TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKONGSI

ADAKAH AKU TERSALAH AMIK BIDANG?



Semalam di program KAMU (Karnival Anak Muda) anjuran GAMIS, kerajaan Negeri Selangor dan MPMS (Majlis Permuafakatan Mahasiswa Selangor), alhamdulillah sempat saya mendengar pelbagai pengisian sama ada bersifat tazkiyatun nafs (pembersihan jiwa) seperti forum "syurga cinta", cakna palestin dan seminar SIMDAK (simposium dakwah) mahu pun pengisian yang berbentuk idealisme dan menyentuh cabaran perjuangan mahasiswa.

Serta tidak ketinggalan juga hiburan yang mendidik jiwa remaja seperti saya ini, agar sentiasa mendekati Allah SWT dan menghargai uslub (kaedah) dakwah yang berbeza. Bagi saya, berlapang dadalah bahawasanya "nasyid rock" seperti yang dipersembahkan oleh Al Farabi Band yang mana sungguh memukau mata para penonton dengan keghairahan berpencak di atas pentas dan aksi silat dengan tenaga yang luar biasa, bukanlah suatu kemestian tetapi salah satu keperluan sebagai jalan alternatif mengisi ruang dan kelompangan dalam persada muzik tanah air yang semakin jauh dan tersasar di landasan syariatnya.

Walaupun banyak benda yang ingin ditulis, tetapi suka untuk dikongsikan salah satu resolusi bagi deria pemerhatian saya, yakni tentang anak muda itu sendiri. Pidato yang disampaikan oleh YB Dr Hajah Halimah, Exco Pendidikan Negeri Selangor menyorot kembali aksi saya suatu ketika di pentas yang sama, tajuk yang sama, cuma tarikh yang berbeza. Pidato saya yang mana memberi penekanan tentang pembangunan sahsiah diri remaja Islam.

Jadi di sini dalam keterbatasan waktu, sedikit sahaja yang ingin dicoret mengenai remaja khususnya diri penulis yang perlu diangkat tarafnya dan mencabar keselesaaan diri menjadi seorang dai'e (pendakwah) iaitu doktor ahli jiwa buat masyarakat, buat ummah secara glokal mahu pun global amnya.









DAI'E : INI LANGKAHKU, KAN TERUS MELAJU

Langkah seorang dai'e adalah langkah mendekati Allah.

"Wahai Muhammad, hendaklah engkau memberi peringatan tetapi ingatlah tugasmu hanya memberi peringatan. Bukanlah kamu (wahai Muhammad) seorang pemaksa. Tetapi sesiapa yang berpaling (tiada menurut perintah itu) dan ingkar, Allah akan menyeksanya dengan seksaan yang lebih besar." [surah al- Ghasiyah, 21-24]

Dalam perjuangan tidak semudah apa yang dijangka, jalan bagi perjuangan dibentangkan dengan jalan-jalan yang berduri. Bersiap sedialah untuk dilukai.

Da'ie ibarat tiram di laut, dihiris pepasir tercalarlah ia, sungguhpun terluka tetapi dipendam, sungguhpun pedih tapi tetap disimpan, namun akhirnya dibalas MUTIARA BERHARGA.

Perjuangan Islam bukannya ada pilihan tetapi satu amanah Allah, menuntut seribu pengorbanan bagi sesiapa yang di hatinya terselit IMAN dan TAQWA dan sedar dirinya bertuhankan Allah.



DAI'E : PEMBAKAR SEMANGAT, DOKTOR PENYAKIT JIWA

Memetik kata imam As-Syahid Hassan Al-Banna :

Allah berfirman dalam sebuah hadis Qudsi : “Tidaklah seseorang mendekatkan diri kepada-Ku dengan suatu amalan yang lebih utama daripada apa yang Aku wajibkan baginya “.

Telah berkata Ibn Hajj dalam salah satu bukunya :
“Saya berpendapat bahawa amalan-amalan sunat dan rawatib bagi para ulama dan daie menjadi suatu kewajipan, kerana jika mereka mengabaikan rawatib, maka masyarakat awam menjadikannya alasan untuk meninggalkan kewajipan.”

Apakah maksud dua petikan ayat di atas?
Cuba kita refleksi diri bersama.

Sekiranya daie tidak menunaikan solat sunat rawatib, maka orang awam atau masyarakat umum pasti akan ada yang meninggalkan solat wajib.
Ketika mana seorang daie tidak berpuasa sunat, maka orang awam pasti akan ada yang meninggalkan puasa wajib pada bulan Ramadan.
Ketika mana daie itu jauh daripada Tuhannya, apatah lagi masyarakat umum; mereka pasti lebih jauh lagi.
Sekiranya daie itu berselawat kepada nabi SAW pun jarang, jangan harap masyarakat akan selalu berselawat atau ingat pada nabi SAW.
Seorang daie yang mula luntur kasih sayangnya pada nabi, apatah lagi orang awam pasti lebih lagi.
Sekiranya solat seorang daie itu tidak khusyuk bagaimana pula dengan orang awam yang lain?

Realiti yang perlu diterima, sekiranya daie tidak berbuat, apatah lagi orang awam, masyarakat umum pasti meninggalkan perkara yang lebih besar dari itu! 



JANGAN BERMIMPI DI SIANG HARI!

Sebuah daulah tidak akan wujud sebelum kita BERANI membina daulah dalam diri sendiri!

Memimpin daulah dalam diri sendiri, kita menjadi khalifah pada diri sendiri, mengawal hawa nafsu yang meliar pada diri, mengekang kehendak nafsu yang berbagai-bagai, membawa diri mengenal Tuhan dan berjalan seiring dengan perintah-Nya.

Ulama dan daie itu fungsinya hampir sama. Kalau seorang ulama yang sesat, akan ramai daripada masyarakat ini yang akan sesat. Begitu jugalah para daie. Tidak mungkin daie itu terpisah daripada diri mereka sendiri, mereka umpama sekeping syiling kepala dan ekornya, muka depan dan muka belakangnya menggambarkan diri duit syiling tersebut, begitulah daie.

Dakwah daie itu terpalit pada diri daie, tidak dapat dipisahkan umpama syiling itu. Masyarakat akan memandang apa-apa yang dibuat oleh seorang daie, itulah islam.

“Kullu harakah medan wakullu harakah jihad”. Itulah yang diingini yang disebut-sebut oleh Imam As-Syahid Hassan Al-Banna, setiap pergerakannya adalah medan dan setiap pergerakan itu adalah jihad.

Sesungguhnya, perkara kecil yang dipandang oleh seorang daie adalah besar dipandang oleh orang awam kerana daie adalah contoh untuk mereka mengenal islam yang sebenar.

Lebih-lebih lagi mereka yang sudah mengikuti gerakan islam. Bahkan mereka digelar seorang daie!





TERSALAH AMBIL BIDANG?


Bercakap dan menulis bukan dalam bidangnya, mungkin menjadi dilema mahupun persoalan masyarakat bagi golongan dai'e yang bukan mengambil jurusan agama.

Bukan sekali dipertikaikan, malah berkali-kali.

Jadikan ia sebagai rempah ratus dalam perjuangan. Apa yang penting tugas menyambung risalah perjuangan Nabi SAW sudah sedia tergalas di bahu. Perbaiki segala kelemahan diri dan ingatilah satu pesanan ini :

"Luaskanlah empayar sosial anda untuk mudah didekati. Kerana Islam untuk semua. Bukannya eksklusif untuk geng-geng berkopiah dan bertudung labuh sahaja"



p/s : akan bersambung insyaallah esok mengenai "teruja kahwin muda". saya agak ter- memalukan diri sendiri apabila  bertanyakan soalan kepada prof mohaya dengan ter-sasul mengatakan "saya teruja" kahwin muda. ramai sahabat usik saya selepas itu, jadi saya perlu "back up" diri dan beri explanation yang jelas agar tiada salah faham. bukan mengelak tetapi bersebab. :)

1 comment:

  1. salam alaik.
    hehhee.. i also in that hall. quite pelik, aik soalan... emmm.. cmne nk mmbumikan biah kawin muda ;)

    well, rasenya rahsiah & ubatnya adalah DOA. andai yg dh lps baligh..bak kata Dr Muhaya, doalah utk jodoh masing-masing yg lebih spesifik. yg penting sebut nk berIman, berAgama ;)

    dik, sekadar pndgn seorang kakak. xperlu rasa diri utk pushh utk mengUjakan kawin awal. jodoh pertemuan di tgn ALLAH. ye, betul kite kena usaha..cuma.. biarlah ikut pada keadaan sama ada faktor dalaman...luaran dan kun fayakun kalamNya... ;)

    bila ALlah kata on...maka jadilah ia...teruskan perjuangan.. masing-masing punya haluan dan naluri yg berbeda. ikutlah yg baik dr org lain, hatta kalau dpt aplikasikan dlm kehidupan. walakin, andai ia tidak serasi dan xsebati dgn diri.maka, UBAH dan lakukan TRASNFORMASi dan HIJRAH kepada jalan yg lain ;) andai perlu U-turn..maka, U-turn di tempat yg dibenarkan..hehee.


    :0 insyaallah moge dpt intreptasi mksud kak ss. andai blur kess.. can pm me ;) salam juang dik!!

    ReplyDelete

"Allahurobbi..Hakikatnya, sedikit kata-kata dan komen yang berterusan daripada pembaca dan sahabat sekalian sudah mampu memberi semangat dan dorongan kepada penulis yang sedang berperang dengan masa di 'daerah' ini."

THE MOST POPULAR POST