TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKONGSI

JANGAN BERLAGAK DENGAN JAWATAN!



SEKADAR PERINGATAN. 

JAWATAN : ANTARA REBUTAN DI DUNIA dan BEBANAN DI AKHIRAT

Sewaktu Nabi mengiklankan satu jawatan untuk diisi oleh para sahabat, lalu datanglah Abu Zar al-Ghifari memohon jawatan tersebut, melihat yang memohon itu Abu Zar, lau Nabi menyatakan :

“ Wahai Abu Zar, sesungguhnya engkau lemah, sedangkan jawatan ini satu amanah, kelak nanti di hari akhirat engkau akan dukacita dan menyesal : melainkan engkau ambil dengan selayaknya dan engkau tunai pula amanahnya”.

Hadis ni seharusnya menjadi dasar pegangan setiap dari kita agar tidak terlalu ghairah untuk mendapatkan jawatan, kerana beratnya bebanan yang terpaksa ditanggung nanti. Muawiyah bin Abu Sufyan di saat kematiannya mengungkapkan kata-kata masyur :

“alangkah sedikitnya bekalan, alangkah jauhnya perjalanan dan alangkah beratnya bebanan”.

Kepada pimpinan yang terpilih menerajui kepimpinan persatuan mahupun sesebuah organisasi , ingatlah akan doa Saidina Umar Al-Khattab :

“Ya Allah, engkau telah bebankan aku dengan bebanan yang berat di dunia, maka janganlah engkau bebankan pula aku dengan bebanan yang berat di akhirat”

Rasulullah SAW juga pernah memberi amaran antara lain mafhumnya :

"Jangan kamu mendesak untuk mendapatkan jawatan, kerana sesiapa yang mendapatkannya sedang orang ramai tidak meredhainya, maka Allah tidak akan membantunya’

Alhamdulillah, semangat keimanan tersebut telah tersemat kukuh, sehingga setiap kita merasa berat untuk menerima jawatan tersebut.

Dalam satu ucapan dasar muktamar Presiden PAS, kita perlu sedar bahawa menerima jawatan dalam jamaah adalah perlumbaan untuk membuat kebaikan dan memperjuangkan Islam. Kita rasa seronok bilamana kita boleh menyumbangkan sesuatu kepada jamaah, walaupun kita tidak memegang apa-apa jawatan dalam parti.

Sesungguhnya, betapa ramai golongan yang ikhlas dalam perjuangan ini sanggup korbankan harta, masa dan tenaga untuk kemenangan Islam, walau mereka tidak memegang apa-apa jawatan dan jauh dari dipilih sebagai calon dalam pilihanraya.

Indahnya hidup berjemaah. Yang buruk sama diperbaiki, yang baik diperkasakan. Satu koreksi diri yang sangat berharga

No comments:

Post a Comment

"Allahurobbi..Hakikatnya, sedikit kata-kata dan komen yang berterusan daripada pembaca dan sahabat sekalian sudah mampu memberi semangat dan dorongan kepada penulis yang sedang berperang dengan masa di 'daerah' ini."

THE MOST POPULAR POST