TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKONGSI

RESPON ISU : USTAZAH PILIHAN

Allah tidak melihat fizikal kita tetapi melihat KETAQWAAN kita

"Aku hitam! Aku gemuk! Muka aku banyak jerawat rambut aku kusut. Aku lembap dan bodoh. Bau aku busuk. Sape nak kat aku?"

"Muka kau dah cukup cun dah macam pelakon Korea dengan mata ala-ala artis Bollywood lagi. Apa yang tak kena kat kau lagi sampai suami kau main kayu tiga?"

"Mak, Man nak kahwin ni. Mak tolong carikan Man gadis yang putih gebu, tinggi lampai, hidung mancung, lemah lembut, cuet meut, ade lesung pipit dan paling penting pinggang mesti rampaing mak! hahahahaha!"





MANUSIA TAK PERNAH PUAS
Berkata Ibnu Umar r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Wahai anak Adam! Bukankah apa yang ada padamu itu sudah mencukupi? mengapa masih minta kelebihan yang akan membinasakan engkau? Dengan sedikit, engkau tak pernah puas. Dan dengan banyak pun, engkau tak pernah kenyang! Kalau bangun pagi, sedang engkau sihat afiat, jiwamu tenang dan tenteram, makan minum hari itu pun sudah tersedia, apa lagi mahu dengan dunia? Biarlah ia terlungkup!.” (Riwayat Ibnu ‘Adi dan Baihaqi)


Dalam hati manusia, ada satu lubang, lubang tu boleh diisi dengan segala keinginan samaada harta, seks, kecantikan, pangkat, kemuliaan, wanita dan sebagainya.

Nabi pernah bersabda: "..Ingatlah bahwa di dalam tubuh manusia itu adalah segumpal daging. Apabila ia baik, maka baik pula seluruh tubuhnya. Dan apabila ia buruk maka buruk pula seluruh tubuhnya. Ketahuilah, segumpal daging itu adalah hati.” [Bukhari no. 52 dan Muslim no. 1599]

“Hati ibarat raja, sedangkan anggota badan adalah pasukannya. Apabila baik rajanya maka baik pula pasukannya, apabila buruk rajanya maka buruk pula pasukannya.” - Abu Hurairah RA

Hati Manusia Adalah Milik Allah Taala. Hati itu berada pada dua celah jari ar-Rahman, Dia membolak-balikkannya mengikut yang Dia kehendaki. Kadangkala bersyukur dengan segala nikmat Allah, kadangkala pula boleh menjadi lupa dan alpa untuk bersyukur. Bila hati sudah jauh daripada Allah syaitan akan mudah mempengaruhi manusia supaya berasa riak, takbur dan menyombong diri.





KECANTIKAN ITU SUBJEKTIF

Cantik itu subjektif. Sukar diertikan kerana masing-masing punya pendapat sendiri. Tetapi, beralihlah kepada konsep Islam dalam memandang kecantikan. Bukan kerana wajahnya sahaja, bukan kerana kepakarannya, tuturnya, keturunan dan sebagainya, tetapi kerana akhlaq dan pegangannya

Kecantikan umpama kereta. Ketika baru dibeli, rekabentuk dan warnanya memukau. Barunya harum dan seronok dipandu. Semakin lama semakin hilang serinya. Jika harganya mahal orang masih terliur melihat reka bentuknya walaupun warnanya telah mula kedam dan berdebu. Lama-lama ia tidak dipedulikan lagi kerana model-model baru sentiasa keluar dan kecantikan model-model baru ini sentiasa mengatasi.

Orang yang dahulunya membeli kereta berkenaan kerana cantik kini mula berfikir untuk menukarkannya. Persoalan cantik tidak akan ada kesudahan. Yang betul, membeli untuk kegunaan dan kekal sayang meskipun sudah ketinggalan zaman.

Jika anda tidak cantik, tak usah bersusah hati sebab tidak semua lelaki mementingkan kecantikan wajah sebagai syarat berteman. Ada lelaki yang tidak kisah sama ada cantik atau tidak asalkan hatinya berkenan, bersumberkan keikhlasan, budi pekerti serta pegangan agama yang mantap.

Lelaki yang benar-benar impikan kebahagiaan lebih mementingkan keperibadian daripada kecantikan, apalagi kecantikan luaran yang sengaja dibina untuk memukau. Kerana dia tahu kecantikan itu tidak kekal. Evolusi usia akan mengubahnya. Kecintaan yang dipahatkan oleh tautan hati yang jujur lagi ikhlas menjamin kehidupan sejahtera hingga ke penyudah.

Jika anda merasakan diri anda kurang cantik, ketahuilah itu hanya persepsi anda sahaja. Ukuran cantik tidak pernah sama antara seorang dengan seorang yang lain. Lihatlah orang yang kita rasakan langsung tidak cantik, kadang-kadang jodohnya dengan orang hensem; hingga kita berkata dalam hati, "buta ke dia??!"

Hiasi diri anda dengan keperibadian mulia, itu lebih utama untuk seorang wanita mahupun lelaki. Hiasi wajah dengan mekap air wudhu'.





BERHIAS TAK SALAH TAPI BERPADA

Menjadi cantik dan inginkan kecantikan adalah fitrah manusia. Berhias diri menjadi satu kewajipan malahan dari sudut pyschology kecantikan menambah keyakinan seseorang, melambangkan personaliti seseorang supaya tampak kemas, bersih dan cantik. Namun, masyarakat pasca modenisasi ini telah membatasi sempadan hitam kecantikan dek serangan ideologi yahudi iaitu fesyen, hiburan dan seks.

Perlu difahami, tabarruj (berhias diri) adalah perbuatan berhias atau berpakaian secara berlebih-lebihan bagi seseorang wanita sehingga menarik perhatian ramai, tetapi tanpa membuka bahagian–bahagian sulit (aurat). Ini dibatasi dengan tanpa membuka bahagian-bahagian sulit (aurat) kerana Tabarruj dengan memperlihatkan aurat adalah dilarang tanpa mengambil kira samada seseorang wanita itu menarik perhatian ataupun tidak.

Isunya bukanlah kerana tidak menutupi aurat, contohnya perbuatan seperti memakai make-up dimuka, dijari, ditudung atau baju atau menghiasi kaki seperti memakai gelang kaki. Kesemua perbuatan berhias ini, jika tidak menjadi kebiasaan di kawasan dimana seseorang wanita itu tinggal, dan perhiasan ini menarik perhatian, maka ini dipanggil Tabarruj dan ini adalah dilarang.

Contohnya, jika seseorang wanita itu mewarnai kukunya didalam sebuah kampung yang kebiasaan wanita-wanitanya tidak mewarnai kuku mereka, maka perbuatan berhias ini akan menarik perhatian, dan ini adalah dilarang, walaupun tapak tangan bukanlah aurat.

Menarik perhatian adalah penentu samada berpakaian itu adalah Tabarruj atau pun tidak. Manakala berpakaian yang tidak menutup aurat pula bukan terletak pada hukum Tabarruj, tetapi pada hukum aurat dan dalil-dalilnya adalah jelas, dimana seseorang wanita itu dilarang untuk membuka auratnya ,walaupun tidak menarik perhatian. Allah Subhanahu wa Taala berfirman :“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung kedadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka …..” [TMQ An-Nur (24) : 31]

“kecuali yang (biasa) nampak daripadanya” bererti muka dan dua tapak tangan seperti yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas (semoga Allah merahmatinya), Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam, pernah bersabda,

“Dan hendaklah mereka menutup kain tudung kedadanya…” [TMQ Al-Nur (24) : 31]
yang bermaksud melilit tudung kebahagian pembukaan baju supaya leher tidak kelihatan dan tudung akan menutupi bahagian kepala, telinga dan leher, hanya kelihatan muka dan tapak tangan sahaja.




APA ITU ISTIDRAJ?

“Kenapa kadang kala kita lihat seseorg insan tu sentiasa dapat kegembiraan dan kebahagiaan seperti cantik, lawa, kaya, mudah disenangi, popular, berpangkat tinggi, dan murah rezeki sedangkan dia tu selalu melakukan kemungkaran?

Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj.


Rasullulah s. a.w. bersabda :”Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka),ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT.”
(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka.

Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian didunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.

Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah.

Bila kita tanya, apa kamu takut mati? Katanya, Alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai.

Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka.

Rasullulah s. a. w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong!
Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Manusia istidraj – Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. “Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadatpun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong.” Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.

Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan.

Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.

Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.
Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.

Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang /mewah.
Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya.

Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya? Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj.




USTAZAH PILIHAN : PROGRAM REALITI TERBARU DI ASTRO


Terlalu banyak pro and cons. Cuma pada pandangan saya lebih memberat ke arah cons.

Dari sudut hukum memang dilarang kerana wanita berhias menjadi tontonan masyarakat umum lebih-lebih lagi label "ustazah" yang sangat-sangat perlu dijaga. Malah hukum boleh jadi HARAM dan BERDOSA BESAR apabila niat menyertainya adalah untuk mencari populariti, "skin cepat kaya" serta yang paling penting kefahaman islam yang masih "tidak setel" yang mana boleh menjurus kepada pencampuran lelaki perempuan, hiburan melampau dan tidak menutup aurat. Siapa sangka iman manusia boleh konsisten?

Malah, paling ditakuti lebih membawa impak yang negatif dan fitnah berleuasa dalam kalangan muslimat muda mahupun para pendakwah.

Untuk berhusnuzon (bersangka baik), jika dinilai dari sudut wagi' (keadaan semasa dan tempat) serta strategi dakwah, "ustazah pilihan" boleh menjadi satu loncatan dan fenomena baru dalam dunia artis dan fesyen yang berkiblatkan islam.

Penampilan imej sebenar seorang "Muslimah sejati" mengikut Syarak diharapkan ia akan memberi mesej yang jelas, tepat, efektif dan praktikal tentang aurat, akhlak, dan gaya hidup Islam yang menepati hukum-hukum islam supaya wanita muslim di Malaysia dapat mencontohinya. Satu pengharapan yang besar agar dapat melahirkan ulamak dari kalangan muslimah yang dapat menjalankan amar makruf terutamanya nahi mungkar di Malaysia.

Di kala kita berperang dengan "syaitan bertopengkan manusia" iaitu SIS (Sister in islam) dan baru-baru ini Kelab Taat Suami, muslimat perlukan satu kesegaran dan perisai baru setelah lama tenggelam lemas dek serangan ideologi Yahudi dan Barat.

Memang...satu cabaran yang amat kuat perlu diketengahkan. Idea yang luar biasa dan hanya boleh dilakukan oleh insan ber'iman luar biasa'.

Amalan badan (yang disertai amalan hati yang ikhlas) mempengaruhi iman dan bernilai di sisi Allah Ta’ala. Sebabnya, Allah tidak akan melihat kepada bentuk tubuh dan rupa kita, akan tetapi Allah akan melihat kepada hati dan amal-amal kita. Sebagaimana  sabda Nabi SAW :“Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada bentuk rupa dan harta-harta kalian, akan tetapi Allah melihat kepada hati-hati kalian dan amal-amal kalian.” [Muslim no. 2564]


p/s :

1.  Harap ia boleh jadi idola gadis gadis dari dok melayan AF, Mentor, OIAM, Malaysian Idol, dan lain lain yang lansung tidak mempunyai kebaikan pada Muslim di Malaysia.

2.  Maaf sangat. Saya tak berapa sokong ustazah pilihan ni. Kita boleh lihat daripada program Imam Muda. Apa dah jadi pada displin, sikap dan akhlak peserta di belakang tabir??! Bukan membuka pekung tapi itulah realiti. Rakyat Malaysia belum matang untuk menilai sebab musabab sesuatu realiti atau non-realiti program diterbitkan. Hanya mengisi lapang, berhibur dan menghilangkan kesunyian.

3.  Pertama sekali dengar kat TV, memang tak sokong. Tapi cakap kat diri jangan cepat melatah. Marilah kita berdoa dan berusaha dalam ruang lingkup masing-masing, agar "orang-orang yang Allah select" akan berjuang dan menegakkan syiar Islam memecahkan tembok duniawi dan menjadi pemangkin kebangkitan kepada dunia dakwah. Satu revolusi pasti tercipta!

4. Allah..saya hampir terlupa POINT PENTING dalam berhujah mengenai isu kewanitaan ini, iaitu sejauhmana penilaian kriteria-kriteria dalam pemilihan sama ada benar-benar layak dan paling berhak untuk menjadi "ustazah pilihan".  Saya kupas dan huraikan daripada permulaan penulisan untuk saling kaitkan antara kecantikan-tabarruj-istidraj untuk menyokong kuat hujah ini (bukan mematahkan). Mungkin bukan hujah asas tapi boleh masuk dalam arena penggulungan untuk memasakkan perbincangan.

5.  Saya, kita dan para pendakwah...amat bimbang andai pemilihan "ustazah pilihan" ini berdasarkan rupa paras dan kecantikan. Jika tidak para juri, para penonton dan masyarakat. Di situ, kita boleh pertikaikan dan persoalkan kewajaran dan matlamat penganjuran program ini. Saya tak bersangka buruk tetapi percayalah wanita tidak dapat tidak..tidak boleh lari dari kecantikan.

6.  Jika pemilihan pemenang dipengaruhi wajah dan paras rupa, kredibiliti dan kualiti "ustazah pilihan" yang sebenarnya bakal 'dibakulsampahkan'. Maka matlamat untuk menjadi ikon para daie tidak akan tercapai malah menjadi mustahil andai ada 'tangan ghaib' yang masuk campur.

Masyarakat kita masih belum cukup berilmiah dan matang untuk menilai.






RUJUKAN :

1. Sheikh Ata ibn Khaleel Abu al-Rashta, Islamic revival
2. http://halaqah.net/v10/index.php?page=132
3. http://nursyirah.wordpress.com/2009/02/01/ingatlah-akan-hati-yang-terluka-dan-air-mata-yang-membasahi-pipi/

5 comments:

  1. aslmkm sahabat,
    sy smmgnya x stuju program2 realiti kerna byk mbw diri mjadi takbur dgn kelebihan diri.
    program agama berupa ptandingan x sesuai melainkan program tanyalah ustaz, mari mgaji yakni yg berunsurkan pdidikan.
    musabaqah juga salah satu program realiti pd hemat sy.
    manusia cepat rs bangga diri.
    org2 yg benar2 tunduk pd allah adalah amat malu menonjolkan kelebihan diri pd org lain.
    maaf jika ada yg terasa
    wslm

    ReplyDelete
  2. terima kasih..anda sangat baik dalam memberikan hujah.=)

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah sy suka bce komen awk ttg hal ustzh pilihan ni even lambat siket.mula2 sy agak marah sbb sy tak rasa program mcm ni mengutamakan hukum agama tapi apalah yg mampu sy buat sy hanya mampu benci dlm hati shj lah.
    lagipon ssh nak duduk berbincang dgn org yg cetek ilmu.mereka suka berdebat drpd berbincang.takpe lah kita serajkan semua pd Allah ameen :))

    ReplyDelete
  4. Can I give my opinion?hehe..

    First time saya dengar pasal Ustzh Pilihan ni saya agak bantah.Wlwpn ilmu saya cetek,tp saya tahu bhwa muslimah x spatutnya menonjolksn diri mereka d khalayak ramai.

    First episode lagilah mengejutkan bcoz para 'senior ustzh' mengenakan mekap yg agak menonjol~!

    Tapi lama kelamaan,saya tengok progam ni banyak kebaikannya.
    1.Antranya,menyedarkn muslimah bhw mereka jgk boleh bedakwah dgn cara mereke sendiri.
    2.Lebih baik drpd program2 realiti yg 'xspatutnya' mcm AF dsbgnya.
    3.Mmberi kesedaran kpd para remaja tntg kewajipan berdakwah!!(sy sndiri)

    So,apapun.hnya Allah yg mnentukan..Wallahualam..
    ^.^

    ReplyDelete
  5. Pada sy yg kurang muslimah ni, sy sokong program semacam ini sbb ia memberi alternatif baru kepada umat islam di Malaysia. Kita berdoalah semoga mereka yg berada di dalam program ini diberikan keikhlasan untuk terus berdakwah...percaya lah terlalu ramai di luar sana dahagakan ilmu agama dan sy nampak program keagamaan seperti ustazah pilihan, 3 ustazah satu alternatif...utk hiburan yg mengarut yg lain.

    ReplyDelete

"Allahurobbi..Hakikatnya, sedikit kata-kata dan komen yang berterusan daripada pembaca dan sahabat sekalian sudah mampu memberi semangat dan dorongan kepada penulis yang sedang berperang dengan masa di 'daerah' ini."

THE MOST POPULAR POST