TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKONGSI

KRISIS KEPIMPINAN ISLAM


PERJUANGAN BERBENTUK KEPIMPINAN

Dalam mendepani arus serangan dakyah politik Barat, kita seharusnya memahami bahawa perkara kepemimpinan dan urusan pentadbiran yang menjadi keperluan manusia itu merupakan sebahagian daripada agama Islam yang diturunkan Allah.

Ia merupakan satu juzuk daripada Islam dan tidak boleh dipisahkan. Ketuanannya terang benderang laksana cahaya matahari yang menyinar di siang hari. Mana mungkin kita boleh menafikan terangnya cahaya itu melainkan kebutaan yang dihadapi.

Hal ini dapat diperhatikan menerusi penerangan al Quran, hadis dan melalui praktikal yang dilakukan oleh baginda saw. Kesungguhan ulama yang menjelaskan perkara ini melalui lisan dan tulisan juga mengukuhkan lagi hakikat yang sudah sedia kukuh.

Dewasa ini, sudah ramai manusia yang menidakkan warisan daripada nabi saw ini menyebabkan orang yang mempertahankannya umpama golongan yang pelik dan terasing. Sebenarnya hal ini telah dijawab oleh baginda saw, “Islam itu bermula dengan dagang dan akan berakhir dengan dagang sebagaimana ia bermula, maka beruntunglah mereka yang dagang.” Dagang di dalam hadis membawa maksud asing, pelik dan sedikit.



KRISIS KEPIMPINAN ISLAM

Masyarakat Islam kebanyakannya lebih selesa menjadi penumpang di dalam arus perubahan zaman sedangkan yang menjadi pemandunya adalah kuasa besar yang dipelopori oleh pendokong-pendokong non-muslim yang minimanya agak prejudis dengan Islam dan maksimanya memusuhi Islam dan melabelkan Islam sebagai militan, pengganas dan sebagainya.

Sudah seharusnya kita memulakan usaha-usaha membangun semula generasi kepimpinan Islam yang bukan sahaja menamakan dirinya Islam tetapi memahami serta menghayati Islam di dalam seluruh aspek kehidupannya di samping merealisasikan syakhsiyah Islamiyah (keperibadian Islam) sebenar yang bukan sekadar dirasai kewujudannya oleh masyarakat Islam sendiri bahkan masyarakat non-muslim dapat turut serta merasai kemanisan aqidah Islamiyah seperti yang digambarkan dalan surah Ibrahim ayat 24-25.

Ayat ini menggambarkan Kalimah Toyyibah (Kalimah Tauhid) sebagai pohon yang baik yang akarnya kukuh dan dahannya menjulang ke langit, ia mengeluarkan buah disetiap waktu. Ini adalah gambaran kenikmatan aqidah Islamiyah yang bukan sekadar dinikmati mereka yang beriman tetapi juga sesiapa yang berada di bawah lindungan atau pemerintahannya. Sejarah telah membuktikan bagaimana keadilan Islam dan kebahagiaan masyarakat yang hidup di bawah pimpinannya. Sejarah juga telah membuktikan bagaimana siksanya umat Islam ketika hidup di bawah pemerintahan bukan Islam.

Oleh yang demikian, ayuh kita bangkit dan mara bersama. Usah gusar, jangan gentar, andai takut kepada risiko, jangan bicara soal perjuangan berbentuk kepemimpinan. Kita mara dengan perkasa, nyatakan dengan tegas, “kamilah generasi pewaris perjuangan!!”

Renungi kata-kata ini :

Hari ini ramai orang Islam terkeliru dengan slogan perpaduan dan promosi kemenangan yang didasari sebenarnya oleh musuh Islam. Hakikatnya Islam bagaikan gharib di hati sanubari umat Islam dan ianya asing dalam realiti kehidupan hari ini. Pokoknya arus pemikiran bagaimana sehingga dapat merasakan bahawa trend kepimpinan Rasulullah SAW satu realiti hari ini. Sesungguhnya kekuatan umat Islam terletak di atas tiga kekuatan iaitu kekuatan aqidah , kekuatan ukhuwwah dan kekuatan silah /strategik.

1 comment:

  1. info yang menarik..memberi satu semangat untuk terus berjuang utk islam...

    ReplyDelete

"Allahurobbi..Hakikatnya, sedikit kata-kata dan komen yang berterusan daripada pembaca dan sahabat sekalian sudah mampu memberi semangat dan dorongan kepada penulis yang sedang berperang dengan masa di 'daerah' ini."

THE MOST POPULAR POST