TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKONGSI

BUANG EGO JEMAAH


Aku benar-benar rindukan kemenangan islam.

Aku rindukan saat ketika mana ulama'-ulama' dimuliakan dan dijadikan rujukan dalam pemerintahan. Saat ketika mana umat Islam, beramal dengan ajaran Islam yang sebenar-benarnya.

Aku rindu untuk melihat pemuda sehebat Al Fateh, takwa, ilmu dan usahanya. Subhanallah. Janji nabi terkota di tangannya. Allahuakbar!

Aku rindu untuk melihat barisan pemuda sehebat tentera Al Fateh, ketakwaan, keikhlasan dan semangat mereka untuk memenangkan Islam. Sekalipun berhadapan dengan kematian, mereka terus mara demi mengejar akhirat. Mereka merindukan kematian, bukan takut padanya.

Aku rindukan pemuda setekad Hasan Ulabete, biar jasad menempah syahid, tugasnya terlaksana sempurna, memasakkan panji Islam. Allahuakbar!

Rinduku ini, bisakah terubat?

Walau dinukil. Walau diukir. Walau dicoret kerinduan ini oleh sahabat yang berbeza. Berlainan warna ideologi pembawaan islam, aku tetap bersangka baik. Aku tetap berlapang dada selagi displin manhaj yang didukung digaris oleh syariat. Bukan sekular. Bukan liberal. Bukan sahaja kapitalis.

Biarpun hati sakit sahabat keluar masuk jemaah. Futur, lari, dipecat atau disingkir daripada pintu jemaah, namun rumah kita tetap sama.  Islam. Tiada hasad dengki untuk memenangkan islam. Tiada masa terbazir untuk persengketaan dalam menegakkan syiar. 

Usah dilayan emosi perpecahan. Setiap kejadian pasti ada hikmah.

"Dalam hidup ini jangan selalu menyulitkan keadaan yang mudah kepada susah. Tetapi seringlah untuk cuba memudahkan urusan. Terutamanya ketika mahu berdakwah. Proses penambahbaikan itu dimulakan daripada diri sendiri. Sungguh. Siapalah kita, siapalah jemaah kita untuk memberi nasihat dan panduan tetapi bermula daripada kita akan lahirnya pemberani Islam yang lain. Mudahkan urusanmu dengan yang lain, insyaAllah, urusanmu akan dimudahkan olehNya. Kristalkan ego kita. Buang ego jemaah."

Allahurobbi. Kuatkan hati pemuda pemudi Islam, ikhlaskan hati kami. Kerana kami rindukanMu Tuhan. Rindukan haruman syurgaMu. Allah, ampunilah segala dosa kami, tetapkan hati kami di jalan keredhaanMu. Tuhan, perjuangan ini bukti cinta kami kepadaMu. Berilah kami kekuatan untuk menjadi pejuang agamaMu yang setia, soleh dan solehah.

Ayuh, mujahadah untuk buang cinta dunia yang berkarat. Runtuhkan kekebalan ego yang menjauhkan cinta akhirat untuk dipenuhi. Agar ia tumbuh subur di dalam hati.

Sejarah membuktikan. Islam menang, kerana pejuangnya sungguh dekat dengan Allah. Masanya sudah tiba. Bersatu merobohkan tembok kezaliman! Bebaskan ketidakpersefahaman yang menebal. Tetapi bersungguh mencari titik solidariti. 

4 comments:

  1. p/s : ditulis sempena isu Dr Hasan Ali.

    ReplyDelete
  2. baca post ni teringat kata2 dari sahabat, "TGHH dan pimpinan lain menyuruh kita Berlapang Dada dengan Jemaaah dan NGO Islam lain. TGHH minta untuk bersikap seperti ayah yang sentiasa sabar dengan anak-anaknya."

    ReplyDelete
  3. Salam ukhwah...ana masih tercari-cari apa itu jemaah? Apa itu perjuangan?ana masih keliru mgp yg membawa risalah islam itu harus berpecah? mgp dlm kalangan mrk sendiri bersikap asobiyyah? Mohon Allah berikan nur pd hati ana yg byk khilaf ini. ana masih di peringkat permulaaan dan ingin belajar dan terus belajar.jazakillah khoir. entri2 ukhti byk membantu...^__^

    ReplyDelete
  4. ukhuwah y spatutnya terbina atas dasar iman, sering rosak lantaran perbedaan jemaah..

    ReplyDelete

"Allahurobbi..Hakikatnya, sedikit kata-kata dan komen yang berterusan daripada pembaca dan sahabat sekalian sudah mampu memberi semangat dan dorongan kepada penulis yang sedang berperang dengan masa di 'daerah' ini."

THE MOST POPULAR POST