TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKONGSI

IZINKAN AKU BERLARI



Bukan tidak suka. Bahkan jauh sekali ingin membenci. Aku cuma tidak kuat ingin menolak rasa yang kadang-kala menerpa. Lantas kerana itulah aku melarikan diri.

Kerana aku tahu aku bukanlah hamba yang teguh imannya di hati. Aku cuma hamba yang kadang-kala jatuhnya tidak diingini. Aku tahu amat sukar bagi kamu untuk mengerti.

"Wahai manusia, kamulah yang memerlukan Allah, dan Allah Dialah yang Maha Kaya, Maha Terpuji. Jika Dia menghendaki, niscaya Dia membinasakan kamu dan mendatangkan makhluk yang baru untuk menggantikan kamu. Dan yang demikian itu tidaklah sulit bagiNya." [35:15-17].

Andai aku ingin melarikan diri. Tiada lain aku harapkan melainkan diredhakan hati. Dilindungi selalu di bawah payungan rahmat Ilahi. Kerana aku tahu rencana Illahi adalah sebaik-baik ketetapan buat diri.

Lantas, siapalah aku untuk menyanggahi?

Andai ingin menanti. Janganlah kamu merapati. Kerana aku pasti menjauhi. Bukan kerana tidak suka. Jauh sekali membenci. Fahamilah diriku. Aku bukan hamba yang tebal imannya di hati.

Buat hati yang menangisi.

Pergilah dikau mencari redha Illahi. Aku rela bersendirian. Dalam mujahadah aku kepadaNya. Sekali-kali tidak aku menunggu. Tidak pula akan ku toleh ke belakang.

Inilah jalanku. Selamat tinggal cinta.

“Cinta itu fitrah. Cinta itu sentiasa muncul di hati. Iman kita yang akan memandu cinta kita ke syurga atau neraka. Jika mampu berkahwin, realisasikanlah cinta kita melaluinya. Jika tidak, pilihlah untuk berusaha menjaga diri, mengawal perasaan dan hati."

2 comments:

  1. Assalamualaikum wbt
    Sekadar muzakarah saja.
    Berlari? Kemanakah tempat pelarian bukankah dunia ini bulat! Bila menyebut ttg `berlari` dlm bahasa Arabnya `firr-engkau larilah. Tentulah kita lari ke arah Allah SWT (AlQuran). Surah AzZariyyat:50 فَفِرُّ‌وا إِلَى اللَّـهِ ۖ إِنِّي لَكُم مِّنْهُ نَذِيرٌ‌ مُّبِينٌ (Katakanlah wahai Muhammad kepada mereka): "Maka segeralah kamu lari (kembali) kepada Allah (dengan bertaubat dan taat), sesungguhnya aku diutuskan Allah kepada kamu, sebagai pemberi amaran yang nyata.
    Apa jua permasalahan, rujukan adalah pada Allah SWT. Hatta mengenai jodoh dan cinta pun, Allah SWT telah menetapkan ciri2 orangnya kerana matlamat hidup adalah dlm petunjuk Allah dan menegakkan hukumnya. Surah AlBaqarah:230 أَن يَتَرَ‌اجَعَا إِن ظَنَّا أَن يُقِيمَا حُدُودَ اللَّـهِ ۗSekiranya kedua2 (lelaki dan permpuan) ingin berkahwin, sesungguhnya `beratsangka Kami sekiranya kedua2 dapat menegakkan hukum Allah`. Nas ini merupakan istidlal menjadi perbahasan Imam Mazhab dlm Istinbat Hukm mengenai perkahwinan w/pun ayat ini mengenai perkahwinan kali ke 2. Tetapi pegangan yang diambil adalah pada lafaz umum mengikut Usul AlFiqh.
    Oleh krn Allah SWT telah menetapkan `beratsangka` (dzonn), maka tiadalah masalah bagi mrk yang tidak mahu berkahwin termasuk Imam Syafie dan Imam Nawawi rah.alaihuma sehingga ke akhir hayat mrk. Tetapi bagi mrk yang berkahwin, pastikan kedua2nya dapat menegakkan hukum Allah SWT (memahami AlQuran dan batas2 hukum Allah). Jika tidak, merupakan jan ji2 yang sangat dituntut.
    Wallahulam.

    ReplyDelete

"Allahurobbi..Hakikatnya, sedikit kata-kata dan komen yang berterusan daripada pembaca dan sahabat sekalian sudah mampu memberi semangat dan dorongan kepada penulis yang sedang berperang dengan masa di 'daerah' ini."

THE MOST POPULAR POST