TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKONGSI

PASCA SYAWAL : APA KHABAR IMAN KITA?


Hari ini sudah sampai sisa baki syawal. Sedang berteleku membaca kitab untuk peperiksaan, mata terpana pada sinaran nota Ramadhan. Masihkah ingat?

1. Terawih terakhir berakhir dengan adegan bersalaman dalam sendu tangisan. sayu dan hiba. Namun, yang menjadi persoalaannya, sudahkah diri mencapai ke tahap TAQWA itu setiap kali datang dan berakhirnya Ramadhan? 






bagaimana pula nasib pasukan iman pasca syawal? 
(gambar kredit for ust syaari..klik)





2. Rasa sayu pula mengenangkan Ramadhan yang berakhir. Berat sungguh rasanya berpisah dengan bulan yang sangat mulia ni. Barangkali Ramadhan tahun ni adalah yang terakhir bagi diri. Siapa tahu diri ini tidak akan berjumpa lagi dengan Ramadhan yang akan datang?


Dalam sebuah kisah, diceritakan ada seorang sahabat yang sedang menangis di saat Hari Raya Aidilfitri tiba. Kemudian Rasulullah SAW bertanya kepada sahabat tersebut, "Wahai sahabatku, mengapa engkau tidak bergembira dengan berakhirnya Ramadhan dan datangnya hari kemenangan?" 


Sahabat Rasullah itu menjawab, "Ya Rasulullah, saya menangis bukan kerana saya tidak dapat bertemu dengan keluarga, tetapi saya menangis kerana saya takut tidak dapat dipertemukan kembali dengan Bulan Suci Ramadhan di tahun yang akan datang". 


3. Yang pasti, betulkah diri benar-benar telah memanfaatkan ramadhan kali ini? Sudahkah mendapat keampunan dariNya? mampukah untuk dipraktikkan latihan sebulan ini untuk bulan-bulan berikutnya? Masihkah ada kesempatan untuk temui Ramadhan berikutnya?






4. RAMADHAN PERGI, MASJID MENANGIS!

Barang siapa menyembah bulan Ramadhan maka sesungguhnya ia telah berlalu. Dan barang siapa menyembah Allah maka sesungguhnya Allah akan selalu hidup dan tak pernah mati. 



Jangan fikir kita sahaja yang reti menangis. Masjid pun reti menangis.


5. Dilema istiqamah pasca syawal. Memang betullah sesungguhnya untuk terus beristiqamah selepas berakhirnya Ramadhan amat berat kalau tak disertakan dengan kesungguhan. Istaqamah lah sesuatu perkara walaupun sedikit. Rasulullah SAW juga ada mengatakan perkara yang sama. Jangan berlebih-lebihan atau mudarat kepada kita. 



Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami sentiasa menzalimi diri kami ini, maka ampunkan dosa-dosa kami dan rahmatilah kami. Sekiranya tidak, maka kami tergolong dalam golongan orang-orang yang rugi..
”al-istiqomah khoiru min alfun karomah”









6. Moga pasca syawal tidak melakukan SPEKULASI iman dengan bergabung dengan mereka yang menggampangkan agama, menghipokritkan agama baik dalam ucapan mahupun perbuatan. Allah SWT sudah memberi solusi agar kita tetap berada dalam lingkungan yang kondusif untuk menjaga iman. 

Salam lebaran dan bermujahadah.....


No comments:

Post a Comment

"Allahurobbi..Hakikatnya, sedikit kata-kata dan komen yang berterusan daripada pembaca dan sahabat sekalian sudah mampu memberi semangat dan dorongan kepada penulis yang sedang berperang dengan masa di 'daerah' ini."

THE MOST POPULAR POST