TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKONGSI

SYNDROME WAHAN : PENYAKIT GILA DUNIA

Menggemari dunia itu, akan meletihkan penggemarnya, di dunia dan akhirat. Sedangkan zuhudkan dunia itu, akan merehatkan tuannya di dunia dan ahikrat (ibn sammak)

Bagi mahasiswa perubatan berjumpa dan menemuramah pesakit psychiatry adalah sesuatu yang rutin dan kewajipan. Yang penting, jangan jadi gila macam mereka. Perlu ada skill dan ilmu untuk handle dan bermesra dengan golongan istimewa ini. Kalau jumpa pesakit gila memang agak menakutkan kadang-kadang, takut diherdik, ditampar dan tudung ditarik seperti kes-kes senior dahulu.

Dengar cerita ada yang menggelikan hati ada pula menyeramkan. Berbeza pula syndrome wahan, penyakit gila juga . Tetapi penyakit gila dunia. Dahulu penyakit gila ini tidak merebak dengan sangat ketara, akhir zaman sekarang baru penyakit ini semakin merebak sehinggakan dikategorikan sebagai penyakit berbahaya yang meragut akidah dan nyawa penganut Islam.



APA ITU WAHAN?

Wahan membawa maksud “Cintakan Dunia,Takutkan Mati”, Panjang benar maksudnya berbanding dengan perkataannya. Wahan adalah perkataan Arab yang sangat di cela oleh Allah SWT kerana dengan sifat ini lah selalunya umat islam akan sentiasa berada di lembah kejahatan. Seseorang yang cintakan dunia pastinya mereka lupa akan akhirat. Ada kalanya kita ni mudah terleka dengan duniawi, lebih-lebih lagi dengan cabaran dunia sekarang yang penuh dengan fitnah.

Ya, zaman penuh dengan fitnah. Fitnah yang bagaimana? Suka untuk ana mengambil contoh barangan berteknologi canggih seperti handphone, laptop, tv, mp3, FB, blog dan sebagainya.

Cuba kita renungkan kembali, celik sahaja mata kita sudah melihat handphone sama ada untuk menutup jam loceng atau melihat sebarang sms. Tidak pula kita membaca doa bangun tidur. Seusai bersiap pula kita lebih gemar untuk mengadap skrin laptop sebelum ke kelas berbanding mengadap buku atau membaca al-Quran. Pada waktu petang pula kita lebih suka menatap skrin tv daripada berusrah. Setiap masa handphone mesti berada di dalam kocek kita, sebagai teman kehidupan. 

Jika handphone tiada, hidup menjadi tidak tenteram, gelisah dan segala kerja terbantut.
Nampaknya handphone telah memainkan peranan dengan baik sekali. Handphone telah menggantikan al-Quran. Sepatutnya al-Quran yang harus dibawa di mana-mana, menjadi panduan hidup dan pengubat hati yang kosong.

Salahkah handphone?
Salahkah berteknologi canggih?

Umat islam terpedaya dengan kebebasan teknologi yang canggih sekarang ini, pastinya seseorang itu terlepas dari sesuatu yang di janjikan Allah SWT iaitu syurga yang hakiki. Masakan tidak, dengan teknologi zaman sekarang ini, pastinya ramai yang terleka dan lupa sebentar akan akhirat.

Kesenangan dunia adalah melalaikan :

"Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-bangga tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu." (Surah Al-Hadid, 57:20)

Bahkan bukan sahaja dengan zaman yang berubah menjadi asbab untuk seseorang itu mendapat taraf wahan, akan tetapi berbagai lagi contohnya seperti sibuk medirikan rumah yang besar, sibuk dengan perniagaan, sehinggakan tiada masa untuk mengambil sedikit masa menadah tangan merendah lutut dan mengabdikan diri pada Allah SWT.

Ana bukan memaksudkan sesiapa yang mendirikan rumah yang besar adalah mampunyai sifat wahan, tidak sama sekali, akan tetapi jika dalam hatinya membuat rumah bukan kerana untuk keselesaan dan bukan untuk mendapat perlindungan tetapi membuat rumah besar kerana untuk menunjuk-nunjuk pastiya sifat itu menghampirinya

Dan apabila seseorang memiliki kesemua kekayaan di dunia, pastinya mereka takut dan gelisah untuk meninggalkan semua hartanya didunia, dan kalau boleh, mereka nak memasukkan sekali harta-harta mereka bersama menempuh alam barzakh. Semestinya orang yang mempunyai sifat wahan ini takutkan mati, masakan tidak takut, kerana habislah semua hartanya dibahagikan kepada orang yang hidup di dunia ini, sedangkan mereka juga bakal merasai alam barzakh nanti.

Itulah yang dinamakan syndrome wahan penyakit gila dunia yang “Cintakan Dunia dan Takutkan Mati”. Sekiranya ada di kalangan kita sudah merasai simptom-simptom penyakit ini, sama-samalah kita beristighfar bagi memohon keampunan dari Allah SWT, lakukan pencegahan dengan menjauhi perkara-perkara yang bersifat keduniaan semata-mata. Semoga amalan kita terhijab, diangkat ke langit dan di terima Allah SWT hendaknya.

Seorang daie meletakkan dunia berada di tangannya, bukan di hati. Boleh difahami bahawa kita sewajarnya mampu mengawal dunia dan menggunakannya sekadar keperluan untuk melaksanakan penghambaan yang terbaik. Kita juga seharusnya menjadi khalifah muka bumi ini pada peringkat kelas pertama.

Wahai manusia , janganlah terpedaya dengan dunia

(Nasihat Luqmanul Hakim kpd anaknya) Hai anakku, janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan oleh dunia saja kerana engkau diciptakan Allah bukanlah untuk dunia ssemata. Sesungguhnya, tiada makhluk yang lebh hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

2 comments:


  1. Awesome information..
    Keep writing and giving us an amazing information like this..

    BW gan kunjungi nyapnyap.com

    ReplyDelete


  2. Awesome information..
    Keep writing and giving us an amazing information like this..

    ReplyDelete

"Allahurobbi..Hakikatnya, sedikit kata-kata dan komen yang berterusan daripada pembaca dan sahabat sekalian sudah mampu memberi semangat dan dorongan kepada penulis yang sedang berperang dengan masa di 'daerah' ini."

THE MOST POPULAR POST