kau berikan kepadaku”

READ MORE

TIDAK USAH BERMIMPI...


"Seribu orang tua hanya dapat bermimpi, satu orang pemuda dapat mengubah dunia."- Soekarno.

Di era globalisasi ini hukum rimba masih tetap berlaku, siapa yang beradaptasi dan menonjol di antara sekian banyak persaingan yang ada, tentu dialah pemenangnya. Mungkin dalam hal ini persaingan yang dimaksudkan bukanlah persaingan mendapatkan makanan atau kebutuhan pokok, akan tetapi lebih kepada persaingan inovasi, bahasa sederhananya: perang idea.

Seperti yang kita ketahui, pemuda adalah sesosok karakter yang berada pada fasa yang paling bersemangat dalam hidupnya, berani bermimpi, berani membuat perubahan, suka akan ujian dan cabaran, serta semangat suka mencuba sesuatu yang baru.

Pertanyaannya cuma satu :

“Beranikah setiap pemuda mengambil langkah awal yang menjadi batu pijakan bagi mereka untuk berlari mengejar mimpinya?” 

Pertanyaan yang cukup direfleksikan dalam diri masing-masing tiap generasi muda.

Bercermin dari karakteristik pemuda yang energetik dan selalu ingin tahu, seterusnya akan muncul bermacam bentuk inovasi yang mungkin belum pernah terpikirkan oleh generasi sebelumnya. Biasanya, langkah awal dari para pemuda untuk mewujudkan inovasi ini adalah dengan mencari pengetahuan yang seluas-luasnya dari organisasi.

Ya, tidak selamanya passion yang dimiliki tiap pemuda sesuai dengan kuliah, untuk itu keperluan media yang mampu membuat para pemuda mampu menggali potensi diri masing-masing dan melakukan inovasi yang mereka impikan. Media tersebut adalah organisasi.

Jenis organisasi memang banyak. Sama ada organisasi di dalam sebuah persatuan, jemaah mahu pun sesuatu institusi. Akan tetapi yang kini dimahukan para pemuda adalah sebuah organisasi yang mampu mencakupi segenap pemikiran global, fokus kepada perkembangan jati diri, dan pengasahan kemampuan leadership masing-masing, tentu dengan harapan akan terciptanya suatu inovasi di kehidupan yang akan datang.



APAKAH KAMU PEMUDA YANG BERANI MENGUBAH?

Terakhir sekali, hanya satu persoalan yang ingin difikirkan bersama, tatkala usia Sultan Muhammad Al Fateh menginjak ke umur 22 tahun, beliau mampu menyahut seruan hadis Nabi Muhammad SAW ketika Baginda sedang menggali parit dalam peperangan Khandaq, "...Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera..." (Hadis riwayat Imam Ahmad)


Siapakah Sultan Muhammad Al-Fateh? Apakah kehebatan baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut "sebaik-baik raja" dan "sebaik-baik tentera" dalam hadis tersebut?

Sultan Al Fateh telah memecah tembok kemalasan dan menundukkan nafsu kepemudaannya dengan menawan sejarah bahawa pemuda seperti kita tidak gentar melakar sejarah yang lebih hebat. Kota Konstantinople bukanlah sejarah teragung di abad ini, kerana pemuda harapan Islam di saat ini sudah melampaui zaman teknologi canggihnya untuk mengubah dunia.

Bisakah kita berani berubah?

Hanya untuk islam....



READ MORE

BAGAIMANA MENGHARGAI MATA KITA?




Ketahuilah bahawa sepasang mata dijadikan oleh Allah SWT untuk kita mempunyai banyak faedah sama ada di dunia mahupun di akhirat.



APAKAH FAEDAHNYA?

Antara faedah yang dinisbahkan kepada akhirat ialah memandang ke langit, matahari, bulan, bintang dan lain-lain agar anda dapat menjadikannya sebagai dalil dan bukti adanya Allah SWT, keesaanNya dan kekuasaanNya.

Antara faedahnya lagi ialah melihat Al-Quran, melihat jalan ke masjid dan ke tempat menuntut ilmu.

Sementara faedah yang dinisbahkan kepada dunia ialah melihat hasil usaha dan terlepas daripada sesuatu yang menyakitkan seperti jatuh dan berlaga



BAGAIMANA MENGHARGAI MATA?

Mensyukuri mata itu ialah memelihara dan mengawasinya daripada melihat setiap yang haram seperti melihat perempuan yang lain selain isterinya, hamba sahaya dan muhrimnya, dan juga melihat remaja yang muda belia umpama melihat aurat lelaki dan seumpamanya. Oleh sebab itu, lazimilah mengawasi mata anda daripada melihat dan memerhatikan setiap yang haram tersebut.

Kenapa?
Kerana Allah SWT ada berfirman di dalam surah An-Nur ayat 30 :

"Katakanlah wahai Rasulullah kepada orang-orang yang beriman lelaki, "Hendaklah mereka memejamkan (menahan) pandangan matanya (melihat yang terlarang yang tidak harus kamu melihatnya) dan memelihara kemaluan mereka (jangan berzina dan pasti mereka menjaga kemaluan mereka daripada perlakuan sedemikian) itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui apa-apa yang mereka perbuat (sama ada zahir maupun batin mereka akan diberi balasan atas perbuatan mereka itu)".

Ayat tersebut mengajar kita agar berkelakuan baik di samping memberitahu dan menimbulkan rasa takut kita untuk melakukannya. Kita diajar supaya sentiasa beradab dalam apa jua situasi.

 "Katakanlah kepada orang-orang yang beriman, pasti mereka menahan dan memejamkan pandangan mata mereka daripada melihat sesuatu yang terlarang dan tidak halal dipandang".

Allah SWT menyuruh hambaNya supaya berkelakuan baik iaitu mengawasi matanya daripada memandang yang haram dan menjaga kemaluannya daripada yang tidak halal.

Oleh sebab itu, wajib ke atas setiap hambaNya menjunjung perintah Tuhannya, dan jika tidak sudah pasti ia akan berkelakuan jahat dan memang wajarlah ia dimurkai dan diseksa.

"Menahan pandangan mata dan menjaga kemaluan itu adalah lebih suci bersih bagi mereka". 

Allah SWT mahu hambaNya memejamkan mata dan memelihara kemaluan untuk mensuci bersihkan hati daripada segala dosa dan untuk memperbanyakkan lagi sesuatu amalan yang baik.

Sementara menimbulkan rasa takut (menakutkan), Allah SWT berfirman, "Sesungguh Allah Taala Maha Mengetahui apa-apa yang mereka perbuat sama ada zahir mahupun batinnya". 

Allah SWT akan membalasnya apabila ia berkelakuan baik, pasti ia akan diberi balasan pahala, kesenangan syurga. Sebaliknya jika ia memiliki kejahatan, pasti Ia akan dibalas dengan balasan seksa dan api neraka berdasarkan firman Allah SWT dalam surah Ghafir (Al-Mukmin) ayat 19 :

"Dia (Allah Taala) mengetahui (pandangan) mata yang khianat (pandangan yang terlarang seperti melihat wanita yang bukan muhrim) iatu mata itu mencuri memandang kepada yang haram dan terlarang. Dia mengetahui apa-apa yang disembunyikan oleh hati yang bercita-cita sama ada untuk melakukan kejahatan mahupun kebaikan".

Nabi SAW juga ada bersabda :

"Sesungguhnya memandang ke tempat yang elok (yang mengghairahkan) daripada tubuh badan perempuan itu umpama anak panah yang beracun daripada segala anak panah iblis (yang amat cepat merosakbinasakan seseorang).
Maka sesiapa yang meninggalkannya kerana berasa takut kepada Allah Subhanallahu Taala, nescaya Allah Subhanallahu Taala mengurniakannya rasa kesedapan amal ibadat yang menggembirakannya (yang menyukakan hatinya)".

Hadis di atas diriwayatkan oleh Al-Hakim daripada Hudzaifah RA dengan menghukumkan sanadnya itu adalah sohih.

Sabda Nabi SAW :

"Bagi setiap anak Adam (manusia) itu ada bahagianya daripada zina. Maka kedua-dua mata itu berzina dan berzina kedua-duanya. Memandang ke arah yang tidak harus (haram) dipandang. Dan kedua-dua tangan itu berzina dan berzina kedua-duanya menampar (menerkam) pada bahagian yang terlarang.
Dan kedua-dua kaki itu berzina dan berzina kedua-duanya berjalan ke tempat yang haram. Mulut itu berzina dan zinanya mengucup yang tidak halal dikucup. Hati itu yang ada keinginan dan cita-cita dan membenarkan yang sedemikian itu oleh kemaluan (faraj) untuk melakukan perbuatan zina atau mendustakannya (tercegah daripada keinginan untuk melakukannya)". 

Hadis tersebut diriwayatkan oleh Muslim dan Al-Baihaqi daripada Abi Hurairah RA. Hadis tersebut membuktikan bahawa punca berlakunya zina itu adalah daripada pandangan kedua-dua mata.






PESANAN UNTUK SI PEMILIK MATA

Melihat mata yang melihat.

Haruslah kita sentiasa melihat dan memerhatikan apa dilihat oleh mata. Sentiasalah mengawasi mata dengan memeliharanya dengan bersungguh-sungguh apa yang anda nanti-nantikan. Jika berlaku sesuatu perkara yang amat serius, jagalah mata itu dengan pengawasan yang rapi dan bersungguh-sungguh.

Mata itu adalah amanah Allah yang akan dipersolkan kelak. Jangan terkejut apabila mata kita bercakap kelak.

READ MORE

THE MOST POPULAR POST