TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKONGSI

KENAPA LAMBAT PERGI SOLAT JUMAAT?


Seringkali kita melihat hayunan langkah lemah lagi lembap menuju ke masjid untuk menunaikan solat jumaat. Sudahlah lambat, azan berkumandang pun tidak tahu hormat.

Si muda duduk lepak di luar masjid.
Si tua berbual-bual sambil menghisap rokok.
Tidak tahukah ganjaran orang yang datang awal ke masjid?

Inilah masyarakat kita. Dalam masa yang sama, ada juga segelintir jemaah yang datang awal. Namun, apa yang mereka buat?

Si tua mencari-cari tiang.
Si muda mencari-cari saf belakang.

Untuk apa?

Untuk memudahkan mereka menyandar atau tidur di saat khutbah sedang dibacakan. Mungkin si tua sakit belakang dan si muda "khutbah syndrome".

Tabiat buruk masyarakat zaman moden kini semakin menjadi-jadi. Si khatib berbicara bagai syok sendiri. Belum lagi kita sentuh isi khutbah yang merepek. Khutbah yang disampaikan tidak menyentuh tentang isu ummah malahan tidak mendidik masyarakat secara praktikal.

Realiti.

Cuba kita tanya mengapa ada jemaah yang berbual, tidur dan mengelamun ketika khatib membaca khutbah? Apatah lagi yang tidak pergi solat jumaat.

Dan secara amnya, mengapa masyarakat hari ini masih tidak menjadikan masjid atau surau tempat untuk mendapatkan ketenangan jiwa?

Pendapat ringkas penulis, pertama, jemaah merasakan khatib tidak menjadi rujukan yang baik kepada masyarakat di sekelilingnya. Isi khutbah tidak menginsafkan pendengar dengan ayat-ayat yang menusuk jiwa mereka.

Kedua, pengurusan masjid atau surau yang bercelaru. Pihak pentadbiran serta ahli jawatankuasanya terdiri daripada bukan ahli, malah hilang kelayakan untuk mentadbir seperti yang difirmankan Allah menerusi ayat 18 surah at-Taubah :

"Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan TIDAK TAKUT melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk."

Ketiga, kurangnya program pengisian masjid seperti kuliah agama, ceramah, forum ataupun diskusi ilmu. Jika kesedaran beragama tidak diterap daripada awal dan secara konsisten, tidak mustahil perkataan masjid menjadi terlalu asing di hati masyarakat.

Keempat, khatib tidak menghayati khutbah yang disampaikan kerana hanya membaca teks sahaja. Rasulullah SAW apabila menyampaikan khutbah, tidak panjang berjela-jela, malah ia pendek dan padat, yang penting baginda memanjangkan solat Jumaat dan baginda sendiri marah mereka yang terlalu memanjangkan penyampaian khutbah.

Dan kelima, peruntukan wang masjid lebih tertumpu kepada pembangunan fizikal masjid, malah kurang untuk digunakan bagi tujuan pembangunan insan. Ini terbukti, kita lihat banyak masjid dibina cantik-cantik, besar dan luas. Tetapi sunyi dan terkunci.

Masyarakat kita bermata materialistik dan disebabkan itu kejahilan beragama membutakan mata hati. Dikatakan masjid terlalu suci untuk dikotori. Hanya boleh hadir jika ada upacara yang penting. Nak kahwin, nak mati baru ingat masjid.

Sebab itu jangan hairan jemaah solat jumaat semakin berkurangan saban hari. Mereka tidak takut untuk tinggalkan solat lebih daripada 3 kali. Amaran Allah tidak ditakuti. Yang ditakuti apabila rezeki dan pekerjaan hilang.

Mana 1 yang penting?

4 comments:

  1. Assalamualaikum wbt
    Apabila membicara mengenai `solat Jumaat`, ia bukan mengenai ibadah khusus semata2 tetapi melibatkan hakmilik individu, hakmilik awam dan hakmilik daulah. Surah AlJumaah:9 ا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَىٰ ذِكْرِ‌ اللَّـهِ وَذَرُ‌وا الْبَيْعَ Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu);
    Ada seseuatu perkara/pesanan yang melibatkan permasalahan ummah yang hendak disampaikan oleh khatib yang mewakili daulah. Sebagai umat Islam, ada diantara perkara2 yang penting dari perkara2 penting yang hendak diwar-warkan selain dari perpaduan ummah. Surah Azzumar:18 الَّذِينَ يَسْتَمِعُونَ الْقَوْلَ فَيَتَّبِعُونَ أَحْسَنَهُ ۚ أُولَـٰئِكَ الَّذِينَ هَدَاهُمُ اللَّـهُ ۖ وَأُولَـٰئِكَ هُمْ أُولُو الْأَلْبَابِ Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum ugama); mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna.

    Jika umat Islam leka dan lalai dgn perintah Alah SWT, maka berlakulah kehinaan umat Islam dimana2 mrk berada selain kemurkaan Allah SWT. ah AliImran:112 ضُرِ‌بَتْ عَلَيْهِمُ الذِّلَّةُ أَيْنَ مَا ثُقِفُوا إِلَّا بِحَبْلٍ مِّنَ اللَّـهِ وَحَبْلٍ مِّنَ النَّاسِ وَبَاءُوا بِغَضَبٍ مِّنَ اللَّـهِ وَضُرِ‌بَتْ عَلَيْهِمُ الْمَسْكَنَةُ Mereka ditimpakan kehinaan (dari segala jurusan) di mana sahaja mereka berada, kecuali dengan adanya sebab dari Allah dan adanya sebab dari manusia. Dan sudah sepatutnya mereka beroleh kemurkaan dari Allah, dan mereka ditimpakan kemiskinan (dari segala jurusan).
    Malangnya ada faktor2 yang menyebabkan umat ini lesu krn banyaknya hiburan dan leka dgn jual-beli krn masyarakat telah keras hati mrk! Wallahualam.

    ReplyDelete
  2. Woi tolong aku...aku takut jumpa orang sampai keluar rumah pon taknak..pergi solat jumaat memang aku tak pergilah....aku tak nak masuk neraka tolong aku...

    ReplyDelete
  3. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    ReplyDelete

"Allahurobbi..Hakikatnya, sedikit kata-kata dan komen yang berterusan daripada pembaca dan sahabat sekalian sudah mampu memberi semangat dan dorongan kepada penulis yang sedang berperang dengan masa di 'daerah' ini."

THE MOST POPULAR POST