TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKONGSI

DAKWAH : MENCARI SEMANGAT YANG HILANG


"Ana sangat sibuk dengan belajar tak mampu nak turun program mahupun berusrah selalu. Ana nak tarik diri daripada jemaah," keluh hati seorang sahabat.

"Nta jangan macam tu. Allah memilih kita kerana Dia Maha Tahu takat mana upaya kita. Kalau tak dapat join program selalu, 2 minggu sekali pun takpe. Usrah kalau nak buat sebulan 2 kali pun sudah ok," pujuk sahabatnya.

"Ana tak bersemangatlah nta. Hati ana selalu berdolak dalik dan mudah goyah"

"Nta kena bersangka baik dengan Allah selalu. Jalan dakwah menjanjikan syurga yang manis, sebab itu perjuangan pahit. Bila ana rasa down macam nta, ana selalu ingat kata-kata ini, tak dapat buat semua, jangan tinggal semua".




“TAK DAPAT BUAT SEMUA, JANGAN TINGGAL SEMUA"

Jiwa manusia tak jauh bezanya dengan anggota tubuh yang lain. Tangan akan lelah jika terus mengangkat. Kaki akan lenguh jika terus berlari. Mata akan berair jika tak henti menatap. Dan, lelahnya jiwa ketika semangat kian surut.

Berehat sebentar menjadi pilihan, futur menjadi dilema.



KISAH SAHABAT NABI

Ada sesuatu yang aneh dirasakan Ka’ab bin Malik. Entah kenapa, sahabat yang begitu dekat dengan Rasul ini merasa enggan untuk segera berangkat bersama yang lain menuju Tabuk. Padahal, hampir tak seorang pun yang luput dari perang besar ini. Semuanya siap ikut. Paling tidak, memberikan sumbangan yang mereka ada. Ada apa dengan Ka’ab?

Selama ini, hampir tak satu pun peluang jihad disia-siakan Ka’ab. Tapi di Tabuk ini, ia merasa kalau ladang gandumnya yang sedikit lagi panen benar-benar menyibukkannya. Ah, nanti saja. Nanti saja, akan saya kejar rombongan Rasul itu. Nanti, dan nanti. Akhirnya, Ka’ab benar-benar tertinggal hingga peperangan yang memakan waktu sekitar satu setengah bulan itu berakhir.

Mungkin, bukan cuma Ka’ab yang sempat merasakan keanehan itu. Kita pun secara sedar atau tidak, pernah merasa ada sesuatu yang ganjal. Semangat untuk aktif tiba-tiba mengendur. Dan keasyikan pun muncul saat diri cuma sebagai penonton.

Beberapa ulama dakwah menyebut gejala ini sebagai penyakit futur. Sayid Muhammad Nuh misalnya, menyebut lemahnya semangat dakwah yang sebelumnya berkobar-kobar sebagai futur.

Dari segi bahasa, futur bererti berhenti setelah sebelumnya bergerak. Allah swt. berfirman dalam surah Al-Anbiya ayat 19 dan 20 yang di antaranya menyatakan kalau malaikat tidak pernah futur.

“Dan kepunyaan-Nyalah segala yang di langit dan di bumi. Dan malaikat-malaikat yang di sisi-Nya, mereka tiada mempunyai rasa angkuh untuk menyembah-Nya dan tiada (pula) merasa letih. Mereka selalu bertasbih malam dan siang tiada (futur) henti-hentinya.”

Manusia memang bukan malaikat. Al-Insan atau manusia berasal dari kata nasiya yang bererti lupa. Kadar keimanan manusia pun boleh naik turun. Itulah di antara kelemahan manusia. Dan saling memberi nasihat adalah ubat agar lupa tidak berakibat fatal.

Masalahnya, tidak semua yang bermasalah boleh lapang dada menerima nasihat. Bahkan boleh jadi, mereka tidak sedar dirinya bermasalah. Setidaknya ada tiga keadaan yang menunjukkan kalau seseorang itu memang positif futur.



3 CARA DIAGNOSIS : PENYAKIT FUTUR

Pertama, ada kemalasan dalam menunaikan ibadah. Apa saja. Solat, tilawah, zikir, apalagi infak. Kalaupun ditunaikan cuma sekadar menggugurkan kewajipan. Tidak ada semangat berlumba dalam kebaikan.

Kedua, ada keinginan untuk selalu menyendiri. Selalu muncul seribu satu alasan agar diri boleh selalu sendiri. Alasannya boleh macam-macam. Mulai kesibukan belajar, urusan keluarga, sibuk menghadapi peperiksaan, dan sebagainya. Pokoknya, selalu ada halangan dalam berbagi dengan yang lain.

Ketiga, munculnya kepekaan emosi yang berlebihan. Mudah tersinggung. Jangankan ditegur, dipuji pun boleh memunculkan kesalahfahaman. Yang ada di benaknya cuma ada pola berpikir negatif. Semua orang selalu salah, kecuali yang benar-benar "masuk" dengan dirinya. Dari situ pula, muncul ukuran siapa yang bicara, bukan apa yang dibicarakan.

Bayangkan jika sebuah amanah dipegang oleh mereka yang punya keadaan seperti di atas. Akan terjadi beberapa kemungkinan. Boleh jadi, amanah akan terbengkalai kerana ditinggalkan dengan tanpa beban. Kemungkinan berikutnya, terjadi konflik dalam pos yang diamanahkan. Kerana orang yang punya kecenderungan bekerja sendiri susah boleh menyatu dalam kerja berjemaah.


PREVENTION : PENYAKIT FUTUR

Ka’ab bin Malik memang pernah mengalami surut semangat dalam dakwah dan jihad. Tapi, sahabat yang banyak meriwayatkan hadits ini memohon ampun pada Allah kerana kekhilafannya. Walaupun ampunan itu mesti ia tebus dengan dipulaukan oleh kaum muslimin selama empat puluh hari

Mungkin sosok tubuh sahabat Nabi Ka'ab bin Malik, senior-senior kita, sahabat-sahabat boleh menjadi contoh dan pengajaran dalam langkah berjaga-jaga mengelakkan serangan penyakit futur.

Teguhkan hati, perkasakan tarbiyyah diri, beramal dengan jiwa yang ikhlas. Semoga Allah sentiasa memotivasikan diri kita dengan ayat-ayat cintaNya mahupun perantaraan hambaNya.



p/s :

1. Sedang berfikir masalah ataupun dilema persatuan anak negeri, "dilema : program kampus atau anak negeri". Mungkin persatuan-persatuan NGO lain juga mengalami kedilemaan yang sama. Mari mencari solusi.

1 comment:

"Allahurobbi..Hakikatnya, sedikit kata-kata dan komen yang berterusan daripada pembaca dan sahabat sekalian sudah mampu memberi semangat dan dorongan kepada penulis yang sedang berperang dengan masa di 'daerah' ini."

THE MOST POPULAR POST