TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKONGSI

JIKA BENAR BICARA MU


Selangkah anak perempuan keluar dari rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga ayahnya itu hampir ke neraka. Selangkah seorang isteri keluar rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga suaminya itu hampir ke neraka.

Di mana-mana selalu nampak ayat ini.
Betulkah begitu? Apa maksudnya? Kenapa pula?
Kenapa pula orang lain yang buat dosa, orang lain pula yang perlu tanggung?
Kita perlu kritikal membaca.

Di akhirat, 1 lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita :

1. Ibunya
2. Isterinya
3. Anak Perempuannya
4. Saudara Perempuannya

Manakala 1 wanita, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 lelaki :

1. Suaminya
2. Ayahnya
3. Anak lelakinya
4. Saudara lelakinya

Perlu faham.

Dosa yang dilakukan oleh isteri dan anak perempuan ditanggung sendiri. Suami atau ayah hanya menanggung dosa kecuaiannya sahaja kerana tidak mendidik isteri dan anak ke jalan yang benar iaitu Islam seperti ayat 164, surah Al-An’am.

“Katakanlah: “(Sesudah Aku mentauhidkan Allah dan berserah diri kepadaNya) Patutkah Aku mencari Tuhan selain Allah, padahal Dia lah Tuhan bagi tiap-tiap sesuatu? dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja  yang menanggung dosanya;
dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja); kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kamu kembali, lalu ia menerangkan kepada kamu akan apa Yang kamu berselisihan padanya.” 

Dahsyatnya seorang wanita ciptaan Allah SWT yang Maha Hebat. Tangan yang menghayun buaian mampu menjadi tiket kepada lelaki sama ada ke neraka atau syurga.




TIKET KE SYURGA

Wanita solehah tidak keluar rumah melainkan keizinan suami dan urusan mustahak. Keluarnya wanita dari rumah hendaklah ditemani muhrimnya sebagai langkah berhati-hati. Para sahabiyah RA tidak keluar dari rumah mereka sehinggakan mereka tidak hafal jalan-jalan di kampung mereka. Apa yang mereka hafal hanyalah jalan-jalan menuju syurga Allah.

Oleh itu, mereka telah menghantar suami dan anak anak mereka ke syurga melalui jalan pintas. Dengan berjihad dan syahid di jalan Allah.




TIKET KE NERAKA

Keluarnya wanita dari rumah menyebabkan terbinalah papan-papan iklan maksiat. Ini sangat menguntungkan musuh Islam. Wanita kita hari ini melariskan produk keluaran mereka dengan mendedahkan maruah mereka kepada pandangan umum. Seorang wanita solehah juga tidak bertabarruj (berhias diri) kecuali untuk suaminya sendiri.

Firman Allah SWT : “Janganlah kamu berhias diri sepertimana berhias diri perempuan jahiliyah”.(surah al-Ahzab : 33)

Ya. Memang benar. Islam itu mudah, tetapi kemuliaan Islam itu selalu mengiringi mereka yang tidak mengambil mudah terhadap Islam.

Kalau kita sayang ayah atau suami. Berubahlah. Berhijrahlah ke arah lebih baik.

Wahai para suami, peringatkan isterimu. Sekiranya diri mereka terlupa untuk berhijrah ke arah jalan yang lebih baik.

3 comments:

  1. Assalamualaikum wbt
    Sekadar muzakarah saja.
    Turunnya AlQuran dgn kisah2 para Anbiya` adalah sebagai pengajaran y kita perlu ikuti. Surah Yusuf:111 لَقَدْ كَانَ فِي قَصَصِهِمْ عِبْرَ‌ةٌ لِّأُولِي الْأَلْبَابِ ۗ مَا كَانَ حَدِيثًا يُفْتَرَ‌ىٰ وَلَـٰكِن تَصْدِيقَ الَّذِي بَيْنَ يَدَيْهِ وَتَفْصِيلَ كُلِّ شَيْءٍ Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam Al-Quran) bukanlah ia cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab ugama yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu`.
    Kita telah mengetahui bagaimana isteri dan anak Nabi Nuh a.s. telah menderhakai Allah SWT. Begitu juga dgn isteri nabi Lut a.s. W/pun mrk darah-daging, tetapi bungan keluarga dalam Islam adalah dari segi perintah Allah SWT. Surah Hud:46 قَالَ يَا نُوحُ إِنَّهُ لَيْسَ مِنْ أَهْلِكَ ۖ إِنَّهُ عَمَلٌ غَيْرُ‌ صَالِحٍ Allah berfirman: "Wahai Nuh! Sesungguhnya anakmu itu bukanlah dari keluargamu (kerana ia telah terputus hubungan denganmu disebabkan kekufurannya); sesungguhnya bawaannya bukanlah amal yang soleh.

    Ia bergantung sejauh mana, ia telah berusaha mendidik keluarga sehingga baligh dan boleh mempersaksikan sendiri. Selepas itu, mharus bertanggung-jawab sendirin jangan dipersalahkan ibubapanya. Surah Al`Araaf:172-173 أَن تَقُولُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَـٰذَا غَافِلِينَ Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini". ﴿١٧٢﴾ أَوْ تَقُولُوا إِنَّمَا أَشْرَ‌كَ آبَاؤُنَا مِن قَبْلُ وَكُنَّا ذُرِّ‌يَّةً مِّن بَعْدِهِمْAtau supaya kamu tidak mengatakan:" Sesungguhnya ibu bapa kamilah yang melakukan syirik dahulu sedang kami ialah keturunan (mereka) yang datang kemudian daripada mereka.
    ۖ
    Untuk tatapan isteri2:
    Ketika Isra` mikraj, Rasulullah s.a.w melihat Syurga dan Neraka. Ketika beginda melihat Neraka beginda bersabda kepada para sahabatnya: “ … dan aku melihat Neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan yang paling mengerikan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita. Para sahabat pun bertanya : “Mengapa (demikian) wahai Rasulullah?” Baginda s.a.w menjawab : “Kerana kekufuran mereka.” Kemudian ditanya lagi : “Apakah mereka kufur kepada Allah?” Baginda menjawab : “Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau (suami) berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka (isteri2) selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu yang tidak dia (isteri) sukai) nescaya dia (isteri) akan berkata : ‘Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu.’ ” (Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari)
    Wallahualam.
    p/s. Isteri2 haruslah jaga pertuturan lebih2 lagi seah mrk punya kelebihan harta dan pangkat. Wallahualam

    ReplyDelete
  2. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    ReplyDelete

"Allahurobbi..Hakikatnya, sedikit kata-kata dan komen yang berterusan daripada pembaca dan sahabat sekalian sudah mampu memberi semangat dan dorongan kepada penulis yang sedang berperang dengan masa di 'daerah' ini."

THE MOST POPULAR POST