TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKONGSI

AKU ADA LIVER DISEASE

“ dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.” (Al-Baqarah:155)


Pernahkah kita berasa kadangkala hati semakin jauh dengan Dia?

Jika selalunya kita mampu mengalirkan air mata setiap kali berdoa selepas solat, namun tiba-tiba datang satu ketika, kita tidak mampu menitiskan air mata itu.

Di samping itu, kita mendapati diri semakin payah untuk bangun melakukan solat tengah malam.

Bukan itu sahaja, malah ayat hafazan juga semakin sukar untuk melekat di hati. Apabila surah hafazan cuba dibacakan dalan solat, banyak yang tersangkut-sangkut tidak lancar.

Yang lebih menggusarkan hati apabila kita mula terlupa rakaat dalam solat!

Dan kadang-kala tersasul doa harian yang sememangnya biasa dibacakan. Hati ini mula risau, benar-benar risau.

Kalau jumpa doktor, doktor akan men'diagnosis' kita : Penyakit hati. (liver disease)
Ubat penyakit hati yang akan doktor bagi  ada 5 jenis :

1. Baca Quran dan maknanya
2. Solat malam dirikanlah
3. Berkumpullah dengan orang soleh
4. Berbanyakklah berpuasa
5. Zikir malam berpanjangan

Sebagai prevention doktor akan beri sedikit kaunseling/nasihat :

La' Tahzan : Sabarlah wahai saudaraku
Hidup adalah satu ujian
Setiap kesukaran yang dihadapi dengan tabah
Akan melayakkan diri untuk semakin hampir kepada Allah swt

Adakah bilamana sukar untuk mengikut arahan Allah swt
atau menghadapi KEGAGALAN hidup
atau menanggung KESAKITAN
atau hati TERLUKA dengan takdir Allah
Maka kita akan mengalah dan menjauhkan diri dari jalan Allah swt?

“ dan apabila manusia ditimpa bahaya Dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, Dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah Dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan.”(Yunus:12)

Bersabarlah. bersabarlah. dan bersabarlah...
Pujuklah hati ini
Seeloknya bilamana menghadapi sesuatu kesulitan
Maka segala usaha untuk mengatasi kesulitan tersebut hendaklah digabungkan dengan doa serta tawakal kepada Allah swt

Wahai hati, sebelum diri ini berjaya memujukmu
Allah telah lama dulu memujukmu dengan ayat-ayatNya
Ayat-ayatNya cukup menenangkan buat hati yang gelisah
Bacalah berulang-ulang kali, renungilah, nak menangis pun boleh

(Al-Baqarah, 2:214): “Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) seperti (yang dialami) orang-orang yang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan digoncang (dengan berbagai ujian), sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata, “Bilakah datang pertolongan Allah?”. Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat.”
(At-Taubah, 9:16) : “Apakah kamu mengira bahawa kamu akan dibiarkan (begitu saja), padahal Allah belum mengetahui orang-orang yang berjihad di antara kamu dan tidak mengambil teman yang setia selain Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman. Allah Mahateliti terhadap apa yang kamu kerjakan.”
(Al-Imran, 3;142) : “Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum nyata bagi Allah orang –orang yang berjihad diantara kamu, dan belum nyata orang-orang yang sabar”
(Al-ankabut, 29:2) : “Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman,” dan mereka tidak akan diuji?


Setiap kesabaran dan tawakal yang bulat kepada Allah swt
Pasti akan ada ganjaran yang tidak ternilai harganya
(At-Talaq, 65:3): “dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu"

Kesedihan yang melanda diri tidaklah seteruk kesedihan yang melanda para sahabat
Tatkala wafatnya Rasululah saw, Abu Bakar ra telah bangkit dihadapan sekalian sahabat dan berkata dengan tegas:
" Wahai sekalian manusia! Sesiapa dikalangan kamu yang menyembah Muhammad s.a.w maka sesungguhnya nabi Muhammad telah wafat dan sesiapa yang menyembah Allah maka sesungguhnya Allah terus hidup dan tidak akan mati".

Selepas itu beliau membaca ayat 144 surah ali Imran yang bermaksud :
"Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul. Sesungguhnya telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul . Apakah jika baginda wafat atau dibunuh maka kamu akan berpaling tadah (murtad)?. Sesiapa yang berpaling tadah maka dia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada Allah sedikit pun. Dan Allah akan memberi balasan kepada mereka yang bersyukur"

Tegaklah manusia di jalan Allah swt
Usah khuatir dan bersedih apabila seruan tidak diendahkan
Bertegaslah dengan memilih jalan Islam tatkala wajib memilih diantara dua

Firman Allah dalam ayat 128 dan 129 surah at-Taubah yang bermaksud:
"Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin. Jika mereka berpaling (dari keimanan), maka katakanlah : 
"Cukuplah Allah bagiku, tiada tuhan selain Dia, hanya kepadaNya aku bertawakkal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki ‘Arasy yang agung".
(Al-An’am,6:69): “Orang-orang yang bertakwa tidak ada tanggungjawab sedikit pun atas (dosa-dosa) mereka; tetapi (berkewajipan) mengingatkan agar mereka (juga) bertakwa."

2 comments:

"Allahurobbi..Hakikatnya, sedikit kata-kata dan komen yang berterusan daripada pembaca dan sahabat sekalian sudah mampu memberi semangat dan dorongan kepada penulis yang sedang berperang dengan masa di 'daerah' ini."

THE MOST POPULAR POST